Bila gambar-gambar berbicara..





Program Msjbox Open House 2009 dan Program Amal Msjbox ke rumah anak-anak yatim pada 10-11hb Oct. Terima kasih kepada semua.. terutama Sis Lin sekeluarga dan semua yang terlibat. Gambar-gambar telah disumbangkan oleh Bro Ross kita... sila klik di sini untuk album lengkap..




Posted in Labels: | 8 comments Links to this post

SAA's Annual Cultural Exchange Event


Pantas sungguh masa berlalu.. 5 hari berulang alik dari Kulai ke Singapura dan akhirnya tamat juga 5 hari berkursus di SAA. Banyak pengalaman suka-duka sepanjang berada di sana.. terutama semangat kumpulan dari berbagai bangsa dan negara..


Bersama Kapten Farid dan juga Mr Saad dari Arab Saudi..


Minum petang yang terakhir bersama-sama rakan sekursus dari AES, Changi Aiport.


Sebelah petangnya acara "Annual Cultural Exchange Event" telah di adakan, seronok betul bersama-sama dalam satu kumpulan dan masing-masing memakai pakaian kebangsaan mereka.. kumpulan saya terdiri dari negara Nigeria, Namibia, Zambia dan Malaysia.. dapat ler tempat ketiga dalam acara permainan.. seronok sungguh jumpa diorang semua ni..




Terima kasih kepada majikan saya kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta menyertai kursus yang bermakna ini..




Hari terakhir di SAA..

Hari ini adalah hari terakhir saya berkursus di SAA (Singapore Aviation Academy).. 5 hari saya di sini, banyak pengalaman baru dan rakan-rakan baru dari Changi International Airport, Manila Ninoy Aquino International Airport , Taiwan Taoyuan International Airport, Riyadh King Khaled International Airport , dan juga Malé International Airport, Maldives.

Rakan sekursus dari AES (Airport Emergency Services, Changi Airport)


Bersantai..

Mendengar taklimat...





Raya-raya.. Msjbox Singapura...

Hari ke empat di SAA, berkesempatan untuk beraya di rumah Sis Moralle, yelah tahun lepas Sis sekeluarga datang rumah Kasawari meraya, macam tak best kalau dah kat Singapura tak singgah ke rumahnya di Woodlands. Dari SAA, Ah Siang (transport) hantar ke stesyen MRT Sembawang.. siap bagi handset line SingTel untuk kemudahan ku.. he he.. so boleh calling2 Sis untuk tunggu di depan satu Shopping Complex di sana.. Sis datang dengan Lancer nya.. bergaya la Sis.. huhu..

Lama sungguh tak naik flat kat Singapura ni... masih ada lagi kelong uikss.. kolong la.. he he.. kat bawah flat.. tak silap tahun bila ek saya datang ke flat HDB Singapura.. tak silap tahun 2005 kot waktu sepupu kawin..

Matox dan Nad pun ada.. especially Matox yang sibuk mengadjust setting kat microwave oven tu.. ha ha.. dan juga Bro Ross yang sentiasa dengan kamera hijaunya.. ha ha.. so kiranya ni blogger Msjbox Singapura berkumpul la.. he he ..

Gerek seh.. gambar Aqil paling banyak sekali.. sebab masuk dalam lappy tu.. he he


Juadah yang melazatkan.. he he.. apa lagi ayam panggang Matox yang sedap tu..


Ermmm sedang tengok gambar misteri tu.. ha ha.. misteri jangan tak misteri.. huhu...

Terima kasih Sis.. seronok lepak2 macam ni.. kepenatan pun hilang kena air sejuk tu.. he he.. kuih2 raya pun masih banyak lagi tu.. Insya Allah.. nanti boleh bawak Linda dan Ammar & Aiman sekali.. Telatah Aqil sangat seronok.. Aqil memang anak yang baik dan petah..

Balik.. naik cab dengan Matox dan Nad.. diaorang turunkan dekat Woodlands checkpoint dan terus jalan kaki cross ke CIQ tu.. dah lama gak tak naik bas 170 ni.. kira nostalgia seh.. paling last dulu tahun 1996 kalau tak silap... sampai di Johor.. Ah Siang dah setia menanti di depan KTM..


Dalam bas 170.. punya la ramai orang.. jalan jam pulak kat tambak Johor.. berdiri seh..


Dari Bangunan Iskandar terus ke Stesen KTM baru JB.. macam airport pulak ek..


Bangunan baru Stesen KTM.. tapi belum bukak lagi.. ermm canggih gak..





