Beraya di Rumah Che Mat Gebu lagi...

Sudah mula naik kerja dan hari yang amat sibuk, tapi masih dalam mood raya... so raya dan raya... tetap raya... Ni kali ke 3 kami beraya di rumah Che Mat Gebu... oppss!! ni gambar raya Aidiladha tahun lepas ek.. he he he



Posted in Labels: | 3 comments Links to this post

Cerita Hari Raya Ketujuh dan Kelapan..

Hari Raya Ketujuh, berkesempatan berkunjung di rumah mertua Nik di Felda Taib Andak, masih ingatkah entri Kasawari dulu tentang kisah kemalangan Nik dimana kakinya hampir-hampir dipotong satu waktu dahulu (klik di sini untuk entri tersebut). Alhamdulillah.. kini Nik sudah menjalani pembedahan di HUSM dan beransur-ansur pulih dan sudah boleh berjalan..

Bergambar bersama Nik di rumah mertuanya di Felda Taib Andak..

Malamnya pula kami berdua sekeluarga sempat beraya di rumah Zaidi (Ikhlas Sejati) di Bandar Putra Kulai.. satu taman jer dengan saya.. lama dah tak berbual bersama-sama.. sebelum tu Razali eh.. Tn Razali datang meraya di rumah saya, dan juga kami bersama-sama beraya di rumah Azman Hussin.. seronok beraya bersama kawan-kawan sekerja lama dahulu..

Di rumah Zaidi, Bandar Putra Kulai Johor..


Hari raya Kelapan pula, seperti dirancang Lin sekeluarga berkunjung ke rumah Kasawari, wah.. meriah satu keluarga ni.. semua lap lip lum lap cantik berbaju raya.. huhu.. Klik di sini dan di sini untuk entri dari blog Sis Lin..


Sheiro pun sibuk nak meraya gak ek..


Kemudian saya sekeluarga pergi meraya di rumah rakan di sini sementara Lin mencari sesuatu di Giant IOI Mall.. dan sama-sama bergerak ke Sedenak Kulai, ikutkan .. ini kali kedua saya meraya ke rumah Che Mat Gebu.. huhu.. apa nak buat.. yang pertama dulu tu kan Linda tak ikut.. so ni kira return la .. ha ha.

Inilah hidangan istimewa dari CMG.. ermm nasi beryani kot ek.. sedap seh..!!


Manis si DeqNaz ni berbaju raya hitam.. sambil memegang pinggan black rose gak.. he he



Linda pulak sibuk menggayakan pinggan-pinggan CMG ni dilayani oleh Mak Yah..


Sis Lin sedang menggayakan cawan kecik yang comel dan cute tu..


Ini lah sebahagian koleksi CMG.. yang dalam almari tu ek.. yang depan berdua tu koleksi En Sabar dan Kasawari.. ha ha...

Seronok beraya bersama-sama ni.. sampai lupa hari dah petang dan abang long saya call utk ingatkan ke rumah nya.. Malam pula ada Marhaban.. memang kenyang sangat makan dari pagi sampai malam... Alhamdulillah.. rezki dari NYA..



Cerita Hari Raya Kelima dan Keenam..

Hari Raya ke lima, dari Port Dickson, saya menyusuri jalan pantai PD ke Melaka, melalui Pasir Panjang, Kuala Sg Baru dan melalui Jalan Telok Gong / Pengkalan Balak, sungguh tenang dan nyaman suasana di pagi itu.. inilah pertama kali saya melalui jalan pantai dari Port Dickson terus ke Bandar Hilir Melaka.. seronok la..




Kami singgah di Pengkalan Balak untuk bersarapan.. saya pernah ke sini pada tahun 1994 kalau tak silap, saya amat tertarik dengan kebersihan tandas awam di situ.. ada seorang pakcik yang menjaganya.. dan paling menarik sekali ialah ada Astro di meja masuk tandas tersebut.. wah hebat sungguh ni.. tandas pun ada astro kan.. yelah mungkin pakcik tu boleh melayan cerita-cerita menarik di situ sambil menjaga kebersihan tandas dan mengutip bayaran masuk di situ..



