Selamat Tinggal...
Posted On Friday, May 29, 2009 at at 2:34 PM by KasawariSaat itu sudah tiba.. saat itu sudah datang.. aku terpaksa pergi.. pergi jauh.. jauh.. jauh..
"Selamat Tinggal semuanya".. bertemu kita lagi di lain waktu..
Aku akan menuju puncak..!! bukan terkeluar dari AF ler.. he he.. menuju puncak!!
puncak Gunung Ledang..
"Selamat Tinggal semuanya".. bertemu kita lagi di lain waktu..
Aku akan menuju puncak..!! bukan terkeluar dari AF ler.. he he.. menuju puncak!!
puncak Gunung Ledang..
Melayan Perasaan...
Posted On Thursday, May 28, 2009 at at 5:37 AM by KasawariOh bukan Man United kalah.. cuma Man United tak menang jer .. ha ha.. layan ler perasaan menerima ketidakmenangan ini.. tahun depan boleh cuba lagi.. ermm apa tu Kasawari menungkan.. jauh tu.. baik2 kang terjatuh kat tingkap tu.. ha ha.. Waktu ni tengah sekodeng budak BNM tu.. ha ha.. layan lagu Alleycats ler pulak...
Senyumlah Kuala Lumpur
Artist: Alleycats
Kuala Lumpur senyumanmu
Dipagi ini
Sungguh bererti
Kerna cinta bersemi lagi
Setelah kemarau panjang
Dilebuhraya
Dipapan tanda
Tergambar wajahmu
Dengan kalimat
Cinta untuk kita
Semoga kekal selamanya
Bila ku bisikan puisi cinta
Dan tugu peringatan negara
Bagai tersenyum
Dalam diam bergembira
Memberi sokongan cinta
Agar bersinar sentiasa
Berganding tangan
Kita berdua
Menyusuri jalan
Ditengah kota
Sambil senandungkan lagu
Lagu kisah cinta lama
Bilaku bisikan puisi cinta
Dan tugu peringatan negara
Bagai tersenyum
Dalam diam bergembira
Memberi sokongan cinta
Agar bersinar sentiasa
Terimakasih kuucapkan
Oh kepadamu
Kuala Lumpur
Kerna kau telah temukan
Cinta antara kami berdua
Tahniah Barca... Man United.. tetap dihatiku..
Posted On at at 4:52 AM by Kasawari"If your team wins,Wear your shirt with pride,If your team loses,Wear your shirt with pride"Ramai ler yang mengaku peminat Barcelona ni.. biasalah.. team dia orang ni dah kalah awal-awal.. ha ha ha..
Perlawanan akhir Liga Juara Juara
Posted On Wednesday, May 27, 2009 at at 8:33 AM by KasawariMusim bola datang lagi.. he he.. Malam ini ( 2:45 pagi, 28/05/2009 Khamis) Perlawanan akhir Liga Juara Juara antara Barcelona dan Man United.. ermmmm... kalah menang tak kisah dah.. tapi kalau menang .. perghhh. makin berat lah piala-piala yang dikumpul oleh Man United.. tu sebab kat sini masih lagi berkumandang lagu Glory Glory Man United... Sis Lin dan Bro Ross.. kalau nak tumpang sokong Man United pun ok gak.. jom ramai2 support Man United.. he he...
Barca vs Man United
Posted On at at 7:40 AM by KasawariAmmar dan Ben-10
Posted On Sunday, May 24, 2009 at at 11:36 PM by KasawariWah.. bukan main suka Ammar bergaya dengan aksesori BEN-10 nya tu.. bergaya sungguh dia tu..seronok dapat menggayakan ermmm tu lah memang anak-anak sekarang ni dah dibentenkan.. cuba tengok anak CM kita tu.. baju pun Benten.. adeh.. nasib baik lepas ni takder BenEleven ker.. he he..
Oppss.. di manakah lokasi gambar ini di ambil? jika dilihat seakan-akan sudah biasa jer melihat karpet berbulu tu kan.. dan siapakah insan berseluar hitam dibelakang Ammar itu..? Cerita dan merapu rapu yang selanjut sila klik di sini
Gunung Ledang.. tiba masanya..
Posted On Friday, May 22, 2009 at at 3:44 PM by KasawariUPDATED:
SEDANG MENYIAPKAN DIRI UNTUK MENDAKI... BEREHAT SEKETIKA..
Inilah Gunung Ledang... pastinya banyak menyimpan khazanah yang terunik sekali.. cabaran pasti akan datang bila mendakinya.. berbagai cerita dan kisah ku dengar tentang Gunung Ledang ini.. ohhh sungguh teruja..

Ini pula "trail"untuk Gunung Ledang.. wah.. sudah teruja untuk diriku bersama-sama mendaki hingga ke puncak Gunung Ledang.. inilah pertama kali aku mendaki gunung.. paling tinggi pun gunung ku daki.. ialah Bukit Senai tu jer.. tu pun waktu tingkatan 2.. alah bukit sebelah Plaza Tol Skudai tu.. ermmm..
