Senandung Malam...


Salam... cewah.. macam nak tulis surat pulak.. lama tak mencoretkan catatan perjalanan atau bingkisan cerita tentang Kasawari di sini, kesuntukan masa dan kesempitan waktu tidak dapat untuk Kasawari berkongsi cerita di sini.. dengan komitmen terhadap sesuatu dan juga persiapan untuk menghadapi sesuatu.. blog Kasawari masih boleh di kemas kini mengikut kemampuan waktu yang terluang..

Baru-baru ini kami sekeluarga ke stesyen KTM kulai.. dan sempat juga bergambar di papan tanda di situ, memang nostalgia papan (tembok) tanda KTM ni.. kalau diketuk-ketuk.. terasa kekerasannya yang diperbuat daripada simen.. dengan berlatarbelakangkan warna putih dan tulisan hitam.. papan tanda ini memang begitu sinonim dengan KTM, semestinya di setiap papan tanda KTM ... pastinya ada tertulis distinasi sebelum dan juga selepas.. jika di Kulai ke arah Utara, destinasi selepas itu ialah Sedenak.. siapa tak kenal blogger termasyur di Sedenak.. he he..

Itu sahaja yang dapat dicoretkan di sini.. cewaahhhh.. sehingga betemu semula dengan entri yang mencatatkan perjalanan seorang insan.. (cewaaahh lagi..) pastinya catatan kali ini membawa seribu garapan untuk diri saya dengan rakan-rakan yang baru pertama kali jumpa... dan syukurlah.. ada juga rakan dari geng KAMIE yang turut serta dalam program tersebut.. selamat bersenandung malam untuk saya.. he he



Posted in |

3 comments:

  1. maiyah Says:

    ingt ko tulis nama taim cintan cintun atas papan tanda tu sbb ko kata nostalgia heheh

  2. tunbegia Says:

    baru saja pergi stesen keretapi CHAMEK (sebelum KLUANG) yang terbiar,

    salamm,

  3. TeacherNunu Says:

    waa nostalgia yeeee :)