Semoga Nik cekal dan tabah..

Dikemaskini 4/Nov; Dapat berita terbaru, Doktor di sana mengatakan kaki kanan Nik masih boleh diselamatkan, minggu ini Nik sedang menjalani pemeriksaan CT Scan..

Entri ni dibuat atas rasa simpati dan sedih saya pada rakan baik saya yang bernama Nik Mohd Zaitul Akmal.. saya kenali beliau hampir 10 tahun di tempat kerja lama saya.. agak rapat juga persahabatan kami...

Baru-baru ini Nik telah mengalami kemalangan jalanraya di Kuantan Pahang sewaktu pulang dari tempat kerja, Nik telah dilanggar kereta sewaktu dia menunggang motorsikal, dan mengalami kecedaraan yang agak teruk di kaki kanannya terutama di bahagian buku lalinya. Hampir seminggu Nik ditempatkan di Hospital Kuantan, dan kemudian Nik meminta untuk dipindahkan di Hospital Pakar Johor untuk rawatan yang lebih teliti.. dan agak berdekatan dengan keluarga mertuanya di sini.

Namun demikian, Allah taala menguji Nik.. kerana sebelum ini, anaknya yang berumur 5 tahun telah disahkan mengidap penyakit leukimia dan dikenakan rawatan susulan di HKL.. dan terpaksa lah isterinya menguruskan anaknya di HKL..


gambar pada Sabtu yang lepas bersama Zaidi ketika melawat Nik di JSH..

Selepas beraya di rumah Nads di Pasir Gudang pada Sabtu yang lepas (klik di sini untuk entri tersebut di blog Nads) saya melawat Nik , saya dapati keadaan kaki kanannya masih dalam rawatan di mana telah dimasukkan besi (aerial) untuk sokongan pemulihan.. malah daging yang hancur dibahagian tumit telah ditampal dari daging yang lain.. nampak sedih Nik kerana memikirkan soal dirinya dan anak dan isterinya yang berada di KL.

Petang tadi, saya menerima sms mengatakan Nik akan dipindahkan di Hospital USM di Kelantan pada esok hari (Ahad), dan saya lantas menelefon Nik kerana sudah seminggu saya tak mendengar berita tentangnya.. Nik memberitahu harapan untuk sembuh di kaki kanannya itu agak tipis sekali.. saya menasihat agar sabar dan tidak berputus asa..

Selepas maghrib tadi.. saya menelefon rakan2 lain dan sampaikan berita ini pada mereka.. dan kami bersama-sama melawat Nik sekali lagi.. sampai di hospital.. menuju ke bilik nya.. Nik telah dalam keadaan isolation.. jangkitan pada kakinya telah dalam tahap kritikal sekali.. dan memerlukan sokongan dari ubat antibiotik ke dalam badannya.. dan mengikut katanya.. Doktor di situ tidak dapat lagi membantu untuk menyelamatkan kecedaraan kaki kanannya dan disaran agar kaki kanannya DIPOTONG dari bahagain bawah lutut.. Ya ALLAH.. saya begitu terkejut dan amat sedih sekali... dari raut wajahnya seperti Nik sudah berputus asa..

Saya cuba memberi harapan agar Nik tidak berputus asa.. masih ada harapan untuk Nik sekiranya dipindahkan ke Hospital USM di Kelantan.. mana tahu doktor di situ ada jalan untuk menyelamatkan kaki kanannya.. Nik memberitahu kos "memotong" di sana lebih murah jika dibandingkan di hospital pakar Johor.. aduhai.. saya begitu sedih.. apa lagi melihatkan gambar luka kaki kanannya sewaktu dicuci.. Maaf saya tidak dapat berkongsi gambar tersebut di sini kerana luka nya begitu parah sekali.. kesan lebam dan kesan hitam di kakinya begitu ketara sekali..

Di sini saya mengharapkan agar semua rakan-rakan Kasawari dapat sama-sama mendoakan semoga Nik diberi ketabahan dalam menjalani ujian ini.. semoga kaki kanannya itu dapat diselamatkan, begitu juga.. agar anak tunggal perempuannya yang berumur 5 tahun menghidap leukimia diberi kesihatan yang sempurna.. dan agar isteri nya sabar dan cekal menghadapi segala ujian ini.. Amin Ya Rabbal Alamin..

Untuk Nik.. harap Nik tabah dalam menjalani segala ujian ini.. cekal diri.. sabar dan banyak kan berdoa.. usah putus harapan.. kami rakan-rakan semua akan sentiasa mendoakan kesihatan Nik..


p/s: Gambar ini diambil bersama Nik pada tahun 2003 di Nagoya Jepun pulang dari melawat Kilang SunX sewaktu latihan produk DVR di Kyoto.. masih segar dari ingatan saya pertama kali kami menaiki Shinkansen..



Posted in |

30 comments:

  1. moralle Says:

    moralle harap yr fren Nik will get better soon, InsyaAllah...

  2. Kasawari Says:

    MORALLE,

    Ya..semoga Nik cepat sembuh.. Amin..

  3. CheMat Says:

    (So Sad) begitulah ujian Allah. Sekali ia menimpa, hanya ketabahan yg dapat menangkis segala kepedihan dihati. Semoga diberi kekuatan yg diperlukan oleh sahabatmu itu menghadapi ujian maha getir ini. Amin ya rabbal alamin.

  4. Kasawari Says:

    CHEMAT,

    begitulah.. apa yang kami bantu ialah dengan doa dan harapan agar Nik diberikan kekuatan untuk menghadapi segala ujian ini...

