Malaysian Backpackers Club (MBC) : OPS LOCO - Edisi Eko Kembara

Insya Allah.. saya akan menyertai Xpdc di dalam Hutan Simpan Kuala Kubu, Selangor, program ini anjuran Pihak Tourism Malaysia : Selangor/ Putrajaya dan sebagai ahli Malaysian Backpackers Club (MBC), inilah peluang untuk menyertai program 3 hari 2 malam yang mencabar ini, saya sempat membuat pencarian di Google tentang cerita kepala keretapi di dalam hutan simpan Kuala Kubu, banyak cerita-cerita yang dipaparkan di blog dan ruangan forum, salah satunya cuba klik di sini

_____________________________________________________________________________________

Pihak Tourism Malaysia : Selangor/ Putrajaya akan menganjurkan satu program berbentuk eko-kembara iaitu “Ops Loco”

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta yang terdiri daripada media, agen-agen pelancongan, agensi kerajaan, badan berkanun, persatuan serta pihak industri yang berkaitan mengenai Kuala Kubu Bharu dan kawasan sekitar sebagai produk pelancongan yang berpotensi untuk diketengahkan.

Melalui program ini, para peserta dapat meneroka dan merasai pengalaman berkhemah di dalam hutan disamping dapat memberi pendedahan dari segi pelancongan, pendidikan dan latihan kepada peserta.

************************************************************

Tentative Program :


HARI PERTAMA~JUMAAT (07/05/2010)

7.30 PG : Pendaftaran di Pejabat TM Selangor/ Putrajaya
9.00 PG : Bertolak dari Pejabat TM Selangor/ Putrajaya
10.30 PG : Dijangka tiba di Kuala Kubu Bharu (KKB)
11.00 PG : Majlis Perasmian
12.30 T/HARI: Makan Tengahari
# Solat Jumaat di Masjid Ar-Rahimah KKB
2.30 PTG : Berkumpul di Kompleks Sukan KKB
#Bertolak ke Hutan Simpan Kuala Kubu
#Singgah di Info Centre Empangan Sg. Selangor
4.00 PTG- : Dijangka tiba di Tapak Kem Sinar Dawi
4.30 PTG : MODUL 1 (SAMPUL)
#Persiapan Diri dan Memasang Khemah
#Solat Magrib
#Makan Malam
#Solat Isyak
9.00 MLM : MODUL 2 ICE BREAKING (WAVE)
MODUL 3 NAVIGATOR
MODUL 4 BELON
10.30 MLM : Minum Malam
MODUL 5 GOKILA
PENGISIAN TITIK MOOD BAROMETER
11.00 MLM : Tidur

________________________________________________________

HARI KEDUA~SABTU (08/05/2010)

6.00 PG : Solat Subuh
#Sarapan Pagi
#Selamat Berjuang Mengangkat Martabat Pelancongan Malaysia
8.00 PG : MODUL 6 – KEMBARA ALAM
#Bertolak dari Base Camp- Kem Sinar Dawi ke Santuari Ikan Sg. Chiling
10.00 PG : Berhenti Rehat
MODUL 7 - PROSA ALAM
10.30 PG : Meneruskan Kembara
11.30 PG : Tiba di Tapak Perkelahan Air Terjun 3 Tingkat
: Aktiviti Bebas
: Makan Tengahari
2.00 PTG : Perjalanan Pulang ke Base Camp Kem Sinar Dawi
MODUL 8 - ABSTRAK
MODUL 9 - FLYING FOX & HIGH LAND TRANSFER
MODUL 10 - TRUST FALL PLATFOR
7.30 MLM : Solat Magrib
8.30 MLM : Solat Isyak
#Makan Malam
#BBQ
MODUL 11- PERSEMBAHAN INDIVIDU KUMPULAN
12.00 MLM : Tidur

______________________________________________________

HARI KETIGA AHAD (09/05/2010)

6.00 PG : Solat Subuh
MODUL 12 - HARI BAR
MODUL 13 - LARIAN UTUSAN HATI
Sarapan Pagi
8.30 PG : MODUL 14 - EKO PELANCONGAN
#Kembara Laman Darurat
10.30 PG : Rehat di Kubu Komunis
MODUL 15 - PERSEDIAAN MENTAL, FIZIKAL
#Kupasan Modul
1.30 PTG : Persiapan Diri
: Jejak Jerat Jinak Jamuan
2.00 PTG : Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kepada Kumpulan Terbaik
4.00 PTG : SAYONARA……..

Selamat Berjuang Mengangkat Martabat Pelancongan Malaysia

* Penyertaan adalah terhad kepada 5 org peserta sahaja.
* Jika berminat, sila emailkan kepada kami at Malaysianbackpackers@yahoo.com untuk tindakan selanjutnya.

Butiran lanjut sila klik di sini



Posted in |

2 comments:

  1. Aleeya Says:

    bestnye ...semoga slmt pegi n slmt pulang!

  2. Mak Su Says:

    eh! bagus ler program ni, tapiiii saya takut pacat.... how to join?