Entri Terakhir... (Part 1 dari Part 1000)

Setiap yang bermula pasti akan berakhir.. Mulai hari ini, 15 Jun 2009, setelah hampir 2 tahun menceburkan diri dalam dunia blog, dengan ini .. blog "Kasawari BEEP BEEP" ini akan direhatkan buat selama-lamanya.. inilah entri terakhir saya di Blog Kasawari ini..

Dengan berehatnya Blog Kasawari ini, saya ingin mengundur diri sebagai Msjbox Officials PR (Johor). Untuk Jun dan rakan-rakan msjbox semua, terima kasih kerana melibatkan diri dalam apa jua aktiviti Msjbox Selatan yang dianjurkan oleh Kasawari sebelum ini. Buat Sis Lin, teruskan perjuangan aktiviti-aktiviti Msjbox terutama di kawasan Selatan. Kasawari datang dengan cara baik, biarlah Kasawari berunduri dengan cara yang baik juga...

Untuk pengulas setia blog Kasawari, Terima kasih di atas sokongan anda selama ini yang tidak pernah jemu-jemu mengulas pada setiap entri Kasawari.

Maaf dari Kasawari jika ada kesalahan dan kesilapan samada kekasaran bahasa, keterlajuran kata dan juga gurauan yang tidak disengajakan.

Terima kasih segalanya.. kenangan bersama anda semua di sini tetap dalam ingatan saya..

Segala yang baik itu, datangnya dari Allah S.W.T, dan salah dan silap itu datangnya dari diri Kasawari yang serba kekurangan ini..

Ikhlas,
KASAWARI



Posted in Labels: | 28 comments Links to this post

Tidur ker Nyanyi ni..?


Wa ka ka.. entah macam mana tengok entri-entri yang lepas.. aku terlihat gambo ni.. ha ha.. suka aku tengok.. beriya-iya kami mendendangkan lagu AlasanMu exist.. ha ha.. nasib baik takder yang panjat memanjat.. Bro Ross.. bila lagi nak turun JB kita berduet sama-sama.. jangan lupa pakai t-shirt adidas dan topi Air Asia lagi ek.. ha ha.. Tengok cara aku pegang mic macam Amy Search jer kan.. he he..



Posted in Labels: | 9 comments Links to this post

Masih Ingat Lagi..


Tahun 1979 (Darjah 1)  sehingga 1984 (Darjah 6) inilah sekolah saya, saya mendapat pendidikan awal di sekolah ini.. iaitu Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (2) Kuala Lumpur, atau waktu itu dikenali sebagai Jalan Kuantan School (2) (JKS), begitu nostalgia sekali.. dan selepas 25 tahun saya meninggalkan sekolah ini, baru-baru ini saya berkesempatan meninjau keadaan di sini.. 


Bangunan utamanya sudah berubah.. memang berubah dari zaman persekolahan dulu... 

Masih ingat lagi.. sewaktu menunggu waktu masuk sekolah, kami selalunya bermain Police & Theive di sini.. di tepi tangga berhampiran dengan kantin sekolah.. 

Masih ingat lagi..  sebatang pokok saga besar di belakang kelas saya.. di situ dikatakan agak keras.. hingga saya terkencing di dalam seluar gara-gara takut ke tandas.

Masih ingat lagi..  padang sekolah yang berkongsi dengan Maktab Perguruan Seri Kota... cikgu-cikgu pelatih lelaki di situ.. kerek-kerek belaka.. ha ha.. tapi cikgu perempuan.. comel-comel tu..

Masih ingat lagi.. ketika itu, pulang ke rumah dengan sebiji pinggan hasil kemenangan rumah hijau  4 x 100 meter.

Masih ingat lagi.. waktu pendidikan jasmani.. kami bermain "Pukul berapa datok harimau"... bila dah pukul 12 tu.. berterabur lari dikejar datok harimau.. 

Masih ingat lagi.. selepas peperiksaan Penilaian (darjah 5).. kami selalu ke Tasik Titiwangsa dan bermain badminton di situ, bila nampak ikan di dalam tasik, kami menggunakan reket badminton untuk menangkap ikan.. hu hu.. 

