Jari Telunjukku...
Posted On Tuesday, November 24, 2009 at at 12:37 PM by KasawariDah susah nak menaip dan juga memousekan jari .. takper la.. ada hikmahnya.. tapi kalau sekali tengok mcm jari telunjuk berbalut.. kalau dua kali tengok macam iklan POTONG pulak.. ni kalau Aiman tengok ni.. ada dia takut kang.. he he..
Kasawari: Pengajaran.. Malang tidak berbau... kentut jer yang berbau... huhu
Selamat Hari Lahir Sis Lin...
Posted On Thursday, November 19, 2009 at at 1:16 AM by KasawariOperasi TERJAH ke BUKIT INDAH,
Waktu: 12:00:01 a.m
Tarikh: 19hb Nov 2009
Borak-borak..
Jam 12:30 a.m balik...
Jam 1:00 a.m sampai rumah.. terus hapdet blog..
Kasawari, Linda serta Aiman dan Ammar ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Sis Lin semoga dilanjutkan usia, dimurahkan rezki, sentiasa sihat, ceria-ceria dan berbahagia selalu, dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.. Terima Kasih segalanya jasa dan budi kepada kami semua..
p/s: terima kasih Deqnaz, Deqyana dan Amat kerana berkerjasama dalam operasi terjah ni.. nasib baik mak tak masuk bilik lagi.. kalau tak depan pintu bilik kena terjah.. ha ha..
Soalan Bocor SPM 2009?
Posted On Wednesday, November 18, 2009 at at 8:04 PM by KasawariCuba korang tengok atas ni.. ermm melebihi setengah juta pencarian "Soalan Bocor SPM 2009" .. yang pelik tu.. tahun 2010 pun orang dah menggooglekan.. ha ha, macam-macam ler.. Bagaimana pun bagi mereka yang menghadapi SPM yang bermula pada hari ini.. semoga berjaya dengan cemerlang..
Kasawari: Tahun 1989 dalam kenangan, menduduki SPM (V), dan kertas BM waktu itu bocor, bukan kertas dia bocor kena tebuk tupai.. tapi soalanya terlebih dulu terlepas keluar dari kawalan sebelum SPM.. oleh itu. kena stay kat asrama lagi.. ingatkan paper last dah merdeka.. rupanya kena amik semula paper BM tu.. perghhh tention gila masa tu..
Bersedia untuk POTONG!
Posted On Tuesday, November 17, 2009 at at 11:06 PM by KasawariABANG DAH POTONG??? ermmm sekarang ni ayat ni dah jadi femes dah.. sana sini cerita pasal POTONG.... entri ni bukan mengisahkan POTONG dalam iklan tu.. tetapi lebih kepada "potong" dari segi berkhatan atau dipanggil "sunat".
Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi.. oleh itu tiba lah musim majlis perkahwinan dan juga majlis berkhatan... sebagai seorang ayah yang punyai 2 orang anak lelaki, menjadi tanggungjawap untuk menyempurnakan berkhatan mereka.. Ikutkan pada tahun lepas 2008, Aiman dah tanya bila nak sunat? Kalau ikut perancangan ingatkan nak sunatkan dia tahun depan 2010 waktu darjah 5, tapi si Aiman dah tak sabar-sabar nak sunat pada cuti sekolah yang akan menjelang ni..
Menyingkap kenangan lalu, saya masih ingat lagi ketika zaman kanak-kanak yang lampau, dulu-dulu secara purata kanak-kanak sunat pada umur sewaktu darjah 5-6.. ketika tu saya darjah 5, saya bersunat bersama abang ngah saya yang berusia darjah 6, kami bersunat di Singapura, kampung arwah atok sebelah mak saya di Geylang Lorong 1, kalau di sini tukang sunat dipanggil tok mudim, di sana waktu itu lebih terkenal dengan panggilan nama orang yang menyunatkan.. saya masih ingat lagi namanya Hj Syukor..
Waktu nak sunat tu.. teringat momokan kawan-kawan yang dah sunat, mengatakan sunat tu sakit sangat.. guna gergaji la.. guna kapak la.. dan macam-macam lagi. Apatah lagi kalau kes "buta". Bagi mereka yang tahu perkataan "buta" pasti faham apa yang saya maksudkan.. saya jenis "buta", tu yang takut tu.. abang ngah saya pulak jenis "tak buta" .. senang ler sikit... kurang sikit potongannya tu..
Dipendekkan cerita, 2 jam sebelum upacara sunat, tanpa pengetahuan mak saya, saya berendam dalam besen di bilik air, konon-konon nak kasi lembut ler.. huhu.. kena gelak dengan mak bila dia tau. Haji Syukur datang tepat pada waktunya, kami berdua dah bersiap terbaring dalam bilik, suasana di ruang tamu hiruk pikuk, alih2 Haji Syukur terus datang periksa anu kami tu.. huhu.. ermm dia tau saya punya buta..
