Malaysian Bacpackers Club: Selangor Homestay Part 2 (akhir)

Selepas Magrhrib, kami segera berkumpul untuk bertolak ke Sungai Nibung bagi program seterusnya iaitu upacara perasmian dari Tourism Malaysia, ucapan demi ucapan ditujukan, aku tetarik dengan ucapan President MBC iaitu En Martias kita, dia menyatakan ahli MBC dengan menyertai program ini dapat mempromosikan lagi Homestay di situ dengan kempen mulut ke mulut dan gambar-gambar yang diupload di facebook masing-masing menjadi satu sumber untuk promosi. Team Alahai Fafau pun tiba untuk rakam seterusnya.

ucapan dari Mr President...


Masa yang ditunggu pun telah tiba, upacara makan nasi ambeng memang ku tunggu-tunggu.. agak unik nasi ambeng di sini dibandingkan dengan di Johor, yang pertama.. sambal gorengnya takder tempe, pastu pulak ada rempeyek kacang yang menambahkan kelazatan.. Seronok makan ramai-ramai ni, apa lagi makan membelakangkan fafau.. he he.. bila lagi nak makan dekat-dekat dengannya.. ha ha.. cuma bagiku kuantiti nasi ambeng tersebut tidak setimpal dengan 4 orang yang makan.. pada aku la.. seharusnya kuantiti tersebut dikurangkan untuk mengelak pembaziran atau guna dulang yang luas sedikit kot.. jadi leh makan dalam 5-6 orang...

nasi ambeng yang mengiurkan...


sempat bergambar dengan Fafau.. he he

Selepas makan nasi ambeng, masing-masing dah kekenyangan tahap dewa-dewa.. he he.. lantas kami dijamukan dengan pertunjukkan wayang kulit Jawa.. perghhhh.. memang mengasyikkan.. mula-mula agak ramai jugak penonton.. lambat laun.. dengan ketidak fahaman apa yang ditonton.. masing-masing mula mengangatkat punggung untuk aktiviti sendiri.. aku sempat berbual-berbual dengan Sis Linda Buang dari Singapura, mula-mula aku mengagak kat mana pernah nampak Sis ni.. rupanya dia pernah menjadi artis di SBC (nama RTM bagi Singapura) satu masa dahulu, peramah sungguh Sis Linda Buang kita..

pertununjukkan wayang kulit..


makan nasi ambeng beramai-ramai .. tak dapat makan sedulang dengan fafau.. he he

Tok Dalang semakin bersemangat dengan cerita wayang kulitnya.. sampaikan aku rasa.. dia dah terlajak waktu kot.. dan aku juga turun serta mengangkat punggungku dan sempat juga bergambor dengan Fafau.. he he.. selepas itu aku pun bertukar arah dan melayan persembahan di belakang (depan?) pentas melihat dan mendengar pakcik-pakcik bermain alat gamelan.. dengungan bunyi gamelan sangat mengasyikkan.. sehingga satu tahap aku turut nak buat head banging.. he he..

geng MBC bergambar bersama-bersama Fafau dan Minah Gebu kot.. he he

Selepas itu, persembahan dari kumpulan MBC iaitu tarian poco-poco yang berterabur sedikit.. ha ha.. mana tak.. main tangkap muat jer.. tapi ada gak ahli yang tahap skill kepocoannya memang hebat.. he he.. tapi sempoi la.. best gak.. cuma nasib baik tak terkeluar dari konsert kalau masuk AF.. he he.. Selepas itu team Alahai Fafau mengadakan pertandingan makan nasi ambeng untuk team MBC.. kelakar part ni.. ikutkan mereka menggesa aku masuk.. taknak lah.. nanti masuk tv glamer plak.. lagi pun mesti tak senonoh wajah ku makan melahap nasi ambeng.. dan terus terang.. aku dah kenyang gila tadi makan nasi ambeng. At last.. group kak maz menang dan dapat ler sorang Rm50.. tahniah.. cuba lagi ya bagi mereka yang tak menang.. he he..

