Pohon Jambu Air ku..
Posted On Wednesday, April 29, 2009 at at 10:27 PM by KasawariIni lah pohon jambu air di depan rumah Kasawari.. barangsiapa yang pernah datang ke rumah Kasawari.. memang dah tahu pohon jambu ni.. menariknya.. mana-mana pohon jambu air.. tak putus-putus berbunga berbuah.. berbunga berbuah.. dan yang paling menarik sekali ialah serangan kerengga (klik pop up windows di sini untuk entri tentang kerengga oh kerengga) .. aduhai.. sampai kasawari ikat batangnya dengan kain buruk yang diletak grease.. supaya kerengga tak leh memanjat ke atas..
.jpg)
Saper ler tu DUTA pohon jambu air sedang memperagakan cara-cara memetik buah jambu.. aduhai.. jambunya.. he he.. pakai pun baju merah jambu... he he.. Walaupun tanah sekangkang Kasawari.. ha ha.. tapi macam-macam pohon ada tu.. pohon mangga dan juga pohon kelapa..
KASAWARI: Sayangnya.. buah jambu air ni tidak boleh dimakan 100% kerana buahnya ada penyakit sikit.. tak berapa menjadi..
Latih perut ler pulok...
Posted On Tuesday, April 28, 2009 at at 7:10 PM by KasawariBalik kerja.. ingatkan nak melatih tubi part 4.. tapi anak-anak dan Linda nak makan pizza.. termasuk ler Kasawari.. ermmm.. ni kira latih tubi gak ni.. makan pizza untuk pastikan kekuatan dalaman.. he he..
Senang dah sekarang. order online jer di sini, dan ada promosi pulak untuk online offer.. buy 1 free 1.. yelah tu.. saya pun terpedaya.. he he.. buat entri ni dulu sebelum pizza datang depan rumah.. he he..
Latih Tubi.. Part 3
Posted On Monday, April 27, 2009 at at 10:50 PM by KasawariIni dikira latih tubi jugak.. mana ler tahu nanti kat Gunung Ledang tu.. ada pokok buah2an.. so kena lah panjat memanjat untuk memetik buah-buahan tersebut.. tak gitu Cikgu Linda? Ada sebulan lebih lagi untuk mendaki Gunung Ledang.. persiapan akan terus dijalankan demi untuk meningkatkan stamima diri ku.. cewaahhhhh...
Latih Tubi.. Part 2
Posted On at at 1:03 PM by KasawariAnak-anak dan isteri turut memberi sokongan pada Kasawari.. jadi dia orang pun joint gak bersenam dan berlatih tubi walaupun tak turut serta dalam ekspidisi mendaki Gunung Ledang nanti.. he he..
.jpg)
Ermmm indah dan permai tapak jogging di Hutan Bandar Putra ni.. saper tu baju biru tu.. apa jenis senaman dia buat ek.. ermm saper tu baju pink tu.. weeweeiiittt!! he he
Linda dah macam pocong jer tu.. he he.. apa tu buat.. seronok sangat he he...
.jpg)
Dah penat bersenam dan berjogging.. terasa perut lapar pulak.. ternampak dah warong jual laksa utara.. dan air kelapa.. ermm apa lagi.. makan ler pulokkk... he he. tengok adik tu.. bukan main menyedut air 100 plus dia tu.. haus sangat tu.. he he..
Latih tubi.. Part 1
Posted On Sunday, April 26, 2009 at at 9:54 PM by KasawariWah.. sejak "terpilih" untuk ekspidisi mendaki Gunung Ledang ni.. aku dah mula bersemangat untuk menjalankan senaman-senaman ringan.. he he.. pelawaan Linda untuk ke Hutan Bandar Putra.. tidak ku tolak.. segera ke sana untuk bersenam dan berjogging..
.jpg)
Timbang jangan tak timbang bola tu.. ni penting untuk otot otot lutut masa nak mendaki..
.jpg)
Mana nak pergi Kasawari ni.. tu jalan keluar tu.. "lari lari.. "Linda menjadi Jurulatih Kasawari..
Bersambung.... part 2.. he he..
Pulang di waktu senja..
Posted On Friday, April 24, 2009 at at 9:04 PM by KasawariNi gambar tempat kerja Kasawari sewaktu pulang tadi.. sejak akhir-akhir ni agak sibuk sedikit.. pulang ke rumah hampir senja.. apa pun sudah menjadi tanggugjawap.. waktu pulang.. kadang kala kedengaran suara burung-burung berkicau pulang ke sarang.. begitu juga Kasawari..
