Malaysian Bacpackers Club @ Cuti-cuti 1Malaysia Travel Fair

2 hari yang lepas, saya membantu rakan-rakan Malaysian Backpacker Club (MBC) menyertai pameran Cuti-cuti 1Malaysia Travel Fair di City Square, Johor Bahru anjuran Tourism Malaysia. Kegigihan majlis terttinggi MBC KL yang tiba dari Kuala Lumpur pada tengah malam Sabtu amat dikagumi.. dengan peralatan yang minimum.. booth MBC dapat dihiasi dengan bunting dan floordrop MBC..




Para pengunjung diberi kesempatan untuk memahami konsep backpackers dan pada masa yang sama dapat mendaftar diri untuk menyertai kelab kami ini dengan percuma, malah jualan t-shirt backpackers seperti goreng pisang panas begitu juga dengan car sticker yang dijual..





Inilah orang kuat Backpacker kita.. dimana demonstrasi menggunakan backpack ditunjukkan sewaktu mereka hendak mengemas pulang.. alamak.. lagi sorang mana ek.. dengar-dengar backpack dia ringan semacam jer.. he he



Kegigihan dan usaha mereka amat berbaloi dan booth MBC menjadi tarikan utama pengunjung di sini.. walaupun penat dan letih, namun berkat ketabahan.. kami dapat menyediakan bahan pameran dan informasi mengenai backpackers kepada para pengunjung terutama dari sekitar Johor


Bagi mereka yang berminat untuk menyertai MBC bolehlah lawati facebook kelab ini di sini.




Nostalgia... 1991..


Pertama kali untuk rakan baik ku Azmi (Jibam) aku mintak maaf ler bubuh gambo nostalgia ni kat blog aku.. he he.. tapi aku dah kaburkan pemandangan yang tak manis mata dipandang tu.. ha ha.. Apa pun niat aku bubuh kat blog ni ialah mengenangkan kembali kenangan ku bersamamu.. he he

Gambo ini kalau tak silap dicandid pada tahun 1991 lebih kurang bulan Julai, sewaktu itu, kami berdua menyewa rumah di Kg Baru, KL entah apa nama jalan tu aku dah lupa..tapi ianya betul-betul belakang Naza Motor Show Room tu.. tu yang kadang-kadang kalau nak gi kelas.. kami naik Bas Sri Jaya akan lalu la dekat Naza Motor dan berderet2 kereta mewah ketika itu, dan kami masing-masing telah menyechop kereta kami sendiri.. ha ha.. (Jalan Haji Yahya Sheikh Ahmad - setelah aku menggooglemap )

Ketika gambar ini diambil, kami sedang memasang langsir di tingkap bilik sewa kami, itulah satu-satunya tingkap yang ada dalam bilik tersebut.. bilik ini dilengkapi dengan 2 katil tingkat dan sebuah bilik air dan jamban... memadai untuk kami sebagai mahasiswa tahun 2 ketika itu..

Siapa kata aku tak pernah bela rambut panjang.. ?? itu lah rambut ku yang paling panjang aku bela ketika cuti semester tahun 1, dan waktu hari pertama masuk ke Universiti untuk tahun ke dua, dengan rambut begitu.. aku telah dipanggil oleh pak Guard.. dan siap masuk dalam pondok pengawal.. biasala.. kena sound suruh gunting... aduhai.. sayangnya... waktu tu kan tengah musim GQ.. dan kalau tak silap zaman Zainal Abidin dengan lagu Hijaunya tu..

Apa-apa pun memang gambar ni nostalgia sungguh.... pasti aku akan terkenang saat-saat indah bersama rakan sebilik ku ketika itu.. iaitu aku.. Man Panjang, Jibam, Abong dan Jack.. !



Perkhemahan di Batu Layar..

Seminggu yang lepas, aku telah menghadiri sesi "persekolahan" di Bangi, pulang pada hari Jumaat petang, dan keesokkan harinya isteri terchenta pula terpaksa menghadiri kursus selama 3 hari, dan kebetulan.. Sis Lin mempelawa kami mengikuti perkhemahan di Batu Layar bersama keluarganya, oleh kerana ini lah masa sesuai untuk anak-anak bersama dengan anak-anak Sis Lin saya mengikuti sesi perkhemahan tersebut. Kami keluar dari rumah selepas zohor, dan tiba di rumah Sis Lin pada jam 2:30 petang dan terus bertolak menaiki MPV yang telah disaluti kulit di seatnya.. he he.. Abang Sabar keletihan dan mempelawa aku membawa MPVnya sehingga la ke Batu Layar.. suasana sesak di jalanraya terutama dari Ulu Tiram ke Kota Tinggi oleh kerana jalan raya yang diperbesarkan..

Kami tiba di Pantai Batu Layar dan terus memacak khemah yang sebelum ini telah dipacak oleh adik-adik lin berserta maknya..

Inilah khemah yang dipacak.. nampak parasnya lebihkurang 4 kaki dari paras laut.. he he..

Khemah yang dipacak tidak di pantai seperti perkhemahan di Cherating yang lalu, kawasan ini memang sesuai untuk berkhemah.. hanya kemudahan bilik air dan tandas perlu menyeberangi jalan dan keadaan tidak berapa sempurna.. huhu..

Lihat ombak yang berhempas.. dan kapal-kapal yang belayar..

Lihat ler Sis Lin kita yang memancing.. macam jauh jer balingan umpan itu..


Dari hasil lengkongan jorannya.. dirasakan tentu ikan yang besar dan berat..






mesti ikan besar kan..!!!