Saya juga tertarik dengan sebuah gerai makan yang betul-betul bersebelahan dengan pantai di situ.. berselera bersarapan di situ dengan teh tarik dan roti tampal sambil ditemani dengan bunyian ombak menghempas pantai.. dan kelihatan juga beberapa orang pemancing.. sedang memancing di tepi pantai tersebut.. memang seronok bersarapan di sini..



Setelah bersarapan di Pengkalan Balak.. saya menyusuri laluan hinggalah ke Kampung Tanjung Bidara dan melalui Sg Udang dan terus ke Jalan Tg Kling dan Jalan Klebang Besar.. kami singgah di beberapa gerai yang menjual belacan di situ.. memang mewah belacan-belacan di sini.. tengok tu Linda sibuk memilih belacan-belacan yang hendak di beli.. kebiasaannya bila singgah di Melaka.. tidak lengkap jika kita tidak membeli belacan..



Dari Klebang, kami menyusuri jalan 2 laluan terus ke Bandar Hilir melaui Jambatan Jalan Syed Abdul Aziz yang merentangi Sg. Melaka dan bersebelahan dengan Eye Of Malaysia.. dan kami singgah sebentar di Dataran Pahlawan di situ.. ermmm siapa tu manis bergambar tepi kolam ikan tu.. baik-baik.. kang jatuh dalam kolam kena gigit ikan pulak.. he he..



Dari Bandar Hilir, kami terus menyusuri Jalan Ujung Pasir - Padang Temu dan bertemu Jalan Alai / Kandang iaitu jalan lama Melaka - Muar. Kami singgah untuk makan tengahari di Restoran Che Ad, Asam Pedas Melaka berdekatan Pulai.. ermmm memang sedap Asam Pedas di sini.. dan tempatnya pun bersih dan nyaman.. saya tertarik dengan meja makan di situ yang menggunakan kaki mesin jahit lama.. sungguh kreatif kan.. di situ juga ada Homestay dan baru-baru ni Pelajar Asing di IPTA mengadakan program Ramadhan di situ..



Kami sempat menziarah Makam Tun Teja di Serkam, Makam tersebut berdekatan dengan sawah padi di sini, kisah Hang Tuah dan Tun Teja dipaparkan di papan tanda di situ.. begitu juga dengan inang Tun Teja iaitu Dang Ratna (bukan Dang Retna tau.. he he).. Melaka memang terkenal dengan kisah-kisah zaman kesultanan Melaka..



Setelah itu terus kami ke Kampung Tedung yang terletak sebelum Pekan Merlimau.. inilah kampung abah saya.. dan di sini juga terletak rumah Kampung arwah atok dan nenek saya.. sangat nostalgia di sini.. di sini lah saya belajar menaiki basikal.. dan di rumah arwah atok inilah saya pernah terjatuh dari tingkap dan kami juga 3 beradik sering kali bermain lompat-lompat di antara anak tangga rumah dan juga tembok di situ.. Alhamdulillah.. abah dan mak ada membina rumah persinggahan di situ. .walaupun kecik sebilik.. namun selesa untuk kami singgah bermalam di sana.. senang la kalau ke Melaka.. tak perlu sewa hotel lagi.. he he..


Inilah pemandangan dari belakang rumah abah di sini.. sawah padi terbentang luas.. ermm saujana mata memandang.. tak sangka pulak saya pernah berkampung di sini... seronok jugak duduk di kampung ni kan.. tinggalkan blog dan FB.. betul-betul boleh berkebun di sini.. he he


Hari Raya ke enam, pagi-pagi lagi saya ikut abah ke pusara arwah atok dan arwah nenek.. Al-Fatihah untuk arwah berdua.. dan selepas itu saya dan linda bertolak pulang ke Johor meyusuri jalan lama juga.. kami melalui Jambatan ke 2 Muar.. macam jambatan di Putra Jaya dan ala-ala jambatan Penang. Kami terus melalui Jalan Bakri - Yong Peng dan singgah di gerai makan bersebelahan jambatan di situ.. sedap jugak pekena Mee Bandung di situ.. dan selepas itu terus memandu ke Air Hitam sebelum saya masuk semula lebuhraya Plus di Macap dan selamat sampai di rumah kami di Kulai..





