MSJBOX Holiday Camp 2009 - Part 3

Setelah sesi bergambar, acara seterusnya ialah melawat Fatisya Agro Farm.. projek penanaman cendawan, perjalanan dari Cherating ke Kemaman tidak lah mengambil masa yang lama.. tetapi si Ammar boleh tertidur sambil makan Mr Potato.. he he...



Sampai jer di tempat Fatisya.. wah begitu teruja dengan semangat dan kecekalannya membuka perniagaan sebegini.. siap ada cafe tu.. semua menu2 bercirikan cendawan.. dan kami dibawa melawat tempat pembiakan cendawannya.. dari A hingga ke Z.. Fatisya memberi penerangan dengan bergayanya.. he he..





Malah ada juga ternakan kambing kecil kecilan.. dan ada seekor anak kambing yang jinak mengikuti lawatan kami.. abang Sabar siap dokong lagi anak kambing tu.. yelah.. wajah kambing tu mirip gak wajah Sis Lin.. wa ka ka.. ha ha.. jangan marah.. kemudian kami dapat merasa cendawan goreng.. waktu itu mata ku sangat2 mengantuk.. Bro CM kita pun siap terlena di situ juga. Saat perpisahan telah tiba.. kami bersalam-salaman kerana masing2 membawa diri.. geng KL balik ke KL.. dan geng Selatan bermalam lagi di Sanctuary Resort.. mula2 perancangan saya ingin balik terus ke Johor, namun akibat kepenatan dan kekurangan tidur.. demi keselamatan.. saya membuat keputusan untuk bermalam lagi.



Kami singgah di gerai keropok lekor kemaman untuk membeli belah.. dan setelah itu geng2 KL pun balik... hanya keluarga saya dan keluarga Sis Lin jer yang singgah di restoran berhampiran Sanctuary Resort.. masih kekenyangan untuk makan lagi.. mata saya pun sudah mula rabak!.. ngantok yang amat sangat.. Check in time jam 4 petang kerana abang Sabar terpaksa menukar dari apartment 3 bilik kepada aparment 2 bilik.. keluarga Bro CM batalkan hasrat untuk bermalam lagi atas sebab2 tertentu.. sementara menunggu jam 4..



Kami bersiar2 di pantai di situ.. Ombak nya kuat.. dan angin yang bertiup kencang.. berbanding di pantai cherating yang kurang berangin.. sebelum jam 4 lagi.. kami dah boleh check in.. so apa lagi.. aktiviti pertama ialah.. tidur!! dapt ler bayar hutang tidur 2 jam.. he he.. dan kemudian anak2 sibuk ajak mandi kolam.. tengok abang sabar pun dah tukar pakaian renang.. he he.. semua turun ker kolam kecuali deqnaz yang masih menyambung tidur lagi.. he he.. syok jugak mandi kolam ni.. Acara terjun menerjun pun bermula.. he he.. layan kan jer la he he..





Waktu malam, semua kelepakan.. dan saya dan abang Sabar pergi mencari makan malam di restoran berdekatan.. bungkus bawak balik.. anak2 semua dah tidur.. penat agaknya.. lepas makan.. masing2 pun tidur..

Esoknya, selepas bersarapan dan berkemas.. kami bertolak dari Sanctuary Resort bersama sepupu Lin, perjalanan diiringi dengan hujan renyai. Kami singgah di Pekan untuk bergambar Mersing untuk makan tengahari dan sempat melihat orang menjala ikan di Pantai Mersing. Tiba di Kota Tinggi , berlaku kesesakan lalu lintas, dan saya terpaksa U-Turn dan mengikut jalan air terjun. Kami selamat tiba di rumah pada jam 6:45 malam.. keletihan sangat.




Akhir kata, terima kasih kepada semua yang terlibat, semoga aktiviti akan datang, ahli-ahli msjbox yang lain dapat turut serta ya..

Klik di sini untuk gambar-gambar yang lain.



