Melaka.. Ku Datang Lagi..

Kah kah.. ni first time aku amik gambo kaki dan tangan macam ni tepek kat blog.. he he.. entah saper punya idea la ni.. blogger kena amik gambor macam ni. tapi aku layan jugak.. apa lagi gambar yang bawah2 tu.. semua kaki dan tangan comel2 kecuali seorang bapak budak.. he he.. kira aku dikategori penjaga anak-anak dan juga jaga anak CM dan juga anak Lin.. he he.. apa nak buat.. kalau isteri terchenta terpaksa ku tinggalkan sementara kerana menghadapi perjuangan blogger ini.. he he..

Ok le... mulanya memang aku tak plan langsung nak pergi.. malah dah sms kepada penganjur yang aku tak pergi kerana Linda ada program di sekolahnya dan juga aku mungkin akan ke Singapura kerana sepupu kawin.. namun desakan anak2 tidak dapat dibendung.. apa lagi mereka lama betul tak jalan2 bersama ku sejak camping hari tu.. tu pun Lin dan En Sabar yang mendesak.. so kesian pulak pada anak2.. ermm suka betul dia orang bila aku bagitau esok (Sabtu) kita akan ke Melaka.. Linda pun sporting dan memahami.. ermmm sayang Linda sangat2.. muahhh ganda 23.. duusshhhhh bunyi guruh.... he he..

Kami bertolak dari rumah jam 9:30 pagi , sampai di rumah Lin letak kereta dan kita orang bertolak ke Terminal Larkin utk menjemput bro Ross kita.. he he.. kali ni aku pulak terjah dia.. terkejut dia tengok aku ada dalam MPV tu.. he he.. pastu kita orang antar DeqNaz yang cute mute dressing tu.. katanya ada assignment nak buat.. yelah tu..  Pastu sempat singgah di Kg Melayu pekena nasi campur di situ.. ermm kira orait gak.. perut pun tengah lapar.. anak2 apa lagi layan PSP.. 

Lepas melantak.. segera berangkat melalu lebuhraya utara selatan.. dan aku perasan En Sabar kita menguap entah berapa kali.. ermm mesti Lin buat apa ntah malam tadi.. kah kah.. lantas aku menawarkan diri untuk memandu MPV Toyota Estima biru tu.. cewahhh.. bila nak try lagi beb.. baru jer beberapa KM.. En Sabar dah ketiduran.. memang ngantuk tahap gaban tu.. so apa lagi.. aku bawak dengan girangnya sambil melayan lagu2 dari CD discodut.. ermmm layannn.. he he.. anak2 sibuk berpsp.. dan Lin, Yana dan Ross bercerita sana sini.. ngumpat ker apa tu.. he he




Tiba di Tol Air Keruh.. segera ke Melaka Sentral untuk menjemput Shai.. ermm agak sibuk lalu lintas.. Shai sedang setia menunggu.. kami segera ke Hotel yang dijanjikan.. di situ Sodep, Jun dan Carneyz sudah menunggu.. alangkah hampanya kerana Hotel tersebut sudah full... tu lah korang.. nak terjah2.. dah takder penginapan.. Ross dan Sodep sempat pulak booking.. begitu juga Carneyz dan Jun.. geng2 Singapura pun menginap di Hotel yang sama.. Lantas kami melilau mencari Hotel mana yang kosong dan murah.. he he... termasukler hotel bukak pintu terus nampak katil.. wa ka ka.. Jalan punya jalan.. ternampak papan tanda ada satu Service Apartments.. ermm macam orait jer.. dekat pulak dengan Bandar Hilir. survey punya survey sampai check apartment tu..kira orait beb.. so kami tunggu CM dan CT sekeluarga yang menawaf Banda Hilir tu.. he he.. akhirnya Aloha pun entah kemana.. last2 jumpa gak mereka dengan apartment ini.. Ermm dapat lah kami melabuhkan badan.. he he.. anak2 apa lagi.. PSP dan PSP.. ermmmm.. pengaruh kuat tu.. he he


Selepas mandi dan mandikan anak2.. dia orang ni mandi bertiga terus.. si Aiman , Si Ammar dan Si Amat.. kami turun untuk keluar mencari matahari terbenam di Pulau Melaka.. atau jalan nak ke Masjid Selat.. best seh kat sini.. ramai orang mancing ikan dan juga menjala.. ermm apa lagi.. masing2 amik gambor ler.. ada yang makan matahari dan ada ya cubit matahari.. tu ler blogger.. memang dasar blogger yang tegar.. he he.. 

