Tuesday, October 07, 2008

Msjbox Holiday 2008 Details




Msjbox Holiday 2008
merupakan aktiviti rasmi Msjbox yang terakhir untuk tahun 2008. Tema "holiday" dipilih kerana dirasakan sesuai untuk melambangkan percutian bersama-sama rakan-rakan serta melupakan soal kerja harian dan percutian ini juga lebih santai dan menenangkan jiwa anda.

Matlamat utama event ini pun masih sama, untuk mengeratkan silaturahim sesama kita dikalangan warga Msjbox dan blogger-blogger yang berkelapangan untuk turut menyertai event ini.

Msjbox Holiday 2008 ini terbuka kepada semua warga Msjbox, rakan-rakan taulan, dan blogger-blogger sekalian dari seluruh pelusuk tanah air serta yang berada di kawasan-kawasan yang sewaktu dengan nya.

Penasihat: Junaidix & Shai
Pengurus Aktiviti / Penginapan: Kasawari & Kak Linn
Pengurus Pengangkutan: Retna (AKO)
Pengurus lain akan dilantik mengikut penyertaan dan kesesuaian.

Tarikh: Sabtu, 27 Dec 2008

Lokasi & Penginapan : Desaru Golden Beach Resort
Bandar Penawar, Kota Tinggi
Johor Darul Ta'zim

Dan juga

Ahad, 28 Dec 2008

Air Terjun Kota Tinggi,
Johor Darul Ta'zim


View Larger Map

Anggaran Bayaran Resort: RM80/seorang berdasarkan kepada 4 orang sebilik (bayaran lebih murah jika jumlah orang ditambah untuk sebilik tetapi keselesaannya akan berkurang..) atau RM160/seorang berdasarkan pada 2 orang sebilik. Jika terdapat baki dari kadar bayaran bilik, duit baki akan dipulangkan.

Bayaran TIDAK termasuk kos pengangkutan, makanan dan minuman serta bayaran masuk / parking ke Air Terjun Kota Tinggi.

Transport Mode: Berkereta (motorsikal pun boleh kalau larat la)

Bagi sesiapa yang tak der transport, bley la arrange untuk tumpang menumpang dan bahagi-bahagikan duit minyak dan tol masing-masing

Sabtu, 27 Dec 2008 (Tentatif)
Lokasi A: Desaru Golden Beach Resort, Bandar Penawar, Kota Tinggi

10.00 pagi : Berkumpul di Plaza Tol Kulai (bagi mereka di KL/N9/Melaka) dan kawasan yang sama waktu dengannya (anda di nasihatkan bertolak dari Plaza Tol Sg Besi pada jam 6 pagi jika anda membawa kereta dengan kelajuan 110km/jam dan berhenti untuk 1/2 jam di RnR)

10.30 tghari : Bertemu di Petronas Jalan Kulai-Kota Tinggi (bagi mereka dari kawasan Kulai dan JB)

12.00 tghari : Bertemu di Petronas Bandar Penawar (bagi mereka yang terus memandu dari rumah)

12:30 tghari : Makan tengahari di "Food Court" Bandar Penawar (Nasi Campur) - bayaran sendiri2 la.

1:00 tghari : Sampai di Desaru Golden Beach Resort dan urusan check in

02.00 petang : Masuk bilik dan berehat sambil berkemas, solat dan sebagainya

03.00 petang : Berkumpul di Lobby untuk sesi taklimat dan ucapan aluan serta suai kenal

03.30 petang : Acara "kering" bermula (details akan diberitahu)

05.00 petang : Acara "basah" bermula (details akan diberitahu)

06.00 petang : Aktiviti bebas

07.30 malam : Berkumpul di Lobby dan bertolak ke "Food Court" Bandar Penawar untuk makan malam - bayaran sendiri2 la

09.30 malam : Pulang ke Hotel dan terus ke Box 29 untuk sesi karaoke suka-suka

12.00 malam : Aktiviti Bebas dan tak reti-reti nak tidur ker..

Ahad 28 Dec 2008 (Tentatif)

08.00 pagi : Sarapan pagi di Coffee House (bagi mereka yang mempunyai voucher breakfast - satu bilik hanya dapat 2 voucher, bayaran tambahan akan dikenakan untuk lebih dari 2)

09.00 pagi : Acara bebas

10.00 pagi : Acara Berendam dan menyelam serta mengelungsur

11.30 tghari : Berkemas untuk check out

Lokasi B: Air Terjun, Kota Tinggi
Dewasa RM9 / Kanak-kanak RM5 & Car Park RM5 per car. (bayar sendiri-sendiri ya)

12:00 tghari : Check Out dan bertolak ke Air Terjun Kota Tingi

12:30 tghari : Singgah di Dusun Buah-buahan Desaru

1:30 tghari : Tiba di Bandar Kota Tinggi dan menjamu selera di Restoran Nasi Ayam Kota Tinggi (bayar sendiri) - bagi mereka yang joint Air Terjun Kota Tinggi.. sila lah tunggu kami di sini atau di pintu masuk Air Terjun ya..

