Selamat Hari Lahir untuk Isteri Tersayang



Ya Allah…
Sekiranya isteriku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya isteriku ini adalah isteri yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya isteri ku ini adalah bidadari untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya isteri ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya isteri ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya isteri ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya isteri ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya isteri ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai suami
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku suami yang disenangi isteri
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi Suami Mithali
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi suami yang dirahmati
Suami yang dikasihi
Suami yang Mithali
Suami yang sentiasa disayangi
Amin, Ya Rabbi Allamin…….



Dari kerana Port Dickson..



Lama tak hapdet blog ni, dan dah lama tak tepek gambor sendiri kat blog ni.. ha ha... mana tau Si Retna tak dapat tidur bila lama tak tengok gambor Kasawari.. wa ka ka !! Tak tau dan tak ada idea nak hapdet apa.. cuma bulan puasa tahun ni agak kurang sikit on9 dirumah. Oh ya, gambor atas tu waktu gi Port Dickson seminggu sebelum puasa hari tu.. ingatkan nak jumpa "cikgu gangster" di alam maya. he he.. tapi tak kesempatan, dan tak sempat juga nak call Mama kita tu di sana. Bila jejak jer PD ni.. pasti teringat kenangan Family Day Msjbox 2008... tu ler pertama kali saya bertemu geng2 Msjbox di Telok Kemang.. kenangan indah tu.. pertama kali saya bersua dan berjumpa Shai, Jun, Carneyz, Sheda, Retna, Bro Ross, Mika Hakinen (uikkss salah ar.. Mika yang dah menghilang) Sis Honey, Pu3 & kawan (cute tu.. he he) , Kak E & family, Mama & family, Dayah, Nurul, Geng Khemah sebelah aku tu saper la namanya dua orang tu, Kak Norz (dah jumpa sebelum tu) , Bro Deri dan anak2. Seronok lah.. meriah sangat2 time tu.. terasa nak kembalikan kenangan di Telok Kemang ketika itu... Yelah kan.. persahabatan di blog ni lain sikit.. kita kenal dulu di blog baru bersua kan..

Ada jugak geng blogger sewaktu saya buka lagi menjadi ahli Msjbox.. tetap pernah saya bersua muka.. iaitu yang blogger yang pertama saya berjumpa ialah Arsaili.. dia lah blogger yang jauh di Australia .jumpa di Senai Airport tahun 2007, pastu saper ek.. oh ya pastu Bro Rick di Melaka, dan UncleJ di rumahnya di Bangi, serta Bro Kassim Selamat di rumahnya di Semenyih, lantas bertemu dengan Fifi & Madam Zend sekeluarga di rumah terbukanya di Putrajaya.. di situ saya berjumpa dengan Kak Linn sekeluarga (ni ler blogger paling awal kamcing baik punya ni. hehe) dan juga Tn Jonos kita (seorang kartunis).

Kemudian saya bertemu dgn Jeff Rockers di Hospital PUJ, dan selepas itu berjumpa dengan Kak Norz (Novelis dan Chef) dan juga Budin/DivaHantu/BD (Penerbit). Selepas itu barulah saya turut serta dengan Program Msjbox di Telok Kemang itu. Bila dah sertai Msjbox ni.. banyak pulak program yang dijalankan terutama event managernya yang aktif ketika itu.. he he.. dari Anniversary Msjbox 2008 saya bertemu pula CD Aida, Yonna & kawan.. Ummie, Kiki (berlari), Sodep, Faizzah, bro yang amik gambor pandai.. saper ler namanya he he..

Waktu tu.. geng Msjbox Selatan tak berapa aktif.. he he.masuknya Ramadahan 2008 dan setelah kedatangan Sis Lin.. baru ler kehangatan Msjbox Selatan terasa.. walaupun penganjuran Berbuka Puasa Selatan.. kelibat sis Lin tidak kelihatan.. he he.. namun saya berkesempatan juga bertemu geng2 selatan iaitu Zam TADC, Kandryx dan kawannya tu.. (tak ingat ler nama nya), Nad dari Singapore.. gerek seh.

