"MAN In Black"


Hu hu.. jangan terkejut ek.. ini "MAN in Black" bukan Men In Black tau.. .. siapa kenal nama sebenar Kasawari, faham ler dia.. aku dah letak profile picture ni kat Facebook aku hu hu.. nampak macam agent J tak? (bukan Uncle J tau.. huhu)..

Sekarang ni layan Facebook best gak.. sebab boleh kenal balik kawan-kawan lama waktu di sekolah dan kolej dulu dan juga bekas rakan sekerja, dan yang paling best.. boleh ketemu sahabat blogger yang sudah menyepi.. rindu gila dengan dia.. hu hu.. siapa tu.. ??

Kasawari :
Syhhhhh... jangan bagitau Ammar, pistol air dia dah kena cat warna silver untuk dimachokan dengan baju hitam tu..





Semangat tu..

Baik-baik.. kang tersepit kat celah palang tu.. hu hu.. wah sudah latih-tubi ni.. ermmm bersemangat ni.. agak-agak untuk apa pulak kali ni melatih tubi.. ?


Kasawari: Hari ni sejuk memanjang.. hujan renyai-renyai jer, sesetengah tempat dengar-dengar banjir ya.. semoga banjir cepat surut.. banyak-banyak bersabar..




Car City Show - Indahpura Kulai

Seperti biasa.. hari minggu selepas Maghrib, pasti melekat di tv, malam ni ada perlumbaan F1 di ESPN, dalam masa yang sama, ada pulak perlumbaan Motogp di StarSport.. sambil menonton sambil tengok live timing di laptop.. tu ler.. memang dah minat motosport katakan.

Habis perlumbaan F1, rasa macam nak pekena coklat shake plak.. huhu.. yelah pantang teringat kan coklat shake mekdi ni.. he he.. so keluar la gi drive thru ke Indahpura tu.. adehhh ada plak pertunjukkan audio car.. hu hu.. apa lagi kita gi ler tengok.. selalu benda ni, ada pada hari Ahad malam.. kadang-kadang ada kadang-kadang takder.. he he.. ramai gak orang.. so bersedia la dengan dentuman bunyi-bunyian yang menggegarkan jantung..


Dalam banyak-banyak kereta, aku berminat dengan sebijik kereta ni.. perghhh Honda Stream tu.. dia bikin melampau tu.. ha ha.. habis semua LCD dia bubuh dalam kereta.. korang tengok ler sendiri.. aku dah kira ada 7 bijik LCD termasuk sebijik LCD bersize 32 inci dia letak kat belakang.. adehhhh.. memang minat gila tuan punya kereta ni..

Ni gambar depan Stream dia tu.. tengok front wing dia tu.. perghh macam autobot.. ha ha


Ni tempat duduk belakang.. utk apa .. ? entah.. nak tengok LCD 32 inci tu kot.. baring pun orait sambil tonton LCD tu..


Ni ler LCD paling besar.. perghhhh.. dasyat tu.. dah macam kat rumah..


Ada sebijik LCD kat depan dashborad tu.. aku tak tau kaler pink ker kaler apa dashboard ni..



Kat pintu pun ada LCD kiri kanan.. perghhh..



ada lagi 2 bijik kat belakang seat tu.


kan.. macam autobot transformer sket.. huhu



ni speaker2 berdentam dentum .. kalau dah minat macam2 dia org leh pasang kan.. nak balik kg hari raya.. mana nak letak beg ek.. he he


Tengah syok2 tengok Stream ni.. datang sebijik kancil parking sebelah Stream ni.. tengok macam biasa jer kancil ni.. tapi bila dia bukak belakang.. perghhh.. boleh tahan tu..

Body kancil ni biasa jer.. tapi sound system dia.. perghhh.. bedentam dentum gak..


Ni pulak kenari.. dah macam rimau kan... bunyi boleh tahan tu..


Kancil ni cute kaler pink.. memang cute..


Proton Wira ni pun boleh tahan...


Eh ni ke tuan punya Stream sambil pegang coklat shake.. ha ha..



