Penutup Entri 2007.. Bercuti bersama UncleJ

Entri kali ini tentunya sekali perkongsian pengalaman bersama UncleJ dan keluarganya singgah di rumah Kasawari dan kami bersama-sama bercuti ke Desaru, dan ini mungkin entri yang terakhir dari Kasawari pada tahun 2007, iaitu tahun yang banyak meninggalkan kenangan manis pada Kasawari selama waktu mengenal dunia blog ini. Kasawari akan mula bercuti dari 1hb Januari 2008 hingga ke 8hb Januari 2008 untuk urusan persekolahan anak-anak dan juga untuk membawa isteri ke PutraJaya membuat pemeriksaan kaki kirinya.

Dikesempatan ini juga, Kasawari ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2008 pada semua rakan rakan di sini dengan harapan tahun baru ini akan lebih bermakna buat rakan rakan bersama keluarga, dan jangan lupa pada 10hb Januari kita juga akan menyambut Tahun Baru Hijrah 1429.. Insya Allah, satu penghijrahan bermakna buat diri Kasawari kelak.. (masih dalam perancangan lagi..)

Oh ya, UncleJ memang dikalangan blogger yang agak rapat dengan saya, percutiannya di Johor telah dirancang sejak awal lagi dan kami bersetuju untuk bercuti bersama di The Pulai Desaru Resort, ini kali ketiga saya ke sana yang kali pertama dikenali sebagai Desaru Perdana Resort.

UncleJ dan keluarganya sampai jam 6 petang Khamis itu, waktu itu saya baru je balik dari kerja, isteri pula sibuk untuk menggoreng keledek walaupun saya kata boleh beli di luar, tapi hajatnya untuk mengeledekkan keluarga UncleJ walau menggunakan wheel chair di dapur. Meriah sungguh bila keluarga UncleJ datang, kerana sedia maklum saya sudah pun mengenali ahli keluarga Unclej iaitu isteri UncleJ dan anak-anaknya terutama Izat yang terus mencapai PSP di atas meja, minat betul anak bujang UncleJ ni dengan bola, rasa hairan.. anak minat bola.. ayah tak minat pulak.. entah bila sokong The Blues tu he he.. Mentang mentang Noushy The Blues.. Dia pun The Blues gak.. Ahaks.

Setelah makan di Singgah Selalu, kami ke Danga Bay seperti dinyatakan dalam entri ringkas sebelum ini, saya pun seronok, kerana ini kali pertama saya dan isteri ke Danga Bay selepas isteri terpaksa menggunakan kerusi roda walaupun Ammar dan Aiman tidak turut serta, jadi kami bawak kerusi roda yang sudah uzur itu ke Danga Bay untuk dia dapat menikmati pemandangan di situ, keluarga UncleJ sempat pula menaiki keretapi dan juga permainan di situ.. Memang seronok sangat walaupun tahu kepenatan selepas bekerja pada Khamis itu.


Anak bujang UncleJ sedang mengira bola bola.. ayah dia yang suruh kira kot.. he he

Di danga bay.. dah macam genting highland pulokk.. ada tu UncleJ diri..

Taman Arnab pun ada di Danga Bay..


Kami balik dengan kesesakan lalu lintas yang menakutkan, sorry la Bro, saya tak lalu Larkin naik lebuhraya, tapi ni pengalaman Bro jam di JB pada malam jumaat.. he he he.. 2 jam dalam kereta .. hish sabar jer la. Balik di rumah apa lagi sempat borak dan UncleJ on-line dengan lap topnya.. Saya sendiri tidur jam 3 pagi ketika itu.. keletihan tidak terasa bila berjumpa otai kita ini..



UncleJ dan nak bersiap bertolak ke Desaru (cepat dia membelakangkan kamera eh)


Keesokan harinya, kami bertolak ke Desaru pada jam 10:30 pagi dan sempat singgah di Felda Taib Andak ke rumah Mawi, walau tidak masuk ke dalam rumah, memadai bergambar di depan Teatak Bonda.. Aiman dan Ammar lah yang paling glamer.. kampung diaorang katakan. Tengok tu Ammar dan anak bongsu UncleJ cuba nak beraya rumah Mawi.. raya dah habis la.. he he


Singgah di Felda Taib Andak, kampung Ammar dan Aiman


Di depan rumah Mawi - Teratak Bonda


Assalamualaikum.. kami datang nak meraya


Kami meneruskan perjalanan ke Desaru dan selamat check in di The Pulai Desaru Resort, wah seronoknya anak anak bila masuk bilik hotel, yang pertama Aiman mesti cari remote tv nak tengok channel2 tv, ada ESPN dan Playhouse Disney.. adik pulak dah sibuk ajak mandi kolam, rupa rupanya anak-anak UncleJ lebih dulu bersalin pakaian untuk terjun kolam.. Kasawari apa lagi. memang minat berendam dan melayan anak-anak.. UncleJ pulak entah ke mana, mesti online ni.. wey Bro.. bercuti.. tutup laptop tu.. lupakan blog la bro.. wa ka ka.. UncleJ ngadu takder 3G di resort tu.. bagus lah tu, tapi GPRS ada.. hish.. kepala blog betul la otai ni..


The Pulai Desaru Resort..


Berendam mandi manda bersama anak-anak dan anak-anak UncleJ.. mana UncleJ?


Isteri tetap setia di tepi kolam.. lain kali kita datang lagi ya sayang.. berendam sama-sama..


Seronok berendam mandi manda dengan anak-anak dan jugak anak-anak UncleJ, dari pemerhatian Kasawari, anak-anak Unclej ni memang terror berendam.. he he.. tapi kenapa ayah dia tak nak joint, mungkin kata kata Madam Zend takut seluar kecik dia terlorot kot.. he he he.. Sampai kecut semua (kaki tangan jer la).. baru lah naik kembali ke bilik dan sambung tidur.. he he..

Petang kami turun ke laut, bukan untuk cari ikan, tapi hajat nak berendam, apa kan daya ombak kuat sangat, bendera merah pun dinaikkan tanda keadan merbahaya untuk mandi, cuma boleh main air jer la tepi tepi pantai tu... Agak keruh sedikit air laut di situ keran ombak Disember memang kuat.. ada juga mat mat saleh yang cuba surf di situ.. Cari jugak UncleJ ni.. masih lagi berpakaian kemas.. hish.. dia ni tak nak mandi ker.. Kami masuk semula ke kolam kali kedua berendam.. he he..