MSJBOX Holiday Camp 2009 - Part 2

Menjelang malam, kami menyambung semula sesi bbq, anak-anak dah kelaporan.. begitu juga dengan ibu-ibu dan bapak-bapak.. ada ler sikit ayam dan juga ikan bakar leh dimakan dengan nasi ampit Pn Linda dan kuah kacang Puan Marlin.. he he.. banyak juga lebihan bbqan yang ada.


Acara malam adalah acara suai kenal yang dah lebih dari kenal.. yelah.. yang joint semua geng2 KAMIE jer.. orang baru jer Fatisya dan juga geng2 cendawan dia jer.. so sesi kenal mengenal lebih tertumpu kepada geng2 cendawan Fatisya.. kemudian acara menukar hadiah yang agak pelik.. macam2 cara nak buat semua banyak sangat bangkangan.. terutama bangkangan dari Ammar yang selalu dapat hadiah dari keluarganya, manakan tidak.. 4 hadiah dari keluarganya.. hadiah yang sama.. haha .. last2 sekali guna lagu.. bila lagu stop.. tu ler hadiah dia.. lagu pun lama nak stop.. dan ada yang pegang hadiah lama2 supaya dia dapat hadiah yang terbaik.. ha ha.. last2 Lin suruh stop lagu dan kira 5 ke depan.. dan dia lah bertukar hadiah.. kalau hadiah yang sama dari keluarganya.. kena tunggu dulu, last2 saya dapat hadiah dari anak CM berupa permainan lego, dan Ammar pula dapat payung cantik shai.. tapi tukar ler dengan si Ammar tu. Linda dapat frame gambo dari Sis Lin dan Aiman pula dapat frame gambo jugak kalau tak silap.. punya la kecoh bila nak bukak hadiah tu.. terkejut dengan Kak CT memancut kan tetali tu entah apa nama ntah.. he he.. sesi suai kenal dah.. sesi tukar hadiah dah..


Sebelum tu ada gak hidupkan unggun api..boleh le api tu berunggun macam tu.. dan ada yang masuk khemah dulu dan ada yang berborak kat depan khemah.. yelah. semua dah penat kan.. dan ada yang lapor gi cari makan kat luar tu..

Saya masuk khemah entah jam berapa.. waktu tu Ammar, Aiman dan Amat pun dah duduk dalam khemah pasang lego tu.. kedengaran suara Lin dan Kak CT serta Jun di luar.. entah apa yang diaorang borak.. saya terlelap akibat kekurangan tidur.. tiba-tiba lebih kurang jam 2 pagi.. hujan pun turun.. bermula lah sesi tragedi yang menyayat hati.. he he.. bila tersedar bunyi hujan.. yang pertama membuat risau ialah khemah anak2.. yelah khemah diaorg tu khemah yang lama.. saya bangun tengok keadaan khemahnya.. macam ok jer.. semua tidur nyenyak.

kemudian kedengaran suara Ammar mengerang.. cepat2 saya keluar.. dan pindahkan Ammar ke khemah saya.. hujan makin lebat.. dan tidak lama selepas itu.. suara Aiman dan Amat meminta tolong akibat kebasahan khemah yang bocor dari atas dan juga bawah.. saya pindah kan Aiman ke Khemah saya dan pindahkan Amat ke khemah Sis Lin.. masing2 tidur mati kot.. tak sedar langsung.. tidak lama kemudian.. Kak Ct bangun mengakatakan khemah red Indiannya bocor.. ermmm kesian dia kena pindah ke atas.. kemudian khemah2 yang lain turut bocor dan basah.. hujan makin lebat.. Jun, Ret, Kiki, Lin semua dah bangun.. dan masing2 pindah ke pusat pemindahan banjir Sis Lin dah Bro Ross.. hanya khemah saya jer yang masih lagi bertahan.. oleh kerana tidak mahu kami menjadi mangsa.. saya pindah kan Ammar dan Aiman ke pusat pemindahan banjir Bro Ross.. mula2 angkut Aiman.. kemudian angkut Ammar.. dalam chalet diaorang ni dah penuh rupanya mangsa2 banjir... he he.. tuan punya chalet iaitu bro ross tidur dengan nyenyak.. tak perasan kot mangsa banjir dah terbentang di lantai.. he he.. Bunyi dengkuran Sodep menghangatkan suasana.. he he..


