AL-FATIHAH
Posted On Wednesday, December 08, 2010 at at 6:52 PM by KasawariSewaktu Kasawari sedang bermesyuarat di tempat kerja, Kasawari menerima panggilan telefon dari Sis Lin memberitahu tentang berita sedih iaitu abang ke-3 kepada Che Mat Gebu telah kembali menemui Allah, dan dalam masa yang sama Che CT dan Ret juga mengirim sms tentang berita sedih ini. Lantas Kasawari dan Linda serta Sis Lin bergegas ke Sedenak untuk melawat jenazah, kami tiba hampir jam 12:00 tengahari, dan jenazah telah selamat disembahyangkan di masjid dan telah dibawa ke tanah perkuburan yang berdekatan.
Tiba di kawasan perkuburan jenazah telah dimasukkan ke liang lahad, suasana sedih menyelebungi keadaan di situ dengan isteri dan anak-anak arwah juga ada, Kasawari juga tidak dapat menahan sedih kerana mengenali arwah yang berniaga di pasar malam di sini, 2 minggu lepas baru Kasawari ke pasar malam, bertanyakan pekerjanya tidak kelihatan arwah ketika itu, diberitahu arwah meniaga di pasar malam di tempat lain ketika itu. Arwah memang seorang yang peramah dan ada satu ketika Kasawari ditegur oleh arwah kerana waktu itu Kasawari terpakai baju terbalik ketika ke pasar malam.
Setiap yang hidup pasti akan mati, semoga arwah ditempatkan di sisi golongan para anbia dan syuhada dan dicucuri rahmat. Buat isteri arwah dan anak-anak, semoga tabah menghadapi dugaan ini, tidak lupa juga takziah buat Abak, Mak Yah dan juga Che Mat Gebu serta keluarganya..
Al-Fatihah untuk arwah Hamdan bin Ibrahim..


sempat juga kowang sampai ke sana kan....
ako terkejut gak dpt sms dari kak ct, terus ako call lin, ghope nyer dia pun x tahu.. tu yg ako sms ko sekali soh call confirmkan...
al-fatihah
Takziah..Al-Fatihah..
Itu le terkejut aku...mmg pg td x bukak dn tak on pun YM..klu tak mmg dpt le jgk alert awal2..tp xpe nsb baik jugak smpt jumpa kan..:)
TAKZiAH. giliran kita akan tiba juga satu hari nanti. kita perlu bersedia.
AL-Fatihah.