Calon-calon "pelajar" Akademi Fantasiot!
Posted On Thursday, January 29, 2009 at at 7:37 PM by KasawariOk lah.. mari kita layan calon-calon "pelajar" sewaktu sesi ujibakat Akademi Fantasiot yang sempat dirakam di Red Box Tebrau city di malam Tahun Baru Cina yang lepas..
Pastikan anda "PAUSE" Singing Box di sebelah atas msjbox Kasawari ni... tumpukan perhatian anda.. setiap klip video hanya setakat 30 saat - 55 saat untuk mengelak dari terlalu berat loading..
1) Yang ni dari Deqnaz dan Deqyana.. entah apa tajuk lagu ni tak tau ler.. tapi diaorang nanyi macam orang baca paper jer.. he he.. dan ada pengkritik tetap mengkritik mereka walaupun lagu tak habis lagi.. siapa lagi kalau bukan Mama mereka sendiri.. he he..
2)Ok.. yang ini kira "hebat" jugak.. dengarlah dengan penuh khusyuk sewaktu penyanyi wanita menyanyi.. ada pengkritik tetap dari anak-anak mereka juga.. wa ka ka. Penyanyi lelaki memang hebat!!
3) Yang ni dikategori sebagai terlebih lah sudah.. he he.. setakat atas tembok duduk tu kira ok lagi.. tapi ni dah tahap atas sofa berdiri lagi tu.. di hujung klip ni.. ada suara back up singer.. wa ka ka..
4) Ini dah tahap 18SX.. sila pastikan anak-anak dibawah umur tidak melihat klip video ni.. ni kira bukan kes goyang golek2 lagi.. ni dah kira tahap gaban punya earthquake.. wa ka ka, Abang Lin siap bergoyang lagi..
5)Anda dinasihatkan memperlahankan speaker kerana.. gabungan suara mereka ni tiba tiba akan memecahkan speaker anda.. hati hati ya.. amboi.. Linda pantang dapat lagu ni ek.. sambil berdiri2 lagi tu.. he he.. dan Amat tu syiokk tidur walau ada ganguan suara yang sumbang sambing.. he he..
6)Ok sila tumpukan perhatiaan pada clip ni.. ni lah juara segala juara.. Linda sengaja tak habiskan rakaman ni kerana terpesona dengan suara penyanyi ni.. dan pastinya dialah yang menyelamatkan keadaan..
Juara Ketawa: Linda
Juara Gelek: Lin
Juara Tidur: Amat
Juara Suara Termacho: he he.. siapa lagi.. gua la.. wa ka ka..
Kasawaki atau Kawasari??? uikss!!
Posted On Tuesday, January 27, 2009 at at 11:38 AM by KasawariApa2 pun cuba cari perbezaan antara Kawasari dan Kasawaki.. oppp salah.. Kasawari dan Kawasaki.. he he.. Salah satunya ialah.. Kasawari bunyinya BEEP BEEP.. dan Kawasaki bunyinya VROOM VROOM..
p/s: Opss aku kerja ker apa ni.. ? dah 2 entri diposting berturut-turut.. he he..
Kerja di "Hari Raya"
Posted On at at 11:14 AM by KasawariDah 2 hari aku kena kerja sewaktu orang lain sedang cuti ber"hari raya" .. ermm kalau boleh aku nak nyanyikan lagi Dengan Perantau.. "Di Hari Raya.. terkenang daku kepada si dia.. " he he.. takperlah.. lagi pun syiok gak kerja waktu orang cuti ni.. jalan lengang gila.. boleh drift lagi tu kat selekoh..
Ermmm waktu aku sedang ronda-ronda kat belakang kilang ni.. nampak jelas Plaza Tol kat luar tu.. wahhh.. ramai dah orang kat Plaza Tol tu.. ni kira kategori sesak ni.. selalu tak panjang macam ni kereta beratur.. tapi yang aku pelik ler.. naper lorong "Touch n Go"lebih beratur panjang dari lorong tiket tol.. ermm entah ler.... Apa2 pun berhati-hati di jalan raya.. jangan memandu sambil kopek buah limau... !! he he
p/s; First time aku hapdet blog ni dari opis baru ni.. he he..