Selepas penduduk kg dipoco-pocokan dan pertandingan makan nasi ambeng. tamatler acara pada malam itu, dan kami beramai-ramai bergotong royong mengemas kan peralatan disitu. Kami pulang ke Papitusulem dan tiba hampir jam 12 malam di rumah Ibu, aku agak keletihan walaupun niat untuk berbual-bual sambil menonton tv.. akhirnya aku terlena dengan nyenyaknya..

aksi adik adik ku di depan rumah ibu..


Hari kedua di sini dihidangkan dengan sarapan nasi lemak.. ermm sedap sekali makan ramai-ramai ni.. dan selepas bersarapan.. kami sempat menunggang motorsikal pusing keliling bendang dalam 1 round jer.. survey2 katakan.. kemudian kami mengisi minyak motor di kedai berdekatan.. tak silap 1 botol tu dua hengget lebih kot.. Selepas itu kami ke pusat berkumpulan untuk menunggu ketibaan geng motor dari motor vespa, kapcai, motor besar kecik semua ada.. dari RD Club, SEC, dan macam-macam lagi.. perghh memang teruja tengok geng2 motor ni sampai.. dan abang2 dan adik2 motor ni semua gerek2 belaka.. Aku tertarik dengan sebijik vespa merah jambu tu.. lantas bergambo ler.. dan gambo tu sekarang dah jadi picture profile di FB ku.. he he..

team motor besar sikit..


team motor klasik sikit..

jom jom.. jalan2 cari makan..


Serapan sesi minuman ringan (makan lagi).. kami dipecahkan mengikut kumpulan untuk sesi gotong royong.. kumpulan ku diketuai oleh ibu sendiri dan pakcik jiran sebelah, kami ditugaskan untuk mengecat balai di situ, sebelum aktiviti dimulakan.. kami berpoco-poco lagi.. ha ha.. habis abang-abang motor dipoco-pocokan.. he he.. keletihan bergotong-royong (yeker?) menyempatkan ku untuk memetik kelapa yang berdepan dirumah ibu.. perghhhh.. asyik sungguh minum air kelapa pandan dengan ais dan gula di waktu panas2 begitu.. anak angkat jiran sebelah pun turut serta dalam sesi meminum air kelapa ni.. hehe..

abang moto dipocokan oleh geng MBC..


bergotong royong...


aksi memetik kelapa.. he he


Selepas itu, kami menyetart motor dalam 4 bijik dan pusing2 kampung dan bendang... seronok time gini.. dan sempat membajakkan diri di bendang.. ha ha.. entah siapa punya bajak ditinggalkan hidup enjinnya.. huhu.. dan kami sempat berkunjung di salah sebuah rumah ditepi bendang yang agak unik.. diceritakan rumah ini pernah menjadi lokasi penggambaraan sebuah drama.. dan sempat juga kami menziarahi makcik yang uzur di rumah tersebut, ceria sungguh makcik tersebut menerima kunjungan kami..


sesi meronda kampung.. tegak jer shai bawak tu.. he he


petani moden.. yok yok bajak..


rumah yang tenang...


Selepas itu, kami berkumpul semula di pusat berkumpul untuk sesi makan tengahari.. sehingga kan aku terlupa nak mengambil gambar akibat lauk pauk yang begitu menyelerakan.. seronok makan ramai-ramai begini dengan geng MBC, penduduk kampung serta geng2 motor.. Selepas makan dan bersolat, kami mulakan acara konvoi bermotorsikal beramai-ramai, part ni yang paling best.. sebab ibu yang jadi leader dan aku penunggang di depan sekali.. .cewahh.. macam Valentino Rossi gitu.. he he.. kami pusing-pusing ke jeti berdekatan, begitu asyik pemandangannya dan ramai ler ahli kelab Zahid berwarna oren ni bergambar sakan.. he he.. macam-macam aksi ada..


di jeti kuala...

bersama ibu dan adik-adik ku..


acara konvoi beramai-ramai..