Cerita Hari Raya Keempat lagi..

Masih cerita beraya di Hari Raya keempat..

Dari Hotel Retna dan sebelum bergerak semula ke rumah Pak Uda.. saya sempat meninjau taman saya.. he he.. iaitu PD Ostrich Park... he he.. sempat tu bergambar sambil kontrol perut .. ha ha.. yelah.. baru minum air 7-up katakan.. he he.. kami tak masuk.. sebab dah takder masa... kami pulang ke rumah Pak Uda dan terus bergerak ke Klang..

Laluan dari PD ke Klang.. melalui jalan Bukit Pelanduk-Sepang.. jalan berbengkang bengkok.. dan melalui Litar F1.. tiba di Klang.. kami terus ke Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk melawat Mak Usu Linda yang baru bersalin.. dapat sepupu baru lah kami.. he he.. namun baby menghidap kuning.. dan ditahan di wad.. semoga baby cepat sembuh ya..


Ceria warna bangunan Hospital ini.. warna Purple tu..

Dari Klang.. saya terus ke Shah Alam.. hajat untuk meraya di rumah Kak Jun tidak kesampaian kerana beliau masih di kampung meraya sakan... he he.. lantas saya ke Seksyen 10 untuk menziarah ibu dan bapa rakan baik saya.. lama sungguh tak ke rumahnya yang berhampiran dengan Masjid Negeri Shah Alam..


Kami singgah ke Masjid untuk bersolat Asar.. tahun 1996 saya selalu bersolat Jumaat di sini sewaktu saya bekerja di Kilang Proton.. tertarik sungguh dengan rekebentuk Masjid Shah Alam ni.. dekat kawasan masjid ada gelanggang Futsal dan Takraw.


Ini pintu masuk dewan solat.. indah dan tenang suasana di sini..


Dari Shah Alam.. saya terus ke Putrajaya untuk menziarah dan berkunjung ke rumah sahabat serta " Kakak dan Abang" saya... lama sungguh tak singgah ke rumahnya.. kebetulan beliau ada di rumah.. Alhamdulillah dapat bertemu mesra beraya di rumahnya.. cuma terkilan tidak dapat jumpa baby dan juga big baby yang cute tu.. he he.. nanti ada masa.. leh bersua lagi..

Inilah laluan yang sering kali saya lalui satu masa dahulu.. kenangan di sini amat bermakna..


Dari Putrajaya saya terus ke Bangi.. mulanya ingin meraya ke rumah UncleJ, namun beliau masih di rumah mertua berhari raya... takper la bro.. nanti kita boleh raya sekali. Hajat untuk membalas kunjungan ke rumah Kak E kesampaian.. walaupun Kak E sibuk beraya di Nilai.. masih ada ruang untuk berkunjung di rumahnya di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. Dari sms dan juga pandu arah melalui telefon.. dapat jugak meraya di teratak Kak E yang sungguh unik lagi kreatif... mana tak kreatif.. rumahnya mempunyai berbagai koleksi.. dari koleksi gitar dan juga alat muzik, koleksi lukisan, koleksi botol2 antik dan berbagai macam koleksi kucing.. sempat juga saya bersalaman dengan Abang Pyan Habib yang beraya di rumah Kak E.. wah hebat tu suami Kak E banyak koleksi-koleksi nya..


Inilah Man Kidal!!! apa lagi goreng jangan tak goreng!!! terpegun semua.. ha ha


Ini kumpulan The Beep Beep..