Ha ha.. inilah ikan yang didapati.. huhu kesian yana jadi tukang bengkok joran.. haha


Anak-anak semua girang gemirang bermain air dan mandi manda..


Selepas sesi memacak khemah, anak-anak dah tak sabar nak mandi manda.. di sebabkan isteri terchenta tidak mengikuti perkhemahan ini.. aku hanya melayani anak-anak dari tepi sambil mengambil gambar pemandangan yang cantik.. ikutkan nak joint mereka mandi manda.. tapi rasa malas nak bilas dan keadaan pasti lekit2.. he he


Satu.. dua.. tiga.. lompat!!

Iyahhh !! macam Kuda Laut jer..


Selepas mandi sesi makan dan minum bermula, keluarga Lin membaca mee hoon dan makanan ringan yang lain.. ermm seronok makan di tepi pantai dengan angin laut yang kencang dan bunyi ombak yang menghempas pantai..


Keseorangan...

Berdua...


Bertiga....


Kemudian sesi mandi manda disambung semula.. aku tertarik dengan usaha murni Ammar dan Amat membina istana pasir.. mereka membina istana menggunakan cawan polistren dan juga botol2 yang ada.. sehingga kan air pasang petang merobohkan istana mereka..


Lihat lah istana pasir yang tak seberapa ini..

Alamak.. air pasang.. ombak nak datang..


Halang ombak namun tiada daya..


Membina benteng untuk menghalang ombak..


Namun.. air semakin pasang.. dan musnahlah istana.. cewaahhh..


Setelah mereka mandi manda.. aku membawa mereka (Aiman, Ammar dan Amat) untuk mandi dan bilas.. telah ku katakan.. keadaan bilik air dia mmg aku bagi markah 2 per 10 la.. tapi apa nak buat.. itu yang dekat jer.. harap pihak tuan punya bilik air tu fikir fikirkan la untuk mengubahsuai bilik mandi tersebut menggunakan shower daripada menggunakan kolam yang bertakung dengan jentik-jentik..

Sebelah malam, kami memasang unggun api.. memang seronok keadaan di situ, dan lin pula memulakan sesi bbq dengan makanan yang enak-enak... Abang Sabar pula dapat memberokband kan ferrari lappy tu.. he he.. dan akhirnay dapatlah bersiaran jua.. he he..


dari sudut khemah ku..


suka benar anak-anak..


menyuluh ketam.. yang tak dapat.. he he

Kami sempat menyuluh ketam yang berlari-lari di atas pasir.. sukar nak tangkap menggunakan sebatang kayu.. hehe.. selepas itu, anak-anak kehausan dan ingin membuang air kecil. Jadi aku bawalah mereka ke tandas yang lebih sempurna di bahagian depan sedikit.. dan sempat juga duduk untuk mengeteh.. namun warung di situ tutup, lalu kami mengotak air jer la..



air kotak pun jadi la.. he he..


duduk dalam khemah makan jajan.. sambil ada tetamu di luar..


Selepas masuk ke khemah.. aku rasa penat dan terus tertidur.. anak-anak pula memang dah penat dan tidur.. namun aku terjaga lebih kurang jam 1 pagi dan terkebil-kebil mengenangkan isteri terchenta.. ceaawahhh... ombak menghempas pantai dengan bunyi yang kuat.. memang kuat..

Keesokan pagi, pemandangan amat indah dari kawasan perkhemahan... ada nelayan memulakan pencarian rezkinya.. dan juga anak-anak muda yang bermain papan luncur di situ..


Nelayan di waktu pagi..


Pemuda yang meluncur..


Pemandangan dari pintu khemah ku...


Peluncur...


Bersarapan..

Air semakin pasang dari semalam, dan aku pun turut sama terjun laut.. he he.. memang sedap mandi laut pagi-pagi ni bersama anak... Selepas bersarapan.. sesi mengemas khemah dimulakan.. dan selepas semuanya berkemas, kami bertolak pulang dan sempat menyinggah di Restoran Nasi Ayam di Kota Tinggi.. memang sedap rasa nasi ayam di situ..

Sampai di rumah Lin.. boleh terlelap semua.. namun anak-anak masih bermain-main lagi.. dan kami selamat tiba dirumah pada jam 5:30 petang.

Terima kasih Lin dan Abang Sabar sekeluarga... lain kali kita boleh camping lagi bersama Linda ya..



Camping di Batu Layar

Nantikan entri selanjutnya.......



Sesi "Persekolahan" bermula lagi..



Bulan Feb lepas, telah bermula sesi "persekolahan" ku selama 22 hari untuk jangka masa 4 bulan di Bangi, aku ditempatkan di salah sebuah hotel yang agak selesa di situ, gambar di atas ialah salah satu pemandangan dari bilik penginapan ku. Ikutkan ini kali ke 3 aku ke hotel ini yang aku rasakan salah sebuah hotel yang mempunyai landskap yang agak cantik. Cuma waktu "persekolahan" tidak dapat untuk menikmati pemandangan dan permandian.


Bersama anak-anak seketika dulu sewaktu bercuti di sini
Mungkin akan datang pastinya akan membawa anak-anak dan isteri ke sini.. walau agak terpencil di atas bukit, namun untuk percutian dan mandi manda serta kemudahan yang disediakan memang berbaloi-baloi..

Minggu depan, bermula lagi sesi "persekolahan" ku... Terima kasih syarikat ku, kerana memberi peluang untuk ku "bersekolah" lagi di sini...