Ermmm waktu aku sedang ronda-ronda kat belakang kilang ni.. nampak jelas Plaza Tol kat luar tu.. wahhh.. ramai dah orang kat Plaza Tol tu.. ni kira kategori sesak ni.. selalu tak panjang macam ni kereta beratur.. tapi yang aku pelik ler.. naper lorong "Touch n Go"lebih beratur panjang dari lorong tiket tol.. ermm entah ler.... Apa2 pun berhati-hati di jalan raya.. jangan memandu sambil kopek buah limau... !! he he
p/s; First time aku hapdet blog ni dari opis baru ni.. he he..
Red Box di Tahun Lembu..
Posted On Sunday, January 25, 2009 at at 10:37 PM by Kasawari
Ni ler.. gambar mereka2 yang gumbira... agak tak clear gambar ni.. sebab guna webcam.. he he.. layan kan jer.. habis semua lagu Lin bawak.. dari dangdut, indon dan juga pop rock.. ni dia tengah layan lagu Ziana Zain.. dingin.. memang dingin seh.. makin lebat hujan kat luar tu.. wa ka ka.. Ok ler.. ni jer berita terkini.. turn aku pulak nyanyi.. lagu Gersang seh.. wa ka kaDua Hari Satu Malam - Seribu Kenangan..
Posted On Tuesday, January 20, 2009 at at 10:51 PM by KasawariSemuanya telah diceritakan oleh Retna di entri nya di sini.. he he.. kami bertolak dari Kulai jam 3:00 petang.. untuk tidak merabakkan mataku ini, saya bertindak berani.. (cewaahhh!) melalui jalan lama.. seronok gak tak lalu hiway ni.. sebab tol tak kena.. he he.. dan lagi satu pemandangan yang indah2. Singgah di Simpang Rengam pekena mee goreng.. jeling-jeling jugak.. mana tau Tok Nabe kita ada melintas dengan wish putihnya ker.. he he.. sempat gak saya membeli putu bambu untuk dimakan di dalam kereta..
Melalui jalan Air Hitam sungguh mencabar sekali.. he he.. apa lagi jalan yang bengkang bengkuk dan juga mengikut lori yang sedia maklum jalan di situ berterusan jer double line. Melalui jalan Air Hitam Yong Peng sungguh meyakinkan sekali.. he he.. jalan lurus yang bersebelahan di hiway.. hinggakan keretaku ini lebih pecut dari kereta di hiway yang kena bayar tol tu.. he he.. Melalui pekan Yong Peng yang masih tidak berubah sejak dahulu.. agak panas waktu itu..
Terus kami melalui jalan kampung dan bermacam-macam parit yang kami tempuhi.. antaranya Parit Yaani, Parit Sulung dan berbagai-bagai lagi.. Kami tiba di pekan Bakri berhampiran MRSM di situ dan melalui jalan ke arah jambatan Muar yang baru.. terus saya agak keliru untuk ke arah bandar Melaka atau masuk ke Tangkak.. jam sudah hampir pukul 6, sudah tentu agak lewat jika melalui jalan lama.. jadi keretaku bergerak ke Hiway dan belezupp untuk tidak membuat "mereka" tertunggu-tunggu.. he he..
Terus keluar dari hiway Sg Besi, kami ke arah Sentul.. "kampung" lama ku ini sekitar 1977-1984, jalan raya agak sesak menghampiri simpang Sentul-Gombak gara-gara penjaja pasar malam di situ, baru aku teringat pada 1 Ramadhan lepas, aku ke sini majlis berbuka puasa yang ditaja oleh Retna.. he he.. Sampai di rumah Retna, terus aku meletakkan kereta ku yang bersih berkilat itu.. dan menaiki kereta Gen2 putih yang agak berdebu.. he he he.. Agak risau jugak menaiki kereta Gen2 putih ini .. al-maklumlah.. terbayang peristiwa selekoh menara KL.. wa ka ka..