Kemudian kami berkonvoi mengelilingi bendang sehingga tali air utama di situ.. sayang sekali sawah bendang tidak menghijau.. kalau tak mesti cun gila suasana di situ.. tengok ler.. masing-masing dengan aksi sendiri sehingga ada yang masuk "longkang" untuk begambar.. he he..


baik-baik.. jatuh longkang kang.. he he..


beli beli beli... jangan rasa jer.. he he

Selepas itu, kami singgah di kedai IKS yang menjual dan mebungkus makanan ringan berbentuk kerepek dan sebagainya.. dan sempat juga aku mencuba untuk membungkus kerepek di situ.. semua mereka ramah tamah jua.. dan setiap jualan di situ ada balang yang boleh dirasa.. harap2 ramai yang merasa dan mebeli juga.. he he

sila lah rasa...


banyak sangat tu.. rugi kami nanti.. he he


Saat untuk berpisah telah tiba, dan kami sempat bergambar sekeluarga di depan rumah ibu, agak terkilan kerana ayah bekerja.. dan tidak dapat untuk bersalam perpisahan.. aku dapat melihat raut wajah ibu yang agak kesedihan.. dan ibu berpesan agar tidak lupa mereka di situ, dan jika ada kelapangan untuk datang singgah di rumahnya bersama keluarga. Pastinya satu hari akan ku kembali lagi ke sini..

sesi bergambar bersama keluarga angkat..


sebelum melangkah pergi.. aksi backpacking mesti ada.. he he


ni saper yang backpackers ni.. he he


salam perpisahan...

sebelum balik.. amik gambo ala-ala backpackers sikit..


Kami berkumpul di balai raya utama untuk upacara perpisahan dalam suasana sedih dan gembira.. dan kami dibekalkan dengan ole-ole dari ajk kampung di situ.. setelah itu.. kami terpaksa meninggalkan Papitusulem dengan sedihnya.. lambaian terakhir kami dari dalam bas.. meyebabkan ada keluarga angkat mengalirkan air mata.. huhu.. pastinya kami akan kembali lagi.. dalam perjalanan ker KL.. aku melayani gambar-gambar dari kamera digitalku.. tersenyum sendiri melihat kenangan manis di sana.. tiba di MATIC, KL kami sempat mengucapkan selamat tinggal sesama kami, walaupun kami baru sahaja bertemu dalam waktu 2 hari, keriangan tetap terserlah.. semuanya baru untuk aku.. walaupun ditemani oleh Shai.. he he.

tiba di MATIC Jalan Ampang..


Dari stesyen LRT Dang Wangi, aku turun di stesyen Masjid Jamek dan berjalan kaki ke puduraya, niat untuk menukar tiket dari jam 9:45 malam ker 8:30 malam tidak kesampaian kerana tiket kehabisan.. jadi terpaksa la aku melangok di pudu raya.. bagus juga ada ruang menunnggu di bahagian atas yang selesa dan berhawa dingin dan dapatler mengelak bau asap diesel jika menunggu di bawah.

di Puduraya... tempat menunggu di bahagian atas..


Tiba di hentian Macap jam 1:00 pagi..


Bas bertolak tepat jam 9:45 malam.. dan sekali lagi aku melayani gambar-gambar di kamera digitalku... tersenyum dan juga ada perasaan sedih.. akibat kepenatan aku terlena dari Seremban hingga lah ke perhentian Macap, dan aku turun di Skudai dan isteri terchenta menjemputku pulang dan selamat tiba di rumahku tepat jam 2 pagi, dan aku berkongsi gambar untuk tatapan isteriku dan sempat juga online Facebook... akhirnya tidur pada jam 3 pagi untuk bersiap kerja untuk pagi Isnin itu... gelak ketawa rakan MBC masih lagi kedengaran.. ha ha... Tahniah untuk MBC.. semoga kita berjumpa lagi.. ! Terima Kasih Tourism Malaysia..!

Klik di sini untuk gambar selanjutnya.



