Sambutan Hari Ayah

Sambutan hari ayah untuk kami secara ala kadar jer.. kami menonton Toy Story 3 versi 3D di Today’s Mall Ulu Tiram, pawagam 3D pertama di Johor, Ammar dan Aiman memang excited untuk menonton versi 3D ni buat kali pertama.. kalau ikutkan saya pernah menonton 3D malah versi 4D sewaktu melawat di Universal Studio Japan suatu ketika dahulu.


Saya telah menempah tiket sehari sebelum hari tayangan, oleh itu sewaktu kami sampai 1 jam awal, tidak ler ramai orang beratur, dan tempat duduk agak strategik di tengah-tengah untuk mendapat kesan 3D dan audio yang bersesuaian..



Masa 1 jam awal, tak tahu nak kemana2 sebab mall ni baru dibuka.. takder tempat makan yang menarik untuk kami lawati.. lantas kami melepak la di cyber café bersebelahan panggung.. dan masing2 pun buka la facebook.. huhuuhu..








Hampir jam 2:15, dah mula ramai orang.. hanya 2 kaunter untuk membeli pop corn dibuka… oleh itu kami masuk panggung tanpa pop corn gara-gara dah excited.. sebelum masuk diberi 3D glasses untuk dipakai.. wah mula la Ammar dan Aiman bergaya.. kelakar la..

Agak selesa tempat duduk di situ.. Cuma luasnya agak kecil berbanding di TGV Tebrau City.. sebelum wayang bermula.. ada la tunjuk klip 3D.. memang menarik sekali.. Ammar dan Aiman tekun menonton.. dan Linda pula kusyuk melihat.. huhu…




Toy Story 3 bermula.. perghhhh.. tak perlu saya bercerita tentang jalan ceritanya.. memang terbaik dan sangat berbaloi-baloi… ini lah filem animasi yang terbaik dari segalanya.. betul betul markah saya beri 10 / 10 … walaupun di penghujung cerita agak sedih.. dan Linda pun mengalirkan air mata.. huhuu…memang sedih..




Selepas tamat cerita.. kami segera keluar dari situ untuk makan tengahari.. mulanya plan nak ke Mc D… namun saya melencong ke Setia Tropika untuk ke Restoran Beryani Gam di situ, namun hampa restoran tersebut tutup dan kemudian Aiman mencadangkan sepaya makan di Restoran ZZ Sup Tulang di situ.. ermm sedap dan enak… pandai Aiman..

Inilah sambutan ala kadar kami sempena hari Ayah.. memang puas hati dan rasanya kami mahu menonton filem Toy Story 3 versi biasa pula.. hehe.. terima kasih Linda, terima kasih Abang dan Adik.. sayang kamu semua...








Posted in |

3 comments:

  1. nanonano Says:

    ape beza menonton & melihat??
    huhu :p

  2. maiyah Says:

    ececeh.. ala kadar kunun ngeh ngeh.. meriah tu..
    almt hr bapa..

  3. ch@ Says:

    ngape cam tak ikhlas je type entry ni haha, selamat hari bapa enAzman ;)