Kat hujung pulak. ada pertunjukkan "bunga api" dari ekzoz kereta.. dashyat ler dia org ni.. berapi-api keluar.. kalau tau.. bawak lemang.. leh bakar kat situ.. membazir gas jer.. ha ha..


Kasawari: Kalau dah minat pada sesuatu, macam-macam kan diaorang boleh buat..



Hari ini adalah milikmu..


"Jangan lupa, hendaklah anda mengukir sebuah tulisan dalam hati anda atau di meja tempat anda bekerja " Hari ini adalah milikmu" Yakni; apabila hari ini anda dapat memakan nasi yang harum baunya, maka apakah anda masih berfikir tentang nasi basi yang anda telah makan kelmarin, yang akan membahayakan kesihatan anda? Mungkin anda masih berfikir tentang nasi yang anda makan esok hari, padahal nasi tersebut masih ada dalam angan-angan.

Apabila pada hari ini anda dapat minum air dingin yang menyegarkan, maka mengapa anda harus BERSEDIH atas air masin yang anda minum kelmarin, atau menginginkan air esok yang masin dan panas?

Seandainya anda percaya anda sendiri dan mampu mengerjakan sesuatu dengan semangat dan tekad yang kuat anda akan dapat menundukkan diri anda untuk berpegang pada prinsip "masa hidupku hanyalah hari ini". Prinsip ini yang akan menyibukkan diri anda setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan, sekaligus berusaha meningkatkan mutu kerja dan membersihkan amal perbuatan anda"


PETIKAN DARI;

LA TAHZAN
(DON'T BE SAD)
(JANGAN BERSEDIH)

Kasawari:
  • Buku ini saya miliki pada Ramadhan 1427 (2006), saya belum lagi menghabis pembacaan buku ini, dan pastinya berusaha untuk meneruskan pembacaan buku yang bermanfaat ini.
  • Hari Jumaat datang lagi.. Jangan Bersedih...




Mengeteh sambil Mengwifi.. he he..

Hujung minggu lepas dah lama tak mengeteh berdua dengan anak bujang Kasawari ni.. macam biasa kalau hari Jumaat, mereka tidur di rumah saya, bila hari dah larut malam hu hu .. rasa kelaparan pulak.. si Ammar pulak dah tidur.. jadi ajak ler anak bujang Kasawari ni mengeteh.. memang pantang di ajak.. mesti nak ikut.. macam biasa port kami di kedai mamak.. port belah luar ngadap dengan projektor tu.. he he.. nasib baik musim EPL lum start.. kalau tak tak dapat ler port kelas pertama ni.. he he


"Teh tarik satu!! Roti telur satu! Maggie satu! Limau suam satu!! " cewah.. order sampai satu taman boleh dengar.. he he.. sedapnya teh tarik Aiman tu.. ermmmm udara pun sepoi-sepoi jer. Alih-alih terperasan satu notis di situ "Wifi disediakan percuma" .. wah. tak moh mengalah restoran mamak ni.. dah ada wifi.. apa lagi. cuba ler test line wifi guna PSP.. memang line wifi power tu.. he he.. online jab ler kat msjbox..


Hu hu.. dapat ler online sat guna PSP.. tengok tu.. teh tarik Aiman dah tinggal separuh dah.. he he.. ermm memang sekarang banyak Restoran Mamak dah ada wifi free.. tapi area-area ni .. ini lah yang pertama kot.. ramai ler orang bawak laptop pasni berfacebook di situ.. he he..




Posted in Labels: | 8 comments Links to this post

Sekilas Fakta (sumber dari email)



Tengah bosan-bosan dan ngantok kat opis.. tiba-tiba dapat satu email dari seseorang yang glamer di alam blog ni (pernah masuk tv tu.. ) .. hu hu.. sampai nak pecah perut gelak.. yang tak tahan tu pasal kuih tat tu.. patut ler ramai yang makan sampai tujuh jer.. wa ka ka.. hishhh.. tak elok betul ler entri ni.. nak publis ke tidak ni.. don't try this at home ya.. hu hu..


1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. “Laksa kedah” pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita “laksa mana ni?”

