Malaysian Bacpackers Club: Selangor Homestay


Oleh kerana tertarik dengan aktiviti kelab ini, saya telah pun mendaftar untuk turut serta program Malaysian Bacpackers Club: Selangor Homestay. Saya ingin mempelawa rakan-rakan blogger untuk turut serta... sehingga hari ni, masih ada 35 kekosongan dan terbuka untuk semua. Dari Selatan, kami akan bertolak menaiki keretapi senandung malam jam 11:30 malam (19/Feb) dan akan tiba jam 6:00 pagi di KL Sentral keesokan hari nya, serta berkumpul di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur..



DENGAN KERJASAMA
DAN

------------------------------------------------------------

Ahli-ahli Malaysian Backpackers Club (MBC) adalah dijemput untuk menyertai program ini. Pihak Tourism Malaysia Selangor mempelawa seramai 80 orang ahli MBC untuk menyertai program 2 hari 1 malam tinggal bersama keluarga angkat dan mengikuti aktiviti-aktiviti menarik sepanjang program.

Kami memerlukan penyertaan dari ahli-ahli yang benar-benar serius untuk mengikuti program ini:

Maklumat Program:
-----------------------

Tarikh: 20 - 21 Februari 2010 (Sabtu-Ahad)

Tempat:
1. Homestay Kg. Parit Pitu Sungai Leman (Papitusulem), Sabak Bernam, Selangor

2. Homestay Kg. Batu 23 Sungai Nibong, Sabak Bernam, Selangor



Tentatif Program
================

20/2/2010 (Sabtu)
-----------------------

7.30 am: Ahli-ahli MBC berkumpul di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur

8.00 am: Bertolak ke homestay menaiki bas (bas disediakan)

10.00 am: Tiba di Homestay Kg. Parit Tujuh Sungai Leman, Kuala
Selangor (Papitusulem)
- Para peserta MBC di sambut oleh penduduk kampung
- Penyerahan peserta kepada keluarga angkat homestay
- 40 orang peserta: di Homestay Papitusulem
- 40 orang peserta: di Homestay Kg. Batu 23 Sungai Nibong
- Peserta MBC rewang (bergotong-royong) memasak "Nasi Ambeng" (masakan gaya masyarakat Jawa) dgn penduduk kampung.

1.00 pm: Makan tengahari dan solat Zuhur

5.30 pm: Peserta MBC dibawa ke Homestay masing-masing.

8.00 pm: Berkumpul di Balai Budaya, Bt. 23 Sungai Nibong
- Makan malam "Nasi Ambeng"
- Majlis Perasmian
- Persembahan Malaysian Backpackers Club
- Persembahan Wayang Kulit Purwa (wayang kulit Jawa)

11.00 pm: Bersurai ke homestay
- Program pilihan: Jinggo Hunter (program memancing udang di parit) dan mencari siput Mentarang (jika air surut).


21/2/2010 (Ahad)
----------------------

8.00 am: Berkumpul di Homestay Papitusulem

8.30 am: Ketibaan RD GROUP (kelab motosikal) diiringi oleh Kelab Motosikal Klasik
- Sambutan rombongan RD GROUP
- Minum pagi

9.00 am: Majlis gotong-royong membersihkan perkarangan rumah warga emas dan ibu tunggal

1.00 pm: Makan tengahari dan solat zuhur

2.30 pm: Bersama keluarga angkat homestay / aktiviti bebas

5.00 pm: Majlis perpisahan dan pulang ke Kuala Lumpur (kenderaan di sediakan)

7.00 pm: Tiba di MATIC, Kuala Lumpur dan bersurai


SYARAT PENERTAAN:
===================

1. Terbuka kepada 80 ORANG SAHAJA anggota MBC (dan bukan ahli MBC)

2. Peserta mestilah berumur 18 tahun ke atas.

3. Bayaran saguhati: RM 55.00 SEORANG (bayaran saguhati ini untuk keluarga homestay)

4. Tarikh tutup penyertaan: 11 Februari 2010 (pengesahan penyertaan diterima apabila membuat bayaran saguhati)

5. Bayaran saguhati hendaklah dijelaskan sebelum tarikh tutup penyertaan dengan membuat transaksi ke akaun BENDAHARI MBC seperti berikut:

NO. AKAUN SIMPANAN: 164351113940
NAMA AKAUN: NUR AQLIMA BAZLINA BT. HUSSEIN
NAMA BANK: MAYBANK
JUMLAH : RM 55.00

6. Setelah membuat bayaran, sila hantar butiran berikut ke email:
amilqa86@yahoo.com

- NAMA:
- NO. K/P:
- UMUR:
- JANTINA:
- PEKERJAAN:
- ALAMAT:
- NO. TELEFON:
- E-MAIL:
- NO. RUJUKAN RESIT / TRANSAKSI BANK:
- TARIKH DAN MASA TRANSAKSI:

* SILA SIMPAN SALINAN RESIT / TRANSAKSI BANK UNTUK BUKTI PENGESAHAN.