Saya kembali ke khemah berdua bersama Linda.. yang lain semua dah naik.. khemah kami masih bertahan kerana air tidak bertakung dan tiada laluan air.. rupa2nya Ranting Resort ni menggunakan sistem pam, air hujan yang bertakung paras buku lali ditempat parking.. dipam dan laluan pipenya airnya dilepaskan di pantai berdekatan dengan tempat perkhemahan kami.. aduhai.. patut ler banjir di pantai.. akhirnya kami dapat bertahan sampai ke pagi. walaupun kejab hujan berenti.. dan kejab2 hujan turun.. itupun hampir jam 4:30 pagi baru ler boleh tidur semula..


Bila siang menjelma.. tengok keadaaan khemah.. punyalah basah kuyup khemah si Aiman.. habis toto basah.. patutler .. ada laluan air dibelakang khemah nya.. khemah Jun ler yang paling teruk banjir.. ermmm masing2 mengemas khemah.. sarapan dah dilupakan.. semua dah fikir nak kemas dan nak balik jer.. hujan masih turun dan juga berenti.. habis mengemas khemah.. dan mandi pagi, masing2 berbaju oren seperti yang dirancang.. ermm meriah gak berbaju oren.. sesi games dibatalkan juga kerana keadaan hujan renyai2.









Hanya tinggal sesi lucky draw.. berbagai2 hadiah lumayan yang disediakan.. ha ha.. ada tin sardin, ada tin laici, sos cili aku pun dijadikan hadiah lucky draw.. ha ha.. tapi kelakar sesi lucky draw ni.. ha ha.. kemudian kami pun pergi bersarapan serta makan tengahari.. yang berbaju oren semua dibayar oleh abang sabar kita.. adalah seorang dua orang luar berbaju oren juga yang belum masuk ahli mangsa banjir.. haha.. sambil tu jugak.. beli la keychain di kedai sebelah.. masing2 masih lagi kurang tidur.. terutama geng2 dari selatan yang betul2 kekurangan tidur.. he he.. Selepas itu sesi bergambar beramai2.. mcm biasa pasti ada gambar terlompat bersama2.. ha ha..

Bersambung.....

Klik di sini untuk gambar-gambar yang lain.

p/s: kredit utk Jun ada sebahagian gambar dari kameranya :p





MSJBOX Holiday Camp 2009 - Part 1

Seawal jam 4:50 pagi bangkit dari tidur, itu pun Linda dah bangun dulu, dan Sis Lin telefon mengatakan dia akan tunggu di Kota Tinggi, setelah memandikan Ammar dan Aiman, dan berkemas, kami bertolak lebih kurang jam 5:45 pagi.. tak sampai hati nak tinggalkan Sheiro.. Sheiro macam tahu jer dia akan ditinggalkan 3 hari.. sibuk dok depan pintu dengan muka sedihnya. Kami mengikuti jalan Kulai - Kota Tinggi.. awal pagi macam ni tak berapa banyak kenderaan.. oleh itu senang ler memandu dengan lajunya..


Abg Sabar call beritahu dah sampai di Kota Tinggi dan tunggu di Restoran Mamak berdepan dengan Poliklinik Penawar, laju betul abang Sabar kita ni memandu.. sesampai jer di Restoran Mamak tu, terkejut tengok Bro Ross kita.. memang Deqnaz ni sajer jer membohong malam tadi.. katanya Bro Ross tak dpt joint ler.. mak tunangnya sakit la.. ermm dah bertunang ker bro? he he.. Pagi-pagi lagi pekena kopi o dan roti kosong jer.. tak berani nak amik sarapan berat2 ni kalau jalan jauh begini.. ermm Deqnaz.. kuat makan betul ek pagi-pagi ni.. he he.. semangat semua.. terutama anak-anak. Selepas sarapan, kami mula lah bertolak, Abang Sabar dengan Mercz nya.. bersama Rosli dan Amat, dan Sis Lin, Yana dan Deqnaz dengan MPVnya.. habis penuh dengan barang2 tu.