Selepas itu kami gi ke Mahkota Parade.. ntah.. aku pun tak pasti.. yang tau aku mengikut jer.. katanya ada gathering.. tapi macam tak cukup korum jer.. ermm takperlah.. apa yang penting??? Kerjasama.. he he.. so kita orang makan dulu.. sesi makan memakan ni melupakan aku nak amik gambar kerana kelaparan.. he he.. dan selepas makan.. masing2 jalan2.. so anak2 kecil aku pulak jaga.. he he.. nasib baik ada kedai VCD tu.. so dia orang layan Cicak Man 2.. waktu tu.. sibuk kempen tutup lampu.. ermmm dah agak malap sikit Mahkota Parade ni. so kami keluar la dari situ.. 



Ketua Rombongan iaitu Sodep.. mengajak kami ke Jonker Walk.. tak pernah aku dengan nama ni.. he he.. so menapak ler kami semua ke situ.. melalui kapal melaka tu.. ermmm bak kat CM.. memang cool seh tempat ni.. aku pun suka.. terbayang wajah Linda ku di air.. aduhai.. rindu pulak.. apa lagi aku tengok CM dan CT berpegang2 peluk posing.. begitu juga Lin dan Sabar.. ermm sabar jer la ya Kasawari.. last2 aku pegang Ammar pun jadi ler.. wa ka ka.. tapi best seh tempat ni.. kalau kat JB macam danga bay.. tapi kat sini lebih mengebay lagi seh.. he he.. 


Selepas itu kami sampai ler ke satu tempat yang dinamakan Jonker Walk menyusuri tepian Sungai Melaka.. ermmm bersih gak Sungai ni.. kalau mandi.. harus nyanyi "kelapa dan okid" he he.. Sampai jer kan Jonker Walk.. perghhh ramai gila orang.. aku dah pening kepala.. takut anak2 hilang.. so masing2 pimpin budak2.. dan akhirnya sampai ler ke tempat makan tu.. apa ntah namanya.. Tranquerah Bistro.. ermm .. terbelit lidah.. kira santai kat sini gak.. ermm walau order lambat sampai dan asam pedasnya memahitkan lidah En Sabar.. namun orait gak kat sini sebab ada karaoke.. ermm apa lagi.. Lin danShai.. mendaun pisang ler mereka.. kah kah.. Dan akhirnya sempat sambut hari lahir utk Yana.. kelakor budak2 pegang lilin tu.. sampai tercampak kena titisan lilin yang panas.. wa ka ka.. tapi syiokkk.. Yana sambut besday dengan Fauziah Nawi lagi tu.. eh salah.. Fauziah Gauss.. betul kan eja..  

Si Ammar pulak dah tidur.. ermm apa lagi.. terpaksa lah dokong dia lebih kurang 1.82 km tu... aduhai.. jauhnya..  lengoh satu badan bawak si Puncil ni.. akhirnya sampai jua di tempat letak kereta.. dan kami segera ke Apartment.. sampai di depan pintu.. kesabaran mula teruji.. he he.. akhirnya dapat masuk gak.. (cerita kena cut he he.. wa ka ka..)


Esoknya kami segera check out dan ke Dataran Pahlawan.. selepas sarapan.. kami semua ke Kota A Famosa.. hari panas terik. tapi sejerah harus diceritakan pada anak2.. masing banyak tanya.. so aku ni dah jadi macam cikgu rombongan.. he he.. tak mengapa.. memang aku suka. tengok ler tu.. amik gambor macam nak naik kapalterbang atas meriam tu.. he he.. Satu yang aku suka budak2 ni.. kalau nampak lambang salib.. terus dia orang kata.. jangan tengok.. ermm bagus tu..


Selepas itu kami segera membeli belah belacan, cencalok, dan berbagai jenis lagi makanan di Teluk Mas (betul ker tempat ni.. he he).. alah dekat dengan Sekolah Henry Gurney tu.. dan kami makan di situ.. kelihatan CM kita sudah pening2 lalat kot.. kesian CM kita.. letih dan panas kot.. masing2 makan dengan seleranya.. dan selepas itu.. segera ke Perigi Hang Tuah.. ermm ni kira first time aku ke sini.. he he.. kira orait gak tempat tu.. sempat aku test sepersalinan baju Hang Tuah.. he he.. ada gaya tak.. Si Lin tu tak sabar2 nak telefon sabar tu.. he he.. Bagus.. bawak budak2 ke sini.. paling tidak dia orang tau saper tu Laksamana Hang Tuah.. ini tidak... mak bapak ajar ben 1o ler.. transformer lah.. spider.. hero Melaka pun tak kenal.. he he.. 