Seronok beraya di rumah Kak E.. borak sakan bersama dengan Kakaknya... macam-macam cerita berkongsi bersama sehingga tak perasan jam sudah melepasi 10 malam.. waktu pulang.. sempat kami memetik mangga yang ranum tu didepan rumah Kak E..

Sesi memetik mangga...


Sesi bergambar dengan mangga-mangga yang dipetik..

Terima kasih semua kerana sudi menerima kunjungan raya kami.. bagi mereka yang bernasib baik tidak dikunjungi oleh kami.. maaf diminta kerana masa yang mencemburui kami..





Cerita Hari Raya Ketiga dan Keempat..

Hari Raya sudah masuk hari yang ke enam... kunjung mengunjung sanak saudara.. sahabat handai dan rakan-rakan semua.. Hari raya pertama banyak memperuntukkan masa di rumah mertua dan juga rumah mak dan abah.. hinggalah pada hari raya kedua.. dapat lah bersama-sama dengan anak-anak meraya di rumah kami dan juga rumah atok dan nenek mereka.. dan kami meraya sehingga ke Felda Bukit Permai berhampiran dengan Layang-layang..

Masuk hari raya ketiga.. Linda ke Port Dickson bersama mertua dan ipar, tinggalah saya bertiga bersama Ammar dan Aiman.. Kak CT mengajak menemani beraya di rumah Che Mat Gebu di Sedenak.. pelawaan yang rugi jika tidak dituruti sekali.. he he.. walaupun tanpa Linda.. saya turut serta meraya ke rumah Mat Gebu..

Bila anak-anak bertemu anak-anak CM, mulalah berpsp mereka.. ayah-ayah pula sibuk berbual berbagai macam cerita bersama Bak dan juga Abang Mat Gebu, seronok kalau ke sini.. beronok-ronok lagi.. bermacam cerita dikongsi oleh abang mat.. apatah lagi Mak Yah yang peramah.. nasib lah tak der Linda.. kalau tak.. habis riuh sekali.. Terima Kasih Che Mat Gebu kerana menjamu kami makan tengahari berserta merayakan Aidil Fitri sekali.. Klik di sini untuk entri dari blog CM/ CT..

Setelah menghantar anak-anak, saya bertolak ke Port Dickson, dari rumah di Kulai dalam jam 10:00 malam berseorangan.. tiba di exit PLUS Port Dickson.. tepat jam 12:10 pagi.. dan melalui highway Seremban - Port Dickson.. dan tiba di rumah Pak Uda (pakcik Linda) di Taman Dato' Haji Abdul Samad (belakang Seri Malaysia) , jam 12:30 pagi.. tak sempat nak makan malam.. ajak la Linda keluar makan di sana.. gerai-gerai makan pun banyak dah tutup.. Akhirnya dapat jugak gerai yang masih di buka di Jalan Pantai.. hingga lah jam 1:30 pagi.. aduhai.. letihnya....

Keesokan harinya.. Raya Keempat, mula-mula plan ingin membuat sesi terjahan ke Apartment salah seorang blogger yang glamer.. tapi macam mana nak terjah kalau tak tau dia stay di Hotel Mana.. he he.. jadi kenalah mintak alamat biliknya.. he he..


Beliau stay di Regency Apartment dibawah Majlis Amanah Rakyat (MARA).. apa lagi.. bawak semua bala tentera yang ada di rumah Pak Uda.. untuk bersalam raya bersama blogger glamer kita ni.. rugi kalau tak bawak anak-anak bersalam raya dengan nya.. ha ha... al-maklumlah.. Ammar dan Aiman tak turut serta..


Inilah dia blogger glamer yang pernah masuk tv tu.. he he.. yang duduk sebelah kiri kalau bukan Retna.. thanks Ret kerana menerima perayaan kami.. first time datang meraya kat Hotel ni.. susah ni nak dapat makan kuih raya dan air raya hotel.. he he.. Abin pun ada... ermmm Abin malu malu sikit dengan Bro Kasawari ni.. ha ha..