Yang penting sekarang ini ialah stamina dan juga semangat dalaman... dah ler sejak dua tiga tahun kebelakangan ni aku kurang bersenam.. apa lagi bersukan.. sukan yang paling aku tercebur sekarang ini ialah sukan PSP.. he he.. Oleh itu, sebelum tiba sampai tarikh untuk mendaki.. perlulah aku bersenam dan juga menjaga makanan supaya berat tidak bertambah.. he he.. Lagi pun ada lebih kurang sebulan ekspidisi ni akan bermula.. pasti ku perlu turunkan segala apa yang naik sekarang ini.. he he.. (sambil tengok perut ku ini.. ha ha)
Bingkisan Dari Kuching
Posted On Monday, May 18, 2009 at at 10:35 PM by KasawariAlhamdulillah.. syukur, dan terima kasih kepada tuan yang menghadiahkan bingkisan dari Kuching kepada Kasawari, ermm terharu sungguh.. semoga tuan yang menghadiahkan ini dimurahkan rezkinya selalu.
.jpg)
.jpg)
Oppsssss... Sheiro pun minat gak dengan bingkisan dari Kuching.. meow meow...
Serupa Ke ek??
Posted On Sunday, May 17, 2009 at at 6:04 PM by Kasawari
Bukan Kasawari ni perasan nak mengatakan wajah Kasawari ni mirip mereka-mereka ni.. namun inilah realitinya yang tidak dapat dielakkan.. .. dari dulu ada lah beberapa orang mengatakan wajah Kasawari ni mirip Edry Kru atau Yusry Kru .. he he.. ermmm.. dah dua tiga kali tengok.. adalah sama sikit kat mata tu.. kebanyakan yang meyamakan Kasawari ni seperti mereka ialah anak-anak saudara Kasawari yang berumur 4-5 tahun .. cewahhh.. dan baru-baru ni Mak Yah (ibu kepada Che Mat Gebu) pernah berkata.. wajah Kasawari ni mirip pelakun Ali Setan (Jeff) tu.. ermm.. Arwah Izi Yahya..
Waktu bekerja di tempat lama dulu, ada supervisor tu kata wajah Kasawari mirip Zed Zaidi, mungkin waktu itu Kasawari berambut agak panjang dan berjanggut sikit... Namun setelah di perlihatkan dan dibelek-belek.... Kasawari rasa lah.. Kasawari ni iras-iras macam Keanu Reeves kan.. betul tak Bro Ross? Deqnaz mesti bersetuju kan.. ha ha ha... Apa pandangan anda.. ermm ni kira teka-teki gak ni.. saper yang teka tepat.. dapat hadiah ni.. cepat-cepat Aryana dan Bibie cepat teka.. ha ha, Sis Lin pasti kata.. jauh panggang dari api.. berpanggang-panggang ha ha..
Kasawari: Cuba lari dari entri Man United.. karang.. jemu pulak datang blog ni.. he he..
Man Utd Juara EPL 2009..
Posted On at at 2:31 AM by KasawariGlory, glory, Man United,
Glory, glory, Man United,
Glory, glory, Man United,
And the reds go marching on, on, on. !!!
Salam dari Manchester.........!!
Posted On Friday, May 15, 2009 at at 11:05 PM by KasawariSekarang ini Kasawari sudah berada di Manchester (Old Trafford) Premier Inn, Water Reach, Old Trafford. Sungguh memenatkan penerbangan lima belas jam ke sini.. Sampai jer di London Heathrow Airport... penat sungguh.. nantikan entri selanjutnya...
Untuk mereka di Malaysia.. jangan lupa ya menonton perlawanan antara Manchester United vs Arsenal di Astro ESPN pada Sabtu 16 Mei, 2009 jam 7:40 malam nanti...
Salam dari Manchester.........!!
Semangat Merah...
Posted On Thursday, May 14, 2009 at at 8:40 AM by Kasawari
Perghhh lama aku tak hapdet blog ku ini yang semakin lama semakin merah semerah mentari yang sedang terbenam di tepi pantai.. ha ha.. Hari ni aku semangat gila.. keh keh.. Kenapa? sebab malam tadi (pagi tadi da..) MU menang 2-1 dengan Wigan.. perghh semangat tu.. Wigan dah lead 1-0 tu.. tapi dengan semangat Glory Glory Man United (sila ONkan speaker pc anda ya).. MU telah menjaringkan 2 gol.. perghhhhh... Glory Glory Man United..Sayugia diingatkan.. he he.. jumlah mata keseluruhan MU sekarang ini ialah 86 mata... dan "pengejar" terdekat (dah jauh dah) ialah pasukan Liverpool (Bro Ross... kejar bro kejar).. dengan 80 mata... he he.. dan baki perlawanan kedua-dua pasukan ialah 2 perlawanan lagi.. Oleh yang demikian.. he he.. MU perlu dapatkan 1 mata lagi untuk menjadi JUARA LIGA PERDANA ENGLISH (EPL @ BPL).. pergghhhh!!!