5. Barbeque adalah makanan yang enak.Namun begitu ‘babi queue’ haram dimakan oleh orang Islam.

6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap ‘c*b*i’ kat depan orang tua-tua.

7. Membuat tauhu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tauhu sumbat dalam mulut.

8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.

10. Allahyarham P.Ramlee tak pernahdapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada..

11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok.





Siapa kata Kasawari tak minat Purple?


He he.. dah tak der idea plak nak buat entri.. saje-saje nak buat entri ni.. ari tu terpakai baju Melayu kaler purple dan kain pelikat warna purple.. sodondon gitu.. ha ha.. teringat blogger yang fanatik purple .. siapa ler dia ek..?? he he.. kain pelikat pun kain pelikat ler.. janji nampak macam bapak pengantin sedang masukkan " duit sumbang" penuh dalam poket baju Melayu.. ha ha..




Posted in Labels: | 11 comments Links to this post

LIVE Malaysia XI vs Manchester United [REMATCH]


Result:


Man Utd: 2 (Macheda 11' , Owen 13')
Malaysia: 0


Click HERE (dah tamat da....)






Transformer lagi..

Hari Sabtu kami ke Jusco Tebrau City, dengan tujuan utama untuk menonton Transformer 2, ini kali kedua saya menonton filem ini di panggung wayang, kali ni bawa bersama anak-anak pula, aduhai.. jatuh cinta pulak dengan filem Transformer ni, apatah lagi dengan lagu New Devide dari Linkin' Park dan juga 21 Guns dari Green day.. sangat best lagu ni.. Walaupun sekarang ni panggung wayang sibuk demam Harry Porter, tapi agak susah jugak nak dapatkan tiket Transformer ni, penuh jer wayang.. ikutkan nak menonton jam 3 petang, tapi tiket dah habis, jadi terpaksa la tunggu 3 jam.. (sila klik di sini untuk entri di blog Ammar&Aiman)

Sementara menunggu jam 6 petang, sempat kami jalan-jalan ke kedai Toys R Us, sangat suka melihat gambar ini sewaktu Ammar memegang "bumi" he he..

tu ada peta Malaysia tu.." jauh jauh jauh dan sangat jauh kan.." huhu



Hari Jumaat



Alhamdulillah..


Hari Jumaat datang lagi..
Hari Jumaat penghulu segala hari...
Hari Jumaat penentu segalanya...







Tahniah!! Dr. Sarah Shukor


Sebenarnya entri ini sudah lama ingin saya pamerkan di sini, oleh kerana "penutupan" blog Kasawari, tertangguh ler entri ini, saya mula mengenali Dr. Sarah Shukor sewaktu saya berkunjung ke rumah UncleJ dua tahun yang lepas (klik di sini untuk entri tersebut), di situ ler UncleJ memperkenalkan blog Sarah Shukor (a.k.a KS), saya tidak berapa ingat, berapa kali Dr. Sarah menukar url blognya. Blognya memang kemas dan setiap entri yang dibuat olehnya begitu teliti dengan gaya bahasa tersendiri walaupun beliau jauh di Moscow tetapi tidak pernah lupa dengan Bahasa Ibunda, banyak penulisannya begitu mengasyikkan saya beserta gambar-gambar yang menarik dikongsikan di situ.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Dr. Sarah Shukor di atas kejayaan beliau menamatkan pengajian di Moscow Medical Academy selama enam tahun, satu tempoh yang agak lama di bumi Russia, dan sekarang ini Dr Sarah sudah kembali ke Malaysia, semoga Dr. Sarah akan berkhidmat sebagai doktor yang berdedikasi, terima kasih kerana banyak berkongsi pengalaman sebagai penuntut sewaktu pengajian di Moscow.

Sebagai sahabat dan teman blogger saya ingin berkongsi kejayaan beliau di sini...


Gambar : Kredit untuk http://sarahshukor.com/

Kasawari: Sky dah tamat pengajian ker di Ireland tu.. ? tahniah juga buat Dr. Sky




Saya dah mula rindu.. saya dah mula jatuh cinta...