Kami menuju terus ke rumah CM dan CT yang telah menanti-nanti kedatangan penganjur perkhemahan "Apa yang Penting?" he he.. Sampai jer di rumah CM dan CT.. kelihatan Jun dan Carneyz pun baru sampai.. oh.. macam ada majlis besar ni.. he he he.. maaf ler semua.. menyusahkan jer korang.. tapi ala.. sekali sekala jer kan.. Amboi.. banyak juadah yang disediakan tu.. ermm CT ni kira rajin sungguh.. mungkin berkat berguru dengan Che Mat Gebu di Sedenak tempoh hari kot...CM pula.. macam biasa.. gua respek lu.. steady jer.. maintain cool jer.. tercari-cari jugak aku.. mana tau ada kacang menglembu untuk dimakan di balkoni luar tu.. he he..

Acara pertama ialah acara makan malam ler.. he he.. kalau nak tengok gambar2 yang details.. boleh ler ke sini (ditaja oleh Retna).. agak kekenyangan diriku ini memamah juadah yang dihidangkan.. telah dipesan oleh CM.. kosongkan perut tu sebelum datang.. memang pesan orang2 lama ni perlu diikut.. he he. Lepas makan kami lepak2 ler di balkoni.. ingin merasai nikmat bagai mana CM melepak di situ.. ermmm angin sepoi sepoi bahasa tidak terasa sekali. he he.. mungkin musim panas kan CM.. he he.. kami berborak berbagai2 cerita sehingga tidak merasakan masa telah mencemburui kami.. cewahhh.. jam pun dah 10:30 malam.. masing2 semua kerja kan.. so kami berundur diri.. terima kasih CM.. terima kasih CT.. dan terima kasih anak2 CM.. chubby yang agak rajin dan cute tu gak.. he he.. (Klik di sini.. untuk entri dari CM yang details tu.. si Ret tunjuk YM dan CM pulak tayang SMS.. aduii malunya aku.. walau malu tapi mahu. he he) dan juga Klik di sini untuk entri dari Jun yang ketinggalan kameranya.. he he.)
Kami pulang semula ke rumah Retna.. dan sempat juga bersembang-sembang di ruang tamunya.. kemas rumah Retna .. rajin budak ni.. he he.. bodek kena bodek ni.. kang turun KL tak dapat port kat Pelangi lagi.. he he.. Linda dah beberapa kali menguap.. dan saya pun kepenatan.. kami masuk tidur di bilik "pengantin" cewaaahhh.. wa ka ka.. Perghh memang Retna ni tau bila Kasawari dan Linda datang .. pasti bilik pengantin untuk kami.. siap aircond tu.. cayalah.. he he..
Pagi.. selepas bersarapan he he.. kami bertolak ke Putrajaya dan Ret pun bertolak ke tempat kerja.. terima kasih Ret.. jangan lupa nenas tu aku beli kat parit apa ler tu.. tu nenas baik tu.. ko masak ler apa2.. dan terlupa plak nak bagi pada CM.. he he.. Terima Kasih ler memberi kami tempat tidur yang sangat kelas.. liat sungguh kita orang nak bangun pagi tu.. he he.

Kami tiba di Hospital Putrajaya pada jam 9:00 pagi.. dan sesi pendaftaran dan sesi X-ray dan sesi berjumpa doktor berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah.. tulang peha kiri Linda.. sepenuhnya bercantum 100% dan kedudukan besi pun agak mantap.. malah Linda dah boleh melakukan aktiviti-aktiviti lasak.. he he.. Kami meninggalkan Hospital Putrajaya dengan meninggalkan bermacam2 kenangan pahit dan manis..