KEPERLUAN YANG PERLU DIBAWA:
- Beg sandang untuk Backpackers
- Pakaian riadah dan pakaian untuk bergotong-royong.
- Kamera foto (bagi mereka yang ingin menyertai pertandingan fotografi)


MAKLUMAT TAMBAHAN:
-------------------------------

1. Selebriti yang dijangka akan turut serta:

- Farah Fauzana (Hot FM)
- Sazzy Falak
- Atilia

* Rakaman aktiviti untuk program "Alahai Fafau" (TV 9)

2. Pertandingan Fotografi



MAKLUMAT HOMESTAY
======================

Homestay Papitusulem
---------------------------

Homestay Papitusulem adalah singkatan atau akronim bagi Parit Tujuh Sungai Leman (Parit Pitu Sungai Leman – dalam bahasa Jawa). Ini yang menjadi keunikan homestay ini di mana rata-rata masyarakatnya adalah dari keturunan Jawa.

Terletak kira-kira 120 kilometer dari Kuala Lumpur, ia merupakan antara destinasi yang terawal yang akan dilalui dari arah Klang/ Shah Alam. Pekan Sekinchan merupakan pekan terdekat dengannya.

Homestay ini menawarkan keunikannya tersendiri di mana masyarakatnya masih lagi kuat berpegang kepada adat dan budaya. Ini dapat dilihat dengan adanya alat ‘cempuling’ dimainkan di mana hanya segelintir masyarakat Jawa yang tahu bermain alat tradisional ini. Selain itu, wayang kulit jawa, dan zapin jawa yang masih kekal dipraktikkan hingga kini.

Selain itu, keindahan sawah padi yang luas terbentang pada sebahagian besar kampung ini dapat dinikmati oleh pelancong yang datang ke sini. Ternakan belut yang diusahakan penduduk kampung juga dapat dilihat



Homestay Sungai Nibong
-----------------------------
Homestay Sungai Nibong terletak ini terletak di Kampung Batu 23, Sungai Nibong di mana ia terletak kira-kira 125 kilometer dari Kuala Lumpur yang mana memakan masa selama 2-3 jam perjalanan.

Homestay ini menawarkan pekej pelancongan bertemakan kebudayaan kampung yang didiami masyarakat jawa yang menjadi 80 peratus populasinya. Antara nilai adat budaya yang masih dipertahankan adalah lat muzik gamelan yang merupakan alat muzik tradisional masyarakat jawa. Ia merupakan satu set alat muzkyang pelbagai yang mana memerlukan beberapa orang untuk memainkannya. Selain itu, wayang kulit jawa juga masih lagi dipertontonkan kepada pelancong yang datang ke sini. Persembahan wayang kulit jawa ini dilatari dengan muzik gamelan bagi menjayakan lagi persembahannya.

Kedudukan Kampung ini yang berada di bahagian pantai menggalakkan lagi pelancong untuk datang berkunjung. Ini kerana keindahan pantai yang memukau menarik minat pelancong untuk berkunjung ke sini menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.

Antara kemudahan yang terdapat di kampung ini ialah masjid yang menjadi tempat umat Islam beribadah. Selain itu, terdapat gelanggang badminton dan sepaktakraw yang dibina di hadapan sebuah rumah di sini yang masih mengekalkan identiti tradisional rumah Melayu






Posted in |

4 comments:

  1. maiyah Says:

    amboii.. menarik le

  2. TokNabe Says:

    Moga semuanya berjalan dengan baik bro..... salah sorang wakil dari selatan ke atau satu-satunya dari selatan?

  3. taufik Says:

    bro, kat situ jugak bro boleh pergi ke D'muara park resort. best gak tempatnye...

    ABC kat situ mmg "cara" ar. ekekek..

  4. Anonymous Says:

    terima kasih seebab hadir. You rock