Dan bila musim raya 2008, ramai geng2 blogger berkunjung ke rumah saya.. (ramai ker? he he).. antara yang Blogger yang pertama meraya rumah saya ialah Nad dari Singapura.. satu family tu datang.. kemudian saper ek.. he he.. tak silap saya Kak G sekeluarga, Sis Moralle & Noris sekeluarga, Tok Nabe sekeluarga (tapi sebelum tu dah terjah dah rumah dia dulu he he) dan juga Intan sekeluarga (dah jugak terjah gak rumahnya dulu di Bukit Indah).. dan barulah saya berkesempatan bersua dengan Sis Lin yang datang meraya di malam hari sambil membawa KFC ha ha ha.. dia datang masa tu dengan Amat jer.. muka Amat pun ngantok jer.. ha ha..

Uiksss dah panjang cerita jumpa2 blogger ni plak.. apa2 pun seronok kan jadi blogger. ramai geng dan sahabat dan kenalan kita temui.. Maaf ler yang mana tak disebut tu kira halal ek.. he he.. Semoga persahabatan kita ini terus berkekalan walaupun ada diantara kita yang sudah berhenti dari blogging dan berhijrah di Facebook.. he he. apa pun kita tetap sahabat dan teman walau di mana anda berada... cewahhhhhhhhh...

Kasawari: Uikss dari sekeping gambar di Port Dickson.. habis aku coretkan kenangan pertama kali berjumpa bloggers.. he he.. Apa2 pun janggut aku dah makin panjang tu.. hehe.. leh bukak Restoran Man Janggut cawangan Kulai.. hehe.. (sambil jeling Dir.. hehe)





Harapan Ramadhan


Sejak akhir-akhir ini, saya agak sibuk dengan perbagai urusan dan tanggungjawap, mengakibatkan kesempitan waktu untuk menziarahi blog rakan-rakan. Di penghujung Syaa'ban ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada rakan-rakan semua Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak, semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kita semua, dan semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dan mengambil kesempatan untuk menambahkan amal ibadat kita di bulan yang mulia ini. Dan saya serta Linda juga mengambil kesempaan untuk memohon ampun dan maaf jika terdapat kesalahan yang dilakukan samada sengaja atau tidak disengajakan.

Untuk anak-anak saya, Muhammad Aiman dan Muhammad Ammar, semoga abang dan adik sentiasa mendoakan ibu agar cepat semboh dan kembali ke rumah semula serta dapat menyambut bulan puasa bersama-sama abang dan adik. Harap abang dan adik banyak bersabar yang merindukan ibu mereka, dan tidak nakal-nakal, terutama adik perlu lah mengalah sekarang ini dengan keadaan tangan abang yang masih bersimen. Sejak Sabtu yang lalu, ibu mereka ditempatkan di wad pengasingan di Hospital Pakar Johor akibat demam panas yang berterusan. Sama-sama kita berdoa agar ibu mereka sembuh dan dijauhi dari segala penyakit. Amin..


Dikemaskini: Syukur Alhamdulillah... ibu Ammar dan Aiman selamat kembali ke rumahnya pada petang 20/8/09.




Selamat Hari Lahir Ammar !!!

12hb Ogos 2008, hari ini adalah hari lahir Muhammad Ammar yang ke 6 tahun, semoga Ammar dipanjangkan umur, dimurahkan rezki, sihat sentiasa, pandai belajar, menjadi anak yang soleh dan sentiasa riang ceria sambil menonton rancangan kegemarannya Astro Ceria. he he.. Pagi-pagi lah Ammar dah sibuk bagi tau hari ni hari lahir dia, Ammar ni kan kepoh sikit, macam ler ayah dia tak ingat hari lahir dia tu.. he he.. Selalunya kalau nak kejut pagi... mesti liat nak bangun.. hari ni cepat jer dia bangun.. bersemangat sungguh. Yelah.. sekarang ni kalau hari lahir, di sekolah pasti ada buat majlis sambutan hari lahir. jadi dia tak sabar la nak ke sekolah tu..


