Selamat Hari Lahir Noushy....

31hb Disember - Selamat Hari Lahir buat Noushy.. seorang "bekas" blogger dan pengunjung dan pengulas setia blog Kasawari yang cukup Kasawari hormati.. menetap di London UK dan penyokong setia Chelsea.. dan paling Kasawari kagumi.. keinginannya untuk mempelajari Bahasa Melayu.. Semoga Noushy sentiasa ceria, dipanjangkan usia, dimurahkan rezki, dan juga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat..

Walaupun blog Noushy sudah diprivatekan.. namun kesudian Noushy untuk menjadi rakan blogger Kasawari sebelum ini sangat -sangat disanjungi.. malah Kak Linda, Ammar dan Aiman juga merindui komen-komen dan celoteh Noushy di blog Kasawari dan juga blog AmmarAiman.. semoga Noushy tetap bahagia dan jika melawat ke Malaysia.. jangan lupa ya hubungi kami..



Posted in Labels: | Links to this post

APA YANG PENTING? KERJASAMA...!!


Updated: Klik di sini untuk kamera dari Rosli (aku takder blog)

25/12/08 - 9 malam. Ke rumah Lin di Bukit Indah untuk bersama-sama keluar beramai-ramai... Ret dan Mamat Tabla baru sampai di Johor. Memang terang2 saya kena kapur dengan si Ret ni, Mamat Tabla yang didaftarkan tu ialah Sodep.. hampeh.. tinggal sorang jer Mamat Gendang.. katanya esok akan datang sendiri naik bas.. Kami semua ke Pandan City.. apa lagi .. Lin punya kepala ke sana.. katanya ada karaoke jamban.. so ramai2 ler ke sana. Tiba kat sana.. semua serang bazar di sana.. ingatkan nak cari jersey.. dapat gak jersey france Ammar.. dan linda beli seluar tracksuit.. lawak gila tengok gambar si Shai dan Lin sedang bermain pam ni.. adehh..



Kemudian terus ke karaoke jamban.. memang sesak lagi bersesak dalam tu.. Jumpa plak Che Mat (CM) dan CT sekeluarga.. serta Chubby yg cute tu... he he.. ni first time jumpa dia org.. kira tergamam gak ler.. keh keh.. Lin and the gang menjambankan diri menyanyi.. habis semua lagu dibelasah nya.. si Ret pula masih tak sihat macam nak demam.. kesihan.. gi cari madu katanya.. nasib baik lum kawin.. kalau tak.. memang bermadu ler ko.. wa ka ka..

Kemudian kami semua makan-makan kat situ, aku pekena mee bandung haji wahid.. riuh rendah suasana waktu makan tu.. tak sedar yang keesokanya saya kena kerja plak.. Dalam kul 12:30 malam kot masing2 pulang ke rumah. Sebelum tu dapat jugak kuar tanduk memujuk CM kita joint camping nanti.. he he.. habis semua tanduk keluar.. termasuk pisang tanduk.. he he..



26/12/08 - 6 petang balik kerja pulang ke rumah bersiap.. hati dah riang gembira sebab esok nak gi camping.. dan yang penting berjaya menandukkan CM untuk mendapatkan 2 bijik khemah di sana.. he he.. Janji dengan Lin dan Sodep, Shai dan Retna gi danga bay. Tapi kami perlu amik "Aku yang Takder Blog" tu kat Plaza Kota Raya.. so sempat ler shopping sket beli jajan kat UO.. kemudian tunggu punya tunggu tak kunjung tiba si Rosli ni.. lantas terus ke dataran bandaraya.. semua dah ada kat situ bergambar sakan. Kemudian dapat sms dari Rosli.. ermm dah sampai pun kat kota raya.. kembali semula ke kota raya dan terus kita semua makan kat gerai jalan Kg Md Amin tu.. selepas makan semua ke danga bay. susah gak nak cari parking.. kat danga bay pun tak ke mana-mana.. cuma semua nak ke tandas.. apa barang ke danga tapi semua ke tandas plak.. lantas dapat telefon dari Jun dan Carneyz dia orang dah sampai JB dari Singapura.. Lin gi amik diaorang.. dan saya kembali ke rumah Lin.. Si Amat dan Yana sampai panjat pagar nak bukak gate auto tu.. kemudian yang lain pun smapai. Jun dan Carneyz kena gerak ke rumah kawannya bermalam lagi di sana..

Sodep pulak sibuk membuat persiapan untuk menghias khemah.. memang dia ni kreatif betul.. air tangannya betul2 sodep untuk menghias2.. he he.. Lantas saya bertanya mana pulak si Mamat Gendang.. rupanya si Mamat Gendang ialah si Rosli.. mati-mati aku kena goreng seh.. siot jer.. Jam dah kul 2 pagi.. terpaksa ler balik.. barang-barang kami pun masih belum kemas.. sampai rumah jam dah 2:30 pagi.. kemas2 apa yang patut.. dan terasa tak mengantuk sebab tak sabar nak gi camping esoknya..

27/12/08, 8:00 pagi pergi amik Ammar dan Aiman.. sempat kami pekena roti telur kat restoran mamak.. kemudian terima mesej dari CM.. dia dah gerak. .dan mesej dari Shai jugak. Ok ler.. kami pun gerak dalam jam 9:45 pagi..