Aiman pula demam
Posted On at at 7:14 PM by Kasawari
Memang sekarang musim demam.. lepas Ammar, Linda.. kemudian malam tadi Aiman juga demam.. semoga cepat semboh...Happy Birthday Alicia.. (belated)
Posted On Wednesday, April 22, 2009 at at 12:32 AM by KasawariHappy Birthday Alicia.. Selamat Hari Lahir buat Alicia yang ke-3 tahun.. semoga Alicia panjang umur, dimurahkan rezki, pandai belajar, dan sentiasa mendengar kata papa dan mama Alicia ya... Uncle Kasawari minta maaf ler.. hari lahir Alicia jatuh pada 20hb (Isnin) yang lepas.. tapi takper kan.. Uncle tetap ingat lagi.. he he..
Kasawari: Alicia ialah anak kepada Faridah, rakan blogger yang sudah lama Kasawari kenali.. cuba klik gambar Alicia tu.. tengok pada pipi dia.. aduhai... geramnya... so cute... Untuk Faridah.. semoga keluarga anda bahagia hingga ke syurga.. terima kasih kerana meminjankan gambar Alicia ni... he he..
Kesengsaraan itu penuh hikmah..
Posted On Monday, April 20, 2009 at at 11:04 PM by KasawariYang kiri tu ubat Linda.. petang tadi lepas balik kerja, bawak gi Klinik.. Demam dari awal pagi tadi.. dan yang kanan tu ubat Kasawari.. sakit dada pulak..tadi waktu kerja keluar gi klinik di Tmn Universiti.. entah.. tidur semalam terjaga.. tiba-tiba dada rasa sakit dibahagian tengah.. badan pun rasa sengal..
Doakan semoga kami cepat sembuh.. especially Linda.. cepat sembuh ya yangg...
"Tidak selamanya rasa SAKIT itu tidak berharga, sehingga harus dibenci. Kerana kemungkinan rasa sakit itu justeru akan mendatangkan kebaikan bagi seseorang.
Seseorang penyair yang tidak pernah merasa sakit dan pahit getirnya sebuah kehidupan, maka untaian syair-syairnya hanya akan terasa hambar dan hanya terisi dengan kumpulan kata-kata murahan yang tidak bernilai. Ini adalah kerana syair-syairnya hanya keluar dari LISANNYA, bukan dari PERASAANNYA. Apa yang dia utarakan hanya terbatas kepada pemikirannya sahaja, dan bukan dari hati nalurinya.
Kesengsaraan itu Penuh HIKMAH."
(PETIKAN DARI BUKU JANGAN BERSEDIH)
Mencari BURUNG Mata Putih di Pulau Kukup..
Posted On Sunday, April 19, 2009 at at 11:59 PM by KasawariEntri yang bersifat 18SG.. pastikan anak-anak yang berumur 18 tahun kebawah dikehendaki ditemani oleh ibu bapa.. dan wanita yang mengandung tidak digalakkan membaca serta melihat entri ini.. SILA BACA DENGAN TURUTAN ya.. Awas.. Entri tahap panjang serta berat..
Perghhh entri ganaz seh... ni kira satu ekspidisi yang betul betul mencabar sekali.. kalau Sang Nila Utama diarahkan mencari Musang Berjanggut.. tetapi.. kali ini.. geng Msjbox Selatan.. he he.. dikerahkan mencari BURUNG Mata Putih.. ikutilah kisah pencarian burung ini.. he he
Dari Bukit Indah.. kami segera bertolak melalui Jalan Skudai -> Pekan Nenas -> Pontian Kechil -> Cimpeng (CIMB Bank) -> Dan terus ke Kukup.. di sini kami meletakkan kenderaan di depan Terminal Feri Antarabangsa Kukup, Johor. Perut pun mula rasa lapar.. aduhai..
Apa lagi.. acara makan tengahari bermula sebelum ekspidisi ini berjalan dengan penuh mencabar.. yelah.. manalah tau. kalau dah sesat di Pulau Kukup tu.. tentunya kelaparan ler kita.. so mari kita mencekik dulu.. tambah jangan tak tambah.. kesat jangan tak kesat wajah2 yang berpeluh tu.. tambah ais lagi.. tambah segala tambah.. kerana xpdc ni mencabar jiwa dan raga..
