Pertemuan orang bandar dan orang asli.


Ini kali pertama saya ke Stulang laut waktu Senja, memang agak cantik suasana di situ, ketika matahari terbenam, lampu limpah dari bangunan berdekatan menyinari lautan yang akan bergelap. Deretan pokok kelapa menambahkan lagi suasana di situ.


Berdekatan di situ, bot kecik nelayan dari perkampungan asli berdekatan berlabuh menunggu hari siang, di sini juga setiap pagi, pasti nelayan ini akan datang berlabuh dan menjual hasil tangkapan kepada penduduk bandar Johor Bahru. Pertemuan orang bandar dan orang asli.



Mee Udang Sungai Rambah (Gerai Manja)

Kerinduan dengan lokasi yang bernama Sungai Rambah masih lagi terasa, kali ini saya ingin berkongsi dengan kesedapan yang tak terhingga Mee Bandung Udang, terus terang saya katakan, inilah pertama kali saya merasa kesedapan hingga menjilat jari keenakan Mee Bandung Udang yang sebenar. Buat masa ini saya sudah merasa Mee Bandung Muar berdekatan dengan Jambatan Muar, itu memang sedap tapi tidak punyai udang, dan yang kedua saya rasa Mee Bandung di Aked Mara Kulai juga tidak kurang hebatnya. Tapi kali ini, ditambah udang, dengan rempah yang sempurna.. wah!!! saya rasa seperti di pentas dunia ketika menikmatinya.. Perghhhh!!


Cuba anda lihat kedudukan udang, limau kasturi, daun-daun, sayur-sayur, kuah dan juga mee.. Ini yang dikatakan.. Ada Mee Di Sebalik Udang. (Harga RM8:50)


Bersebelahan dengan Jambatan Sungai Rambah.. kalau nak order boleh call JPS Careline tu.. hehe


Nama Kedai Makan ni Gerai Manja.. siap no phone lagi tu, hari Jumaat je tutup.. dan menu harga pun tak berapa mahal..


Yang ini pula.. Mee Bandung Udang (biasa).. harga RM5:50, saya tambah lagi lepas pekena yang special kat atas tu..


Ini hasilnya untuk 2 pinggan Mee Bandung Udang special dan biasa.. udang special.. kategori yang seakan udang galah.. kulit keras.. dan udang biasa tu kategori udang laut kot..




Nelayan Sg Rambah, Pontian Johor

Satu kenangan yang tidak dilupakan sewaktu saya sekeluarga berkunjung di Sg Rambah, Pontian Johor. Laluan dari Kulaijaya ke Pekan Nanas ketika itu agak licin kerana hujan turun, melalui jalan Gunung Pulai ke Pekan Nanas agak menarik dengan kiri dan kanan ladang kelapa sawit dan juga beberapa kuari batu.

Selepas Pekan Nanas, ada persimpangan ke Tenggayun tanpa kita melalui Bandar Pontian, lebih kurang 2-3 kilometer dari keluar semula ke jalan Kukup, kita akan terlihat sebuah jambatan kecil tertulis Sg Rambah. Selepas jambatan itu, terus belok ke kanan, dan akan sampai ke Taman Rekreasi Sg Rambah.



Agak tenang di sini dengan bayuan angin Selat Melaka. Kelihatan seorang Atuk yang sedang membetulkan enjin motorbotnya sambil menyedut rokok kretek Gudang Garam yang berbau cengkih.


Sementara itu, nelayan pulang petang, menolak bot sewaktu air surut menghala ke Kuala Sg Rambah.

Suasana yang tenang lagi damai, lautan bertemu sungai.


Air sungai digayung dan di curah ke tepian bot untuk membersihkan lopak pantai



Ini peta ke Sg Rambah. (Lokasi: Huruf A)


p/s: aduhai skemanya.. dah lama tak menulis blog perjalanan, ini entri pertama tahun 2012, moga-moga tahun ini banyak entri perjalanan dikongsikan.