Sempat masuk ke Felda Taib Andak untuk melihat persiapan majlis Mawi kawin.. he he.. tepat jam 10:30 pagi tiba di destinasi pertemuan di warong kota tinggi. semua dah ada.. memang bagus.. Moralle sekeluarga pun ada.. CM sekeluarga pun ada.. Lin sekeluarga pun ada.. Shai pun ada.. Ret pun ada.. Sodep pun ada.. Rosli pun ada.. Jun dan Carnyez pun ada.. Nad dan Matok pun ada.. cantik tu.. semua dah ada.. cuma bonda rock jer lum smpai lagi.. so kami gerak dulu sementara ret bagi petunjuk melalui hanset pada bonda rock.. jalan ke Sedili tak berapa banyak kereta.. seronok konvoi ramai.. kereta saya jer yang ada bunga reben yang dibuat oleh Sodep.. siot jer.. semua takder letak macam kereta aku ni.. .. macam kereta nak gi antar pengantin jer.. he he.. Sebelum sampai ke pekan sedili.. memalui satu kampung.. namanya Kg Singapura.. wah wah wah.. Moralle sekealuarga dan Rosli dan Nad leh turun cop passport ek.. he he

Kami singgah di Jeti Sedili Besar.. dah berbeza kawasan di sini.. kerana jambatan ke Tenggaruh dah siap pun.. paling last saya datang sini pada tahun 2005 kot.. kalau tak ramai orang naik bot ke seberang.. masing2 dengan hal sendiri.. terutama yang nak bergambar.. habis semua gambar2 diambik.. sampai bas buruk tu pun nak diambik gambar.. he he.. tanya pada semua.. nak makan dulu ke tak.. dia org kata awal lagi.. ok ler gi ler Mutiara Motor dulu.



Sampai ke Mutiara Motor dalam kul 11:30 kot.. kira awal gila sampai.. terus aku gi tengok tempat camping. eh mana khemah ni.. ? rupanya2 khemah tak siap pasang lagi.. adeh.. ingatkan dah pasang.. ohh kena pilih tapak dulu baru leh pasang.. aku dan Lin jumpa En Hamdan.. orait gak bro ni.. cool jer.. so kita pilih tapak khemah.. kitaorg amik dekat dengan pantai dan dekat jugak dengan bilik air.. cantik.. pastu naik opis Mutiara Motor.. si Lin ni tak susah2 panggil Encik Hamdan ni Che Mat.. sampai En Hamdan kata.. kalau panggil Che Mat lagi.. dia tak nak nak jawap.. he he.. setelah selesai bayaran dibayar.. terus ke tapak khemah.. Linda bagi tau.. Aiman jatuh buai.. adehh.. nasib baik Lin ada amik Villa Ferrari.. urut sikit badan Aiman tu kat atas katil Villa.. mesti excited sangat kot.. pastu terus ke tapak khemah.. agak slow jugak dia orang nak pasang khemah.. ermm nak jer aku tunjukkan skill aku pasang khemah ni.. he he..



Dalam kul 2 baru khemah di pacakkkan.. perut dah mula menabla.. hishh lapor ler pulak.. suami lin tolong belikan makanan.. ermm memang cantik idea tersebut.. kira leh berapa orang ya ada.. dan beritahu pada suami lin.. sementara tunggu makanan.. yang lain sibuk menghias khemah.. aku keluarkan perkakas aku.. parang dan juga tukul besi.. kalau tak der benda ni.. harus aku cakap semua pacak2 tak dipacakkan.. he he.. habis semua dipacak.. bendera Ferrari.. bendera Malaysia pun ada.. Sodep kreatif sungguh hias gila khemahnya macam khemah pengantin jer.. berkongsi pulak dengan si Rosli tu pulak.. memang kena.. tapi aku terfikir.. yang diadili ialah sepanduk kan.. naper semua hias macam pengantin pulak.. si Deqnaz sibuk dengan bunga manggarnya yang nak lentok tu.. yang si Ret/nad/matok dah macam nak malam 7 likor pulak.. he he.. layan kan jer.. he he.. yg kreatif sepanduk Jun dan Carneyz.. tak lupa Moralle dan juga Bonda Rock (bila dia orang sampai ek?)..

Kemudian makanan pun sampai.. habis semua makan dengan lahabnya.. tengah lapar katakan.. terima kasih ler abang lin tolong belikan tu.. Lepas makan ingatkan nak buat telematch. tapi dikatakan peralatan tu akan digunakan oleh budak2 Jabatan Kesihatan dulu.. ermm.. kira org buat game ringan2 dulu.. si Yana dan Deqnaz sibuk dengan game gila2 dia.. ermm orait kita layan game gila2 tu.. memang lawak gila game ni.. mula2 aku keliru macam mana nak handle.. tapi last2 baru tau..


Yang paling kelakor bila si Ret di suruh buat aksi nenek tua nak sarat bersalin.. ada ker gitu caranya.. nasib baik dia tak menonggeng ker.. wa ka ka.. dan lawak nya aksi sodep mengejar aku dengan kasut tu.. lawak gila.. dan yang paling buat aku ketawa golek2 ialah bila si sodep membuat aksi meneran.. orang yang belakang macam Ret tu senang2 dapat tengok live show si Sodep tu.. wa ka ka.. aku gelak sakan gila.. sampai Aiman pun nak terkencing.. Memang lawak gila game ni.. Semua sporting jer buat.. Shai dengan ambulan rosaknya.. Moralle pulak dengan aksi bertelur nya.. Linda jadi mat rempit.. dan macam2 lagi.. dan aku pulak kena buat aksi ketawa professor klon.. lawak gila..

Lepas game gila2 tu.. buat pulak game "Goreng Pisang sekarang" ni yang buat lawak bertambah lawak.. dabom tertarik menarik semua keluar.. habis habisan semua keluarkan idea.. sampai Ayam KFC , KFC Restoran pun kuar gak.. Seronok gila.. kemudian musical chair plak.. kanak2 mulakan dulu.. si Ammar bengang gila bila dia yang pertama keluar.. he he.. at last anak bonda rock kot yang menang..