Semalam petang, sempat bawak Ammar dan Aiman gi taman, bagi makan ikan. Tengok tu Aiman.. bersemangat beri makan ikan tu walaupun tangan kirinya dah dibalut macam tu, sekarang ni pun Aiman kena pakai baju besar-besar la.. sebab doktor pesan kurangkan pergerakkan tangan kiri tu dan biar tangan tu di dalam baju. Kadang-kadang tengok Aiman ni kesihan pulak.. malam tadi waktu nak tidur, dia kata lengan kanannya gatal.. dia garu pakai gigi jer.. ermm nasib baik saya perasan.. dan tolong garukkan. Kalau tidur.. kena jauh-jauh sikit dengan Ammar.. masing-masing tidur lasak..

Belum lagi nak puasa.. Aiman dah tak sabar nak puasa.. hari tu Aiman puasa sunat Nifsu Syaaban dan awal Syaaban.. terharu saya.. dah pandai puasa sunat.. dan pernah dia kata nak solat tarawikh penuh tahun ni kat surau. Bila dah jadi macam ni.. agak sukar sikit nak solat.. semalam saya dah ajarkan cara solat duduk dan amik wudhuk.. tempat balutan tu tak boleh kena air.. so agak sukar dia nak berwudhuk.. Takper la Aiman.. tunggu jer la ya.. tak lama lagi baik ler tu. Ni semua ujian kan..



Semoga Aiman Cepat Semboh..


Klik di sini untuk entri selanjutnya...
Doa'kan Aiman cepat sembuh..
Amin....




Nilai 3

2 hari berkampung di Batang Benar, membuat diri ku benar-benar keletihan. Manakan tidak.. setelah sampai di Batang Benar pada Sabtu jam 3 pagi, kami bertolak ke Port Dickson pada jam 3:50 pagi dan tiba di sana pada jam 5 pagi. Dan kemudian, tengahari Sabtu tu bertolak semula ke Batang Benar.

Selepas majlis nikah pengantin, sempat juga aku ker NILAI 3. Kadang-kadang aku pelik, kenapa tempat ni boleh jadi pusat perniagaan yang besar sebegini, padahal Nilai 3 ni jauh masuk ke dalam.. dan yang pelik tu, macam-macam ada kat sini, karpet tu jangan cakapler.. bersusun-susun tergantung sana-sini.


Sekarang ni kira ramai orang dah mula membuat persiapan hari raya.. rasanya nanti lagi hebat kat sini orang datang bertali arus. Baju-baju ready made pun banyak bergantungan. Yelah.. tak lama lagi sudah masuk bulan puasa. Ada yang buat persiapan awal. Kalau nak betul-betul shopping kat sini, dinasihatkan kita bawak jer lori.. betul tak? he he..




Batang Benar

Nama tempat ni mesti Retna suka.. huhu.. Orait.. ni hapdet secara tergesa2.. aku masih di Port Dickson, rumah pakcik.., secara tak dirancang, malam Sabtu bertolak dari Kulai jam 9 malam.. dan tiba di Plaza Tol Nilai jam 3 pagi.. 2 jam perjalanan beratur jam gila di Simpang Renggam gara2 lori terbalik.. adehhhh...



Menghadiri majlis pernikahan sepupu di Batang Benar, Mantin Negeri Sembilan.. ermm sinonim jer nama tempat ni.. Keluar dari Tol Nilai, terus menghala ke arah Mantin.. atau melalui ke arah Beranang.. dan berdekatan dengan Lebuhraya LEKAS..

Ok ler.. ni gambar pengantin nak dinikahi.. steady jer pengantin lelaki tu.. Dan menarik tu... kat Negeri Sembilan ni.. majlis nikah simple jer.. borang pun simple.. dan ringkas.. hanya perlu saksi nikah jer.. di sini, saksi borang tak diperlukan.. kalau di Johor lain sikit.. saksi borang perlu 2 dari lelaki dan 2 dari perempuan selain dari saksi nikah. Dan yang menarik tu, di sini.. Pak Imam tanya pengantin perempuan depan2 tu jer.. kalau di Johor.. selalunya jumpa dalam bilik.. pastu tanya pengantin perempuan pun slow2 jer..


Ini pulak malam berinai.. bukan main lagi mamat2 kompang ni berkompang.. cari2 gak mamat tabla.. tak jumpa plak.. mungkin mamat tabla berjaga gak malam tadi.. ha ha..