Kami dibekalkan dengan walkie-talkie untuk memudahkan komunikasi antara kami.. cewaahhh.. macam masuk hutan pulak. Seperti biasa.. abang Sabar meninggalkan kami dengan sewenang-wenangnya.. sehinggakan komunikasi walkie-talkie terputus dengan Amat kerana terlalu jauh ditinggalkan.. he he.. Sementara itu, Sis Lin sibuk meroger2 beritahu Yana beberapa kali muntah.. ermm ciannya Yana.. jalan dari Kota ker Mersing memang banyak laluan roller coaster dan berbelok belok..


Sampai di Mersing, kelihatan abang Sabar sempat menunggu keretanya di cuci.. dan Deq Naz tak tahan dengan bau muntah Yana.. bertukar ler dia ke kereta ayahnya.. sian Yana.. Kami berhenti di stesyen minyak berdekatan untuk sesi membuang... ha ha.. perjalanan diteruskan melalui Endau Rompin.. dengan cuaca yang agak sejuk dan berkabus.. sesekali hujan gerimis mengundang.. ha ha.. Saya berwalkie-talkie dengan Sis Lin berbagai-bagai ragam cerita dan juga keadaan Yana yang diberitakan sudah muntah sebanyak 5 kali.. aduhai ciannya.. Abang Sabar dapat memotong kami semula walaupun dah pit stop mencuci kereta nya di Mersing dan singgah di tepi jalan membeli jagung segar untuk dibakar nanti. Kami berhenti lagi di Rompin untuk mengisi minyak dan cuaca mendung dan sempat juga bersms dengan Junaidix, nampak gaya group dari Selatan akan tiba dahulu ditempat kejadian.. he he..



Alhamdulillah.. kami sampai di Ranting Resort, Cherating pada jam 11:00 tengahari. Setelah membuat sesi tinjauan ke tapak perkhemahan.. kami bersegera makan tengahari di kedai makan bertentangan jalan sementara menunggu geng dari KL sampai.. lauk memang sedap.. lihat abang sabar menikmati sotong.. saya juga tidak kurang menyotongkan diri.. perghh sotong kat sini besar2 belako.. he he.. siap gunting2 lagi.. kedai bersebelahan pulak kedai cenderamata.. berbagai2 key-chain dijual di situ..




Setelah menikmati hidangan tengahari.. geng dari KL pun tiba bermula dengan kereta Jun bersama Shai, kereta Ret bersama Kiki dan Sodep dan yang terakhir ialah kereta keluarga bro Che Mat dan Kak CT..



Keluarga Sis Lin dan juga Bro Ross mengambil 2 buah chalet, sementara kami pula menanti di mana khemah patut dipacak.. ikutkan nak pacak di bawah pokok berdekatan dengan tandas awam.. tetapi kelihatan beberapa ekor ulat bulu berkeliaran di atas pasir di bawah pokok tersebut, pihak chalet pula hanya membenarkan kami memacak khemah di atas pasir saja berdepan dengan chalet Sis Lin.. ok la kan..

Solat Jumaat kami ke Masjid Berdekatan.. apa lagi.. waktu khutbah.. saya menongkat dagu dan tidur la.. mana tidak.. malam tadi tidur 2 jam saja.. tapi dengar jugak ler khatib berkhutbah tentang sambutan tahun baru.. panjang jugak khutbah di Pahang ni ek.. rata2 ramai orang luar jika ditengok plat2 kereta yang parking di situ.. sesampai saja di tapak perkhemahan.. khemah Retna dan juga khemah keluarga Kak CT sudah siap dipacak dengan megahnya.. hehe.. sementara itu pula.. Fatisha juga sudah tiba bersama peralatan dan juga bahan2 untuk bbq.. ermm kira Fastisha ni orang kuat ditempat kejadian.. he he.. siap bawak pemain2 import lagi.. iaitu geng2 praktikalnya yang comel lote tu.. he he iaitu Ida, As dan juga Jie



Saya dan linda memasang khemah kami.. ada 2 khemah kami bawa, utk kami berdua dan juga untuk anak2.. jadi tak ler sempit dalam khemah jika ingin melakukan apa2 xtvt ha ha.. saya memilih tapak yang sesuai utk memacak khemah.. berhampiran jer dengan khemah shai dan juga sis lin.. satu jer masalah khemah di atas pantai ni ialah.. masalah pasir.. tu jer..