Seronok semua.. dan masing2 ingin pulang ke destinasi masing2.. so kami terpaksa ler berpisah dengan seribu kenangan terindah.. memang indah dan akan dikenangi sentiasa... 


Dari Perigi Hang Tuah.. kemi melalui Air Keruh.. perancangan nak jalan2 ke Air Keruh terpaksa dibatalkan.. ermm takper lah.. lagi pun masing2 dah letih.. lain kali leh jalan Air Keruh sampai jernih ekk.. he he.. aku pun kepenatan.. sampai tertidur dan terjaga sewaktu di Pagoh.. dan begitu juga si Amat.. tidur kepenatan.. sampai di JB. amik semula deqnaz yang sedang makan apa tu.. he he.. siap tutup mulut lagi tu.. ermm jelez dia tengok hadiah2 Yana ek.. hehe.. dan pastuh.. kami hantar Ross ke Terminal Larkin utk pulang ke Singapura.. ermm.. dan kami segera ke Bukit Indah.. dan anak2 mengadu kelaparan.. apa lagi singgah restoran mamak pekena roti.. dan sebelum jam 7.. aku dan anak2 berangkat dari Bukit Indah dan terus pulang ke rumah..

Terima Kasih semua.. terutama En Sabar dan juga Lin yang mempelawa kami.. terima kasih sangat-sangat.. dan juga kepada rakan2 yang lain.. seronok bersama kalian.. semoga kita dapat berjumpa dan bertemu di lain waktu.. 



Mangga Ku Berbuah..

Masih ingat lagi entri "Mangga Ku Masak Merah" (klik di sini) yang pernah Kasawari paparkan di sini...? ermmm bagi yang pernah terbaca.. mesti ingat lagi kan.. ramai peminat mangga jugak di kalangan blogger ni kan.. he he.. Depan rumah Kasawari ni.. ada lah 3 batang pokok mangga.. yang sebatang ni jer lah jenis mangga merah.. ermm.. ada lah 2 bijik yang berbuah besar dari buah-buah yang lain.. pelik sikit jenis pokok mangga epal ni.. jenis susah nak lekat buah dia.. agak-agak lepas berbunga.. pasti akan gugur jugak.. ermm..  ada tak petua nak kongsi supaya buah tak cicir??.. he he..  

Kasawari ni peminat setia Mangga.. ermm apa lagi kalau dicicah dengan kicap dan gula serta letak sikit cili hijau... perghhh... sehingga menjilat bulu Kasawari seh. wa ka ka.. Jenis mangga epal ni rangup.. sewaktu entri yang lepas.. ramai yang kata.. mangga epal ni masam, indah khabar dari rupa.... tapi yang Kasawari punya jenis rangup dan berkhasiat.. mana kan tidak.. pernah beberapa kali.. mangga ni dicilok oleh golongan2 tertentu.. alih2 tengok dah takder dah buahnya.. harus aku ikat buah mangga ni.. 



F1.. EPL dan Kami

Tak lama lagi Perlumbaan F1 akan bermula.. oleh itu.. hujung minggu kami pasti ceria.. mana kan tidak.. bila ada F1 race ni.. riuhler rumah kami bila menonton di kaca tv.. dengan si Aiman sibuk meng"Live Timing" nya.. dan adik pula sibuk dengan kereta F1 di sorong-sorongnya..  

Hampir setiap tahun kami akan ke Litar Sepang untuk beri sokongan kepada team Ferrari.. ermm tahun ni agak gawat sikit.. apa lagi start bulan Mac ni, dah mula gaji kena potong 10%.. so kena lah berjimat cermat sikit.. lagi pun race tahun ni mula lewat pada jam 5 petang.. pasti lewat malam baru pulang. Untuk Aiman dan Ammar.. tahun ni ayah tak bawak gi Sepang tau.. kita tengok kat rumah jer la ya.. he he (Klik di sini untuk catatan perjalanan ke Sepang tahun 2008)


Adalah  segerombolan teman-teman yang mengejek Kasawari gara-gara Man Utd kalah teruk dengan Liverpool tempoh hari, dan baru hari tu Man Utd kalah lagi dengan team tak kuat Fulham tu.. ermmm... ada aku kisah!!! wa ka ka..  Alah kami ni team anak beranak tak kisah punya.. kalau Man Utd kalah.. kami pindah ker Arsenal.. tak gitu Aiman.. he he.. 