Inilah tiga sahabat sejati.. Aiman, Izat dan Ammar


Lepas Maghrib, kami ke Medan Selera Bandar Penawar yang tidak jauh dari situ untuk makan malam dan pulang ke resort selepas itu, Izat dan adiknya joint ke bilik Kasawari untuk bermain PSP.. memang benar lah.. kanak-kanak cepat berkawan.. tak macam bapak bapak .. perlu berblog baru lah rapat.. he he..


Saya dan UncleJ berdua melepak di lobby hotel dan berbual bual panjang tentang berbagai bagai cerita.. kemudian UncleJ beri saranan untuk berkaraoke di situ, orait jugak cadangan itu, apa lagi otai ini tunjuk bakat la.. hish macam tak percaya suara UncleJ.. mirip macam suara Broery Marantika.. hebat hebat.wa ka ka.. Saya tak ingat apa lagu yang dinyanyikan oleh UncleJ kita ni, yang pasti ada lagu Alleycats (mungkin bro boleh cerita lebih lanjut dalam sambungan entri di blog UncleJ) Yang menarik kami berdua berduet lagu S Jibeng Inai Dijari.. "Alangkah indah temasya di malam itu" aduhai masyuukknya. Dan macam biasa lagu kegemaran Kasawari, Intanku Kesepian (Wings), Always Somewhere (Scorpions), Di sana menanti di sini menunggu (Ukays) dan akhir sekali Masih Aku Terasa (Gersang).. Jiwang beb! Ha ha.. Agak lewat kami masuk di situ kerana tutup jam 12:15 malam, jadi lagu kurang dapat nyanyi walhal nak sambung lagi nyanyi tu. Takper lain kali boleh nyanyi lagi eh Bro.. He he....


Keesokan harinya, UncleJ memberi tahu dia sudah jatuh hati dengan Resort ni (bukan dengan receptionist eh).. He he.. Jadi, UncleJ berhasrat menyambung satu malam lagi tinggal di situ, namun Kasawari perlu pulang kerana perlu menghantar anak anak ke rumah ibunya seperti yang telah dijanjikan.. Selepas bersarapan di situ, untuk kali terakhir saya dan anak-anak terjun kolam lagi. Dan sebelum kami berangkat, Izat dan adiknya sempat ziarah kami memberikan ole-ole dan Aiman dan Ammar membalas ole-ole


Ammar sempat posing di mini zoo The Pulai Resort


Sebelum balik, berendam dan berendam..


Ziarah dari anak-anak UncleJ sebelum kami pulang.. lawan PSP lagi tu


Tepat jam 12:00 tenghari, saya dan keluarga check out meninggalkan UncleJ dan keluarganya.. Niat di hati hari Ahad untuk bertemu semula ke Air Terjun Kota Tinggi tidak kesampaian kerana UncleJ kesuntukan masa, buat Kak G, maaf dipinta kerana tidak sempat singgah dan mungkin lain kali kita sama sama dapat bertemu ya..Dan untuk UncleJ dan isteri, terima kasih banyak banyak kerana sudi bermalam di teratak Kasawari, dan terima kasih ole-ole dari Air Hitam juga buat Bro Rick yang sudi kirim ole-ole dari Melaka..
Yang penting pertemuan kali ini lebih bermakna kerana anak anak Kasawari dan anak anak UncleJ semakin serasi dan akrab.. Begitulah juga isteri saya dan juga isteri UncleJ yang semakin kenal mengenal antara satu sama lain kerana ini kali ketiga mereka bertemu (pertama di rumah Unclej dan kedua di rumah Cik Fifi)..

Inilah penutup entri tahun 2007 yang membawa sejuta makna buat saya sekeluarga.. Kenangan yang pasti tidak akan kami lupakan..



Bersama UncleJ dan Keluarganya


Petang (Khamis) tadi, UncleJ dan keluarganya selamat sampai di rumah Kasawari, senang sungguh nak cari rumah Kasawari dengan panduan sms yang diberikan.. Kali ini Kasawari tiada waktu untuk bercerita panjang, cukup hanya berkongsi gambar di sini waktu kami sedang makan di Restoran Singgah Selalu berdepan dengan Danga Bay.. sedang tunggu hidangan sampai, makan otak-otak la pulok.. teringat pada Cik Fifi dan Kak Linn bila makan otak-otak ni.. he he..



Esok (Jumaat) kami akan berangkat ke Pulai Desaru Resort di Pantai Desaru, bermalam di situ se malam dan singgah ke Air Terjun Kota Tinggi sewaktu perjalanan pulang .. nantikan entri selanjutnya dari Kasawari.. baiklah UncleJ bawak laptop dan mobile networknya.. he he.. leh update blog ni kejab...

Oh ya.. sila la ke Blog Bro Rick untuk lihat gambar terkini UncleJ bertemu Bro Rick di Melaka..



Tag Dari Airynnz

Ini tag dari AIRynNZ.. Ikutkan secara langsung Ryn tidak meletakkan Kasawari untuk di tag, Cuma atas dasar prinsip berblog dan kehendaknya di Msjbox, Kasawari cuba penuhi tuntutan nya itu.. Apatah lagi mulai malam ni akan melayan tetamu kehormat yang sedang memandu menuju ke mari tak lain dan tak bukan UncleJ kita..

Untuk Ryn.. Ini lah tag yang siap saya sempurnakan sebelum saya dah keluarga pergi bersantai bersama keluarga UncleJ..