Dan yang menariknya, perlawanan MU selepas ini ialah perlawanan antara MU vs Arsenal tu!!! perghhh.. 16hb ni (hari Sabtu) dan bagi peminat AF tu.. sila tengok siaran langsung konsert akhir AF7 (bila masa AF ni dah masuk AF Tujuh eh. hehe).. Jika sekiranya MU seri dengan Arsenal.. bermakna MU sudah menjadi juara EPL 2008/2009.. dan untuk Sis Lin.. kita tak payah tunggu game yang terakhir (Hull City vs MU pada 24/5 ni) .. minggu ini adalah minggu kita berdua menghasilkan entri ya.. jangan lupa hapdet entri tu kay.. 3 hari 3 malam!! ha ha ha..
Glory, glory, Man United !!
Posted On Wednesday, May 06, 2009 at at 4:47 AM by KasawariGlory, glory, Man United,
Glory, glory, Man United,
Glory, glory, Man United,
And the reds go marching on, on, on. !!!
KASAWARI: YEZZAAAA!!! Man United masuk final champion league.. jumpa di ROME nanti..
The Gunners vs Red Devils
Posted On Monday, May 04, 2009 at at 9:20 PM by Kasawari.jpg)
Wah dah tak sabar-sabar Aiman dan Ammar (bila masa si puncil ni jadi penyokong MU.. ?? uikss) tengok tu.. wajah-wajah mereka yang akan bertarung di Stadium Emirates... perghh penuh bersemangat tu... Ammar!! gigi tu totop sikit... nanti kena bola ... habis patah.. he he..
.jpg)
Mana bola ni? dah kena pijak ker ni.. Ammar ni buat apa tu.. macam nak menari Zapin. jer.. Aiman pulak ni.. macam orang nak terjun kolam jer.. he he... Ermm masing2 kaki kudut jer tu.. he he
.jpg)
Pertarungan sudah bermula... apa ni main tarik-tarik abang.. jangan ler tarik.. Ayah..!! kasi kad merah pada abang!! ha ha ha..
.jpg)
Tengok ni Ayah.. Abang bentes adik.. adoiii!! sakit kena pada tempat kena ekzos.. kasi kad hitam jer ayah..! Black Flag.. aikkss.. tu F1 ler adik.. he he..
.jpg)
Wah.. nampak gaya "ronaldo" dah jadi ketot pulak tu... apa ler ni.. macam ni Man United ada peluang nak menang.. Glory Glory Man Unitedddd!!!
.jpg)
Ni apa hal bukak jersey ni dik.. kalau dulu siapa gol dulu dia yang bukak jersey ni.. ermm itu tetek ada nampak.. totop sikit dek... ha ha...
KASAWARI: Ini lah gelagat anak-anak apabila di rumah saya.. Jangan lupa.. Rabu ini jam 2:30 pagi.. perlawanan separuh akhir kedua antara Arsenal vs Man United.. dan pastinya.. Man United membawa satu gol dari Old Trafford....
Terminator Salvation
Posted On Saturday, May 02, 2009 at at 2:11 AM by KasawariFilem Terminator Salvation ni akan mula ditayangkan di Pawagam pada 21 Mei ini, saya dah tak sabar-sabar nak tunggu filem ni.. seperti mana keterujaan sewaktu filem Transformer The Movie.. masih ingat lagi waktu itu tahun 2007 saya sanggup menonton sorang-sorang dan menunggu dan beratur beli tiket pada opening day (semestinya hari Khamis). dapat tiket pun jam 1:00 pagi.. dan punya ler ramai orang waktu tu.. padahal Jumaat tu kerja.. tapi minat punya pasal dengan Transformer ni.. dan bukan hanya sekali jer menonton.. sampai tiga kali menonton di pawagam..
Berbalik dengan Terminator ni.. saya memang meminati filem-filem ini.. dan berkesempatan ke T2-3D studio di Universal Studio Japan pada tahun 2004 yang lepas.. (klik di sini untuk entri tersebut).. semestinya keterujaan diri ku berdepan dengan "Terminator" ni.. memang betul-betul teruja.. biasalah.. bab-bab robotics ni memang saya amat meminati sekali..

Aduhai.. kurusnya Kasawari.. he he.. sebelah tu Jurutera IE dari Jepun.. dia ler member baik saya di sana.. nak tahu tiket masuk ke sini berapa? adalah dalam YEN8,000 kalau tukar duit RM adalah dalam lebih kurang RM250.. tapi memang berbaloi...











.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)








.jpg)
.jpg)
