Seminggu yang PADAT!

Sudah seminggu saya mempunyai jadual yang padat.. keinginan untuk menulis dan berkongsi pengalaman yang dialami tidak dapat disempurnakan lagi kerana faktor masa.. sewaktu saya mengemaskini blog ini.. saya masih berada di Bangi.. berikut adalah rentetan ringkas.. minggu yang padat dengan aktiviti..


Jumaat, 7hb Mei 2010 - Bertolak dari Senai Airport ke KLIA, dan menghala ke KL Sentral melalui ERL, dan mengambil komuter ke Rawang dan berpindah ke komuter lain ke Kuala Kubu Baru untuk menyertai Ops LOCO anjuran Tourism Selangor di sana..


Majlis perasmian Ops Loco di Kuala Kubu Baru.


Kemudian berkhemah di Kem Sinar Dawi, Hutan Simpan Kuala Kubu selama 3 hari 2 malam..


Pada hari terakhir turut serta dalam xtvt extreme iaitu waterfall rappelling ..


Di Bukit Fraser, Pahang dan diraikan oleh Tourism Pahang di Shazan Inn..




Kemudian pagi Isnin nya saya berada di NIOSH Bangi, dan pada hari Khamis sempat melawat Malaysia Airlines, KLIA.. selepas itu saya pulang ke Senai Airport untuk mengambil Linda dan anak-anak untuk di bawa ke Bangi dengan memandu.





Inilah gambar-gambar kami yang terbaru di Equatorial Bangi dan juga di Putrajaya...

Esok (Sabtu).. kami akan bertolak ke Sekinchan, Tg Karang Selangor untuk menziarahi ibu angkat di sana..

Insya Allah.. ada masa.. saya akan berkongsi entri yang lebih details lagi.. Jumpa Lagi..



Posted in |

1 comments:

  1. maiyah Says:

    fuhh.. mmg padat.. syiokk ler.. adus jeles2 huhuu