First Name - Azman
Nickname – Man, Man Panjang (masa di UTM), Man Kidal (masa sekolah menengah), Kasawari (dalam blog)
Name you wish you had – Muhammad Azman
What do people normally mistake your name as – Azuman (kat Jepun)
Birthday – 20 Disember 1972
Birthplace – Geylang, Singapura
Time of Birth – 6:30 pagi
Parents together or divorced – Alhamdulillah tetap bersama hingga ke akhir hayat.. Insya Allah
Get along with them – Sudah tentunya.. kerana rumah mak ayah dekat 10 minit jer
Single or taken - Kahwin
Zodiac sign – Sagittarius

-Your Appearance-
How tall are you – 182 cm (tinggi macam player di EPL)
Wish you were taller – ni dah kira maximum nanti panjang kena buat sop (Noushy suka la tu)
Eye color - Hitam
Eye color you want – Putih jadi Hijau dan Hitam Jadi Putih (TAKBIR 3x)
Natural Hair color – Hitam
Current Hair color – Hitam dan ada lah sehali dua putih kena tepung kot
Short or long hair – Sedang sedang..
Ever dye your hair a bizarre color – Hish.. Tak kalis air .. Tak sah mandi wajib.. HARAM!!
Curly,Straight,Wavy – Lurus
Last time you did something dramatic with your hair – Bila jadi AYAH, botak macam mawi..
Glasses or contacts – Tak lagi diperlukan sekarang
Do you wear make-up – Masa bersanding atas pelamin dan amik gambar studio..
Ever had hair extensions – Ngarut jer
Paint your nails - Lagi ar ngarut..

-In the opposite gender-
What color eyes - Hitam
What color hair - Hitam
Shy or Outgoing – Tengok pada keadaan
Looks or personality -Personaliti
Sexy or Cute - Very Cute.. Dan kadang kala seksi.. He he
Serious or Fun – Sentiasa Fun
Older or Younger than you – Muda sebeza usia budak darjah 1
A turn on – ???
A turn off – ???

-This or that-
Flowers or Chocolate – Ceklat
Pepsi or Coke – Pepsi
Rap or Rock – Mestilah rock yeh yeh tapi zaman 90an dulu rap yo yo.. Ice ice baby.. He he
Relationship or One night stand – Tentulah relationship..
School or Work – Work
Love or Money – Kedua-dua
Movies or Music – Kedua-dua
Country or City - Kedua-dua
Sunny or Rainy days – Musim Hujan.. (Iyan sudah tidur ngak?)
Friends or Family – Kedua-dua

-Have you ever-
Lied – pasti ada (kat atas atas ni pun ada bohong sikit)
Stole something – ada.. Curi stamp kat emporium nak penuhkan koleksi..
Smoked – dari umur 14 tahun (curi curi hisap) hingga ke tahun 2004
Hurt someone close to you – Selalu ar jugak
Broke someones heart – Ada sesekali..
Had you heart broken – Semestinya..
Wondered what was wrong with you – Cepat kesihan pada orang lain..
Wish you were a prince/princess – Tak terfikir..
Liked someone – mak abah, isteri, anak-anak2 dan keluarga serta teman2
Liked someone who was taken – rasanya sekarang takder kot.. Dulu masa sekolah minat pada Cikgu Sains.. He he
Shaved your head - tak pernah.. Cuma botak macam mawi ada la
Been in love – semestinya
Used chopsticks – bila di Jepun
Sang in the mirror to yourself - tak pernah buat..

-Favorites-
Flower - Bunga Ros
Candy – Semua jenis coklat
Song – Biarkan Berlalu Wings
Scent – Eternity CK
Color – Merah (Ferrari & Man Utd)
Movie - The Rock 1996 (Sean Connery & Nicholas Cage)
Singer - Jamal Abdillah
Word – "Apa apa pun.."
Junk food
Twisties
Website – blog ni la
Lotion – Johnson Baby (pakai gak)
Animal - Ikan Kelisa Perak
Ever cried over someone – selalu
Is there anything you wish you could change about yourself – Kurangkan sifat marah
Your biggest fear – Allah s.w.t
Do you think you're attractive – iya.. He he
If you had to choose a fairytale as your life what would you choose – Naruto (fairytale ke ni)
Do you play any sports - Futsal, Ping Pong, PSP he he

***************

The rules:- link to your tagger and post these rules.- list (8) random facts about yourself blogging life and tag (8) people

1. Baru jer 5 bulan start blogging..
2. AmmarAiman.blogspot adalah blog yang pertama
3. Fifinoorhafiza.blogspot adalah blog yang pasti dikunjungi.. He he walau tuannya takder kat rumah..
4. Tak pernah tukar layout sebab malas nak tukar.. Rasa yang ni dah kira ok.. Tengoklah nanti.. He he
5. Blogger yang pertama bersua muka ialah Arsaili..
6. Blogger yang paling dihormati: UncleJ & Noushy, sebab selalu komen dan beri pendapat yang bernas dan kelakar
7. Blogging pada waktu hari bekerja sahaja.. Ada plan nak pasang internet kat rumah.. Tapi tak terbuat
8. Menghargai dan rasa terharu dengan rakan rakan blogger yang baik semuanya..

Ok Ryn, seperti biasa saya tidak akan mengetag yang lain, ambil prinsip Ryn, siapa yang sudi tu ambillah tag ni.. Secara sukarela..



Hari Tag sedunia..

Kasawari dapat 3 tag dalam minggu ini.. oleh kerana semalam cuti, dan tidak mahu menghampakan pengetag pengetag ni.. Kasawari akan jawap satu persatu ya....



Tag 2 dari Noushy


Tag yang ke 2 dari Maliha Anoushka... ni saje eh nak dengki Kasawari.. sampai 2 tag dia bagi eh.. tapi Kasawari bertanggungjawap jugak la eh..

Instructions:Remove 1 question from below, and add in your personal question, make it a total of 20 questions, then tag 8 people in your list, list them out at the end of this post. Notify them in their chat box that he/she has been tagged.


1. What would you do if you found a briefcase full of money?Tengok duit tu betul ke tak..

2. If you have the chance, what would you probably say to your beloved one? Sayang... Iyan sudah tidur... (wa ka ka kui kui)

3. If you were to be stranded on a desert island, who are the 3 blog buddies you would take with you?

* Cik Fifi-Tukang masak
* Kak Linn-Tukang hidangkan makan..
* Noushy-Tukang cuci

4.Where is the place that you want to go the most? Mekah

5.If you can have 1 dream to come true, what would it be? Jadi player Man Utd kemudian jaringkan 5 gol lawan Chelsea

6.Till now, what is the moment that you regret the most? Ammar dan Aiman tentu ada jawapannya..

7.What are you afraid to lose the most? Ammar dan Aiman

8.If you win $1 million, what would you do? Gi Monaco tengok F1 bersama keluarga..

9.If you meet someone that you love, would you confess to him/her? Or would you keep it to yourself and observe from afar? Saya dah bertemu dengan orang yang saya sayang... pastinya sayang sayang sayang...