Malaysian Bacpackers Club: Selangor Homestay Part 1



Jumaat, 19 Feb 2010.. macam nak buat berita suratkhabar pulak. he he.. ok ler.. balik kerja hari Jumaat tu.. terus packing lebih kurang.. oleh kerana jangka masa mengembara aku hanya 2 hari 1 malam.. jadi takler banyak sangat pakaian dan barangan yang dibawa, cuma kali ini berbeza sedikit iaitu dengan gaya BACKPACK.. cewaah.. nampak macam pengembara jalanan sajer.. Tepat jam 11:30 malam, aku keluar ke Stesyen Keretapi Kulai, Johor. Tiba di sana, kelihatan beberapa penumpang yang sudah menunggu keretapi, turut serta ialah isteri terchenta dan juga ibu mertua ku.. cewaah.. anak menantu nak jalan jauh katakan.. dan juga adik2 iparku.. perghh macam nak antar orang gi haji pulak... kucing pun turut sama ada.. he he


wajah semangat sebelum bertolak

isteri terchenta turut serta menghantar.. kucing pun ada.. sheiro dah mamam?



stesyen KTM kulai


Keretapi tiba tepat jam 12:30 pagi, sedih jugak nak meninggalkan isteri terchenta, ikut perancangan isteriku akan turut serta, oleh kerana ada tugas kerjanya, terpaksa la kali ini aku berseorangan menggembara. Ini lah kali pertama aku menaiki keretapi jenis katil.. perghh memang bagus ya katilnya.. selesa untuk baring.. cuma kepanjangan katil tu betul-betul sepanjang 1.8 meter kot di mana ketinggian aku ialah 1.82 meter.. huhu... oleh itu terpaksa ler membengkokkan kaki ku..

Dalam perjalanan berbagai-bagai macam bunyi ada.. patutler jurujual tiket beritahu bahawa katil ku dekat dengan pintu dan akan menghasilkan bunyi yang agak bising.. terutama apabila pintu antara gerabak terbuka .. itu belum lagi dengan hasil bunyi dari mereka yang tidur berdengkur.. huhu..

gerabak tidur.. he he

wajah seorang backpackers.. huhu


panjang katil kecik dari size badan

Aku tersedar sewaktu pengumuman di stesyen Kajang.. ermm terlena hampir 2 jam sahaja.. dan tepat jam 6:30 pagi.. tiba di Sentral Kuala Lumpur.. ramai juga penumpang yang turun di sini, terus aku ke bilik mandi di Sentral di mana pernah aku menggunakannya satu ketika dahulu. Bilik mandi ni sungguh selesa, dengan bayaran Rm5 jer.. kita akan dapat kunci dan bilik persalinan kecik.. tekanan air dari showernya pun sungguh kuat sekali. Selepas bersalin (menukar baju).. terus ke surau di situ dan selepas itu menaiki LRT ker Dang Wangi. Tengok dalam LRT ramai yang masih lalok di awal pagi sabtu itu.

tiba di Sentral KL

bilik mandi Sentral KL..


lepas mandi.. he he


shower..

dan tempat bersalin..


tiba di Stesyen Dang Wangi

Sepi jer...


jalan kaki ke MATIC

MATIC, Jalan Ampang..

cantik..


Dari stesen LRT Dang Wangi, aku terus berjalan kaki melalui jalan berhampiran menara KL dan tiba di MATIC jam 7:30 pagi.. cewahhh.. belum ramai lagi peserta-peserta "PLKN" ni.. yang ada cuma jurumekap artis kita (Fazreen Azrin Shah) dan 2-3 orang jer , dan Shai juga sudah menunggu di sana.. selang berapa minit satu persatu peserta datang dengan cara masing-masing.. ada yang dari Kelantan, ada yang dari sekitar KL dan sebagainya.. masing-masing masih malu-malu kucing dan agak tidak kebrutalan mengawal kelakuan masing-masing.. cuma aku terperasan apabila sebuah myvi putih tiba.. agak brutal jugak geng2 myvi ni.. he he.