Saya dah mula rindu.. saya dah mula jatuh cinta... bukan dengan seseorang.. tapi dengan sesuatu tempat .. dengan Gunung Ledang! opppss bukan Puteri Gunung Ledang ya... Pendakian pertama di Gunung Ledang banyak memberi seribu kenangan pada saya.. saya ingin mencari ketenangan di sana lagi..

Perancangan saya, saya ingin mendaki semula ke Gunung Ledang pada 1hb August ni (hari Sabtu).. siapa yang nak ikut.. boleh inform saya.. jika takder yang nak ikut.. saya akan joint mana-mana group pendakian yang mendaki pada tarikh tersebut..

Tiada peralatan yang khusus, cuma persiapan yang tertentu;

1) Pastikan jogging atau bersenam setiap hari (2 minggu) sebelum mendaki
2) Pastikan kasut yang sesuai (paling sesuai kasut orang potong getah - harga dalam RM8 je)
3) Pastikan bawa air 100 plus 1.5 liter sebanyak 2 botol dan juga coklat 2 atau 3 bar dan 2 atau 3 biji epal atau buah lai.
4) Pastikan bawa lampu suluh jika berlaku kecemasan sehingga di waktu malam
5) Pastikan bawa rain coat jika hujan

( sila klik di sini dan di sini untuk entri Pendakian Gunung Ledang yang lepas).

Kasawari: Entri ini autolink di Facebook saya, kawan-kawan ex-utm atau ex-MEM.. ada berani joint ker?





Restoran Anisofea Asam Pedas Asli Johor

Semalam kan tak kerja.. lepas jer antar anak2 balik.. mula-mula ingat nak cari lauk untuk dimasak.. tapi kesihankan Linda yang berpuasa (cewaahhh).. ajak ler dia makan luar.. so kita nak makan mana ya.. tiba-tiba, teringat kan pulak Restoran Anisofea Asam Pedas Asli Johor.. ermmm apa lagi mula lah selera datang apa lagi orang yang berpuasa tu.. sebenarnya ini kali kedua kami ke sini.. he he.. dalam diam-diam kami pernah menyambut ulang tahun ke2 perkahwinan kami di sini pada 30hb Jun yang lepas.. ha ha.. sambut ulang tahun kawin makan asam pedas.. hu hu hu.. kasi badan panas sikit masa tu.. ha ha.. Oleh kerna blog waktu tu ditutup (ngada-ngada tutup waktu tu).. so entri Restoran ni ketinggalan ler..


Restoran ni terletak di Taman Austin Boulevard (susah nak sebut).. tapi ianya bersebelahan dengan Hospital Sultan Ismail, JB. dekat-dekat dengan Jusco Tebrau City tu.. bukannya Kasawari dapat komisyen publish kan entri ni.. tapi rasa Asam Pedas ni memang kaw-kaw.. ni Asam Pedas asli Johor tau.. jangan keliru dengan asam pedas Melaka..


Harga memang ler agak mahal sikit.. tapi tak ler mahal sangat.. semua asam pedas digunakan ikan merah.. takder ikan-ikan lain selain dari merah.. pilihan ialah kepala, isi dan ekor.. Waktu sambut aniversari ari tu, kami order kepala.. he he.. tapi semalam kami amik isi pulak.. pasni nak amik ekor.. jadiler seekor ikan di dalam perut kami .. he he


Susunan kerusi meja kemas dan teratur dan bersih.. kira 5S amat di jaga.. pelayan-pelayan pun comel lote.. mungkin anak dara tokey restoran ni.. he he.. (jangan marah Linda)..


Tengok ler kepoweran asam pedas ni.. ni kira kamera handset lagi.. kalau guna kamera DLSR CM kita.. mesti ikan2 tu akan hidup tu.. ha ha...


Kami order asam pedas (isi), sayur taugeh, dan juga telur dadar, campur nasi 3 pinggan (2 pinggan Kasawari, 1 pinggan Linda.. siapa yang puasa ni ?? ha ha ha).. dan juga air limau suam dua gelas.. bayaran? ermmm.. dalam RM28 jer.. berbaloi baloi tu.. So apa lagi.. cuba lah.. tinggalkan ayam penyet tu.. so mari kita ke Restoran Anisofea Asam Pedas Asli Johor.. cewahhhh.. jangan lupa sebut nama Kasawari ek.. hu hu..