Pastu pulak sesi orang tua2 pulak.. habis semua tolak menolak berlaku.. nasib baik Kasawari ni kira kuat jugak ler.. wa ka ka.. sampai kak moralle jatuh ke tanah.. he he.. akhirnya akulah Juara.. wa ka ka..

Kemudian sesi tari menari apa ler tu chicken apa tu namanya tarian tu, kentucky friend chicken kot.. he he ... pandai Carneyz menari ek.. ni mesti Jun yang ajar kat rumah.. he he.. Sodep pun layan gak.. pastu lagu kocok kocok kot.. entah apa lagu ni.. first time aku dengar lagu ni.. layan kan jer.. amik dari hset bonda rock.. best gak korang kocok kocok kat padang ni.. he he.. amboi Linda pun joint sama ek.. pemenang sehati berdansa ialah pasangan Carneyz dan Sodep.. he he..

Oleh kerana sesi telematch ditunda esok.. kerana budak2 kesihatan masih gunakan peralatan.. kami semua melangkah ke pantai yang agak panjang tu.. jauh nak jumpa air tu.. kerana air dah surut.. lagi pun tempat ni berupa teluk.. so air laut agak kurang sket.. tapi boleh leh main tepi2an jer.. Semua sibuk tulis nama atas pasir. ermm macam2 nak ditulis.. siap URL lagi semua nak tulis.. Sebelum tu aku ada gi tengok seorang abang ni mencari kepah dengan alat bajak nya.. agak unik gak abang ni cari kepah.. orang susah gak.. malam dia kerja jaga kat sub station tnb.. anak sorang.. isteri tak bekerja.. so siang dia cari kepah.. ikutkan dia nak ke tg leman.. tapi motornya rosak.. so dia ke sedili jer cari kepah.. caranya dia tarik bajak kecik dia dengan mengostan so bila ada kepah.. bajak tu akan terlanggar dan berbunyi.. ermm unik gak.. lupa plak nak amik video abang ni mengostan.. dan aku cuba try test gak.. memang hampeh.. tak reti aku nak buat. dia kata sekilo.. cina amik dalam RM8.. kalau ada rezki leh dapat dalam 10 kilo.. tapi best tu abang ni tak amik kepah yang kecik2.. dia kata nanti kepah tak membiak.. dia kata orang lain main amik jer besar atau kecik..



Kemudian sesi bergambar melompat sakan pun tiba.. habis semua melompat2.. habis nampak perut aku yang cun tu.. nasib baik masih atas pusat lagi.. hehe.. ermm meriah sungguh... Si Ammar dan Aiman pulak sibuk mandi dengan Amat anak Lin dan anak yang lain..

Hari nak petang, terus bawak Ammar dan Aiman gi mandi di bawah pancuran terbuka tu.. sejuk dan sedap dia orang kata.. kemudian waktu nak senja tu.. air kuat bertiup.. hujan lebat.. perghhh gegar habis semua khemah.. bendera habis semua terkibar2.. semua lari masuk khemah.. mula2 macam tak masuk air.. kemudian air masuk dari tepi.. nasib baik tak dari atas.. aku kuar gi amik baju penyelamat ku.. hehe.. ingat lagi entri yang lepas.. baju penyelamat tu.. he he.. terus pakai dan meninjau suasana khemah yang lain.. kesihan moralle.. khemahnya habis basah..



Malam tu.. terpaksa ler makan di dewan makan.. acara barbbq dibatalkan kerana hujan..tak per leh hujan rahmat tu. Mulanya kau risau takut makanan tak cukup.. tapi Alhamdulillah cukup gak makan.. cuma tak selesa kat situ.. nyamuk menggigit lepas hujan ni.. pulak tu ayam bbq dia rasa tawar semacam jer.. mungkin lenkali dia orang kena belajar macam mana nak bakar ayam ni.. he he..


Dalam kul 9 malam hujan pun reda. Lantas kami semua kembali ke kawasan perkhemahan untuk sesi pertukaran hadiah dan sesi kenal mengenal. Seronok dapat hadiah masing2.. aku cuba hidupkan api.. tapi tak dapat.. at last sampah sarap jer terbakar.. badan dah rasa letih... mata dah ngantuk.. tengok masing2 masih berbual2.. si Ammar pulak macam dah letih sangat.. so buatkan dia susu.. amik air panas kat restoran sebelah tu.. kena jer susu dia dah tidur.. kurang selesa gak nak tidur.. sebab toto yang bawak dah basah sikit. kenalah alas dengan baju2 ya guna tu.. dengar jugak suara lin dan moralle borak2 kat luar tu.. ermm rancak gak dia orang ni borak ek.. memang tak dapat nak tidur.. terkebil2 apa nak buat.. he he... Ammar dan Aiman dan Linda dah tidur.. last2.. baring2.. aku kira jari2 aku.. dapat gak tidur.. he he.. sedar2 dah kul 5:30 pagi. itu pun Linda nak ke tandas.. so gi tandas.. dengar suara sodep dan rosli ketawa borak2.. amboi.. tak tidur ker dia orang ni.. air laut macam dekat jer dengan khemah... air pasang pagi kot..



28/12/08, pagi tu tengok semua dah bangun awal.. masing2 control wajah cun lepas bangun tidur.. yelah dalam blog semua muka lawa2 dan ensem2.. ni first time tengok muka blogger bangun tidur.. he he.. sementara tunggu sarapan... yang dibeli oleh lin dan abang nya.. (terima kasih lin dan suami ya..).. aku dok borak2 dengan che mat dan suami moralle.. sambil melihat pantai yang suam2 kuku.. he he.. lepas sarapan.. bersiap nak sukaneka...