Masih ingat lagi.. mak memberi duit belanja sekolah sebanyak 30 sen, cukup untuk kami makan dan minum di kantin sekolah.. 


Masih ingat lagi.. di sini ler.. saya bermain guli bersama rakan-rakan, guli putih dan sebiji lubang, siapa paling dekat dengan lubang dia punya giliran, kadang-kadang sampai ke tepi jalan guli tu di pakok.. hu hu.. bilis bilis.. ha ha.. 

Masih ingat lagi.. di sebelah sekolah ini, ada rumah bunglow besar (masih ada lagi) dan di situ ada lalang, kami mencari belalang dan bermain roket lalang (lalang itu dibelah dua kemudian ditarik di celah jari dan lalang akan naik tinggi ke atas).. siapa yang tinggi dia lah menang.. 

Masih ingat lagi.. di tepi pagar rumah bunglow tu.. banyak  spider First King yang besar-besar dan juga spider betina Mat Bond yang menunggu di celah-celah lapik daun.. bila dapat spider First King.. apa lagi.. lawan ler bertarung di atas kotak mancis.. kemudian bela spider di dalam kotak tic-tac.. bagi makan semut atau lalat dan air liur sebagai minumannya.. ha ha.. 

Masih ingat lagi.. berhampiran sekolah JKS, ada bulatan Pahang, di situ pernah sekali kami 3 beradik ponteng sekolah (waktu itu aku darjah 3, ngah darjah 4 dan long darjah 5) .. ha ha... duk ler kat tengah-tengah bulatan Pahang tu sambil di kejar belalang kunyit.. 

Terlalu banyak masih ingat lagi... tidak terkira... terima kasih kepada cikgu-cikgu kelas saya.. itu yang masih saya tak ingat namanya.. 

Darjah 1C 1979 - Pn Nayagam
Darjah 2A 1980- Cikgu Zaleha
Darjah 3B 1981 - Ms Kaur  
Darjah 4A 1982 - Mr Wong
Darjah 5A 1983 - Ms Liew (tahun ni la.. Kasawari dah mula support Man Utd.. hu hu)
Darjah 6A 1984 - lupa la... sebab bulan march dah pindah ke Johor.. hu hu.. 

Kepada rakan-rakan sekelas, Rizal Yusoff, Yazid, Mohd Akmal, Puteri Aslinda (lawa seh hu hu), Zaiton, Azizah,  Semiremedy Kenchana (ermm ni taiko ni), Azizan, Abd Razak, Megat Terawis, Syahril, dan lain lain lagi... semoga kalian berbahagia selalu.. ada masa kita main guli lagi kat sini.. hu hu.. 



Inilah lencana JKS 2.. Masih Ingat lagi, badge ni besi dan punyai pin.. bila pagi Isnin tu nak ke Sekolah kelam kabut ler nak pakai badge ni.. sampai tercocok dada.. adehhh.... sakit.. hu hu. 




Posted in Labels: | 13 comments Links to this post

Keletihan..

Selalu kalau letih dan penat.. balik kerja atau balik dari jalan-jalan, pasti landing di atas sofa.. terus tertidur.. dapat 15 minit terlelap pun jadi ler.. ermm Sheiro pun takder kawan ker tu... naik atas meja tengok laptop nak blogging ker tu.. 

Entri mandi manda dihapdet di blog AmmarAiman.. 




Pengembaraan Bermula... Part 2 (habis terus la)

Seawal jam 5:45 pagi, kami semua sudah bangkit dari tidur, bersiap untuk mandi.. aduhai.. sejuk gila air kat sini.. ni mesti dia orang pam dari sungai.. tapi orait gak.. mandi air gunung.. Pagi tu ada 2 kumpulan iaitu dari kumpulan kami dan juga dari kumpulan Sekolah Menengah St. Joseph JB. 


Sampai sahaja di Post Kawalan, kami di minta untuk mengisi borang "tagging" iaitu declaration barang-barang yang akan dibawa naik ke Gunung, ini untuk memastikan bahawa setiap barang yang di bawa naik akan di bawa turun, contohnya makanan yang dideclare perlu diperiksa sewaktu turun, ini untuk memastikan bahawa tiada bekas buangan yang ditinggalkan di atas, sekiranya kita pemeriksaan sewaktu turun nanti, tiada bekas makanan, deposit sampah akan ditolak.. kiranya macam denda la tu.. bagus jugak kan.. ini untuk memastikan displin para pendaki terhadap alam sekitar..