Anak beranak semput..

Hari ini hari cuti, bukan ler public holiday, tapi perlu membawa Ammar (adik) ker Klinik, dia semput lagi dari malam tadi.. , dan batuk-batuk. ermm.. kesian pulak dia.. bawak ler gi klinik.. macam biasa kena amik gas ler..

Ermm adik sedang amik gas.. tapi kali ni adik kata kenapa lambat sangat dan tak berasap-asap.. eh kenapa pulak eh.. rosak ker benda ni..


Kasawari cuba ler gak nak rasa kat hidung.. tak rasa apa-apa pun.. ermm rupanya benda tu tersumbat.. hampeh.. patutler adik kata tak rasa gas.. kemudian doktor tu cucuk-cucuk dengan jarum.. baru ler ok.. ermmm..




Sedang Buat Apa Tu.. ?


Lokasi: Water World A' Famosa Melaka.




Dulu lagi dah ingatkan .. korang tak nak beli..

Sana sini orang pakai surgical mask.. ni gara-gara virus selsema babi la ni.. ermmm... ingat tak entri Kasawari tentang Item 777 tu.. (klik di sini) ? Entri tu dipublish pada April 2009, korang degil.. sorang pun tak nak order.. rasanya tu ler pakaian yang selamat tidak dijangkiti virus ni.. kang sekarang baru ler masing-masing nak order.. he he.. stock ada lagi tu.. tapi harga dah naik sikit



Item 777
Size : Free Size, Can fit S & M / L / XL / XXL / XXXL
Material : Unknown
Colour : White Only
Normal Price : RM 25 (April 2009)
My Price : RM 224.90 (Offer)



Tujuh ratus tujuh puluh tujuh ribu, tujuh ratus tujuh puluh tujuh


Ha Ha ha.. Kasawari dikehendaki dengan nilai syiling emas sebanyak Tujuh ratus tujuh puluh tujuh ribu, tujuh ratus tujuh puluh tujuh dollar.. he he.. Tawaran ini diberikan oleh Dir dalam blognya (klik di sini) atas sebab Kasawari telah melanggar pantang.. hu hu.. he he.. gelak tengok gambar Kasawari dibuat sebegitu rupa.. ha ha..



Kasawari Kembali!


Maaf diminta kepada rakan-rakan blogger semua, bukan niat untuk mempermainkan atau mencari publisiti murahan sewaktu pengunduran diri Kasawari sebelum ini, namun saya tidak dapat menafikan.. blog adalah salah satu dari jalinan persahabatan yang betul-betul menemui kita sahabat yang ikhlas dan sejati.

Memang benar.. niat untuk berundur diri sudah diputuskan, namun naluri hati sebagai blogger tidak dapat dielakkan.. saya cuba ber "buku wajah" namun saya tidak dapat lari dari rakan-rakan blogger yang begitu rapat dengan saya.. mana mungkin mereka semua ini saya lupakan.. saya pernah menulis dalam entri sebelum ini.. ada ketika saya merasakan rakan-rakan blogger lebih mesra dari adik beradik saya sendiri..

Apa pun di sini saya dengan terharunya mengucapkan terima kasih dan jutaan kemaafan kepada rakan-rakan yang bersusah payah membuat entri khas sewaktu pengunduran Kasawari..

SIS LIN - "KASAWARI Yg Ku Kenali"
KAK E - "Apakah Sebabnya"
ARYANA - entri indirectly tentang pengunduran Kasawari (namun blognya sudah di removed)

dan juga kepada rakan-rakan lain yang memberi sokongan dan ucapan di MSJBOX saya dan juga ulasan-ulasan di "Entri Terakhir" saya.. maaf dan terima kasih semua..



Saya akan "BANGKIT" semula dengan semangat yang baru dan wajah yang baru.. BEEP BEEP. Klik di sini untuk kisah penampilan baru Kasawari

KASAWARI: Saya terharu dengan semangat yang diberikan oleh seseorang untuk saya "bangkit" semula.. terima kasih kepadanya..