Acara pertama ialah acara kanak2.. iaitu cari gula2 dalam tepung sampai termuntah. he he.. si Ammar ngadu salah ayah buat game ni.. apa tidak.. semua budak2 tercekik tepung.. he he.. ada yang muntah2.. kesihan pulak.. pastu suruh budak2 ni main tarik tali2.. agak tak seimbang team dia orang ni.. tarik 2x senang lenang jer kalah.. he he.. tapi seronok tengok budak2 ni tarik.. beriya-iya..

Kemudian sesi orang tua2 pulak main.. dari berjalan terompah, lari dalam guni dan juga tarik tali.. Terompah kitaorg (kasawari, moralle dan deqnaz) mulanya laju.. bila dan u-turn tu.. aku jerit kanan.. kanan.. kanan.. tapi tak leh gerak2.. adehh.. berat semacam jer.. mana tau ada kaki sodep pijak ker kat situ.. he he.. last2 bila aku tengok geng Jun dah sampai ke garisan penamat.. aku angkut dua2 terompah tu bawak lari .. he he.. nampak gak budak2 tu ek.. dia orang jerit "Kasawari penipu" he he..


Sesi lari dalam guni pun aku tak sempat nak main.. mula2 strategi aku suruh ler deqnaz dulu.. pastu moralle.. dan aku yang kuat berlari dan melompat.. sengaja diletakkan yang paling lasti.. tapi sampai sis moralle.. dia dah pancit dulu.. so aku tak sempat nak melompat dalam guni.. aku amik guni lain.. aku lari.. pastu aku masuk dan balik semula.. kantol gak dengan budak2.. he he.. Acara tarik tali ler yang membuat semua badan ku sakit2 dan sengal2.. tak aci.. perempuan sikit punya ramai.. ermm akhirnya dia senang2 jer kalah dengan orang bujang ni semua.. he he.. yang kedua tu kita kalah memang sengaja jer buat kalah.. dia orang excited sungguh.. si Lin tu jatuh dah macam nangka dah.. wa ka ka........



Kemudian acara main bola tampar.. memang aku pro main bola tampar ni.. he he.. siap kita orang duduk bersila sebab geng belah sana tak terbalas servis2 yang tajam dari aku.. (yeker? he he)..


pastu main net ball.. mmg ni pun feveret ku jugak... senang2 jer geng kita orang menang membelasah geng si Lin yang ketot2 ni... he he. lawak lawak.. tengok tu gambar atas tu.. semua tak sampai amik bola kan.. he he..




Aduhai.. memang penat gila2 ler main dari pagi tu.. haus sangat2.. takper janji enjoy.. selepas tu pulak kami semua kemas2 berkemas.. dan sesi bergambar ramai2.. kelakar bila abang lin amik gambar.. macam2 kamera ada semua bagi.. Agak sedih nak tinggal kan resort ni.. macam2 suka duka dilalui..


Kami semua terus ke Jambatan Sedili.. cuaca pun redup dan semua parking kereta berbaris kat jambatan tu.. kebetulan bangla bawak motor jual aiskrim pun lalu.. memang pandai bangla ni cari peluang.. masing2 beraiskrim.. aku tengok si bangla ni dah mula risau bila sorang2 amik aiskrim.. dia bukan kira berapa batang aiskrim diaorg ni amik.. last2 kertas bungkus kira.. dah macam main pakau jer atas jalan kira bungkusan ais krim... lega rasanya bangla tu bila dapat hasil yang lumayan... bila nak masuk kereta.. rupanya si Sodep dan Retna layan ais krim dalam kereta.. lorr dia punya ais krim tak kira.. ermmm nasib ler si bangla tu.. sodep dan retna ko pandai2 ler cari bangla tu kat KL nanti.. mana tau dia dah jadi tokey aiskrim terkenal nanti.. he he..



Pastu terus ke Air Terjun Kota Tinggi.. aku dah agak.. mesti orang ramai gila.. sebab hari Ahad dan esok Isnin public holiday.. aku nasib baik dapat parking yang senang bila ada kereta nak kuar.. memang ramai gila orang.. mula2 aku ingat nak port kat atas kat hutan tu. rupa2nya semua dah port kat bawah..



So berpecah ler berdua.. aku bawak kanak2 ribena semua mandi kat atas sikit.. sakit kaki picik batu batan ni.. air jangan cakap.. sejuk gila.. kemudian kami mandi betul2 kat bawah air terjun tu.. sedap seh.. kena air terjun tu kat belakang.. agak kurang sikit sendi2 sakit gara2 tarik tali ni.. tapi tak tahan gak bila lama2.. rasa macam batu2 jer jatuh atas badan.. Aku sempat menyelamat sorang anak pompuan.. dia ni mandi dalam pelampung.. pastu leh terlepas pulak.. nasib baik kasawariman ada dapat tahan pelampung dia.. kalau tau jatuh ler kat kawasan kolam tu.. semua orang bertepuk tangan.. aku cuma kata.. "akulah Cicakman.. eh salah.. akulah kasawariman.. he he"



Layan dan berendam.. perut rasa lapar.. kami segera turun kat port dia orang ni.. dan ternampak Dir datang dengan keluarganya.. ermmm memang tepat jangkaan ku.. hasil makanan dah sampai.. terpaksaler dir turun balik sebab kat situ tak leh bawak makanan masuk.. waduh waduh banyak betul makan2an dibawa, rupanya.. semua diseponser oleh Shai.. ermm terima kasih Shai.. semoga murah rezki shai tu.. kenyang makan pulut dan rendang ayam, makan mee hoon sambal telur dan lengkong kot.. banyak yang terlebih... Tak sempat pulak nak beramah mesra dengan keluarga Dir..