10.List out 3 good points of the person who tagged you. Noushy: Lawa, lawak, lawblues (ekek ekek nak sama kan "law" tu)..

11. What are the requirements that you wish from your other half? Agar dia rajin memasak.. (jangan marah sayang)

12.Which type of person do you hate the most? Orang yang suka tag (akek akek.. Jangan marah Noushy)

13.What is your ambition? Menjadi seorang Hamba Allah dan juga seorang ayah dan suami yang bertanggungjawap..

14.What is the thing that will make you think he/she is bad? Tak terfikir lagi

15.Christmas is coming, who do you like to celebrate with? Tak sambut Christmas.. Tapi bila Hari raya, teringin sangat sambut bersama isteri DAN anak-anak..

16.If you could do one thing different in life, what would it be? Duduk rumah tak payah kerja, duit masuk jer..

17.Are you a shopaholic or no? Kalau ada duit.. Memang belanja sakan.. He he

18.Which actress or actors you would like to be? S.Shamsudin (suka pada dia punya lawak..)

19.It would be 2008 in a few days, do you have a new year’s resolution? Azam untuk sempunrakan azam 2007

20.Do you have any plans for tomorrow? Esok UncleJ datang rumah, so ajak dia ngeteh dan sembang sampai larut malam untuk planning ke Desaru Pulai hari Jumaatnya.. he he

Semua soalan dah dijawap dan takder yang keluarkan dan tambah baru dan tak tag orang lain... (teringin nak tag juga tapi takut tak terlayan kan oleh mereka.. he he)..

Apa pun thanks Noushy... lama tak dapat tag.. saya akan jawap apa pun tag yang diberikan.. ekek ekek..



Tag 1 dari Noushy

Saya di Tag oleh Maliha Anoushka..

The rules : Use the first letter of your name to answer each question. Must be places, names…Nothing made up. Don't use own name for boy/girl’s name question. If can’t answer, skip to next one. Give a try.Have fun!


Nama saya: Azman Ahmad

1. Famous Singer: Asmawi Ani (Mawi) -> atas tu AA & AA

2. Four Letter Word: Arch

3. Street: Ampang Street,KL

4. Colour: Apple Green

5. Gifts/Present: Air Craft Model

6. Vehicle: Audi

7. Things in Souvenir Shop: Amoi yang jaga kedai

8. Boy Name: Aiman

9. Girl Name: Azlinda

10. Movie title: Armageddon

11. Drink: Air Suam

12. Occupation: Architect

13. Celebrity: Aznil Hj Nawawi

14. Magazine: Al-Islam

15. U.S. City: Austin

16. Pro Sports: Angkat Berat

17. Fruit: Apricot

18. Reason for Being Late to work: Ammar nak susu..

19. Something you throw away: Arrogance

20. Something you shout: Alamak!



Tag dari Fini

Ini tag dari Fini.. patut pun dalam Msjbox dia tanya bila nak jawap... he he.. ingatkan dia tanya nama.. he he. atas dasar bertanggungjawap (cewaahh).. mestilah kita kena jawap kan..

Pemandangan di Monte Carlo, Monaco...


5 things in my bag (takder bag, tapi gi kerja bawak bag)
- pen
- kunci kereta
- kamera digital
- slot card kerja
- kertas ntah apa2 tu (siap bukak lagi tengok)

5 things in my wallet
-mykad
-kad ATM
-lesen memandu
-slip ATM
-wang

5 favorite things in my bedroom
-cermin
-sejadah
-al-quran
-katil (ni sudah mesti)
-selimut

5 things I would like to do
-pergi ke Mekah
-pergi Monaco tengok F1
-bawak kereta Ferrari
-pergi Old trafford
-jumpa Kimi Raikonen ajak race dengan dia..

5 things I am doing now
- tidur (ngantuk sangat malam tadi tidur lewat)
- main PSP (baru jer beli)
- makan (lapar la)
- habiskan benda ni cepat
- baca email

5 people i want to tag
Takder (sebab yang nak tag ni susah sangat nak layan.. he he)



Peraduan Teka Bola

Alhamdulillah, Aidil Adha dapat disambut bersama dengan hari lahir saya, ikutkan saya ini tidak pernah kisah tentang hari lahir dari kecil kecil lagi kerana keluarga saya tidak pernah mengajar saya upacara memotong kek dan meniup lilin, waktu kecil dulu mak hanya buat pulut kuning dan makan adik beradik.. itupun jika ada kesempatan..

Bila sudah berkerja, setiap tahun dapat hadiah untuk hari lahir, itupun terlebih 20 hari awal kerana selalunya akan diberi sekali gus pada awal bulan..

Terima kasih rakan rakan yang memberi ucapan dan mendoakan. terharu saya. Bermula lah pertambahan setahun umur Kasawari ke 35 tahun, lahir di Singapura di Geylang Lorong Satu pada tanggal 20hb Disember 1972, tak silap ikut cerita mak, waktu itu rumah flat memang lah takder, rumah arwah atok di Geylang rumah Kampung atas Air.. tak tau lah macam mana gambaran keadaan waktu itu. Mak saya memang asal orang Singapura.. bertemu jodoh dengan ayah yang bertugas sebagai polis ketika itu. (wah entri nostalgia ni), saya tak bercadang menceritakan tentang ini secara terperinci.. sebab lupa atau tak tahu.. he he

Saya sempat memotong kek hari lahir bersama anak-anak, Alhamdulillah.. walaupun dari jam 6 petang hingga jam 9 malam amat memadai untuk saya. Dan pada Sabtu lepas bersama anak-anak dan isteri ke Restoran Singgah Selalu untuk makan tengahari, tiada masalah untuk isteri saya menggunakan crutches kerana tempat letak kereta berdekatan sahaja dan layanan di situ amat amat memuaskan

Aiman pula sibuk dengan PSP barunya dan Ammar sibuk main bola bola bersendirian dan terpaksa saya melayannya.. Seronok kami semua.. lama dah tak jalan berempat..





Sempena sambutan Tahun Baru dan demam peraduan sana sini .. Kasawari ingin membuka peraduan Teka Bola..

Berapa banyakkah bola yang terdapat bersama Ammar pada gambar diatas?

Hadiah Utama:
Berupa makan malam di Restoran Singgah Selalu dan bermain bola bola bersama Ammar.