Opssss!!! ni bukan Pengantin Lelaki ek. . hu hu.. ni gambar profile terbaru aku di Facebook!! baru ada keLaksamanaan sikit.. ada keris.. guna pistol macam tak macho pulak kan.. ha ha...







Happy Birthday Bro Ross!!

4hb Ogos, Selamat hari lahir buat Bro Ross.. semoga panjang umur, murah rezki dan sentiasa sihat.. dan yang penting.. cepat-cepat kawin bro.. he he... ni umur dah berapa tahun ni.. ? tengok kek yang nak dipotong tu.. macam sebatang lilin jer bro.. hu hu.. Buah semangka takder ker bro.. boleh kita beri sikit pada Aryana yang sudah menyepi dan mungkin sedang sibuk dengan persiapan ehem ehem tu hu hu..



Bro Ross yang ku kenali dulunya memang amat terkenal di Bumi Melaka yang bersejarah ini.. he he.. tengok tu.. masing-masing perut masih mantain lagi .. ha ha.. eh.. ni gambar masa bila ek..?? hu hu.. rahsia rahsia.. nanti ada orang tu terkenang-kenang dan terasa-rasa.. hu hu..

Kasawari:
Dua gambar yang diambil ini secara eksklusif dipaparkan di sini.. (cewahhh) dan tidak pernah disiarkan di mana-mana blog pun.. ha ha...





Berita Kosmik..

Dilarang Pijak Rumput!

Johor Bahru, Ahad, 2hb Ogos, orang ramai di persekitaran Rumah Limas, Danga Bay menjadi panik seketika apabila seorang (seekor?) Kasawari tiba-tiba melompat dan cuba ingin terbang berhampiran dengan papan notis "Dilarang Pijak Rumput". Kejadian ini disedari oleh seorang "kanak-kanak" berbaju ungu berhampirannya yang baru sahaja pulang dari Farmasi Guardian. Diberitakan Kasawari tersebut tidak menyedari bahawa rumput disitu tidak boleh dipijak, dan menyedari larangan memijak rumput, Kasawari tersebut ingin terbang dan gayanya sempat dirakam oleh seorang guru yang juga berhampiran di situ.


Lagi bakal pelajar AF pandai bermain Angklung

Dalam pada itu juga, telah dirakamkan Kasawari tersebut mendapat kontrak sebagai pemain angklung yang serba boleh, gayanya yang bersahaja tanpa melihat angklung mendendangkan lagu "Masih Aku Terasa" telah mendapat perhatian beribu-ribu pengungjung di situ. Sumber dari Harian Kosmik memberitahu, bahawa Kasawari tersebut telah lulus ujian kemasukan AF8 (tujuh ke lapan ek lepas ni? ha ha) dan akan turut menjadi peserta termuda di AF8 nanti.. pastinya aura Toi dan Mawi sudah meresap dij iwanya dan apatah lagi diberitakan bahawa Kasawari telah membotakkan rambutnya untuk mendapat aura dari Kulai..

Berita selanjutnya.. selepas ini....



"Kasawari & CM" in Black....

Ha Ha.. lama tak hapdet entri di sini.. mungkin keterujaan entri sebelum ini tentang MIB tu.. huhu... ok ler.. apa ek nak share kat sini.. kadang-kadang dah takder idea nak update blog.. ha ha.. kalau hapdet pun entah merapu-rapu jer tulis..


Oh ya, hari ni CM & CT sekeluarga singgah di Kulai kerna punyai urusan tersendiri... Jadi sempat ler mereka singgah ke rumah Kasawari.. dan bersama mengikuti mereka menyelesaikan urusan mereka.. he he.. Alhamdulillah.. semuanya selamat dengan bantuan Agent K (Kasawari) dari MIB.. ha ha... besok kita boleh pekena Kacang Pol ek.. he he

Kasawari:
1) Ammar, ayah dah pesan.. amik gambar tu.. lidah tolong simpan ek..
2) Masih menanti blogger yang jauh terbang singgah di sini.. ermm siapa tu?





Posted in Labels: | 4 comments Links to this post