Mee Siam


Orang Singapura pasti biasa makan MEE SIAM ni.. walaupun namanya MEE SIAM, tapi kat siam takder plak mee ni.. he he.. Malah orang Johor pun jarang makan MEE SIAM ni kan.. tak percaya tanya Linda.. he he.. hari tu balik rumah mak Kasawari kat Senai.. ermm tau-tau mak jamu kan mee siam ni.. perghh dah lama saya tak pekena mee siam ni.. entah.. bila ek kali terakhir makan mee siam ni.. waktu kat Singapura 3 tahun lepas kot.. rasanya ler.. 

Tanya pada Linda.. pernah tak makan mee siam ni? Linda kata.. ni pertama kali.. he he.. tu ler.. patut ler tak habis.. ha ha.. Mee siam ni macam mee hoon.. cuma ada tambah kuah sikit.. kuah tu entah apa ler resepi nya.. mungkin Mat gebu leh kongsikan.. he he.. Rasanya kuah tu ada rasa taucho kan..  memang mee siam ni feveret Kasawari.. tak silap jika makan di Kluang Station tu.. ada menu mee siam ni kan.. 



Linda Kursus di Akademi..

"Kejadian" ini telah seminggu berlalu.. he he.. waktu itu, kami ke Kota Tinggi kerana menghantar Linda untuk kursus 3 hari 2 malam.. (macam pakej resort pulak ek.. he he) di Akademi Kemahiran dan Latihan  Insan, nak tau.. tempat ni betul-betul belakang tempat makan sewaktu kita bertemu untuk Perkhemahan Msjbox tempoh hari tu.. alah tempat yang first time kita kumpul ramai-ramai. Tak sangka pulak ada Akademi yang besar kat belakangnya..  

Sedih pulak meninggalkan isteri terchenta selama 2 malam.. cewaahh.. mana kan tidak.. 3 hari makan nasi campur jer kat luar.. ha ha.. (kalau tak Linda tak kursus pun makan nasi luar jer ek.. he he).. dan 2 malam.. Kasawari tidur bertemankan Sheiro jer.. he he..  Alhamdulillah.. sekarang ni Linda dah mula berkerja.. walaupun sebagai guru tadika jer.. dapat ler membantu menghilangkan rasa bosan di rumah tu. 





Jujur dan Ikhlas...

SIARAN ULANGAN: ENTRI INI PERNAH DIPAPARKAN DI SINI PADA 06/DISEMBER/2007. Tidak salah jika ianya dipaparkan lagi untuk pengetahuan blogger2 yang belum mengenali saya ketika itu.. dan juga sebagai panduan dan ingatan untuk diri saya juga.. 



Hampir lima bulan jangka masa saya menceburkan diri dalam dunia blogging ini. Untuk pertama kali saya mengenali blog ketika saya hanya berchatting di cbox Cik Fifi dan kemudian memulakan blog AmmarAiman, kerana waktu itu saya ingin merakam segala apa kenangan dan gambar-gambar bersama anak anak, masih ingat lagi Afidie Bunga (bekas penghuni Asrama Anak Polis, Pulapol dan merupakan silent reader di blog ini) ialah orang yang pertama sekali mencontengkan di cbox AmmarAiman dan kemudian Cik Fifi dan juga Adik Hazyqa. Waktu itu saya belum lagi mengenali UncleJ sehingga lah entri Pot Luck di rumah Bro KS posting di blog Cik Fifi. Kemudian pula saya mengenali Kak Linn yang sentiasa di cbox Cik Fifi, oleh kerana Kasawari dan Kak Linn menjadi pelanggan setia di cbox Cik Fifi, kami menggelarkan diri kami KnK di situ. Hinggalah template "karpet terbang" Cik Fifi ghaib, saya cuba membuat blog baru hanya untuk mendapatkan kembali template tikar terbang tersebut namun tidak menjadi.