Selamat menyambut Hari Raya Qurban

ENTRI TERBARU DI BAWAH.



Selamat menyambut Hari Raya Qurban @ Eidul Adha 1428 Hijrah.

Didoakan semoga kita akan terus lebih memahami dan mengamalkan hak fitrah kita sebagai manusia - muslim - mukmin kerana Allah s.w.t, Insya Allah.

Kepada saudara kita yg berada di Tanah Suci, semoga Allah s.w.t menganugerahkan Haji Mabrur kepada mereka dan selamat kembali, Insya Allah.



Selamat Hari Raya Korban & Selamat Hari Lahir Ayah..

Abang dan adik,
Tika ayah menulis ini, mungkin abang dan adik sudah berada di rumah atok abang dan adik untuk persiapan Hari Raya Korban, sebentar tadi, ayah ada sms pada ibu abang dan adik, kalau-kalau abang dan adik masih ada lagi di rumah ibu abang dan adik, tapi ibu abang dan adik katakan dah pulang ke rumah Atok dan Nenek. Mesti seronok abang dan adik main-main ya. Nanti esok ayah datang pagi-pagi amik abang dan adik untuk ke masjid bersolat raya Aidil Adha.. dan kemudiannya seperti biasa hantar semula abang dan adik ke rumah atok. Abang dan adik tahu tak Hari Raya Aidil Adha esok jatuh pada hari lahir Ayah 20hb Disember, mungkin abang hafal tarikh hari lahir ayah kan.. mungkin kali ini kita sama sama sambut hari lahir di Masjid sahaja, kerana ruang dan masa yang terhad untuk ayah bersama adik dan abang malah keizinan perlu diperolehi untuk bersama anak-anak ayah di Hari Raya.

Abang dan adik, esok adalah Hari Raya Korban, abang mungkin hanya faham erti erti korban iaitu sembelih lembu dan kambing kan, ingat lagi waktu dulu-dulu bila Hari Raya Korban, ayah akan bawak abang naik motor keliling kampung, petang raya tu kita sama sama tengok lembu, ktia cari lembu yang ditembat leh orang kampung. kemudian abang akan tanya.. "ayah kesihan ya lembu ni nak kena potong nanti" ayah akan menjawap " takper abang.. ini untuk korban.. dapat pahala" dan waktu orang sembelih abang takut nak tengok.

Abang.. erti pengorbanan itu sangat besar, luas dan mendalam, bukan hanya berkorbankan lembu dan kambing sahaja, malah ianya juga meliputi pengorbanan dari segi masa, harta, tenaga dan apa jua selagi perkara yang dikorbankan itu adalah untuk kebaikan. Macam abang, perlu juga berkorban, berkorban dari segi masa menonton TV, abang dan adik tidak boleh la selalu tengok Astro Ceria.. walau ayah tahu siaran itu memang menjadi minat untuk abang dan adik, abang & adik juga perlu "berkorban masa" bersama ayah, walau ada ketika ayah dapat bersama anak anak ayah ini, tapi masa itu perlu dibahagi bahagikan dan diberi izin jua.. apa pun pengorbanan abang dan adik untuk ayah dan juga pengorbanan ayah untuk abang dan adik akan menjadi suatu pengorbanan yang besar antara seorang anak dan ayah dan juga antara seorang ayah dan anak-anak yang tersayang..

Selamat Hari Raya Korban untuk anak anak ayah, dan Selamat Hari Lahir Ayah


p/s; Petikan dari blog AmmarAiman (private blog)



Bertemu Bro Rick dan Bingkisan dari Rio

Kepenatan memandu dari Senai ke Melaka dengan urusan kerja hilang bila bertemu dengan Bro Rick, inilah pertemuaan kali kedua saya bertemu Blogger Bro Rick dimana sebelum ini sempat berjumpa sekejab (klik di sini untuk pertemuan yang pertama). Bro Rick ni boleh lah saya katakan THE REAL BIG B dengan sasa tubuh badannya yang mantap, mungkin Big B (Budin) yang lagi satu lebih real bignya kot.. he he sebab saya belum pernah berjumpa dengan Big B (Budin). Untuk cerita dan gambar lebih lanjut bolehlah klik di sini di blog Bro Rick.




Pada pandangan peribadi saya, Bro Rick ni adalah seorang yang begitu serius bila memperkatakan sesuatu dan akan lebih ceria dan melawak bila sama-sama menceritakan hal hal yang membuat kita ketawa, apa lagi kami masih sempat menceritakan kisah Iyan Uncle J tu sambil kami menjamu mee goreng di warung yang berhampiran di tempat kerja Bro Rick. Apa pun terima kasih Bro.. kerana sempat meluangkan masa lebih lama jika dibandingkan pertemuan singkat yang pertama dulu.. Kalau jadi beli Super Bike tu, jangan lupa ya datang ke Johor ke rumah saya, Ammar dan Aiman memang minat gila Super Bike tu.. he he..


Saya sempat singgah ke gerai gerai yang menjual barangan berdekatan dengan Taman Buaya Melaka untuk ole-ole isteri di rumah yang setia menunggu di atas kerusi rodanya. Dan sempat juga merakam lembu bukan untuk korban, tetapi lembu untuk kereta lembu yang menjadi simbol Negeri Melaka begitu juga satu inspirasi di blog Blog Bro Rick.




Tiba di rumah jam 9 malam, teringatkan saya bingkisan dari Rio melalui pos laju yang dikirimkan kepada saya (saya menerima sms dari isteri tentang bingkisan ini sewaktu sedang memandu ke Melaka). Sungguh terharu sama sekali menerima 2 buah buku iaitu "Kaedah berkesan keluarga membantu teknik belajar anak-anak" dan "Seri Syahri Syahda" serta juga Kad Selamat Hari Raya dari Rio. Terima Kasih banyak-banyak Rio, kandungan kedua-dua buku tersebut amat menarik dari segi kualiti kertasnya dan juga intipati kandungan yang amat berguna..


Inilah dunia blogging.. banyak yang saya temui rakan rakan yang saya rasakan amat-amat baik hati. Semoga persahabatan yang dijalinkan ini berterusan selamanya..