peserta "PLKN" he he

Diringkaskan.. kami bersarapan di Hotel Concorde.. opss salah.. di warung mamak celah berdekatan Hotel Concorde.. huhu.. agak santai makan di sini.. dan perserta-peserta dah mula beramas mesra antara satu sama lain.. apa lagi dengan keramahan fazreen kita tu.. selepas sarapan.. sesi pendaftaran dan bergambar bermula.. kemudian sesi taklimat dari Presiden Malaysian Backpackers Club (MBC) dan juga dari wakil Tourism Malaysia yang comel lagi ayu.. he he..
sesi mengeteh (kredit pada MBC photo)

Lebih kurang jam 10 pagi, dua bas bertolak dari MATIC dengan kapasiti lebih kurang 60 peserta.. ada peserta yang saat2 akhir mengundur diri atas sebab2 peribadi dan mungkin pelepasan dari pada ibubapa masih tidak dapat.. he he.. Perjalanan agak lancar dengan masing-masing dengan group masing-masing, cuma diberitakan bas pertama agak aktif sedikit.. he he.. dan diberitahu ahli MBC perlu membuat persembahan ketika majlis perasmian di sana.. akhirnya idea poco-poco terhasil.. ermmm.. orait gak..

taklimat dari Tourism Malaysia..

taklimat dalam bas..

tiba.. wajah-wajah ceria..

Dalam jam 11:30 tengahari, kami tiba di Papitusulem, Parit Tujuh Sungai Leman (Parit Pitu Sungai Leman – dalam bahasa Jawa), ketibaan kami di sambut oleh ajk kampung dengan paluan kompang dan gendang serta bunga manggar.. agak terharu dengan sambutan penduduk kampung terhadap kami.. rata-rata mereka semuanya ramah dengan senyuman.. dan kami dihidangkan dengan pencak silat dari anak-anak muda di situ.. sungguh terhibur dengan aksi mereka.

peserta MBC..



sambutan kompang..


sambutan pencak silat.


kami kagum dengan sambutan penduduk..

Kemudian kami dibawa masuk ke Balairaya berdekatan dan majlis dimulakan dengan bacaan Doa dan juga ucapan perasmian dari wakil Malaysia Tourism (Selangor & Putrajaya) dan juga wakil dari Homestay Papitusulem serta ucapan dari Presiden MBC.. selepas itu upacara penyerahan anak angkat dimulakan dengan masing-masing berebut-rebut untuk mendapatkan ibu-ibu dan bapa-bapa angkat.. terutama apabila wakil Papitusulem menyebut rumah mereka berdekatan sawah, berdepan dengan laut dan berjiran dengan anak-anak dara.. he he.. Aksi keramahan sudah mula timbul diantara peserta MBC dan juga ibu-ibu dan bapa-bapa angkat masing-masing. Kelihatan juga Farah Fauzana datang menyinggah untuk program Alahai Fafau di tv9 kelak..

majlis pembukaan dan penyerahan..


wajah-wajah ceria...


Ibu Angkat ku... !!


jamuan makan tengahari di bawah surau..


menyelerakan..


anak dan ayah angkat..


Selepas itu, kami dijamu dengan masakan jawa yang enak lagi berzat.. nasi berlauk ulam serta umbut kelapa dan juga ayam goreng ala jawa.. sungguh menyelerakan aku dan rakan-rakan yang lain.. apatah lagi memang waktu itu.. aku sungguh lapar.. kelihatan kemesraan antara keluarga angkat dan juga peserta MBC. Selesai makan tengahari, kami bersolat di surau di situ dan selepas itu.. kami di bawa ke Kampung Batu 23, Sungai Nibong untuk program rewang nasi ambeng.. walaupun ketika itu panas membara.. semangat untuk bergotong royong juga membara.. walaupun pada awalnya tak tahu nak buat apa.. he he.. last2.. masing2 mengambil tempat untuk merewang dan juga berdiri sambil menonton.. he he.. kemudian krew Alahai Fafau pun tiba untuk sesi rakaman.. inilah first time dapat tengok Fafau secara dekat.. ermm cantik dan manis ya.. he he.. adalah sesi memasak rempeyek kacang dan juga memasak serunding.