Oleh kerana blog tersebut sudah diset-upkan, saya tajukkan blog tersebut sebagai Kasawari7 ketika itu dan Kasawari Ku adalah posting yang pertama ketika itu. Saya cuba mencari identiti sendiri ketika itu dan mungkin tempias dari selalu ke blog Cik Fifi, saya mengenali UncleJ, Bro Ks, Bro Rick dan rakan rakan yang lain. Saya juga pernah menghadapi masalah untuk mengupdatekan blog kerana tak tahu apa yang perlu dimasukkan di dalam entri blog ini. Bak kata orang, orang lain nak ada blog, kita sibuk juga nak ada blog, tapi tak tau nak posting apa. Hinggakan saya cuba menulis dengan gantinama "aku" walaupun sukar untuk saya mengadaptasikan.

Akhirnya, saya dapat juga mengekalkan prinsip berblogging iaitu, ini blog kita, apa yang kita nak tulis, nak masukkan.. adalah hak kita. Jadilah blog ini blog Kasawari selepas nombor tujuh itu tidak lagi digunakan di cbox. Bagi Kasawari, blogging ini banyak kebaikannya jika kita sama sama menjaga tata tertib dunia blog ini. Peristiwa kemalangan jalanraya yang lepas, banyak meyakinkan bahawa dunia blog yang saya ceburi ini telah membawa makna yang mendalam erti seorang TEMAN. Itulah kebaikan yang saya rasa tidak akan saya lupakan.

Cuma sebagai menasihati diri saya sendiri, saya sedaya upaya cuba tidak menjadikan dunia blog ini batu loncatan untuk menjadikan diri kita ini orang yang hipokrit atau berpura pura, kata kata ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa, dan seandainya terkena pada saudara saudari, saya mohon maaf, cuba ada masa dan ketika, kita akan cuba menjadikan atau menjelmakan diri kita bukan sikap dan sifat sendiri bila masuk ke alam siber ini. Saya akui, idendtiti perlu dirahsiakan demi kepentingan sesuatu. Macam macam boleh dijadikan cerita di alam siber ini, kalau boleh tidak mahu terjebak dengan penipuan dan juga pembohongan. Keikhlasan dan kejujuran penting dan amat penting.

Apa lagi bila mana kita yang sudah berumahtangga dan punyai anak anak dan isteri, ingat dan tidak mudah lupa pada tanggungjawap kita. Saya pernah membawa Aiman dan Ammar (anak anak saya) ke cyber cafe kerana di rumah saya masih belum lagi ada line internet. Aiman kagum dan terpegun pertama kali melihat blognya, dan sifat dia yang suka membaca tekun membaca segala apa yang saya tulis di situ, begitu juga dengan Ammar yang suka melihat gambar gambarnya di situ. Dan sewaktu posting kisah kemalangan, saya pastikan saya print posting tersebut bersama komen komen teman teman untuk berkongsi bersama isteri di rumah ketika itu. Dan kadang kala, pasti saya akan berkongsi dengan isteri saya apa yang saya temui diblog rakan rakan yang lain.

Di luar sana saya tak tahu siapa musuh saya yang saya anggap saya tidak mahu bermusuh dengan sesiapa, tapi saya tidak mahu segala apa yang saya coretkan diblog ini disalah erti oleh mereka. Jika itu cerita politik, bebagai bagai akta boleh dikenanakan seperti akta hasutan, akta keselamatan dalam negeri, dan lain lain, tetapi blog ini hanya berkisar tentang apa yang ingin dikongsi oleh pemilik blog ini dan akan sudi melayan sesiapa yang punyai sifat iklhas dan jujur kerana itulah yang mencerminkan diri siapa kita yang sebenarnya.

Untuk teman teman di sini, terima kasih kerana pada peringkat ini, saya merasakan teman-teman di sini adalah teman/rakan/sahabat yang jujur dan ikhlas.. sama sama kita teruskan semangat ini bersama agar dunia blog kita tidak dicacatkan dengan sifat yang tidak diingini. Ada ketika kita gelak dan ketawa (kelakar sangat sangat) rasa seronok sampai pecah perut pun ada dan ada ketika sedih dan berduka.. bersama..

PS: Kasawari amat amat meminati file Ice Age (2002), kisah tiga sahabat Manfred, Sid dan Diego yang bersama sama membantu memulangkan bayi yang ingin diburu oleh Soto dan rakan rakanya, Diego yang pada mulanya merancang untuk memerangkap Manfred dan Sid akhirnya sanggup mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan rakan rakannya.





Posted in Labels: | 36 comments Links to this post

Benarkah kucing tidur berdengkur?