Siap khemah dipacak.. sesi bbq pun bermula.. kira awal jugak sesi bbq ni.. he he. ermm mula la Abg Sabar tiba-tiba menjadi jurugambar.. wa ka ka.. lawak gila dengan telatah abang sabar ni bersama kamera Jun.. macam2 gambar diambilnya.. linda sampai gelak habis2an lagi.. habis badan Kasawari kena cubit olehnya.. Bro Ross, Sodep dan Shai juga rajin semacam jer bila tengok geng2 Fatsiha ni.. hehe.. control semua control.. ha ha..


Yang menariknya mereka ni semua rajin2 belaka dan ada satu hasil bakaran mereka yang dikenali sebagai Nanas Bakar.. ermm sedap tu.. saya siap makan 2 bijik lagi.. pandai korang buat eh.. nasib baik Aiman dan Ammar kecik lagi.. kalau tau dah chop nak jadi bakal menantu.. ha ha.. Macam2 bbq ada.. ada udang, ayam dan juga ikan.. nasib baik Kasawari menyenponser sos cili dan sos tomato.. ha ha..



Anak-anak semua dah sibuk nak mandi laut.. macam biasa.. Kasawari ler ketua bagi mereka ni.. so apa lagi. terjun laut.. Pantai Cherating ni agak pelik sedikit.. pantai nya landai dan kedalaman air tidak ler menjunam seperti pantai Desaru.. dan bila ke tengah lagi.. kedalaman air di paras dada akan beransur cetek ke paras buku lali.. di situ ler ombak yang sesuai untuk mereka yang suka meluncur.. air laut nya pun sejuk. Setelah hampir satu jam setengah kami mandi manda dan berendam segera naik keatas kerana hari semakin senja.. nampak ler sebatang pili air di tepi chalet lin, ingatkan nak bilas kan budak2 kat situ.. rupanya air di situ di pam dari entah mana punca.. budak2 kata airnya berbau.. cait!! memang nak jimat betul la chalet ni.

Bersambung.........

Klik di sini untuk gambar-gambar yang lain.




Bila Kasawari melangkah..



Alhamdulillah... Msjbox Holiday Camp 2009 telah selamat berjalan dan semua rakan-rakan pulang ke rumah dengan selamatnya.. syukur Alhamdulillah.. terima kasih kepada Sis Lin selaku penganjur, dan juga kepada Junaidix tuan punya Msjbox.. dan terima kasih yang teramat sangat kepada Fatisha dan juga rakan-rakannya yang bertungkus lumus menyumbangkan tenaga mereka.. akhir sekali kepada rakan-rakan blogger yang lain..

Perjalanan selama 6 jam membuat saya letih yang amat.. Insya Allah.. ada masa dan ketika.. blog akan dikemaskini.. banyak cerita yang ingin dikongsi.. pengalaman pahit dan manis di sana.. semuanya amat menyeronokkan..

p/s: kredit untuk Jun gambar beramai-ramai di msjbox holiday camp..



MSJBOX Family Day - Holiday Camp 2009

Selepas Holiday Camp 2008 di Sedili, seterusnya untuk tahun 2009, sesi cuti-cuti Malaysia diteruskan lagi di Cherating.

Matlamat acara ini adalah untuk mengeratkan silaturahim sesama bloggers, pengguna Msjbox dan sesiapa sahaja yang turut serta.

Program Holiday Camp ni terbuka kepada semua bloggers dan tidak terhadkepada pengguna Msjbox sahaja.

Tarikh: 25 Dis & 26 Dis (Jumaat & Sabtu) - 2H1M

Lokasi: Cherating Beach, Pahang.

Bayaran: Sendirian berhad, kos alatan masing-masing.

Pengurus: Lin (014-310 3252)

Penasihat: Junaidix (013-242 8605)

**Sebarang pertanyaan/penyertaan sila klik di sini

**Gambar dan info klik sini