Akhirnya .. kami berlepas ke dari Air Terjun dengan seribu kenangan.. masing2 membawa destinasi pulang... kemeriahan terasa sungguh indah sekali... 2 hari dan semalam bersama.. berbagai2 pengalaman di rasa..

----------------------------------------------------------------------------

Msjbox Holiday Camping - Terlalu gembira dan riang sekali!!! sungguh letih dan memenatkan.. .. namun APA YANG PENTING? KERJASAMA...!! Kasawari tiba di rumah jam 6 petang tadi.. aduhai... baru perasan yang Kasawari tidak banyak mengambil gambar di sana.. hanya sekeping gambar sahaja yang Kasawari rakam.. (gambar di atas semua adalah tajaan dari Kamera Jun dan Kamera CM) itu pun dari telefon bimbit Kasawari.. terima kasih kepada semua yang terlibat menyertai program ini dengan jayanya.. walaupun berbagai dugaan dan cabaran terutama sewaktu angin kencang melanda Pantai Sedili Kecil hingga khemah betul-betul bergoyang dan air membasahi khemah rakan-rakan.. Semoga kita berjumpa lagi di lain waktu dan program di Selatan.. buat Lin sekeluarga.. jutaan terima kasih diucapkan.. terutama suami Lin yang banyak membantu kami sewaktu kelaparan.. he he..

Untuk gambar dan berita yang lain.. Jun dah upload ke Picasa.. klik DI SINI dan video KLIK DI SINI , Kasawari nak suruh Linda urut badan yang sengal-sengal akibat penangan tarik tali!! (yang kalah kenalah urut yang menang eh..).. Nanti kan entri seterusnya..


APA YANG PENTING? KERJASAMA...!! <- slogan kanak-kanak ( dari siri Wonderpets) di Msjbox Holiday Camping.. (ketua: Mamat Tabla)




Posted in Labels: | 20 comments Links to this post

Msjbox Holiday Camp

Entri Terbaru ada di bawah Entri Ini


Go, go, go, ale ale ale..
Go, go, go, ale ale ale..
Go, go, go, here we go, yeah!!!

INFO TERKINI:
1)Peserta digalakkan memakai pakaian BIRU pada hari Sabtu dan MERAH pada hari Ahad.
2) Setiap peserta perlu membawa sebijik hadiah bernilai RM10 ke atas untuk pertukaran suka sama suka.. ingat.. (RM10 ke atas tau..).. jika berkeluarga.. boleh juga bawak lebih dari 1 hadiah.. bawak 2 hadiah dapat 2 jugak..
3) Setiap khemah perlu ada sepanduk ala-ala survival dan mendekorasi secantik yang boleh.. khemah yang lawa dan menarik akan menerima hadiah bertuah
4) sila bawak lampu suluh, selipar, sauk (untuk sauk ketam tengah malam), sabun & syampu dan juga peralatan yang lain.


Msjbox Holiday Camp 2008 ini terbuka kepada semua warga Msjbox, rakan-rakan taulan, dan blogger-blogger sekalian dari seluruh pelusuk tanah air serta yang berada di kawasan-kawasan yang sewaktu dengan nya.

Penasihat: Junaidix & Shai
Pengurus Aktiviti / Penginapan: Kasawari & Sis Lin
Pengurus Pengangkutan: Retna (AKO)

Tarikh: Sabtu, 27 Dec 2008

Lokasi & Penginapan / Perkhemahan : Mutiara Motor Resort, Tg. Sedili*
Sedili Kechil,
81910 Kota Tinggi, Johor


Dan juga

Tarikh: Ahad, 28 Dec 2008

Air Terjun Kota Tinggi,
Johor Darul Ta'zim

Senarai yang confirm akan join (bermalam di Tg Sedili dan Air Terjun Kota Tinggi)

1)Kasawari, Linda, Aiman dan Ammar (1 x Khemah RM40 ), 2 dewasa & 2 kanak-kanak = 4 orang - RM120 deposit PAID.
Total RM104 (khemah RM40 + buffet bbq RM40 + buffet kanak2 Rm24)
Baki pulang = RM16

2)Lin & suami, deqnaz, yana & ahmad (2 x Khemah RM40 dan 1 x Villa RM275), 2 dewasa & 3 kanak-kanak = 5 orang - RM120 deposit PAID.
Total RM419 (khemah RM80 + villa RM275 + buffet bbq RM40 + buffet kanak2 RM24)
Tambah = RM299

3) AKO , Nad dan Matok, (1 x Khemah RM40 ) 3 dewasa - RM120 deposit PAID
Total RM100 (khemah RM40 + buffet bbq RM60)
Baki pulang = RM20

4) Junaidix - (1 x Khemah RM40 ), 1 dewasa, RM120 deposit PAID
Total RM60 (khemah RM40 + buffet bbq RM20)
Baki pulang = RM60

5) Mamat Tabla & Mamat Gendang , (1 x Khemah RM40 ) 2 dewasa- RM120 deposit PAID
Total RM80 (khemah RM40 + buffet bbq RM40)
Baki pulang = RM40

6) Shai - (1 x Khemah RM40 ), 1 dewasa, RM60 deposit PAID
Total RM60 (khemah RM40 + buffet bbq RM20)

7) Moralle & Family (1 x Khemah RM40 ), 2 dewasa & 3 kanak-kanak- RM84 deposit PAID (LIN)
Total RM104 (khemah RM40 + buffet bbq RM40 + buffet kanak2 RM24)
Tambah = RM20

8) BondaRock (1 x Khemah RM40 ), 1 dewasa & 2 kanak-kanak = 3 orang. RM60 deposit PAID (LIN)
Total RM84 (khemah RM40 + buffet bbq RM20 + buffet kanak2 RM24)
Tambah = RM24

9) Aku takder blog - atas rumput jer... he he, 1 dewasa
Total RM20 (buffet bbq RM20)
Tambah = RM20

Khemah RM40 berkapasiti = 4 orang
* semua khemah disediakan oleh pihak resort, khemah sendiri tidak dibenarkan.