Sangat cantik pemandangan dari bilik Hotelnya... saya pernah bekerja di Hotel Regency ni.. tak silap saya pada tahun 1992.. waktu itu sebagai waiter untuk F&B dept.. kami semua part time di Holiday Villa Subang.. waktu itu Hotel Regency PD kekurangan waiter.. dan diaorang ada satu function besar di sana.. lantas.. mereka mengimport kami pakej baik punya selama 4 hari 3 malam.. tapi tu cerita lama dah.. hampir 17 tahun yang lalu..


Yeh yeh.. dapat duit raya sampul Bank Negara lagi tu.. he he.. Kakak Retna sangat ler pemurah memberi duit raya.. ha ha.. naper ko tak bagi kat aku jugak.. he he..



Selalu amik gambar kaki.. ni amik gambar jari pulak.. he he..



Sepupu sepapat Linda tak sabar-sabar membuka sampul raya.. dalam lift lagi dah bukak.. he he.. so sesi amik gambo lagi ler..







Adegan di pagi raya..

Tarikh: Hari Raya Pertama
Waktu: 8:30 pagi
Lokasi: Masjid Felda Taib Andak..

Apa tu dik.. songkok tak ngam ker..


Apa la adik tengok dalam songkok tu...


Tu ler.. ayah kata.. jgn tidur lewat lagi malam raya.. kan dah ngantok kat masjid..


Kasawari: Jumpa gak Que Haidar bersama anaknya yang macam omputeh tu.. cari-cari gak Mawi.. tapi tak jumpa.. mungkin beraya di rumah mertua..



Selamat Hari Raya Aidilfitri..



Menjadi tradisi.. Ammar dan Aiman akan beraya bersama ibunya di rumah atok dan nenek mereka dan saya pula di pagi raya akan mengambil mereka untuk bersembahyang sunat hari raya di masjid dan selepas itu hantar semula mereka ke rumah atok dan neneknya.

Oleh itu, kami bersama "berhari raya" kerana sudah pasti Linda tidak akan bertemu mereka ketika hari raya pertama.. itulah kelurga kami yang sedia maklum.. Apa pun "kemeriahan" tetap terasa dengan telatah Ammar dan Aiman..

Untuk Ammar dan Aiman.. jangan nakal-nakal ya di rumah Atok.. dan pastinya ayah akan datang di pagi raya kita solat sama-sama ya.. dan untuk Linda.. terima kasih kerana memahami tanggungjawap saya sebagai seorang ayah.. sayang pada semuanya...



Majlis Berbuka Puasa : Msjbox Selatan

FastBreak 2: Selatan

Khusus untuk warga Msjbox dan semua para Bloggers, ibu-ibu bapak-bapak di bahagian selatan tanah air, dan juga Singapore, aktiviti berbuka puasa bersama-sama akan diadakan seperti berikut:
Lokasi: LC Catering Restaurant, Tmn Sentosa
NO.340, JALAN BALAU 1, (JALAN TEBRAU) TAMAN MELODIES, 80250 JOHOR BAHRU, JOHOR
Tarikh: 12 September 2009 Sabtu

Sebarang pertanyaan/kedatangan sila hubungi 014-3103252 (Lin)

Untuk keterangan lanjut dan kedatangan sepenuhnya, sila klik MsjBox.com


Sila Klik Di sini untuk Majlis Berbuka Puasa Msjbox Selatan 2008



Selamat Hari Lahir untuk Muhammad Aiman..

Selamat hari lahir abang.. Muhammad Aiman yang ke 10 tahun.
Ayah doa'kan anak kesayangan ayah ini panjang umur, murah rezki, pandai belajar, beriman, menjadi anak yang soleh.


2000

2001



2002


2003



2004


2005

2006

2007

2008


2009


Ayah sayang Abang.. Ayah sayang adik..