2:30 tghari : Tiba di Air Terjun Kota Tinggi dan acara bebas bermula.

5:00 petang : Bertolak balik ke destinasi masing-masing

6:30 petang : Jangkaan tiba di Tol Kulai

10:30 malam : Jangkaan tiba di Tol Sg Besi (bagi blogger dari KL)

Bagi mereka yang masih bercuti pada hari Isnin (29/Dec), boleh lah.. berkhemah di rumah Kasawari dengan aktiviti berasingan...

Sila maklumkan pada Kasawari di Kasawari77@gmail.com jika ingin turut serta kerana urusan tempahan bilik perlu dilakukan awal sebulan dari tarikh yang dirancang..

Jom Holiday!!!!

46 comments:

UncleJ said...

laa buat kat situ lagi..tak kan saya nak tiap2 tahun gi situ lagi...jauh tu bro..kena bertolak lepas subuh baru sampai pagi kat Kulai tu....

tapi tempat tu mmg ok sgt kalau nak bergathering...especially pd sapa yg belum sampai ke Desaru..tp kena sabor je lah sikit..tpt tu dihujung malaya ni kan...

wah ada gak sesi dalam kotak tu..nostalgia gitu! mesti pekena rock kapak balik nih kan?

nak jugak kesana lagi..tapi yg sedihnya kami dah ada plan lain hujung tahun ni..keutara nak pekena nasik kandaq penang pulak...

apa2 pun harap plan korang menjadi...harap ramai yg join nanti, lebih2 lagi event manager dia mmg dah masak dgn Desaru dan area sekitar tu..

good job and good luck bro!

p.s nanti saya post gambar2 tpt tu dlm entry last year ke sana...

i-chimera said...

seronok ni... tapi tak boleh buat keputusan apa2 lagi sekarang ni... maklumlah kesibukan tugas tu tak menentu sgt... kena masa free, free sgt2... kena masa bz... bz sgt2...

iEn said...

uhuhu joohorr lagikk.. xdpt nak sampai :(

Mak Su said...

saya rasa susah skit ler kasawari, sbb bajet nak berholiday dah habis, hari tu dah terholiday masa bulan 8 :(

tapi tentu xtvt ni exciting ek

yonna bebot =) said...

sangat menarik.
tp tak dpt kot :D
nnt taon depan la yonna join hehe :)

abg.
letakkan la entry ni atas sekali..
abg buat sticky mode entry.
nnt boleh la org tgk tiap2 hari vacation ni

nanonano said...

bapok ahh beh !!
klu just ikot g air terjun je cmne tuh?

kuIna Jentayutiara said...

syiokkkkkkkkk nya tp ujung tahun dh ada program...

emmm nk sambut Uncle kat Penang..

cemut said...

menarik... next year la cemut join kih3..

Ted said...

nak join sangat, tapi sorry bro saya ada final exam.melepas lagi nak jumpa ngan bloggers. ni..hope u all enjoy k?

Kasawari said...

UNCLEJ,

Ermm rasanya tempat lain tak kaw2 ler bro. lagi pun tak jemu ke situ..
Udah jatuh cinta di sana.. He he.. Keh keh..
Alah bro.. Tak jauh sgt.. Ari tu bro sekali pergi.. Ni kalau dua kali mesti dekat..

Sesi kotak mengotak tu mmg diselitkan..he he..

Wah nak ke utara ek pi pekena nasi kandaq.. Jauh tu.. Kat bangi kat ada. He he..

Orait ler bro.. Terimakasih bagi sokongan.. He he..

Apa lagi.. Bukak ler blog lama tu.. Terus link kat url tu. He he

Kasawari said...

CHIME,

Memang seronok.. He he.. Takper.. Fikir dulu.. Saya post entri ni pun kasi awal2 utk adjust schedule masing2.. Dan kumpul duit... Bertenang bro.. Rugi tak joint.. He he

Kasawari said...

IEN,

Ermm.. Nak buat kat perak ke tunggu fysal punya proposal..
Alah IEN dekat jer johor ni..

Kasawari said...

MAK SU,

Amboi.. Habis berholiday ek bulan merdeka hari tu..
Ermm macam tak sengaja jer holiday tu ter ter..

Kasawari said...

YONNA,

Ermm memang menarik kalu yoNNA joint.
Ermm tahun depan dah buat kat lain.. He he..

Oh ya ker.. Nanti letak gam kasi dia tak jatuh eh..
Hehe.. Bagus idea yonna tu..

Kasawari said...

NANO,

Erkkk apa tu cakap.. He he..
Ok gak.. Saper nak ke air terjun leh tunggu ar kat sana..
Ermm idea yang menawan ni.. Nanti saya hapdet kan..