Seperti dipelawa.. he he.. kami terus ke Alamanda, bertemu dengan UncleJ.. rindu sungguh tidak terhingga dengan UncleJ kita ni.. maintain dan masih mantap lagi bro kita ni.. pujuk juga ler bro kita ni berblog semula.. hanya tersenyum dan ketawa jer bro kita ni.. Baik sungguh hati bro kita membeli Donut Big Apple.. dia tau saya ni penggemar donut.. serasa saya ler.. saya tak pasti kat Johor ada tak donut ni.. yang tau dunkin' donut jer ler.. tapi bila tengok kotak di situ.. di Jusco B.Indah ada jugak.. he he.. Agak sedap dan beraneka donut nya.. patut ler UncleJ begitu mencadangkan merasai donut tersebut.. terima kasih Bro..

Kami segera ke Restoran JM Beryani House.. perghhh.. memang ekslusif restoran beryani ni.. first time tengok restoran yang seeklusif begini.. apa lagi.. kami ke sini kerana pelawaan Madam Zend kita.. agak lama kami tak bertemu Madam Zend sejak majlis perkahwinan Fifi dan Feriz tempoh hari.. Linda ler yang paling seronok sekali.. dapat cenderahati dari Madam Zend.. semoga Madam Zend dimurahkan rezki ya.. terima kasih belanja kami makan.. walaupun saya agak "malu-malu"... he he.. almaklum ler.. Madam kita ni dah bergelar usahawan kan.. sayangnya tak dapat jumpa Adik Eqa.. kerana bersekolah.. dan kami terpaksa pulang ke Johor sebelum jam 6 petang untuk mengambil Aiman dan Ammar..

Dari Alamanda, kami ke Masjid Putra untuk bersolat.. Masjid Putra sedang dalam pengubahsuaian.. agak berhabuk lantainya walaupun di situ diminta membuka kasut terutama di kawasan wudhuk.. mungkin cuaca panas dan juga pengubahsuaian lantai mozek nya menghasilkan habuk. Setelah itu.. sempat juga kami bergambar di bulatan di situ.. he he.. itu pun kerana kereta saya agak jauh diletakkan. Terasa sedih jer meninggalkan Putrajaya.. yelah.. tempat jatuh lagi dikenang.. ini kan pula tempat amik "bubur nasi" he he..

Saya terus memandu dari Putrajaya ke arah Kajang dan terus memasuki lebuhraya utara selatan.. waktu ini.. memang waktu yang sangat berat untuk memandu.. faham-faham jer lah.. lepas pekena beryani.. he he.. saya cuma berhenti di hentian Air Keruh.. dan meneruskan perjalanan pulang.. agak tersenyum melihat papan-panan iklan digi dari melaka hingga ke Johor..
Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah tepat jam 5:45 petang.. Dan terus mengambil Aiman dan Ammar.. saya perlu jumpa dengan mereka kerana urusan ayah dan anak-anak.. (mungkin Jun dan CM "terdengar" perbualan telefonku di balkoni??)
Terima kasih kawan-kawan semua... pada rakan-rakan yang kami tak sempat nak jumpa.. kami mohon maaf di atas kesuntukan masa.. Insya Allah.. lain kali kita boleh jumpa lagi ya..
"Lelong..! lelong..! lelong
Posted On Sunday, January 18, 2009 at at 4:08 PM by Kasawari
"Lelong..! lelong..! lelong..! siapa mahu beli Minyak Dhob.. ana ada jual itu minyak dhob lah.. kasi kuat itu badan lah.. lelong.. lelong.. lelong.. " he he.. entah kenapa saya tiba-tiba tertarik dengan gambar nostalgia ini.. kalau tengok sekali.. dah macam tokey arab bergambar dengan geng Intifada tu.. wah masing-masing semua "berasap" semacam jer ek. he he..
Design T-Shirt ku..
Posted On Friday, January 16, 2009 at at 8:44 PM by Kasawariby Kasawari (Kasawari), Malaysia
Sila klik untuk paparan yang besar..
Atas desakan peminat Kasawari, Kasawari paparkan designT-Shirt Msjbox 2009 yang Kasawari hantar , kreativiti Kasawari tidak dapat disangkal lagi dengan menggunakan konsep COPY and PASTE dengan menggunakan design software yang tercanggih abad ini iaitu software "PAINT" he he.. design ini dibuat dalam masa 5 minit jer.. he he..