Malibest Resort - Chalet di Atas Pokok

Maaf diminta tentang permainan Kasawari di entri "Berangkat ke Anfield, Liverpool", malah ada teman-teman yang percaya Kasawari berangkat ke sana, sebenarnya itu sekadar menghangatkan lagi suasana pertembungan antara gergasi gergasi EPL, dan juga melayan serta mengusik rakan rakan Kasawari terutama UncleJ dan Noushy.. hinggakan AR Saili yang berada di KL pun bersms dengan saya, begitu juga dengan Bro Rick yang sanggup menelefon saya.. maaf diminta ya.. kosong-kosong eh.

Apa pun gambar tersebut ialah gambar yang diambil pada bulan Julai 2007 sewaktu ke Pulau Langkawi, gambar tu sebenarnya di Langkawi International Airpot.

Kami menginap di Hotel Geopark (berdekatan dengan Langkawai Cable Car) selama 2 malam dan juga semalamam di Malibest Resort di Pantai Cenang (chalet di atas pokok) ketika itu. Memang amat-amat digalakkan sekiranya rakan rakan semua yang ingin ke Langkawi dan ingin bermalam di Pantai Cenang, cubalah menginap di Malibest.. murah, BERSIH dan banyak kemudahan.. Cubalah.. he he...

Pemandangan dari Tingkap Bilik Hotel Geopark


Chalet di atas pokok.. sungguh nyaman..


Pemandangan dari Tingkap Bilik Chalet Malibest Resort


Pantai Cenang yang putih dan BERSIH di Malibest Resort


Selalunya sebelum kita merancang untuk bercuti, apa lagi ke satu tempat yang belum kita bermalam, selain daripada cadangan rakan rakan, adalah lebih baik kita survey terlebih dahulu, Kasawari lebih berminat menyelediki di laman web tripadvisor.com di sini berbagai bagai panduan, nasihat dan juga perbandingan antara hotel hotel atau resort resort yang ingin kita pergi. Sebagai contoh, untuk Malibest Resort, punyai review tersendiri click di sini secara overall diberi markah 4/5 dari segi bilik, perkhidmatan, nilai wang dan juga kebersihan. Masih ada lagi ruang dan masa jika kita ingin bercuti.. Cuti-cuti Malaysia.



Berangkat ke Anfield, Liverpool

Selamat Tinggal semua, Kasawari berada di KLCC ni, sempat update blog, dan akan berangkat ke Anfield, Liverpool untuk memberi sokongan kepada pasukan Manchester United yang akan menentang Liverpool pada 16hb Dec 2007. Penerbangan ini disewa khas untuk peminat setia Man Utd dan kami akan dijangka sampai di London Heathrow Airport pada pagi esok waktu di sana, kemudian terus ke Anfield, Liverpool.


Sewaktu di Senai Airport pagi tadi..


"Glory glory Man United...
Glory glory Man United...
Glory glory Man United...
As the reds go marching up up up!!"




p/s: Kepada teman-teman di Malaysia, jangan lupa menonton di Astro ya, nanti Kasawari akan melambai lambai tangan ya.



Dapat gak merasa..


Alahai tak pernah merasa dok carta terhangat diatas sekali, selalunya Abang Budin & Unclej lah yang dok kat situ.. sekejab jer ni.. jab lagi turun lah tu .. Apa lagi dengan peraduan Kak Norz yang akan diumumkan tak lama lagi.. Begitu juga bila Abang Buding post N3 yang lebih mengancam.. ahaks..

Patut pun Budin dan UncleJ jarang ke msjbox Kasawari, akan menyumbang peratusan pada Msjbox Kasawari... Otai otai dah pakat sama tu.. he he..




Khas Untuk Isteri Tersayang








IRIS (AWIE)

Kau masih ku cintai, sungguh
Dari awal dulu hingga hari ini
Aku pasti seyakinnya pasti
Kau lah satu untuk ku

Kau masih Dewi hatiku, sungguh
Biar sejuta tahun hilang di hari
Usah gusar sayang usah ragu
Aku milikmu

Cinta ku jika kau tanya pada bintang
Gemilauan sinar tak kan hilang
Akan aku sinari duniamu
Moga terpadam sangsi mu oh

Cintaku jika kau lihat tingginya awan
Tak kan tercakar tinggi cintaku
Hanya hati ku tahu apa mahuku
Kan dunia ku pastinya milikmu
Hingga ke akhir hayatku

Kau masih ku cintai, sungguh
Dari hari pertama kau ku nikahi
Aku pasti seyakinnya pasti
Engkau milik ku





Terharu..




Klik Di Sini untuk ke Blog tersebut.



Kereta IdamanKU.. EVO IX

Inilah kereta IdamanKU... Mitsubishi Lancer EVO IX



Mitsubishi Lancer Evolution, dikenali juga sebagai Lancer EVO, LanEVO atau EVO, diperbuat oleh Mitsubishi Motors . Sehingga sekarang sudah ada sepuluh versi EVO, yang direkacipta di dalam bentuk roman numeral . Berkeupayaan enjin 2 liter serta enjin turbocharged dan mempunyai sitem four-wheel drive . Walaupun sudah ada EVO X, Kasawari lebih berminat pada EVO IX.. tentang harganya .. usahlah diperkatakan disini...

Walau bagaimana pun, Kasawari tetap berpeluang untuk memiliki EVO IX ini dengan mengisi minyak di Petronas (wah bagi promosi ni kat Petronas).. he he he... Sesiapa yang minat kereta sport lain tu silah lah pilih, EVO 9 tu Kasawari dah chop dulu... yang lain tu gi la "lat ta li lat lai li tam plum".. ahaks.


Eligibility

The PETRONAS Super Car Craze Contest (“Contest”) is open to all valid credit card cardholders, ATM Bankcard cardholders from Affin Bank, Alliance Bank, AM Bank, Bank Islam, CIMB Bank, EON Bank, Hong Leong Bank, Maybank, Public Bank and RHB Bank, SmartPay cardholders and Kad Mesra cardholders who are Malaysian citizens aged eighteen (18) and above (“Cardholders”).

All Cardholders and Kad Mesra cardholders must have valid accounts and in good standing as determined by PETRONAS at its sole discretion to be eligible for the Contest and prizes.

The following persons shall not be eligible to participate in the Contest:
Employees of the PETRONAS group of companies and their immediate family members;
Employees of Electronic Commerce Technology Sdn Bhd and their immediate family members, their advertising and promotional agencies; and.
PETRONAS stations dealers as well as their immediate family member.
Contest Period

The Contest Period shall run from 1 December 2007 until 31 March 2008 inclusive (“Contest Period”).