Masih ingat lagi.. kami dipaksa makan pil macam panadol dua bijik dengan air panas dalam gelas yang kecik, tidak digalakkan minum air sejuk yang banyak.. nanti lepas sunat tak boleh buang air kecil. Susah betul nak telan pil tu.. besar gila.. dan pahit. Selepas makan ubat, bantal diletak di atas dada kami supaya kami tidak dapat melihat apa yang berlaku di "sana".. tiba-tiba Haji Syukur berbual-bual dengan kami.. ntah apa yang diceritakan.. dah tak ingat dah.. mungkin pasal wrestling kot.. yelah nak khayalkan kami supaya tidak takut.. alih-alih jer.. dia terus menginjek anu kami tu tanpa bagi isyarat.. adoi.. adalah macam kena gigit semut api.. he he..
Rasa kebas-kebas .. ermm lepas dua minit.. Hj Syukor masuk bilik lagi.. dan mulakan operasinya.. oleh sebab "buta".. Haji Syukur buat saya punya.. dan anaknya pula (yang mungkin sedang praktikal) mengoperasi abang ngah saya punya.. ha ha.. mmg tak rasa apa pun waktu potong tu.. dan bila nak jahit.. amboi.. punyalah panjang dia tarik jarum tu.. yelah bantal ada atas dada kita.. tak nampak ler apa "projek" dia buat.. Yang siot tu.. sepupu sepapat yang lain tengok berdiri.. buat muka ngeri jer.. siot jer.. nakutkan orang jer..
Terus dipendekkan cerita, selepas 2-3 jam dah nak malam tu , mulalah kesakitan yang amat sangat melanda.. mungkin ubat bius dah hilang.. memang sakit beb.. tapi Pak Andak saya dah buatkan "jigs" letak kat kedua-dua kaki.. iaitu 2 gelang rotang yang diletakkan antara buku lali dan betis.. tujuannya supaya mengurangkan kangkangan sewaktu nak tidur dan kurangkan pergerakkan kaki.. memang seksa waktu tu.. tak tidur malam. Keesokan hari dah tak rasa apa dah.. cuma menunggu waktu nak bukak balutan.. ermm ni proses menyakitkan lagi.. saya masih ingat lagi.. bila nak bukak balutan.. arwah nenek yang tolong bukakkan.. nenek tolong titiskan minyak supaya senang nak bukak balutan tu.. sakitnya.... ingat lagi.. waktu tu siaran tv cerita Knight Rider..
Lepas bukak balutan.. kena letak entah apa serbuk la.. supaya cepat kering.. pedihnya.. perghhh memang pedih la. Sehari lepas bukak balutan.. saya dah macam berlagak sikit.. boleh naik basikal kat bawah kolong.. bila malam.. kuping serbuk yang kerik tu berdarah.. ermm padan muka kena marah dengan mak.. Bila kuping dah kering.. dia terkopek sendiri dengan benang jahitan.. ermm baru ler dah jadi anak jantan.. he he..
Untuk Aiman.. cerita yang ayah kongsikan.. bukan nak menakutkan Aiman.. ini waktu dulu2.. sekarang dah senang dan mudah kalau nak sunat dah dan tak sakit.. dah guna "smart clamp".. tak sakit. Untuk Ammar pula.. bila ditanya.. Ammar tak nak sunat sekali ker? dia jawap.. Ammar punya kecik lagi.. ha ha..
Entri ini telah di RSS/Blog ke facebook notes saya.
Tahniah Abang! Tahniah Adik
Posted On Sunday, November 15, 2009 at at 1:39 PM by KasawariPenerima Hadiah Kedudukan ke-2 Terbaik 4 Bijak
Muhammad Aiman bin Azman.. inilah anak sulong saya.. berusia 10 tahun dan bersekolah di Tahun 4 SK Bandar Putra, semalam saya menghadiri Hari Anugerah Cemerlang di sekolahnya.. Alhamdulillah, Aiman terpilih sebagai Penerima Hadiah Kedudukan ke-2 Terbaik untuk kelasnya iaitu 4 bijak. Walaupun sewaktu peperiksaan setengah tahun yang lepas, Aiman tidak dapat mengambilnya kerana kecedaraan tangan kirinya, namun untuk peperiksaan akhir tahun, Aiman bangkit untuk mencapai kejayaan.. Tahniah Aiman!