Sebelum pendakian bermula, seawal jam 6:30 pagi kami sudah mula melakukan warm up.. he he.. ini kiranya sesi memanas badan, ermmm sungguh nyaman udara pagi di kaki Gunung Ledang ni.. mana-mana otot tu yang keras tu perlu ler dilonggar-longgarkan.. he he.. 



Tengok tu.. kaki kena bengkok kiri, bengkok kanan.. semua harus dibuat secara sistematik.. dari hujung rambut ke hujung kaki.. cewaahhhh... tapi memang seronok ler sesi memanas badan ni.. kira ni latihan latih tubi yang terakhir sebelum pendakian bermula.. 



Ok, macam biasa.. sebelum pendakian bermula.. sesi bergambar pun sebagai kenang-kenangan.. ermm wajah-wajah yang penuh bersemangat tu.. entah mengapa.. pakaian hitam di pilih untuk sesi mendaki ni.. sewajarnya biarlah kita memakai pakaian yang cerah lagi terang.. tapi dia orang nak hitam.. hitam ler.. he he.. 



Ini pula, kumpulan kami.. Kumpulan 3.. dengan slogan.. "Apa Yang Penting??.. Kerjasama..!!" macam biasa.. yang paling tinggi dan macho tu ler ketua kumpulan.. ha ha.. 



Ini pula cabaran bermula.. bermula pendakian atau dengan kata lagi.. penaikkan atau pemanjatan bermula.. dari Kaki Gunung ke CP1 (Check Point 1) adalah laluan tangga.. ermm nampak mudah kan.. 



Cuba tengok anak tangga tu.. memang nampak senang jer.. tapi.. ermmm.. dia punya sesak dan semput.. memang la.. tak tahan nafas seh... pulak tu Guider yang bawak kita tu relaks jer naik.. tak berhenti dan selamba jer.. kat sini.. salah seorang pendaki kami tewas.. dan sudah berpatah balik.. belum pun sampai CP1.. tu le.. mungkin ketidakbiasaan bersenam membuat para pendaki yang akan tewas di tangga ni.. 



Patut ler.. CP1 ni dikenali sebagai Bukit Semput.. memang semput nak naik..  ini kiranya lokasi untuk memastikan para pendaki yang baru berpatah balik sebelum meneruskan pendakian.. tengok tu rakan-rakan semua bersemangat.. yang penting.. mesti ada bekalan 100 Plus atau air yang mencukupi.. 



Selepas Cp1 terus ke Cp2 iaitu Lagenda Trail.. dan laluan ini tidak ler mencabar dan sukar.. tetapi sebotol air 100 plus yang kecil tu.. sudah pasti akan kehabisan.. apa lagi sarapan pagi yang disediakan di kaki gunung berasal air teh susu.. emmmm.. memang saya tak minum pun.. ada kang perut memulas-mulas.. 



Kumpulan kami yang dipecahkan kepada 3 bahagian sudah mula berkumpul dan berbincang tentang strategi yang bakal kami tempuhi.. kami bersetuju bahawa pemecahan kumpulan perlu dikaji semula.. kerana masing-masing dah berselonggok dan juga berpecah kepada dua kumpulan.. nasib baik kami mempunyai alat walkie-talkie untuk berhubung sesama sendiri.. 



Laluan dari CP2 ke CP3 sudah mula dipenuhi dengan pokok-pokok hutan yang meninggi dan menawan.. cahaya matahari sukar menembusi dan keadaan di sini seperti waktu awal pagi lagi walaupun jamsudah mula menunjukkan jam 8 pagi.. 



Tiba di CP3 (Batu Orkid) dengan jayanya.. dikenali sebagai Batu Orkid kerana terdapat batu besar di lokasi ini.. kaki sudah mulai terasa kelenguhan.. namun perjuangan harus diteruskan.. dari 28 pendaki.. hanya seorang sahaja yang sudah berpatah balik.. maju dan terus maju.. he he.. 