Tengok kucing ni.. rasa macam kucing Lin jer ni.. alah Si Colat tu.. ari tu sempat gak amik video ketika colat ni tidur.. ermmm ..  aduhai.. dia boleh tidur berdengkur.. ermm rasanya tuan punya kucing lagi ler tidur berdengkur.. wa ka ka.. Ni mesti si Colat ni kepenatan setelah "mengerjakan" kucing betina yang ari tu (sila klik di sini) .. aduhai... he he

Kasawari: Pause singingbox untuk mendapat dengkuran yang jelas.. he he.. 



Penangan PSP

Tengok ler anak-anak kita ni .. bila dapat main PSP.. perghhh.. sampai tak ingat dunia.. dulu kita mana ler ada game2 canggih ni.. yang aku ingat ler.. dulu ada Game & Watch.. tu pun satu game jer dalam satu konsole .. aku masih ingat ada satu jer kongsi 3 orang adik beradik.. iaitu game Popeye.. tu pun tak mencabar langsung.. waktu point hampir ke 200 atau 500 jer dia laju gila.. he he. .

yang ni si Amat.. amboi main sambil bukak baju lagi tu.. perut.. perghhh berlapis2 lagi.. he he


cuba tengok Ammar dan kawan tu.. memang tekun jer..



yang ni si Aiman.. macam biasa.. kalau main PSP.. saja nak menempel kat ayahnya.. nak tunjuk ler dia main FIFA 2008 tu.. Liverpool vs Man Utd.. sajer nak nak bagi tau Man Utd dah kalah ler tu..

Walau macam mana pun.. kita kena lah kawal anak-anak kita ni main game kan.. tak kira ler PSP ker, PSP2 ker PS3 ker.. atau apa2 game.. dan juga.. kena kawal jugak isteri kita yang suka main PSP.. he he..

Kasawari: Linda 3 hari tak dapat main PSP tu.. mesti menggigil kat tempat kursus.. he he.. esok balik ya sayang.. leh main PSP lagi.. he he.



Under Construction



Hello Kasawari..!!!

"Hello Ayah!! ayah kat mana ni..? cepat-cepat ler balik.. 
kawan ayah kat blog ramai dah cari ni.."


"Hello Ayah.. betul tu ayah.. cepat-cepat ler balik ayah"



"Hello Kasawari.. bila nak balik ni... dah musim hujan dah sekarang ni.. cepat-cepat balik ya"



Posted in Labels: | 13 comments Links to this post

Teman Sejati..


Banyak keistimewaan yang saya dapati daripada berblog ni.. ramai teman-teman blog yang saya kenali begitu ikhlas dan jujur.  Kadang kala saya merasakan ada di antara rakan-rakan blog begitu rapat dan amat baik dengan kami berdua (Kasawari dan Linda), malah lebih daripada kemesraan yang terjalin di antara adik beradik saya sendiri. Bukan untuk mengatakan.. saya mengutamakan rakan blog dari adik beradik saya sendiri dan  saya tidak menganggap adik beradik saya diketepikan dan mengutamakan teman-teman blog. Cuma silatur rahim yang terjalin sesama kita di dunia blog ini membuatkan saya merasa terharu.. sifat tolong menolong dan juga sama-sama bantu membantu. Terima Kasih semua!!!


Brothers
Teman Sejati 

Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

KASAWARI: Blog saya akan berehat seketika. Insya Allah.. kita bertemu lagi di lain waktu ya... salam dari kami berdua.. serta dari Ammar dan Aiman juga.



Posted in Labels: | 24 comments Links to this post

Selamat Pengantin Baru Airynnz


Selamat Pengantin Baru buat Airynnz... semoga berbahagia hingga ke syurga... Inilah pertama kali bersua muka dengan Airynnz walaupun dah hampir setahun lebih mengenalinya di dunia blog.. tak lah jauh rumahnya di Batu 5, JB ni.. ermmmmm.. dan rasanya inilah pertama kali wajahnya di paparkan di alam cyber ini.. itu pun mintak kebenaran. dulu. Airynnz kata.. dah berpunya leh lah tayang wajah.. he he..

Pasni jadi orang nogori ler ek.. he he.. kena rajin2 masak.. apa lagi gulai cili padi tu.. he he.. boleh ler kami datang nanti tompang makan.. he he




Posted in Labels: | 4 comments Links to this post

Ke rumah Che Mat Gebu lagi..