Selepas makan.. kami menaiki bot.. perghhh hebat sungguh bot kami tu.. kalau belek-belek.. ada macam bot yang parking di Monte Carlo Monaco.. ermm jiwa ku penuh semangat waja.. untuk menaiki bot putih mewah ni.. he he.. budak Chelsea mana pulak ni sibuk... ermm pastinya dia akan merana untuk mencari burung mata putih ni.. ermmm.... kasi jer lah dia pergi.. semangat ben10 pasti ada dijiwanya.. mana kan tidak.. semalam dia sudah makan kek Ben10.. ha ha ha..
Aduhai.. mana perginya bot mewah putih tadi.. ni dah kira bot nak pergi Kg Pinang Sebatang.. ha ha... rupanya.. bot mewah tadi tu.. cuma melintas jer lalu.. ha ha.. akhirnya kita kasi bot yang ini pun ok ler.. begitu teruja masing2 ya..
Sudah sampai ke destinasi... ermm Pulau Kukup... agak jauh jugak ler perjalanan menaiki bot.. habis semua muntah2 dan pening laut.. siapa lagi kalau bukan Sis Lin kita.. ermm pening apa dia ya.. kalau ada mangga.. habis diratahnya dengan daun-daun sekali.. opsss daun mangga.. ermm hadiah Amat tu..
Sampai di destinasi.. woi!! korang ni nak cari Burung Mata Putih ker korang nak bergambar ya.. hishh cepat cepat.. nanti hari sudah malam.. susah nak cari burung mata putih ni.. ermm saper ler tudung putih depan tu.. sungguh comel sekali.. he he
Bersemangat sungguh Cikgu Linda kita bawak rombongan anak-anak murid tadikanya.. wa ka ka.. "ermm burung mata putih mana ler dia.. burung mata putih.. ermmm.. " hati-hati semua meniti tu.. jatuh akan digigit ikan belacak .. oiiitt.. belacak??? ermm best tu buat minyak.. ha ha
Hish.. murid-murid tadika ni.. mana ler Cikgu anda.. kamu ni nak terbang ker apa... cepat cepat.. cari cari .. mana burung mata putih ni....
Masih sempat tersenyum lagi tu bergambar.. ermmm tak jumpa lagi Burung Mata Putih.. cari cari cepat.. hish Budak Chelsea ni.. ada kang digigit Ammar.. wa ka ka..
Waduh.. cabaran lain bermula.. kami perlu menyeberangi jambatan gantung sepanjang 2KM.. he he. .. dibawah tu Sg yang penuh dengan buaya, ... buaya darat.. he he.., kalau ler dapat Shai.. tentunya 5 hari tak makan buaya2 tu.. he he..
Lihat ler kedalaman Sg di bawah itu.. jika terlebih muatan.. Shai, Retna dan Kiki.. pastinya tali akan putus dan dibaham buaya.. ha ha ha.. gara-gara mencari Burung Mata Putih..
Kiki.. bergoyang ke kanan.. ermm Bro Ross balancekan balik ke kiri.. ok ok.. check & balance.. kasi tidak goyang.. sangat sukar juga mencari Burung Mata Putih..
Aduhai.. sempat gak pasangan ni "beraksi" dalam pencarian Burung Mata Putih ni.. ermm kasi lepaskan segala kemahuan.. asyik aku jer amik gambar.. so nak kena diambil gambar.. he he..
Ermmm masih tidak lagi ketemu Burung Mata Putih.. so percarian diteruskan.. cuba masuk ke Kuala Sg Ular.. lihat tu.. ditepi paya.. sang Buaya menanti untuk menerkam anda.. nampak tak kepala buaya.. kalau tak nampak memang ler Buaya.. ha ha..
Siapaler mamat baju hitam ni ala-ala titanic.. mana ler Cikgu Linda tak joint sama ni.. diberitakan inilah caranya untuk mencari Burung Mata Putih.. cuba memberi isyarat supaya Burung Mata Putih akan muncul di dasar Laut.. yeker mamat ni.. ?? biar betul!!

Jalan punya jalan.. sudah sampai ke Kelong.. hishh ni nak cari Burung Mata Putih ker nak cari ikan.. ermm layan dulu ler.. budak suar corak2 tu adalah pemandu arah mencari Burung Mata Putih.. tapi dia ajar macam mana ikan pancut air.. ermmm.. orang yang ikut mesti faham..