Dari CP3 kami terus ke Cp5 dan tidak melalui Cp4 (Kolam Gajah).. namun seandainya kita hendak ke CP4 ada persimpangan di situ.. laluan ini mungkin dari Gunung Ledang Resort.. sebelum sampai ke Cp5, kami melalui lintasan anak sungai.. di sini selalunya pendaki akan berehat untuk melepaskan lelah.. 



Inilah anak sungai sebelum ke CP5, air 100 plus memang dah habis dan juga air masak.. jadi di sinilah pusat Top Up bekalan air percuma.. ermmm .. segar dan bermineral air sungai ni.. yang penting.. amik air tu di bahagian atas bukan di belah bawah selepas para pendaki merendamkan kaki.. he he.. memang seronok berendam kaki di sini.. apatah lagi kesengalan sudah dirasai.. 



Selepas melintas anak sungai, kita akan bertemu CP5 (Sg. Tiga Segi), di sini para pendaki perlu membuat keputusan.. samada boleh meneruskan pendakian atau berpatah balik.. pendaki dari kumpulan kami tinggal 25 orang setelah 2 orang lagi tidak sanggup untuk terus mendaki.. dan Guider akan turut mengiringi mereka untuk berpatah balik.. 

Laluan dari Cp5 ke Cp6 memang agak mencabar apabila halangan akar-akar kayu berselirat di kiri kanan.. namun akar-akar inilah yang memberi pertolongan untuk kita berpaut.. perut dan tekak sudah mula kehausan.. nasib baik saya ada membeli pisang dan juga buah lai.. ada lah boleh mengalas perut. Buah epal hijau sudah ku makan ketika di Cp2.. ermmm.. kalau tau bawak ler berbiji-biji buah lai.. kerana buah lai banyak air dan juga terasa masam-masam kelat.. he he.. 



Kami tiba di CP6 (Gua Kambing) dengan jayanya... ini lah kumpulan yang terakhir.. kami memutuskan untuk memberi laluan kepada mereka yang bersemangat.. dari kiri adalah ketua kumpulan 3, ketua kumpulan 1, tok guru kot.. he he dan juga ketua kumpulan 2, bermakna.. ahli-ahli kumpulan semua dah ke depan.. tinggal ketua-ketua yang terbelakang.. semangat harus diteruskan.. 


Dari Cp6 ke Cp7 laluan semakin mencabar.. adalah perlu memasuki gua.. ermmm di sini.. pendaki harus memikirkan size beg yang hendak dibawa, jangan melebihi paras kepala.. kerana laluan agak sempit..


Laluan semakin mencabar dan banyak batu besar yang curam harus didaki.. dan dinasihatkan untuk para pendaki baru, bawalah sarung tangan untuk mengelak tangan anda kepanasan berpaut pada tali yang disediakan.. 


Sebelum tiba di Cp7 kita akan melalui Taman Bonsai.. ermm memang cantik tempat ini.. dan suhu sudah mula terasa sejuk sekitar 19-20 darjah celcius.. ermmm memang nyaman dan menyegarkan.. apa lagi pemandangan yang indah.. dari sini kita boleh lihat puncak Gunung Ledang.. ermm sayup sayup di atas sana.. jika semangat tidak tinggi.. pasti kita akan terasa jauh sangat nak sampai ke puncak.. 


Ini pula rock climbing yang paling mencabar.. jika kita tidak melepasi laluan ini.. ada laluan lain yang disediakan.. tetapi agak jauh sedikit.. di sini jika dilihat.. kami tiba lebih kurang jam 12:22 tengahari.. bermakna sudah hampir 5 jam pendakian dari kaki Gunung.. 


Inilah cabaran pendaki.. pasti akan diserang kekejangan otot.. adeh.. memang sakit untuk menahan sakit.. Sila pastikan anda membawa minyak cap kapak.. serius saya katakan.. minyak cap kapak ler memang mujarab.. tak perlu minyak kuda atau minyak entah apa2.. 



Ini adalah check point yang terakhir iaitu CP7 atau dikenali sebagai Bukit Botak.. selepas Cp7 ialah Cp8 iaitu Puncak Gunung Ledang..  tengok semua pendaki tu.. tersenyum lebar kerana sudah menghampiri ke puncak.. boleh ler kita menari tarian menuju puncak di sini.. he he he..



