Pertama Kali... semuanya dari MJSBOX

Eitakz & Farhan: Pertama kali jumpa. Pasangan romantik.. riang gembira dan minat pada AF.. ada tiket free nanti leh kasi ek..


Junaidix: Pertama kali jumpa Jun di Msjbox Family Day feb 2008 di Telok Kemang, seorang yang periang, serius juga.. suka mengambil gambar... dan beliau ialah tokey MSJBOX.. hehe

Carneyz: Pertama kali jumpa sama lah seperti Jun iaitu di Msjbox Family Day feb 2008 di Telok Kemang, seorangang yang agak pendiam juga, kadang kala serius dan mengambil berat tentang kesihatan.. sebab waktu di PD tu.. dialah yang menyapu krim nyamuk kat Ammar.. hehe.. betul tak? Pandai menari poco-poco.. huhu


Retna: Pertama kali jumpa Ret di Msjbox Family Day feb 2008 di Telok Kemang, si Ret ni memang periang, banyak duit... ha ha.. yelah kerja tempat duit.. suka skodeng kanak2 di dalam khemah.. kelakar dan suka menyakat orang.. amat gemar pada tabla .. ha ha..

Kika, Nini dan Hezry: Pertama kali jumpa mereka ni.. kalau tak tahun lepas dapat jumpa di Hotel Kasawari.. he he.. keluarga yang riang apatah lagi dengan telatah Nini...

Sis Lin: Pertama kali jumpa waktu hari raya 2008, lin datang beraya ke rumah Kasawari bersama Amat yang pendiam ketika itu.. peramah, pemurah dan juga kelakar... memang tak rugi dapat seorang kawan.. amat komited dengan kerja yang dianjurkan.. berdidikasi dan juga bertongkeng ayam.. hehe..

Shai: Pertama kali jumpa Jun di Msjbox Family Day feb 2008 di Telok Kemang, waktu itu saya sampai.. keluar kereta.. nampak Shai sedang mengemas barang2 cenderahati.. seorang yang serius, perahsia.. hehe.. dan juga berpandangan jauh dan tinggi .. hehe.. pemurah.. dan juga baik hati..

Che Mat: Pertama kali bertemu Che Mat pada Disember 2008 sewaktu Msjbox Camping di Selatan, waktu itu kami semua ke Pandan City dan itulah pertama kali bersua dengan Che Mat, seorang yang serius jika lama sudah mengenali.. perbualan boleh bertambah rancak. Minat dalam bidang fotografi dan perbankan.. he he..

Sodep: Pertama kali bersua sewaktu ulangtahun MSJBOX ke-3 di Restoran Tupai Tupai pada April 2008 jika tak silap, seorang yang periang, peramah, kelakar dan romantik.. hehe.. ingat lagi sodep menumpang kereta saya dari Tupai-tupai ke Maju Junction..

Kawan Sodep: Pertama kali jumpa.

Bro Ross: Pertama kali jumpa di Msjbox Family Day di Telok Kemang pada Feb 2008, waktu itu memang pertama kali aku joint program Msjbox.. kami makan sama-sama dan berbual rancak hal ehwal semasa.. Seorang yang serius dan romantik juga.. hehe.. dan ada kalanya bicaranya selalu menyebut "diaorang"

En Sabar: Pertama kali saya berjumpa dengannya sewaktu saya meraya di rumah Sis Lin pada raya 2008, waktu itu sibuk bebenor En Sabar kita, serius dan sukar untuk mendampinginya.. he he... Seorang yang pemurah, dan kadang kala menyebabkan Linda mencubit saya kerna lawak yang spontan dari En Sabar..


Che CT: Pertama kali jumpa serupa dengan Che Mat di Pandan City, seorang yang kurus, awet muda.. he he.. dan juga periang.. kadangkala serius juga serta romantik dengan kata-kata my lalingnya...

Kiki: Pertama kali jumpa Kiki sewaktu ulangtahun MSJBOX ke-3 di Restoran Tupai Tupai, seorang yang pendiam, berahsia.. hehe.. dan juga sentiasa berlari berlari.. hehe... Kadang kala serius terutama tersalah sebut namanya sebagai Kika.. haha..