Jumlah: DEWASA - 15 orang , KANAK-KANAK - 10 orang
TOTAL: 25 orang

Khemah (muatan 4 orang) = RM40 x 9 buah
Villa (1 bilik tidur & ruang tamu) = RM275 x 1 buah

Makan malam BBQ (seafood) = RM 20 / seorang (dewasa > 17 tahun) , Kanak-kanak = RM24 (bayar utk seorang kanak-kanak bagi satu keluarga)

menu dinner bbq...
-nasi goreng cina
-ayam marinate bbq
-udang bakar
-sotong bakar
-ketam goreng
-ikan 2 jenis
-coktail
-pudding jagung dlm susu
-coleslaw
-salad cheese
-buah-buahan cmpuran
-air perisa
-cocoan jelly
-sosej bakar/rebus
-otak2
-kuih muih


Kami mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk makanan - jajan ker.., minuman dalam kotak ker.. mineral water, hadiah dan cenderahati.. dan apa jua sumbangan..

Penaja :
1) Lin - Jajan dan makan dan minuman ringan di Air Terjun
2) Puteri Ezzah - Cenderahati -> sudah terima.. terima kasih.. 
3) Dir - Air Mineral
4) Shai - Paper Bag -> sudah beri pada Kasawari
5) ???? - Pulut Kuning di Air terjun..


(Air Terjun Kota Tinggi)
1) Juhana dan family
2) Steffokudat dan family
3) Dir dan fara
4) Kak G dan family
5) Effa dan family

PENYERTAAN MASIH DIBUKA UNTUK CAMPING DAN JUGA UNTUK AIR TERJUN KOTA TINGGI.

ATURCARA
Sabtu, 27 Dec 2008 (Tentatif)
Lokasi A:
Mutiara Motor Resort, Tg Sedili, Kota Tinggi

6:30 petang (26/Dec): Dijangka rombongan dari KL  akan sampai dan bermalam di rumah Kasawari atau Lin. Sila pastikan semua dah makan malam ya.. he he

9.00 pagi : Rombongan dari Singapore, Johor Bahru dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya berkumpul di rumah Kasawari, Bandar Putra Kulai, Johor. Sila pastikan semua dah sarapan ya.. he he. Bertolak secara konvoi dalam jam 9.30 pagi..

10.00 pagi : Bertemu di Petronas Jalan Kulai-Kota Tinggi (bagi mereka terlajak tak jumpa rumah Kasawari)

11.00 pagi : Bersarapan dan makan tengahari sekali di Bandar Kota Tinggi. (Nasi Ayam kot..). menunggu kedatangan Moralle dan family 

12.30 tghari : Tiba di Mutiara Motor Resort dan berkemas masukkan barang2 dalam khemah, solat dan amik angin pantai.. he he

1.30 petang : Sesi suai kenal he he

2.00 petang : Sukaneka bermula...

5.00 petang : Aktiviti bebas, mandi, solat dan berehat

07.30 malam : Acara bbq bermula dan sesi live tag.

09.00 malam : Night games, Live Tag, Unggun Api.

12.00 malam : Aktiviti Bebas dan tak reti-reti nak tidur ker dan periksa khemah supaya tak goyang.. wa ka ka

Ahad 28 Dec 2008 (Tentatif)

08.00 pagi : Sarapan pagi dan memancing (sila bawa joran jika ada, atau pun jala ker.. dan gunakan umpan Apollo jer.. he he)

10.00 pagi : Berkemas untuk check out

10.30 pagi: Singgah di Jeti Sedili untuk beli keropok ker.. atau apa2 ler.. dan singgah di Jeti Nelayan untuk membeli hasil tangkapan yang segar-segar (pastikan bawa kotak ikan)

Lokasi B: Air Terjun, Kota Tinggi
Dewasa RM9 / Kanak-kanak RM5 & Car Park RM5 per car. (bayar sendiri-sendiri ya)

12:00 tghari : Tiba di Bandar Kota Tinggi dan makan tengahari

- bagi mereka yang joint Air Terjun Kota Tinggi.. sila lah tunggu kami di sini atau di pintu masuk Air Terjun ya..

1:30 tghari : Tiba di Air Terjun Kota Tinggi dan acara bebas bermula.. Diketuai oleh Lin.

6:00 petang : Bertolak balik ke destinasi masing-masing, bagi rombongan dari KL boleh ler lepak-lepak lagi menabla di Beach Club Dangan Bay atas seponser dari Retna.. he he



Posted in Labels: | 13 comments Links to this post

Majlis Pertunangan Puteri Kak G..

Alhamdulillah.. majlis pertunangan Puteri Kak G telah selamat disempurnakan.. manis anak dara Kak G.. ramai tetamu yang hadir, dan juadah yang disediakan berbagai-bagai dengan tema hidangan kampung.. ermm sedapnya.. , meriah sungguh majlis ni dengan beraneka ragam warna yang sedondon.. he he..  Dengar khabar, Kak G bakal berbesan dengan blogger jugak ker.. ermm tu ler kelebihan blog kan.. temukan jodoh untuk anak-anak..