Anak2 sibuk main PSP.. Lin, Linda, Retna, Che Mat Gebu (teka mana dia dalam gambar tu) serta Mak Yah (ibu CMG).. tak putus2 bercerita.. dan Bro Sabar kita dan Abak (ayah CMG) pulak bercerita tentang pancing dan memancing... 

Woi.. korang tak reti balik rumah ker.. jam dah 12:30 pagi woi!!!! Ayam rumah Che Mat Gebu pun dah berkokok... he he..

p/s: Terima Kasih CMG kerana menjamu kami....



Posted in Labels: | 2 comments Links to this post

Memecut ke KL..

Ok ler.. baru sempat nak hapdet blog tentang perjalanan ke KL tempoh hari... tu ler.. agak sibuk skrg ni.. takper lah.. janji dapat hapdet dan berkongsi gambar dan cerita yang simple...  Seperti dirancang.. Lin dan Bro Sabar serta Kasawari dan Linda berempat ke KL.. kami bertolak lebih kurang jam 10:45 pagi.. dengan pecutan Kompressor Lin.. sampai tahap 220 km/h perghhh.. terasa macam nak terbang.. !!

Kami singgah di Merlimau Melaka untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan sepupu Kasawari.. entri ada di sini.. 

Yang ini sewaktu majlis kenduri yassin dan tahlil di rumah Retna.. Alhamdulillah.. majlis berjalan dengan lancar.. Tahniah untuk CM kita yang menyempurnakan majlis ini.. Macam2 juadah ada.. Pu3 pun datang juga.. kira ni kali kedua bersua dengan Pu3 selepas camping di PD 2008.. ermm peramah lagi tamah ya Pu3 sekarang ni.. he he. Dan terima kasih Ret kerana menjemput kami.. untuk gambar yang cantik2.. sila ke sini, ke sini, ke sini, ke sini dan juga ke sini.


Ok yang ini pula, kami check in di Hotel Putra KL.. hotel ni bersebelahan dengan Hospital Pusrawi, berdepan dengan IJN.. Orait jugak ler hotel yang diuruskan oleh MAIWP.. masuk jer dalam bilik.. apa lagi.. tidur ler.. he he.. dengar2 jugak bilik sebelah kita tu.. saper lagi kalau bukan Lin dan Bro Sabar kita tu.. ermm macam bunyi katil bergoyag jer.. wa ka ka

Malam tu kami keluar jalan-jalan dan singgah di Sogo.. nantikan ler entri yang lain untuk melihat dan mendengar apa yang berlaku di situ.. tungguuuu..


Esok, pagi lagi dah sarapan.. pagi pagi ker? he he.. kemudian check out, Bro Sabar kita berkenan dengan kereta.. so apa lagi.. jom ajak dia ke Naza Motor di Jalan Raja Laut tu.. ermm berkenan sungguh Bro kita ni dengan BMW coupe ni.. Lin apa lagi.. mengetest gak duk kat situ.. he he.. 


Kemudian kami sempat ke Jalan Masjid India.. ermm apa lagi.. ke hulu ke hilir ler.. Lin apa lagi.. shopping sakan ler.. dari ben-10 hingga ler ker beg purple dia tu.. he he.. tengok tu.. Linda jeling Kasawari.. mesti ada yang tak puas hati tu.. yelah malam tadi tidur awal kot.. he he 

Kemudian kami ke rumah CM dan CT.. ini kali kedua jemputan dari mereka.. yang dulu jemputan makan malam.. ni pula jemputan makan tengahari.. takder gambo yang ditangkap kerana Kasawari kekenyangan dan kengantukkan.. he he.. cuma satu jer gambo atas ni Linda dengan Si Hakim ni.. memang kenyang kegila-gila.. lepas satu.. satu CT goreng.. he he.. Cerita lanjut dan gambar2 cantik di sini , di sini di sini dan juga di sini .

Balik.. kami singgah ler kat Shell Jalan Pahang tu..  untuk mengisi minyak.. dan ternampak ler nama kat pintu Shell ni.. ermm kira Kasawari tokey kedai  ni ler ek.. he he.. dan seterusnya.. singgah di Nilai 3.. rupa-rupanya selama ni Kasawari tak kenal antara Nilai 3 dan Nilai 2.. macam2 ada kat Nilai 3 ni rupanya.. memang habis jalan2 kat sini.. sampai lengoh2 kaki dibuatnya.. 

Terima kasih semuanya....