Lily: Pertama kali jumpa jumpa samalah dengan Che CT dan Che Mat.. hehe.. seorang yang manja, agak pendiam kot.. dan periang.. pandai menyanyi pun.. he he


Dayah: Pertama kali jumpa Cikgu Dayah di Msjbox Family Day di Telok Kemang pada Feb 2008, waktu itu kalau tak silap.. geng-geng cikgu ni datang malam2 waktu bbq ... waktu makan.. pastu lepas tukar2 hadiah.. diaorang belah.. hehe.. ini kali kedua aku bersua dengannya.. sangat aktif dalam FBnya.. hehe.. tetapi nampak pendiam apabila tidak ditegur..

Kak Norz: Pertama kali jumpa Kak Norz di Msjbox Family Day di Telok Kemang pada Feb 2008, kami sama-sama satu kumpulan J (juara) dalam sukaneka.. seoarang Chef dan juga Novelis yang peramah, riang dan sentiasa tersenyum manis..

Deida: Pertama kali jumpa.



Tahniah ! Msjbox



Salam semua...

Cak ! Alhamdulilah semuanya berjalan lancar, Go go Green..ermmm Hijo?? tobat2..lepas ni Hijo lagi ek? :p
Tahniah bt MsjBox untuk kali ke 5 tahun bersama mu MsjBox kotak chat tu, tp Kasawari guna bru masuk tahun 4 ler, dan juga buat Shai yg telah bertungkus lumus memastikan semua perjalanan event kali ni menjadi, pheww mmg hijo sehijonya semua smlm, dah mcm pokok sena sekali tengok, eeee termasuk Linda..huhuhu.
Ok tak moh cite banyak2 sebab mato dah mengantuk nie, gambo dan cite citi, esok refer pada blog Sis Lin ..tp mcm biasa le gambo album semua upload kt Fb jek ok..sapa2 mau tengok nnti add Kasawari di FB ok..
Sekian saje untuk hari ni..miss u all..da daaaa
**entri copy paste dan adjust sket dr Blog Sis Lin :))





Kunjungan ke rumah abang Kassim Selamat..



Alhamdulillah.. akhirnya tercapai juga hajat aku untuk berkunjung ke rumah "baru" abang Kassim Selamat (KS), sudah masuk Modul ke 3.. sejak aku berkursus di Bangi.. akhirnya sempat jua ke rumah abang KS.. itu pun aku mempelawa Kak E untuk turut serta kerna aku tidak punyai transport ke rumah abang KS.. dan Kak E juga mebawa 2 rakan blogger silent reader (Mahasiswa UKM) untuk turut serta..

Ikutkan ini kali ke empat aku ke rumahnya dan kali ini aku berkunjung ke rumah baru yang sangat selesa bagi dirinya.. rumah ibarat syurga baginya.. Aku kenal abang KS seawal 2007 sewaktu aku bermula berjinak-jinak dengan dunia blog... bersama-sama dengan UncleJ, Fifi dan juga Kak Linn.. itulah rakan blogger yang aku kenali..



Abang KS sentiasa ceria dengan senyum yang manis.. malah tidak kedekut berkongsi ceritanya dan aku tidak jemu-jemu mendengar ceritanya.. aku sentiasa berdoa.. agar abang KS diberikan kesabaran dan ketabahan yang berterusan...

P/S: sedikit profile tentang Abg KS.


    Aku insan kurang upaya (OKU) . Tiada yang istimewa ada pada diriku. Hanya sekujur tubuh kaku yang layu. Sekeping hati yang lesu dan pilu. Secebis kenangan lalu dan sebuah kerusi roda milikku.

      Dengan hanya satu jari aku menekan kibod mencari satu huruf. Dari satu huruf kujadikan satu perkataan. Dari satu perkataan kujadikan sebaris ayat sehingga menjadi sebuah cerita.

    Sebuah catatan hidup, suka dan derita dari insan yang dilahirkan normal tetapi di takdirkan cacat di penghujung hidupnya. Tiada yang istimewa di sini, hanya Nostalgia dan kenangan silam dari pemilik blog untuk di kongsi bersama sebelum mata terpejam dan nafas terhenti..