Rasanya inilah Cp7 dikenali sebagai Bukit Botak.. ada pula laluan yang kering kontang.. di sini sudah bermula tiada pohon-pohon dan mentari sudah mula meninggi.. namun usah risau.. di atas ini.. awan dan kabus tebal melindungi kita dari pans mentari..


Makin hendak tiba di puncak.. makin ada lagi laluan getir.. ingatkan kami dah menghampiri.. namun perlu melalui lagi pendakian yang mencabar.. nasib baik laluan ini ada kemudahan tali dan tangga.. kalau tak.. tak tau ler macam mana nak naik atas.. kiranya inilah laluan terakhir sebelum sampai ke puncak.. 


Akhirnya.. lebih kurang jam 1:30 tengahari.. kami tiba di Puncak Gunung Ledang.. perghhhhhh.. memang terasa diri ni kepuasaan yang amat sangat.. puas sungguh... seramai 25 pendaki dari 28 orang dari kumpulan kami selamat sampai di puncak Gunung Ledang.. 



Inilah pemandangan dari atas Puncak Gunung Ledang.. kelihatan Menara Telekom di sini.. di puncak ini tidak ler besar mana.. adalah lebih kurang size gelanggang badminton.... ermm agaknya kot.. di sini sesi bergambar pun bermula.. 


Anak siapa lar ni.. dah naik puncak.. mula lah menunjukkan aksi yang bukan-bukan.. ini macam nak terbang bagai superman jer.. ha ha.. jangan marah ler.. dah excited sangat.. nak memuncakkan diri tu..  he he..  Kami berehat di sini adalah dalam 1 jam.. tepat jam 1:45 kami mula melangkah untuk menuruni Puncak Gunung Ledang.. 


Jika diikutkan secara teori.. menuruni adalah lebih senang dari menaiki.. namun anda silap.. pada saya lah.. menurun adalah lebih sukar dari segi kekuatan kaki.. apa lagi bagi mereka yang dah mula mempunyai lutut-lutut yang longgar-longgar.. segala kekuatan tertumpu kepada pergelangan kaki dan juga lutut.. memang seksa lagi menyeksa kan waktu menuruni.. apatah lagi bila sampai di Cp4.. lalaun menuruni tidak sama dengan laluan mendaki.. walaupun agak cepat.. tetapi kesakitan di kaki perlu ditahan..

Sampai sahaja di Cp2.. saya kaki kiri saya sudah mula kesakitan yang amat sangat.. namun berkat semangat untuk tiba di kaki gunung.. perlu lah kita meneruskan perjalanan.. apatah lagi bila tiba di Cp1 dan mula menuruni anak tangga.. kaki memang sakit sangat-sangat.. satu anak tangga ke satu anak tangga dengan perlahan-lahan. Kesabaran dan kecekalan memang tahap yang maksima.. 

Akhirnya saya selamat sampai di Kaki Gunung tepat jam 6:15 petang.. Alhamdulillah.. terus cari air 100 plus dan minum sebanyak 2 tin. Kami perlu menjalani pemeriksaan tagging.. petugas Taman Negara begitu teliti memeriksa barang-barang kami.. ini memastikan sampah sarap juga dibawa turun sekali.. 

Selepas pemeriksaan... kami berjalan pulang ke Pondok dengan terjengket jengket.. aduhai.. memang seksa dan menyeksa kan.. sampai di dalam Pondok.. terus sahaja membaringkan diri.. aduhai.. lega sekali.. 

Selepas mandi dan bersiap-siap berkemas.. kami mula berangkat untuk pulang.. kumpulan yang terakhir tiba turun di kaki gunung pada jam 7:30 malam.. Alhamdulillah.. semua kumpulan kami selemat.. 

Kami bertolak dari Taman Negara Gunung Ledang pada jam 8:30 malam.. aduhai.. dalam bas.. memang tak dapat nak membengkokkan kaki.. sakit dan amat sakit serta sengal sengal.. takperla.. kepuasaan tetap ada.. kami membawa semangat pendakian yang mencabar.. dan pastinya kepuasaan yang tidak terhingga... 