Penyertaan terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab smiley tu semua adalah hakmilik Yahoo.. jadi betul jugak direjekkan... mana tau Yahoo akan mengambil tindakan undang-undang nanti ker.. takperlah.. janji sekarang dah banyak penyertaan yang canggih2.. jangan lupa mengundi ya di Msjbox (klik di sini)
Balik "Kampung"
Posted On Tuesday, January 13, 2009 at at 7:22 PM by KasawariKali terakhir saya ke Singapura pada tahun 2005.. Hari ni saya "kembali" ke sana diatas urusan kerja.. awal pagi dah keluar dari rumah dan driver hantar terus melalui laluan Tambak Johor, waktu itu sudah jam 7 pagi.. perghhh banyaknya orang yang bermotorsikal.. dah macam semut.. (bukan cemut eh).. tengah-tengah beratur tu.. sempat jugak diaorang ni baca paper la.. ada gak yang termenung tengok air laut yang tenang tu.. ituler kan.. dah rezki dia orang kerja di Singapura..
Sewaktu nak kembali ke Johor pun begitu juga.. ramai ya orang Malaysia kita ni kerja di Singapura menaiki motorsikal... itu pun driver kata dah makin berkurang kerana ekonomi yang gawat sekarang.. jadi pekerja ramai dah diberhentikan.. kalau tidak dulu lagi ler ramai.. Nasib kami tiba agak awal di CIQ Woodlands jam 5:30 petang.. kalau terlewat sikit, lagi ler jam... tak sempat nak jalan2 tengok singa meludah.. he he sebab nak mengelak dari jam..
Apa2 pun.. esok ke sana lagi.. ermm kira balik kampung ler katakan.. he he
Memori 29-Dec-2008
Posted On Sunday, January 11, 2009 at at 12:47 PM by Kasawari
Ini pula memori sewaktu CM dan CT sekeluarga datang ke rumah Kasawari dan juga terjah ke rumah Che Mat G ebu.. belum lagi publish entri ni.. jab lagi dah nak ke rumah Che Mat Gebu lagi.. aduhai.. murah rezki Che Mat Gebu tu..
p/s: entri ringkas sementara menunggu Lin datang.. 3 entri sekaligus.. he he
Memori 21-Dec-2008
Posted On at at 12:32 PM by KasawariLama dah foto di disimpan sewaktu seseorang blogger tersohor ke Hotel Kasawari di Kulaifornia ni.. waktu itu beliau hendak pulang ke KL dari Kulai dengan menaiki KTM.. memori di stesen keretapi Kulai...
Marah sungguh tu..
Posted On at at 12:28 PM by KasawariNotis di terpampang di belakang rumah kedai di sini.. waktu Kasawari nak gi Pasar Malam membeli air tahu.. he he.. ermm marah betul orang ni..
Fikirlah Sendiri..
Posted On Tuesday, January 06, 2009 at at 9:03 PM by Kasawari





Kasawari: Apalah nilai pengorbanan kita untuk rakyat Palestin selain dari kita memulaukan dari membeli/menyokong produk yang mempunyai bukti kukuh bahawa syarikat tersebut menyokong dan memberikan sumbangan dana kepada Regim Yahudi Israel ni!! Pastikan SELEPAS INI, kita memulaukan produk barangan mereka ini..
BOYCOTT ISRAEL COMPANY LIST
Senarai yang terkini -> Klik di sini
KALI INI ..SAYA NAK TAG BLOGGER YANG LAIN UNTUK TURUT SERTA DALAM KEMPEN INI...
p/s: saya sendiri banyak menggunakan/membeli /menyokong jenama di atas.. mungkin kita tak boleh buang barangan2 tersebut.. memadai.. SELEPAS INI kita tidak membeli / mengguna/ menyokong jenama tersebut..





.jpg)