rewang nasi ambeng..


rakaman alahai fafau..


fafau sedang memasak.. he he


Aku sempat juga menyumbang tenaga dari awal hingga akhir untuk sesi memasak sambal goreng jawa ala Sekinchan.. agak berbeza dengan sambal goreng jawa ala Kulai.. yang paling aku pelik.. ketiadaan tempe dalam sambal goreng jawa.. ermmm mungkin ada alasan kenapa sambal goreng tersebut tidak ada tempe.. agak lengoh tangan ku mengawah sambal goreng jawa ni.. sambil ditonton oleh rakan-rakan yang lain.. terutama Kak Maz dengan kisah Alor Gajah dan juga Alor Star.. ha ha.. lawak betul ko Kak Maz..


acara mengawah sambal goreng..

Habis jer mengawah sambal goreng.. aku berbual-bual dengan makcik2 di situ, mereka tertanya-tanya bila penyerahan anak angkat akan dilakukan.. lantas aku menerangkan hampir 85 peratus telah dibahagikan di Papitusulem kerana kehadiran peserta tidak seratus peratus.. mereka sedikit kecewa kerana mereka merasakan akan menerima anak angkat.. jadi aku harap.. untuk event akan datang kita pastikan kedatangan 100% dan pembahagian mengikut perancangan.. tapi kebiasaannya kita mampu merancang..

Dalam perbualan.. ada la juga seorang makcik itu bertanyakan umur aku.. lantas aku menjawap.. aku dah ada anak bersekolah darjah lima, terus dia bertanya kawin umur berapa?, aku jawap umur 24 tahun dan dia menanyakan umur ku.. lantas juga aku menjawap umur ku 38 tahun.. makcik-makcik di situ sungguh tidak percaya.. he he.. dia tanya apa rahsia orang kulai awet muda.. ha ha.. mungkin makcik tu tak perasan uban di rambut ku kot.. he he

ubi rebus! minum petang..

Selepas nasi ambeng direwangkan, persiapan untuk peralatan wayang kulit dan gamelan dibuat, aku kagum dengan konsep Wonderpets yang diamalkan oleh penduduk di situ.. apa yang penting?? kerjasama!!..

Aku sempat berjumpa dengan Blogger Taufiq (Topek Msjbox) yang tinggal berhampiran.. inilah pertama kali jumpa Fiq.. peramah juga orang nya dan manis budi bahasa nya.. cewaahhhh.. maaf ler Fiq.. tak sempat nak melayan ko kerana aku jugak tetamu di situ. Minum petang kami dihidangkan dengan ubi rebus bercicah kan sambal ikan bilis yang agak pelik dan hangat bak hot fm.. huhu.. makin pedas.. makin aku bedal ubi rebus ini.. air oren jangan dikata lagi ler.. bercawan-cawan telah ku minum.. dan berderap-derap bunyi ais ku kunyah.. huhu..

gaya tok dalang.. he he (kredit pada MBC photo)


bersama Taufiq.. blogger Msjbox..


persiapan pentas...

Kami pulang ke rumah keluarga angkat lebih kurang jam 6:30 petang dengan keletihan yang amat berbaloi sekali.. saat untuk beramah mesra dengan keluarga angkat begitu singkat kerana kepadatan program.. tapi sempat juga Ibu menjamu mee sop kepada kami, kami berempat ditempatkan di rumah Ibu yang sangat peramah.. lokasi rumah yang berhadapan dengan sawah serta taliair sangat menenangkan jiwa ku.. inilah saat untuk melupakan tentang kerja.. kebetulan rumah kami bersebelahan dengan anak-anak angkat MBC dan berdekatan dengan pentas latihan silat dan juga balai aktiviti di situ..

KLIK DI SINI UNTUK GAMBAR-GAMBAR YANG LAIN

Bersambung........