Anugerah Cemerlang dalam matapelajaran Bahasa Inggeris
Penerima Anugerah Khas Tokoh Murid
Muhammad Ammar bin Azman.. inilah anak bongsu saya.. berusia 6 tahun dan bersekolah di Pra Sekolah SK Taman Indahpura 2, hari ini saya menghadiri Hari Anugerah Cemerlang di sekolahnya.. walaupun masih di Pra-Sekolah, Ammar telah menunjukkan kecemerlangannya terpilih sebagai Penerima Anugerah Khas Tokoh Murid di mana hadiah telah disampaikan oleh Tn Hj Markom bin Giran, Timbalan Pengarah Pelajaran Johor. Ammar juga menerima Anugerah Cemerlang dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.. Tahniah Ammar!
Kasawari: Merasa terharu dan bangga dengan tahap pembelajaran anak-anak, walaupun waktu saya bersama anak terhad dan singkat pada waktu-waktu tertentu, namun tanggugjawap sebagai ayah tidak pernah saya abaikan, untuk Abang dan Adik. ayah bangga dengan pencapaian abang dan adik.. teruskan belajar bersungguh-sungguh... Insya Allah.. satu hari nanti.. abang dan adik akan berjaya dengan cemerlang ya. Untuk isteri tersayang.. Linda, terima kasih kerana memahami tanggungjawap saya sebagai seorang ayah.
Kalau nak tidur.. gi masuk bilik..
Posted On Thursday, November 12, 2009 at at 8:48 PM by KasawariMata kuyu jer tu... dah mula mengantok... ermmm cantik jer landing ya...
Sheiro.. sheiro... ikut perangai siapa la ni...
11.11.2009 - Selamat Hari Lahir Shai!
Posted On Wednesday, November 11, 2009 at at 12:01 AM by KasawariSaya sengaja memilih gambar ini sebagai paparan untuk entri teristimewa buat teman yang sangat-sangat istimewa, kenapa? Kerana dari MSJBOX ler saya mengenali dirinya.. dan dari program Family Day Msjbox 2008 (klik di sini untuk entri tersebut) saya bersua denganya buat pertama kali.
Pertama kali saya bersua dengan Shai... saya merasakan beliau sangat rajin dan sentiasa memberikan tanggungjawap yang dipikul sebagai event manager dengan sempurna.. Fantastik Shai!!
Dikesempatan ini, saya dan juga Linda, serta Aiman dan Ammar ingin mengucapkan selamat hari lahir buat Shai, semoga Shai ..
- dipanjangkan usia
- dimurahkan rezki
- dianugerah kesihatan yang baik
- dan di permudahkan segala urusan dunia dan akhirat..
Bersyukur kehadrat Illahi kerana telah dianugerah seoarang rakan yang sebaik Shai.. begitu juga rakan-rakan blogger yang lain..
Selamat Hari Lahir Shai...
p/s:
semoga cepat kawin.. he he..
Eye of Kulai
Posted On Tuesday, November 10, 2009 at at 9:42 PM by KasawariSis Lin: Mak!! tolong... tolong.. nak turun, nak turun!!!! makkkkkk!!!!
Linda: Abang !!! cepat!!! berhenti!! berhenti!!!! nak balik!!! nak balik!!!!
PIALA MALAYSIA..
Posted On at at 8:57 PM by KasawariIni PIALA MALAYSIA, tempat tertentu mereka panggil PIALO MALAYSIA.. dan ada jugak yang panggil PIOLO MALAYSIA.. apa-apa pun ianya disebut.. ianya tetap benda yang sama selagi ianya tidak diubah-ubah rupa bentuknya...
Itu sahaja entri dari saya...
Bahana Facebook
Posted On Friday, November 06, 2009 at at 12:19 AM by KasawariInilah banana.. opss salah.. bahana facebook.. ramai rakan-rakan blogger dah melekat di facebook dan blog mereka dah mula bersawang.. cuma mereka yang taat setia pada blog sahaja yang melekat di blog.. Tu ler.. orang nak facebook.. kita pun nak facebook.. he he.. tapi ada baiknya facebook ni.. paling tidak saya mengenali rakan-rakan lama.. dan juga rakan-rakan di tempat kerja.. !
Dengan sedihnya.. projek malam jumaat ni.. saya menghadap lappy saya untuk berpindah kepada "Facebook" baru saya ni... Ini kali ke 3 saya tukar template blog saya.. harap yang ini tahan lama pulak.. cuba ada sedikit widget-widget yang harus dikemaskini.. apa-apa pun saya tetap akan blogging.. kerana blogging ler yang banyak menemui rakan-rakan yang sangat baik lagi baik.. huhu..
Apa pun.. template lama Naruto ku itu.. tetap digunakan di blog AmmarAiman.. (tu pun dah bersawang dah.. ha ha.. )..

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)





.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