Hoi Cik Kak.. tu Belangkas tu nak masak apa tu.. ermm hati hati.. kang kena gigit kang.. Cikgu rombongan kat belakang tu pun dah mula cakap " hishh. belangkas ni kalau goreng pun sodep.. eh sodap.. he he".. woi.. jangan main2 lagi.. jom cari Burung Mata Putih..
Hishhhh... onak dan duri dan tempuhi.. menara ku panjati.. untuk mencari Burung Mata Putih.. tengok bawak Cikgu .. nanti kang jatuh susah tu.. saper nak dokong balik.. .. he he.. rasanya.. ni ler Menara yang dikatakan tempat menginap Burung Mata Putih.. dikatakan burung ini suka tinggal di aras 3.. (level 3 ler.. )... mari kita naik pelan pelan...
Segala kepenatan.. terlerai sudah.. kami sudah sampai ke tempat Burung Mata Putih.. tapi dimana burung tersebut.. mungkin sedang mencari makan dipersekitaran.. kami segera mencari.. mencari.. berlari berlari (bagai lagu Kiki)... hishhh.. tidak ketemu jua.. kami seakan akan kecewa.. adakah Burung Mata Putih sudah pergi meninggalkan Pulau Kukup??.. kemudian..
kami terdengar seakan-akan bunyi Burung..
BEEP BEEP..
ishhh BEEP BEEP..
asyik berbunyi BEEP BEEP..
macam Kasawari..
Dan inilah dia.. BURUNG Mata Putih yang dicari... nampak tak?.. matanya putih tu.. bunyinya BEEP BEEP.. baju Msjbox.. dan jam tangan G-Shock yang digali di Mersing (entri di sini) .. sah.. inilah Burung yang kami cari...
KASAWARI: Entri terakhir untuk minggu ini.. rasanya dah penat hapdet blog di hujung minggu.. perlu berehat untuk membuat entri seketika ini.. lama tak jalan blog kawan-kawan lama dan memberikan komen di sana..
Majlis Birthday Amat (anak Sis Lin)
Posted On at at 9:25 PM by KasawariPagi Sabtu.. dapat sms dari Kika, dia mengatakan tidak dapat hadir ke rumah Kasawari, ikutkan perancangan.. Kika serta suami dan Nini akan bermalam di rumah Kasawari untuk menghadiri majlis Lin.. namun kita mampu merancang.. hanya Allah yang menentukan.. Kika tak berapa sihat dan dalam hari lagi.. ermm Kasawari dah ready jer nak mendodoikan lagu "Masih Aku Terasa" waktu tidurkan Nini ni.. he he .. takper la.. nanti leh jumpa laginya Nini..
Lepas Zohor, dapat call dari Lin.. bro Ross kita ada kat terminal Larkin, so kami keluar terus amik bro yang setia menunggu dengan dunkin donutnya.. ha ha... lapar seh.. makan dalam kereta dulu. Kami sampai di rumah Lin dalam jam 2:30 pm, Lin macam biasa sibuk menyusun juadah.. sekali intai ada laksa Johor.. yeh yeh.. Manakala Kiki dan Shai serta Deqyana dan Deqnaz pula sibuk melalak.. he he.. patutler mendung macam nak hujan..
Retna.. macam biasa.. dimana ada laptop yang beronline.. dai akan tumpang setangan.. he he.. biasalah tu blogger tegar dari sentul.. he he.. sambil-sambil menunggu tu.. layan jugak ler karaoke.. masyuk masyuk semua lagu.. sampai rosak CD.. nasib baik ada abang Mc Gyver yang mengelap CD tu dengan wang kertas.. he he. Tunggu gak Kiki menyanyi lagu berlari berlari he he
Bro Ross kita sedang berpadu suara bersama Deqyana.. ermm lagu abang tu.. mesti lagu berduet.. apa lagi.. tumpang ler 2 kaki.. he he.. berduet ler jugak dengan Deqnaz kat.. dah juga tak lupa dengan Linda.. Dua insan.. perghhhh hari pun makin mendung.. he he
Ammar dan Aiman serta anak-anak macam biasa.. mengambil port yang strategik untuk bermain games.. tengok ler tu.. PSP dan juga handphone semua di tangan.. mana ada lagi budak-budak ni nak main galah panjang ker.. guli ker. .atau juga tom tom bak.. he he..