The Contest

Cardholders who spend a minimum of RM20.00 in one (1) transaction at any PETRONAS service stations during the Contest Period are automatically eligible for one (1) entry. (Any additional RM20.00 spent in a single receipt shall be treated as another entry. For example, a transaction of RM40.00 will entitle the Cardholders to two (2) entries).

All entries received in a particular month will be eligible to win the prizes offered for that particular month. Entries will not be carried forward to the next or following month.

All winners of the Contest will be selected via a pre determined electronic selection system (subject to terms & conditions as determined by PETRONAS).
During each month of the Contest Period, one thousand (1000) winners will be selected to win the Consolation Prizes and one (1) winner will be selected to win the Grand Prize, as more particularly mentioned in Item 9 below. In addition, for the months of February 2008 and March 2008, an additional one (1) winner selected to win the Grand Prize will be a Kad Mesra Cardholder.

The prizes (“Prizes”) for the Contest are as follows: -

December 2007 Grand Prize of the Month

One (1) Unit of Subaru Impreza for one (1) winner

One thousand (1000) units of Consolation Prizes

1st - 500th Prize: RM400 of cash ( Five hundred (500) winners)

501th -1000th Prize: RM100 of cash ( Five hundred (500) winners)

January 2008 Grand Prize of the Month

One (1) Unit of Honda Civic Type R for (one (1) winner)

One thousand (1000) units of Consolation Prizes

1st - 500th Prize: RM400 of cash ( Five hundred (500) winners)

501th -1000th Prize: RM100 of cash ( Five hundred (500) winners)

February 2008 Grand Prize of the Month

One (1) Unit of Mitsubishi Evo 9 for (one (1) winner)

One (1) Unit of Mini Cooper S for (one (1) Kad Mesra winner)

One thousand (1000) units of Consolation Prizes

1st - 500th Prize: RM400 of cash ( Five hundred (500) winners)

501th -1000th Prize: RM100 of cash ( Five hundred (500) winners)

March 2008 Grand Prize of the Month

One (1) Unit of BMW 320i (E90) AC Schnitzer for (one (1) winner)

One (1) Unit of Audi TT Coupe Quattro for (one (1) Kad Mesra winner)

One thousand (1000) units of Consolation Prizes

1st - 500th Prize: RM400 of cash ( Five hundred (500) winners)

501th -1000th Prize: RM100 of cash ( Five hundred (500) winners)

sumber: http://www.kad-mesra.com.my/




"VARIASI MASAKAN SELATAN" oleh Norzailina Nordin (Norz)

Malam tadi saya membawa anak-anak saya, Ammar & Aiman ke IOI Mall Kulai kerana dah berjanji dengan mereka untuk membeli Pizza Hut. Sementara menunggu Pizza disiapkan untuk dibawa pulang, saya ke TanjungMas BookCentre salah satu kedai buku yang terbesar di sini, masuk sahaja ke kedai buku tersebut, Aiman pantas ke rak majalah automotif dan berkata "Ayah Majalah F1 belum keluar lagi".. itulah yang dicari oleh Aiman sementara Ammar pula sibuk dengan mainan-mainan kecil di situ.

Sedang saya dan anak anak membelek belek majalah dan buku di situ, terpandang saya sebuah Buku yang bertajuk "VARIASI MASAKAN SELATAN" oleh Norzailina Nordin (Norz) , siapa lagi kalau bukan Kak Norz penulis tersohor itu, saya membelek kandungan buku tersebut dan tertarik pula untuk berkongsi dengan isteri di rumah, kulit muka buku ini terpapar makanan kegemaran ku LAKSA JOHOR, dan resepi pertama di situ ialah Nasi Beryani.

Wah.. hebat sungguh Kak Norz ni, bukan hanya pandai menulis, malah juga pandai memasak, patut pun sekarang peraduan di laman blognya mendapat sambutan yang hangat lagi hebat, malah ada rakan blogger sanggup ke Jusco untuk mencari harga barang barang yang dibeli itu agar dapat memenangi hadiah utama iaitu makan malam masakannya untuk dua orang bersama Kak Norz di rumahnya. UncleJ dan Budin sibuk tak tentu hala memikirkan berapakah harga barangan tersebut gara gara ingin mengejarkan hadiah utama, habis guru Matematik di Kajang dan Cheras dihubungi oleh mereka gara gara untuk mengira jumlah harga dalam peraduan tersebut.

Apa pun di sini, Kasawari ingin berkongsi latar belakang Kak Norz setelah tiga malam Kasawari membuat pencarian serata Pahang untuk mengenali Kak Norz ini. Barulah hari ini Kasawari tahu Kak Norz ini bukan calang calang orang rupanya.. dan berbangga juga lah Kasawari berblogging dengan Kak Norz yang hebat ini..


"Norzailina Nordin dilahirkan di Ketari, Pahang. Pernah bersekolah di Methodist Girls School (Raub), Assunta Convent, Sek. Men. Per. Tg. Afzan dan Sek. Men. Per. Methodist (Kuantan) sebelum melanjutkan pengajian ke Grimsby College of Technology dan Cardiff Tutorial College, United Kingdom selama tiga tahun.

Antara novel yang dihasilkan adalah Antologi Cerpen Mannequin (1986), Arca Impian (1994), Semarak Rindu, Sewangi Kasih (1995), Karma, Ilusi Semurni Hati, Neraca Sukma (1996), Arca Impian 2 (1997), Carissima (1998), Zuriat (2001), Untukmu Permata Hatiku, Mercu Kasih (2002) dan Arca Kasih (2003).

Selain daripada menulis, beliau sering menyumbangkan masakan di majalah dan tv sejak 1992. Sehingga kini, masakannya pernah muncul di majalah Keluarga, Nona, Jelita, Sajian Jelita, Her World, Her World Cookbook, Flavours, Pa & Ma, Libur dan Ibu.