Awan Kasawari..?

Singapore Aviation Academy - 1st Storey






Berkursus di Akademi Penerbangan Singapura..

Alhamdulillah.. selamat semuanya perjalanan Msjbox Open House 2009 di rumah Sis Lin dan juga Program Amal di rumah anak-anak yatim, Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Johor, oleh kerana saya tidak banyak mengambil gambar.. tunggulah dulu rakan-rakan upload gambar dan cilok di blog / picasa masing-masing :p

Mulai hari ini hingga hari Jumaat, jadual saya amat padat, bangkit jam 5:30 pagi dan berulang alik ke Singapura untuk menghadiri kursus di Akademi Penerbangan Singapura (SAA), Changi. Pulang ke rumah dah hampir jam 9 malam.. Bermakna seminggu ni saya tidak akan melihat cahaya matahari di Malaysia.. he he


Di pintu masuk utama SAA



Nyaman dan tenang landskap di SAA..



Ikan-ikan koi yang berenang ke sana dan ke mari..



Bersama rakan sekursus dari Manila International Airport



Lapangan Terbang Changi memang sentiasa sibuk ... tidak kurang 15 minit pasti ada kapal terbang yang mendarat...





Sate Kasawari!!!

Malam tadi menghadiri sesi mengipas sate di rumah salah seorang blogger yang tersohor di Johor.. he he.. beliau mengadakan rumah terbuka untuk kakitangan pejabat suaminya dan juga tetamu dari rakan-rakan anaknya.. ramai tu jemputan..

Hujan sejak dari petang.. tidak menjadi penghalang untuk Kasawari berkhidmat sebagai tukang kipas sate.. agak thrill sewaktu awal untuk menghidupkan arang sate, mana tak.. arang yang ada adalah jenis arang gedabak yang tidak sesuai untuk membakar sate.. nasib baik ler ada arang bbq dulu tu.. dan juga payung pelindung untuk membakar sate..


Perghh amacam ada gaya tak? baunya.. perghhh sungguh sedap..


Ada orang tanya.. kenapa tak guna kipas elektrik.. tak sate ler guna elektrik!! ha ha


Tetamu-tetamu yang datang bertali arus.. yang dalam dan juga luar.. sate harus dikipas..!!


Perghhhh.. first time aku mengipas sate ni.. ntah apa rasa la.. tapi habis gak.. huhu



Otak-otak pun ada.. otak-otak kempas.. lambat balikkan.. hangus ler..

Adalah dalam 800 cucuk sate dan juga 400 otak-otak dibakar dan juga dikipas.. perghh sangat lenguh tangan ku ini.. ni pun waktu menaip entri ni tangan tak henti-henti mengipas.. ha ha... tapi sangat seronok dan teruja mengipas sate ni kan.. yelah.. apa lagi dengan tetamu-tetamu yang bertali arus datang.. memuji-memuji kesedapan sate Kasawari!! ha ha.. murah rezki tuan rumah ni kan..

Balik rumah dah jam 1 pagi.. badan letih.. tangan pun tak henti-henti mengipas..

"Ayang tidur jauh-jauh sikit ya.. takut abang mengipas kang malam-malam" pesanku pada isteriku..

Kasawari: Sesiapa berhajat nak guna perkhidmatan mengipas sate.. sila hubungi Kasawari.. ada diskaun bagi ahli Msjbox.. ha ha





Beraya di rumah Kak Linn..

Bulan raya pasti banyak cerita raya kan... samalah Kasawari.. sana-sini berhari raya.. semalam sempat ke rumah Kak Linn di Bandar Baru Kangkar Pulai, Johor. Ini kiranya Kak Linn beraya pertama kali beraya di rumah baru.. ehem ehem.. he he

Inilah keluarga bahagia Kak Linn bersama suami terchenta dan puteri kesayangannya..


Tengok tu.. langsir pun baru,. he he.. rumah baru katakan.. he he


Syahira sedang "mengganggu" si Ammar berpsp.. ngorat eh.. ha ha

Macam-macam juadah ada di sediakan.. apa lagi laksa Johor yang menjadi trade mark untuk Kak Linn.. dengar-dengar kuah laksa dimasak sampai ke jam 4 pagi tu.. he he.. Terlupa pulak nak snap gambar laksa Kak Linn tu akibat kesedapan menikmatinya..





Posted in Labels: | 1 comments Links to this post

Dari Lensa Telefon Bimbitku...

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam



Pandangan Kubah dari dalam



Hamparan..