Ni kira pasangan pengantin baru.. kali kedua berjumpa dengan Bro kita ni.. he he. siapa lagi kalau bukan Zam XPDC.. oppss Zam TADC.. ermm sorry ler kak. gambar amik pejam mata.. he he.. mesti malam tadi ngantuk tu kot tak cukup tidur.. almaklumlah.. pengantin baru. Dulu Zam ni rambut pendek ala-ala Mawi.. hehe.. sekarang dah berubah dah..
Ok.. masa yang ditunggu sudah tiba.. saat memotong kek.. dua lagu dinyanyikan.. iaitu Allah selamatkan kamu.. dan juga selamat hari lahir.. suka Amat dapat kek Ben10 dan juga cupcake Chelsea tu.. he he.. dan bukan main lagi Ammar menggigit cupcake tu.. he he..
Kemudian Kak Linn kita datang bersama suami dan Syahirah.. ermm lama tak jumpa Kak Linn ni.. harap2 dah beraktif semula.. seaktif Syahirah yang tidak pemalu lagi bersama Uncle Kasawari.. he he.. tengok tu.. bukan main manja lagi kan.. panggil nak amik gambar.. siap datang lagi tu.. he he..
Ni saat-saat untuk Barbeque.. perghhh .. memang seronok bila nak hidupkan arang tu.. macam2 cara nak hidupkan.. last2 En Sabar kita belikan sumbu arang. kan senang nak hidupkan arang.. he he.. apa lagi.. masing2 tunjuk skil nak mengipas.. ada guna tudung periuk dan juga suratkabar.. akhirnya Zali (suami Kak Linn) belikan kipas satay.. perghh mengancam ler bara tu naik..
Tengok tu.. semua sibuk berposing sampai udang, sotong, ayam dan ketam habis hitam hangus semua.. kah kah.. Tu dia baju belang Abang Zali kita pakar membakar bakar ni.. cayalah.. ada skill tu.. Ret, yana dan naz sibuk tunggu dengan pinggan nak makan jer.. woi bakar tolong bakar woi.. he he
Kemudian.. ketibaan blogger yang terkenal lagi istimewa.. iaitu Dir kita.. ermm gaya ada bro.. he he.. sorry ler.. tak terborak2 ler.. sibuk dengan si Ammar.. luka kat kaki dia tu.. dan juga berbaju coklat tu ialah Aie.. pemenang design baju Msjbox kita.. dengar2 tengah sibuk exam ya.. semoga berjaya..
Sedang orang sibuk bakar membakar.. Linda dan Yana mencilok makan dok kat tepi pintu tu.. amboi.. tak ajak Kasawari pun.. tengok tu Yana.. habis licin pinggan tu. tinggal tulang ayam jer.. he he..
Makan jangan tak makan.. Shai, Ross dan Deqnaz sedang yantap menyantap.. baik2 makan tu.. jangan makan banyak2.. nanti pecah kosi platik tu.. he he..
Ini pula sesi membuka hadiah.. BUKAK BUKAK BUKAK.. ermm banyak jugak Amat dapat hadiah. ada yang ringan dan ada yang terlampau berat.. wa ka ka.. seronok tengok budak2 ni bukak hadiah dikepalai oleh Shai.. he he.. batu tu leh buat tungku eh Lin.. tunggu baby lagi ek.. he he..
Ok tidak terlupa.. Kak E kita juga datang bersama keluarganya.. nilah blogger dan juga isteri blogger (linda la).. masing2 muka dah berminyak2 belengas.. he he.. takper la.. janji semua kenyang makan dan happy.. he he..
Ni lah antara haidah yang Amat dapat.. macam2 dia dapat.. ada baju upin dan ipin. set jersey chelsea.. mafla Chelsea dan macam2 lagi.. termasuk ler daun-daun dan juga batu-batu.. he he he..
Akhirnya sebelum berpisah.. masing2 amik gambar kaki.. biasalah dah dasar blogger.. mari kita lihat.. kaki siapa yang kena.. he he..
Memang meriah sungguh majlis sambutan hari lahir Amat.. tak lupa juga Pn Intan kita.. tak sempat Kasawari nak amik gambar..
KEK BEN10 - hasil dari Pn Intan kita
CUPCAKE Chelsea - hasil dari Sweet d'Ummi
UNTUK GAMBAR-GAMBAR YANG LAIN SILA KLIK DI SINI
KASAWARI: Terima kasih Lin, En Sabar, Deqnaz, Deqyana dan juga Amat.. semoga Allah kekalkan kebahagian keluarga Lin sehingga ke Syurga.. Amin...

.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