Program televisyen yang pernah disertai adalah Kuali, Ciptarasa Hari Raya, Simply Delicious, Sajian Hari Raya (Suria TV, Singapura), NONA, HAWA, Bersama Anita, Wanita Hari Ini dan Chef Wan di Satu. Terkini beliau menjadi kolumnis Knorr untuk majalah Rasa dan Mingguan Wanita di samping mengendalikan ruangan Soal Jawab Masakan di laman web Alaf 21." (sumber laman web Alaf 21)


P/S1: Kasawari pun nak buat peraduan jugak, cuba teka berapa ringgitkah Kasawari membeli buku "VARIASI MASAKAN SELATAN"? Sesiapa yang dapat meneka akan dihadiahkan barangan istimewa khas dari Kasawari yang akan diposkan ke alamat rumahnya. Ini betul betul bukan mainan atau cobaan.


P/S2: Kak Norz, ni dah bagi publicity dan up tinggi ni. . kira cincai ar.. bagi ar saya pemenangnya ya.. he he..



Ceria 611

Tentu ibubapa yang punyai anak-anak di rumah pastinya mengenali ASTRO CERIA 611 salah satu rancangan kanak-kanak berbahasa Melayu, jadi tak tentu hala sekiranya kita tidak dapat mengawal mereka yang ingin menonton saluran ini, malah saya sendiri pun sudah menghafal cerita cerita seperti;

-Kampung Boy
-Just For Laughs Gags (ini Kasawari minat gak.. He he)
-Telematch
-Ninja Boy
-Ultraman Tiga
-Geng Bas Sekolah
-Tom Tom Bak
-Gerak Geri Gasing
-dan lain lain lagi

Dan berbagai bagai lagi rancangan-rancangan yang telah membuat anak anak kita berebut alat kawalan jauh astro, mana kan tidak, jika Si Ayah minat pada Discovery Cha dan Nat. Geo, Si abang pula minat pada Playhouse Disney , ESPN dan STAR SPORTS (termasuk Si Ayah) apa lagi jika berhujung minggu, mana kala Si adik pula lebih kepada Astro Ceria yang tidak akan mengalah dengan Si abang, dan akhirnya terpaksa lah Si ayah dan juga Si abang mengalah dengan kemahuan Si adik. Bagaimana pun perlu juga kuasa veto dari Si ayah untuk mengawal keadaan seandainya keadaan tidak dapat dikawal, pernah juga Si ayah memberitahu untuk mencabut Astro Disc di atas rumahnya kerana smapai berlaku pertengkaran, walau si Ayah ketahui ada fungsi untuk menetapkan password pada alat kawalan jauh tersebut.. Sampai begitu sekali kesannya..

Itulah anak anak zaman sekarang, saya tidak membangkang dengan minat mereka kerana waktu saya dibesarkan pun saya dibesarkan dengan saluran saluran tv RTM1 dan RTM2 serta SBC Singapura (waktu itu TV3 belum ada lagi), seperti rancangan Aksi Mat Yoyo, Smurf, Sinbad, manakala drama bersiri The A Team, The Greatest Anmerican Hero, The High Chapparal (saya minat Monolito) dan berbagai bagai rancangan yang lain. Cuma waktu itu rancangan akan ke udara mengikut masa masa tertentu dan tidak seperti zaman Astro sekarang yang diulang ulang siarannya selama 24 jam berterusan hinggakan jam 3 pagi pun boleh masih menonoton kartun. Masih ingat lagi rancangan Cumi dan Ciki ketika itu yang saya rasa amat bermanafaat untuk kanak kanak ketika itu. Tapi sekarang zaman sudah berubah, dengan teknologi komunikasi yang canggih seperti BS (broadcast satellite) dan juga internet, telah mengubah segalanya...

P/S: Tetap pegang alat kawalan Astro pada jam 9 malam setiap Ahad untuk siaran WADI di Astro Oasis dan juga pada jam 11 malam untuk siaran RTM Dunia.



Hujan dan Banjir...

Hujan itu Rahmat, hujan membawa rezki untuk menyuburkan tumbuh-tumbuhan di muka bumi. Namun dengan Hujan juga akan membawa banjir yang besar, mungkin kerana pembangunan dan juga sistem pengaliran yang tidak sempurna mengkibatkan banjir yang besar seperti pernah melanda di Negeri Johor pada penghujung tahun 2006 dan awal tahun 2007.

Kasawari berpengalaman bergotong royong bersama rakan-rakan membersihkan rumah rakan sekerja yang dilanda banjir di Kangkar Tebrau Johor Bahru pada awal tahun 2007, paras air ketika itu telah mencecah ke bumbung. Jika dilihat kesan banjir di rumah tersebut, memang amat dasyat sekali dengan lumpur dan sampah sarap pun ada di atas ceiling. Kami sampai di rumah tersebut jam 6 petang sehingga jam 1 pagi barulah selesai kerja yang dijalankan. Keletihan tidak terasa kerana faham apa yang dialami oleh rakan Kasawari itu, mujur Kasawari punyai 2 water jet yang dipinjam dari tempat kerja, oleh itu mudah bagi kami membersihkan rumahnya. Segala periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk, semuanya berlumpur dan perlu dicuci..



Suis elektrik utama (Fuse box) dan semua suis suis dirumah perlu di keringkan sebelum dihidupkan suis utama, ini kerana renjatan elektrik akan berlaku terutamanya dalam keadaan basah, oleh kerana kami ni semua pakar elektrik he he he, ELCB (earth leakage circuit breaker) dan MCB (main circuit breaker) perlu dibypasskan, kalau tidak kegelapan lah membuat kerja pembersihan.



Beginilah keadaan sebelum dibersihkan dengan lumpur yang melanda..


Dan ini selepas kami bersama mencucinya..

Di sini juga, saya ingin berkongsi link INFOBANJIR REAL-TIME FLOOD CAMERAS, kita dapat melihat secara livecamera (still mode) beberapa sungai utama, Kasawari cuba click di Sungai Kota Tinggi Johor dan dapat melihat keadaan paras air sungai tersebut. (tak pasti rakaman ini yang terkini atau tidak, jika mengikut tulisan di situ, kurang 10 minit dari apa yang kita klik di situ.


Untuk rakan rakan yang lain, dinasihatkan berhati hati ketika memandu dan juga jika ada anak kecil, pastikan sentiasa dipantau walau keadaan persekitaran tidak dinaiki air, dan bersama-sama kita berdoa untuk penduduk penduduk yang mengharungi banjir agar keselamatan dan nyawa mereka terselamat.. Amin