Abang Kak G tenang jer.. Kasawari sempat merakam potret keluarga Kak G.. sungguh bahagia keluarga dan didoakan kekal hingga ke syurga.. mesti gambar tu gambar raya kan.. Ini pertama kali Kasawari jejak ke rumah Kak G.. walaupun Kak G dah menziarah rumah Kasawari sebanyak 2 kali.. he he.. walau tak jauh Kulai dan Kota Tinggi.. rumah Kak G ni dah on the way ke air terjun tu.. ermmm leh ar serbu lagi rumah Kak G Sabtu ni.. he he .. acah jer.. 


Semoga ikatan pertunangan Puteri Kak G kekal sehingga ke jinjang pelamin.. dan jangan lupa jemput kami lagi bila makan nasi minyak ek.. kemas dan teratur jer rumah Kak G kita ni.. banyak pepohon orkid yang segar2 di luar tu.. he he.. 



Posted in Labels: | 4 comments Links to this post

Sediakan "Jump Suit" sebelum hujan

Cuaca di Johor sudah mula hujan... jadi kami sudah bersedia dengan "jump suit" kalis air.. pinjam jer dari tempat kerja.. nanti pulang balik ler ek.. he he



Posted in Labels: | 8 comments Links to this post

Bingkisan dari Sabah..

Terima kasih kepada Puteri Ezza yang mengirim bingkisan berupa cenderahati buat Peserta Program Msjbox Holiday Camping 2008.. terima kasih sekali lagi kerana memberi sokongan walaupun dari jauh... 





Posted in Labels: | 2 comments Links to this post

20121972-0630



Singapura, 20 Disember 1972, 6:30 pagi, seorang bayi yang comel dan montel telah selamat dilahirkan di salah sebuah rumah perkampungan atas air di Kampung Kuchan, Geylang.. tiada tangisan kedengaran malah tawa yang riang dari bayi tersebut.. menandakan bayi itu sungguh sihat.. agak memeranjatkan kerana bayi tersebut sudah pandai menyebut perkataan Beep Beep.. he he..

UPDATED

Awal pagi jam 5:15 gi amik Shai di depan balai polis Kulai Jaya, agak keletihan Shai.. jam 10 pagi kami bertolak untuk bersarapan di Restoran Man Janggut di Taman Johor Jaya.. Restoran ini kepunyaan keluarga Dir yang berkerja di situ, amboi sungguh rajin Dir ya bekerja.. sibuk sungguh melayan pelanggan. Selepas itu tiba pulak blogger tersohor di nusantara Acheh.. siapa lagi kalau bukan Lin, dia datang dengan kawannya.. amboi.. semua berjanji plak kat sini.. Apa lagi pekena roti canai dan mee soto di situ. Tiba-tiba Lin bawak keluar Kek.. aduhai... terkezut Kasawari.. patutler ler kata nak ke tandas.. tapi kenapa ke depan pulak.. amboi.. pandai eh berlakun... terharu sungguh.. bertuah dapat kawan-kawan blogger baik2 macam ni.. tak sangka ada plak majlis meniup lilin yang dah padam tu.. dan acara memotong kek sedang Mawi sibuk untuk majlis nikah nya.. he he.. Terima kasih kawan-kawan semua.. suka ler Ammar makan kek coklat tu..



Mencicakman di TGV Tebrau City

Semalam sempat kami ke Tebrau City untuk menonton Cicakman 2 Planet Hitam.. kali ni bukan desakan anak-anak, tapi memang Kasawari menanti-nanti cerita ni, dah tonton trailer filem ni sewaktu menonton filem James Bond tempoh hari.. memang agak menarik kesan CGI yang digunakan.. tak adil jika kita bandingkan kesan CGI yang digunakan dengan filem-filem Hollywood.. cuma Kasawari rasa Cicakman 2 ni lebih teliti dan mantap kesan CGI yang digunakan.. nampak macam kita menonton filem-filem barat jer. Dan yang paling Kasawari seronok bila kesan bunyi yang dihasilkan memang teliti.. 

Tahniah kepada KRU dan juga Yusry, Edry dan Norman kerana berjaya menghasilkan filem yang hebat terutama dari kesan CGI yang digunakan. Keluar dari panggung.. apa lagi. si Aiman dan Ammar pun bunyi macam cicakman sambil kedua belah tangan letak kat telinga.. ermm dah agak.. 

Mungkin selepas ni .. adakah filem Kasawariman.. pasti bunyinya BEEP BEEP.. !! siapakah yang layak menjadi hero dalam filem itu..? 



Kunjungan dari Kak E

Balik kerja petang Jumaat.. sms pada Linda.. hari ni tak payah masak ler.. Kasawari beli Mc D jer pandu lalu.. lagi pun rasanya malam2 boleh keluar ngeteh.. he he.. Lepas Maghrib.. turun bawah online jab tinjau sana sini.. kemudian layan berita.. pastu dapat sms dari Kak E.. dia kata ada di Johor sekarang ni..  ajak ler dia singgah rumah.. tak lama lepas tu.. tiba ler Kak E bersama keluarga adiknya dari skudai.. amboi.. ramainya bala tentera.. sempat Kasawari kira tu... ada 12 orang dalam satu Avanza jer.. memang berbaloi kan guna Avanza kepunyaan adik ipar Kak E.. datang secara mengejut.. hidangan pun terkejut ler he he.. 

Sheiro ler sasaran anak2 Kak E dan sepupunya tu.. masing-masing nak pegang Sheiro yang aggesif tu bila ramai orang.. ermm dapat gak tengok  bubble anak Kak E ni.. last sekali jumpa diaorang ni masa kat Msjbox Holiday 2008 tu kat PD.. Terima kasih ler Kak E terjah rumah kami.. ermm lain roger2 ler awal sikit eh.. he he.. jangan serik datang lagi.. 