  5. cemut Says:

    aduh cian nye..nak nanges pun ade..geram pun ade pd si pemandu keta tuh!!! sbb kecuaian org len..org len yg kena tanggung..kena ptong kaki plak tuhh ;( .. byk nye dugaan die.. ngan anak pun saket. haiyoh :(

  6. cemut Says:

    moga tabah

  7. cemut Says:

    hik time 2003 tuh org tuhhh kann slim ag kan???? kui3 ;p

  8. cemut Says:

    org mana?????????? org tuhhhhhhhhhh laa bapak bebola.

  9. nuu_OL Says:

    sedih dan terharu baca kisah kawan kasawari.cikgu harap incik nik akan sembuh dan tabah..sy doakan..

  10. Mat Gebu Says:

    Turut bersimpati dan patik doakan juga moga Allah SWT memberi kesihatan, kecekalan hati dan jiwa yang kental pada Enche Nik (style johor dulu2!)untuk menghadapi hari2 mendatang....banyak2 bersabar yeaa...Itu kasawari tahun 2003 ek....Haiyaa waa ingat Hong Kong maliii tadi!!!!

  11. UncleJ Says:

    moga kwn bro tu tabah dgn dugaan ini..

    sedih dan simpati jgk dgr anak dia kena leukimia pulak...doakan supaya dia cepa sembuh..mungkin ada rahmat disebalik musibah tu..

  12. Farah Deen Says:

    MasyaAllah, sedihnya hati bila baca entry ni. Jika dibandingkan dengan kedukaan yang Farah alami dua minggu lepas, dugaan Allah buat keluarga Nik lagilah hebat. Teruk sangat ye keadaan kaki tu sampai tak boleh nak diubati lagi? doktor pakar ke tu? Ya allah, harap Allah permudahkanlah urusan terhadap keluarga Nik. Lebih menyedihkan anak tunggal pulak sakit. InsyaAllah, marilah kita sama sama doakan agar keluarga Nik dipermudahkan urusan. sebak dada betul.

  13. SiS-lin Says:

    semoga nik tabah menjalani ujian di dunia ni..kirim salam pd nik ya..sesungguhnye tuhan lebih dekat dgn kite sewaktu kita sakit...bersyukur kerana ramai menyanyagi kuta...

  14. Amiene Rev Says:

    Takziah...

  15. :: Cikgu Wiween :: Says:

    sian abg nik nih..takpe, sumanye dugaan Allah. Moga abg nik nih terus tabah. InsyaAllah :)

  16. yonna bebot =) Says:

    ya allah anak kecik lagi dah kene leukimia :(
    kesiannya,abg..

    semoga both of them cepat sembuh :(

  17. arsaili Says:

    salam..sedihnya..semoga beliau tabah...cekal...sampaikan salam saya yer...di kat kubang kerian ker sekarang ni?

  18. Otak Belacan Says:

    Semoga Encik Nik cepat sembuh.

    Amin.

    :)

  19. zue Says:

    semoga kawan kasawari(NIK)cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian dari Allah. Lebih2 lagi isteri tiada disisi menemani anak yg sakit.

  20. Ikhlas Sejati Says:

    Kasawari Man,
    share sikit gambar kaki nik, agar yg lain dpt berkongsi kesengsaraan nik. Kos potong kaki kat johor specialist yg mrk minta tinggi RM15000. Mana tau ada yg ingin menyumbang meringankan beban, ini no akaun cimb nik 01310037175525.

  21. Kasawari Says:

    CEMUT, NUUL_OL, MAT GEBU, UNCLEJ, FARAH, SIS-LIN, AMIENE, WEEN, YONNA, ARSAILI, NAD, ZUE.

    Terima kasih doa rakan rakan semua. semoga Allah makbulkan doa untuk rakan Kasawari yang sedang ditimpa bencana ini..

    Diberitahu, bahawa doktor di sana masih boleh menyelamatkan kaki kanan Nik dan ada harapan utk pulih.. Alhamdulillah.. dan anak Nik akan dipindahkan rawatan susulan ke HUSM utk isterinya bersama menjaga anak dan suaminya.. Semoga isteri Nik tabah dan cekal menghadapi ujian ini..

  22. Kasawari Says:

    IKHLAS SEJATI,

    ermmm.. nak kena minta kebenaran Nik utk paparkan gambar kakinya itu di sini.. akan cuba diusahakan..

    terima kasih Zaidi..

  23. SiS-lin Says:

    alhamdulilah..dpt jgkkaki nik di selamatkan..mkn kena jaga tu..kirim salam gan nik ye...

  24. nanonano Says:

    tetibe takot nek moto
    :(

  25. arsaili Says:

    salam..alhamdulilah..at least tak payah potong kaki...ada tanya kawan doc kat sana, dia katanya low possibility kena potong kalau case mcm tu tapi kena tengok case la cam mana...bro anak dia kat inst paed HKL ker? masih lagi? sapa nama dia?

  26. Kasawari Says:

    SIS LIN,

    begitulah.. semoga kaki nik dapat disembuhkan.. terima kasih ya..

  27. Kasawari Says:

    NANO,

    tu ler.. ada rezki naik jer kereta.. lebih selamat..

  28. Kasawari Says:

    ARSAILI,

    wsalam bro.. Alhamdulillah.. semoga usaha menyelamatkan kaki nik berjaya... anak Nik pun dah transfer ke HUSM.. senang sikit untuk isteri Nik tengok suami dan anaknya..

  29. Farah Deen Says:

    harap dipermudahkan urusan,and kalau boleh diselamatkan, jangan la sampai dispute kaki tu kan? ada update tak pasai Nik?

  30. RNA Says:

    Salam semua,
    sy member En. Nik di Ktn, berita terbaru yg dpt dr pengurusan UMP, En. Nik telah melalui satu prosedur di HUSM 3 hari lalu,keadaan beliau agak kritikal,dan beliau ditempatkan di ICU sekrg. Mohon kengkawan doakan kesihatan dia ye.