Sila Klik di sini untuk gambar-gambar lain.. (kredit untuk rexy dan juga yati)



Pengembaraan Bermula... Part 1

Pagi bertolak dari rumah seawal jam 7:30 pagi selepas menghantar anak-anak pulang, cuaca kiranya nampak cerah dan laluan ke tempat kerja saya tidak sibuk seperti hari-hari bekerja. Sampai sahaja di tempat kerja, masih lagi para peserta tidak sepenuhnya menunggu, lantas saya ke kantin untuk mengalas perut supaya tidak kelaparan sewaktu dalam perjalanan.



Sebelum bertolak, ketua kumpulan, Fairul memberi taklimat ringkas dan menyerahkan goodies berupa sebuah bekas air hiking dan juga beg, wah ok ler kan.. bekas air tu nampak macam cun jer. Persiapan untuk bertolak sudah selesai, banyak kotak-kotak air mineral juga disediakan.


Macam biasa.. sebelum bertolak.. wajib amik gambar.. ermmm.. logo yang kat belakang tu sila abaikan ya.. he he.. tak perlu lah tanya saya ni kerja di mana.. he he.. ermm semua wajah berseri-seri tu amik gambar..Macam biasa. suka bergambar di tepi-tepi kerana ketinggian yang amat tinggi.. nampak tak apa yang saya pegang tu.. botol air tu.. he he



Inilah bas kami, lama sudah saya tidak menaiki bas.. he he.. seronok gak rombongan macam ni. Jumlah pendaki ialah 28 orang.. tempat duduk bas ada 40, jadi apa lagi.. duduk ler sorang melayan perasaan yang hiba.. cewaahhh..



Dalam perjalanan awalnya cuaca cerah, namun tiba di Sedenak, hujan turun dengan lebatnya.. risau gak.. jika hari hujan.. pasti pendakian semakin mencabar. Setiba di Air Hitam, hujan semakin reda.

Ikutkan, kami akan "check-in" di Taman Lagenda, Taman Negara Gunung Ledang pada jam 2:00 petang, oleh yang demikian, kami membuat keputusan untuk terus bertolak ke Melaka. Sampai di Tol Air Keruh, kelihatan deretan kereta yang bertali arus, baru ku sedar.. bahwa sekarang ini ialah cuti sekolah, patut pun ramai orang.



Jadi kami membuat keputusan, ke Jusco Melaka dan makan di situ, sambil saya mencari apakah keperluan di saat-saat akhir yang boleh saya bawa sewaktu mendaki, saya membeli sebiji buah epal hijau dan juga sebiji buah lai. Tidak lupa, saya membeli juga seikat pisang montel.. he he.. mana tau lapar2 atas gunung boleh makan kan.



Kami menerusan perjalanan berpatah semula ke exit Tangkak dan terus ke Pintu B Taman Negara Gunung Ledang, perlu diingat untuk ke Gunung Ledang resort ialah pintu A, oleh itu jangan tersilap ya... Taman Negara Gunung Ledang ni kira baru juga dibuka, laluan ke Taman Negara ni melalui kebun kelapa sawit dengan jalan tanah merah. Ermmm bergoyang-goyang le kami di dalam Bas. Menghampiri pintu masuk Taman Negara, kiri kanan beberapa pohon durian yang lebat berbuah.. aduhai.. macam nak petik jer dari tingkap bas...



Setibanya di Taman Negara, apa lagi, sesi bergambar ler dulu.. agak sunyi tempat ni dan cantik dan menarik, lanskapnya dipelihara begitu sempurna, ada taman orkid liar di situ juga.



Bangunan utama Taman Negara cantik sekali dengan struktur kayu yang amat menarik. Kehijauan membuat diri saya tenang.. tenang setenangnya dari segala permasalah kerja.. cewaaahhh.. Ada meja ping pong di situ, dan juga kaunter pendaftaran untuk pendaki yang ingin mendaki.