Posted in Labels: | 5 comments Links to this post

Pekena Cendol Gergasi

Hari itu selepas menonton Antoo Fighter (lawak gila citer ni terutama tang nak amik otograf awie tu... wa ka ka)... kami singgah di salah sebuah restoran di Kempas Johor, nama restoran tu My friends... kira besar dan cantik gak restoran ni.. dan ni kali ke 3 kami makan di situ, waiter2 dia pun kelas gak.. semua pakai baju ala-ala waiter.. dan siap ada mic dan earphone sambung pada walkie talkie waktu amik order..

Dipendekkan cerita, saya ternampak ler dalam menu tu cendol.. so saya order ler satu.. sedang borak2 menunggu makanan tiba, datang waiter hantar cendol.. makkk oiii.. besar gila.. ni gelas ker gayung kaca.. ermmm tak leh habis makan.. sebabnya.. banyak sangat.. dan yang kedua.. dia lokek dengan gula merah.. tawar gila.. siap dah mintak tambah gula.. masih tawar lagi.. kedekut betul dengan gula merah.. weyyyy.. aku bayar ler cendol ni!! 

p/s; untuk Msjbox Camping Holiday nanti.. peserta digalakkan memakai pakaian biru/merah ya... seperti baju kami di atas tu.. he he.. hidup France.. eh salah.. Hidup Johor..!!



Aidil Adha di rumah Che Mat Gebu

Hari ni hari raya aidiladha.. atau raya korban dan banyak orang panggil raya haji.. pagi2 hujan lebat sungguh.. selepas bersolat raya bersama Aiman (Ammar tidur eh). terus rumah mertua dan kemudian ke rumah mak.. tunggu punya tunggu call atau sms dari Lin.. namun tak kunjung tiba pun.. rupanya.. Lin sibuk nak layan tetamu di rumah.. uiksss dah janji nak ke rumah Ah Mat Gebu ni.. tak mengapa ler.. kami berdua jer ke sana..

Ini kali kedua ke rumah Ah Mat Gebu selepas raya puasa yang lepas.. ermm kunjungan kami di sambut mesra oleh ayah Che Mat kita ni.. sewaktu kunjungan yang lepas, tak sempat nak bertemu, sungguh ramah ayah Che Mat.. selepas itu mulalah kami bersembang rancak dengan kemunculan Mak Yah iaitu ibu kepada Che Mat.. memang seronok bersembang dengan Mak Yah ni.. tak kering gusi dan juga seronok dengan cerita-cerita Mak Yah ni..

Che Mat pula sibuk dengan hidangannya.. ermmm memang langkah kanan kami.. ada ketupat dan juga nasi tomato (ye ker nasi tomato ek.. he he) dan lauk pauk yang lazat-lazat.. kekenyangan kami dibuatnya.. dan sempat juga merasa dadih strawberry berbuahkan ceri.. he he.. dan juga akhir sekali sempat dijamu dengan kek coklat.. wah.. Linda potong kek untuk Kasawari .. besday lambat lagi tu..

Terima kasih ler pada keluarga Che Mat kita.. memang seronok berbual dengan mereka.. dari kisah memancing.. sampai ler cerita-cerita seram pun ada.. he he.. kalau ler ada Lin.. dah tentu mesti tak balik lagi ni.. he he he...



Posted in Labels: | 7 comments Links to this post

Lama dah tak melalak..



Hari tu jugak kami ke Red Box.. ajak gak orang kat Bukit Indah tu.. tapi sibuk plak.. jadi kami pergi berdua jer.. memang selalu nasib baik.. kalau berdua.. mereka kasi bilik yang berlima.. wah sakan ler kami melalak.. yang best tu.. lagu Tak Mengapa dari A Rahman Hassan.. perghhh.. "tapi tak mengapa.. pa prap prap.. " he he..



Muratabak Singapura



Hari tu kami ke Jalan Sg. Chat di JB, alah dekat dengan tepi laut tu.. sebelah dengan dataran bandaraya.. dan jalan nak ke sekolah EC tu.. lama dah kami tak pekena murtabak Singapura kat sini. ermm memang enak dan berzat.. sampai menjilat jari lagi.. rasa-rasanya boleh bawak geng2 KL yang nak datang tu makan kat sini.. tapi sendiri-sendiri bayar ler.. he he



Khemah baru kami.. kalis goyang

Inilah khemah terbaru kami, rasanya kami nak pasang di Sedili nanti.. saya rasa khemah ni kukuh dan kalis goyang.. rangkanya diperbuat dari besi waja.. dan tidak akan mudah tombang.. hanya nak cari canvas yang kalis bunyi pulak.. rasanya khemah ni memang kukuh dan padu... yezzaaa.... 



Pacak jangan tak pacak khemah..

Yezzaaa.. musim pacak khemah kat entri plak.. dah jadi macam tag plak ni.. ni gara-gara bulan Disember telah menjelang.. bulan untuk Holiday Camping. Carik punya carik.. dapat ler gambor ni waktu Msjbox Family Day di PD pada bulan Feb yg lepas.. Walau kategori khemah Kasawari, khemah yang paling kecil.. tetapi.. keselesaan dengan alas yang tebal membuat khemah Kasawari menjadi tumpuan.. he he..  dan yang penting.. kita ada khemah sendiri.. tak menompanng khemah orang lain .. wa ka ka ka.. 

Untuk yang lain.. apa lagi.. jom campingg pada 27hb Disember ni.. 16 khemah dah ditempah.. anda apa lagi... ???