Kasawari said...

KUINA,

Lor.. Dah ada program ker.. Ermmm

Eh nak sambut unclej kat penang tu makan nasi kandaq ker.. Ermm

Kasawari said...

CEMUT,

Eleh cemut ni.. Tahun depan tak joint..
Tarik bulu mata tu..

Tahun depan buat kat ganu ler ek..

Kasawari said...

TED,

Alahai.. Bawak jer kertas exam tu ke sini ek..
Boleh kan? :p

aman said...

johor jauh sgt. tarikh dah cun dah, cuti sem.. :D

Sahrul Izam said...

Mintak jasa baik penganjur bagi specel utk peserta dari sarawak.. baru syok turun jb.. Harap suara rakyat dibawak ke kabinet..

Puteri Ezza said...

Nak join... Tapi dah dekat buka sekolah dah. Hukhuk :( Takpelah, Ezza 'pokes' ngan program charity Msjbox, TBU dan BBKK kat Sabah ajelah ye : )

hayad said...

insya allah leh pegi ni. nak tye membe2 dulu. nanti saya bg senarai nama terkini :D

umi_e said...

bayaran untuk anak2 pun sama juga ke? Sebenarnya 1 bilik boleh muat berapa orang? kalau amek satu bilik untuk satu keluarga berapa pula?

Kasawari said...

IZAM,

ok nanti akan diusulkan suara rakyat sarawak tu.. ermm bersemangat eh blogger sarawak ni..

Kasawari said...

AMAN,

tak jauh gak tu.. johor dekat2 jer.. ermm.. nanti fikir2 kan eh.. he he

Kasawari said...

EZZA,

ermm dah dekat naik sekolah ek.. takper lah.. apa pun syabas Ezza anjurkan aktiviti kebajikan tu.. teruskan perjuangan.. saya sokong dari belakang jer he he

Kasawari said...

HAYAD,

cayalah hayad.. ermm terima kasih bagi sokongan.. nanti saya hapdet nama tu eh bila dapat senarai nama.. ajak ler kawan2..

Kasawari said...

KAK E,

sebenarnya 1 bilik.. deluxe garden view dalam 280 kot. utk king size bed... so saya amik lebih 320 base pada 80 x 4 orang.. jika ada lebih tu saya pulang kan..

bagus gak satu family amik satu bilik ni.. kalau ada extra bed.. additional charge ler kan..

cemut said...

hahaha..tarik bulu mata xpe..jgn bulu lengan.

miss cloudy said...

salam perkenalan...msjbox ni apa?? errkkk...sorry...saya budak baru belajar....

Aleeya said...

wowww nak becuti ker..nak terjah je laaa ngaco kasawari n da club becoti keh keh keh keh...

iEn said...

ada acara kering dan basah lak eyh hhhuhuhu

Anonymous said...

cednderawasih cun nak g tapi...free boleh tak? al Maklumlah Jiran..takkan tak bole kot...tapi kan musim tengkujuh...tak pe kita mandi dalam bilik la...

TokNabe said...

nak pegi ke tak, nak pegi ke tak. Ish.. hujung2 tahun memang saya tengah berada jauh di Pantai Timur.

Topek said...

waduh2!! bestnye la... nak ikut... tp bajet lak x de... huhu.. permission dari parent pun x dapat lagi.. tah "dia" bagi ke x??

^aNgRiAni^ said...

bestnyaaaa....waaaaa
asal tak wat kat sabah? hehehehehehehe...

Fauziah said...

salam. akak x bermalam kat air terjun tu sb hotel akak cuma 14km je dr situ. kalau jd nnt akak sms k. x berani nk janji sgt sb 25hb tu ada majlis anak bertunang la. apa2 nnt akak sms k

Kasawari said...

CEMUT,

tarik kaki cemut lagi best... he he

Kasawari said...

MISS CLOUDY,

majbox ni kira mesej untuk blog.. nak tau lebih lanjut klik kat msjbox tu.. he he

Kasawari said...

ALEEYA,

amboi.. apa ni main terjah2.. he he.. jom ler joint.. leh singgah tangkak..

Kasawari said...

IEN,

tu ler.. macam2 acara ada... harap2 tak basah kuyup plak. he he

Kasawari said...

CENDERAWASIH,

blah lah rafie.. he he..

Kasawari said...

TOKNABE,

ermmm cuti2 sekolah lama tu bro.. awal sikit ler balik johor leh joint.

Kasawari said...

TOPEK,

ermmm dengar topek nak joint kan.. ermm minta izin dgn parents dulu...

Kasawari said...

RIANI,

kalau buat kat sabah.. ermm mesti ramai kat sini tak dapat ikut.. he he

Kasawari said...

KAK G,

ermm kat kota tinggi cuma singgah jer kak.. tak bermalam.. kita org tidur kat desaru..

jom ler joint..

Kasawari © 2008 Template by:
SkinCorner