Kami di bawa naik ke dewan utama untuk diberi taklimat ringkas tentang Taman Negara Gunung Ledang dan juga beberapa tips dan nasihat serta panduan untuk mendaki Gunung Ledang pada keesokkan harinya. Kebetulan kumpulan dari murid-murid Sekolah Menengah St Joseph JB pun ada.. so meriah ler dengan telatah pelajar-pelajar ni. Taklimat ringkas tapi padat, beberapa petua dan informasi diberikan iaitu Gunung Ledang adalah Gunung yang ke 6 sukar didaki di Malaysia, dan juga petua-petua untuk menjaga keceluparan mulut ketika mendaki. Ermmm... memang diakui, Gunung Ledang berpenghuni.. namun tidak digalakkan sesekali kita bergurau senda atau cabar mencabar tentang kewujudan penghuni di situ.



Inilah laluan yang kami akan lalui untuk pendakian ke puncak Gunung Ledang, dari Pejabat Taman, Taman Hutan Lagenda, kami akan melalui Tangga Mahligai untuk menuju ke CP1 (Bukit Semput), dan terus ke CP2 dan menuju ke CP3 (Batu Okid), CP4 (Kolam Gajah), CP6 (Gua Kambing), Taman Bonsai, CP7 (Bukit Botak) dan hingga ke CP8 (Puncak Gunung Ledang).


Selepas taklimat, kami menjamu selera di Kafeteria berdekatan, sedia maklum pakej kami semua termasuk makan minum di sediakan termasuk ler penginapan di Pondok Taman Hutan Lagenda.


Selepas kekenyangan makan, mana tidak... tadi makan di Jusco, ni pulak makan lagi... ermm larat ker nak naik esok nanti.. he he.. , Kami terus menuju untuk Check-In di Pondok (hut), laluan ke Pondok amat menarik sekali melalui jambatan yang merentasi anak sungai dari air terjun yang berhampiran. Tengok ler tu. punya lah banyak barang-barang yang di bawa.



Inilah pondok yang kami menginap, nampak macam lawa.. dalam pun lawa.. kira ok ler kalau hendak bermalam sekadar melepaskan penat perjalanan sebelum pagi-pagi esok mendaki. Kemudahan semua ada di sini, tandas dan bilik air pun bersih.. memang sesuai untuk aktiviti beriadah di sini.. Betul-betul depan pondok kami ada aliran anak sungai.. ermm tenang, aman dan damai.. (Retna.. ko boleh datang sini sesuai jika ko dalam kegersangan.. ha ha)



Lihatlah mereka kegembiraan merendam kaki sambil melayani free fish spa di situ.. seronoknya. tenang, aman dan damai.. Sambil bunyi-bunyian hutan kedengaran..



Sesekali bila kesunyian.. kedengaran aliran kecil air terjun cukup mendamaikan.. aduhai.. terasa pula hendak bertapa di atas batu tu.. he he.. damai sungguh mendamaikan..



Selepas sesi berendam dan menyepa ikan.. kami membuat sesi perbincangan ringkas untuk membahagikan kumpulan kami kepada 3 kumpulan, saya dilantik menjadi ketua kumpulan 3 seramai 9 pendaki... cewaahhh lum daki lagi tu.. Dan setiap kumpulan akan dikawal selia oleh guider yang telah dilantik oleh Taman Negara... wah bersemangat kita orang semua.. dan apa lagi.. saya terus memberi slogan untuk kumpulan kami.. ha ha.. "Apa yang Penting???.. kerjasama..!!" he he.. memang bersemangat sungguh..



Selepas solat Maghrib (kemudahan surau disediakan), apa lagi sesi makan pun menjelang.. ha ha.. ermm nampak gaya latih tubi sebelum ini telah diabaikan kerana makan dan makan di sini.. jangan sakit perut esok daki gunung sudah ler..

Selepas makan.. kami dibenarkan untuk aktiviti bebas.. Ada yang bermain ping pong, ada yang menonton perlawanan akhir Piala FA Chelsea vs Everton (tidak menarik minat ku.. he he).. dan ada yang berbual2 kosong... Oleh kerana kepenatan dan dinasihatkan untuk tidur awal.. kebanyakkan dari kami tidur awal kerana keesokkan harinya kami perlu bangun pada jam 5:30 pagi...

Klik di sini untuk gambar-gambar yang selanjutnya (kredit untuk jurugambar kami.. Rexy)