Seminggu yang PADAT!
Posted On Saturday, May 15, 2010 at at 12:54 AM by KasawariSudah seminggu saya mempunyai jadual yang padat.. keinginan untuk menulis dan berkongsi pengalaman yang dialami tidak dapat disempurnakan lagi kerana faktor masa.. sewaktu saya mengemaskini blog ini.. saya masih berada di Bangi.. berikut adalah rentetan ringkas.. minggu yang padat dengan aktiviti..
Jumaat, 7hb Mei 2010 - Bertolak dari Senai Airport ke KLIA, dan menghala ke KL Sentral melalui ERL, dan mengambil komuter ke Rawang dan berpindah ke komuter lain ke Kuala Kubu Baru untuk menyertai Ops LOCO anjuran Tourism Selangor di sana..
Majlis perasmian Ops Loco di Kuala Kubu Baru.
Kemudian berkhemah di Kem Sinar Dawi, Hutan Simpan Kuala Kubu selama 3 hari 2 malam..
Pada hari terakhir turut serta dalam xtvt extreme iaitu waterfall rappelling ..
Di Bukit Fraser, Pahang dan diraikan oleh Tourism Pahang di Shazan Inn..



Esok (Sabtu).. kami akan bertolak ke Sekinchan, Tg Karang Selangor untuk menziarahi ibu angkat di sana..
Insya Allah.. ada masa.. saya akan berkongsi entri yang lebih details lagi.. Jumpa Lagi..
Kasut Getah
Posted On Wednesday, May 05, 2010 at at 12:48 AM by KasawariPertama kali aku tengok secara live kasut ni sewaktu mendaki Gunung Ledang pada tahun 2009, ada la 2-3 orang pendaki memakai kasut ini, mulanya aku tengok macam tak confident jer kalau pakai kasut getah ni nak mendaki .. yelah.. masa tu tak tahu lagi silok belok tentang kasut getah a.k.a adidas kampung ni... namun demikian, sangkaan ku melesit, waktu itu aku memakai kasut adidas betul beb.. tapi barai sebarainya.. dan mereka yang memakai kasut getah tu steady jer.. amoi pulak tu.. hehe...
Oleh itu, untuk xpdc Ops Loco ke Hutan Simpan Kuala Kubu pastinya aku akan membeli kasut getah ini, di fahamkan laluan di situ banyak melintasi sungai dan agak berair serta licin.. jadi kasut getah lah yang paling mencengkam.. tak percaya.. tanyalah pakcik makcik yang pernah menggunakan kasut ini untuk memotong getah.. harganya tak mahal.. paling murah kalau dapat pun RM3.50 dan paling mahal lebih kurang RM8 jer..
Malaysian Backpackers Club (MBC) : OPS LOCO - Edisi Eko Kembara
Posted On Monday, May 03, 2010 at at 1:35 PM by Kasawari
Insya Allah.. saya akan menyertai Xpdc di dalam Hutan Simpan Kuala Kubu, Selangor, program ini anjuran Pihak Tourism Malaysia : Selangor/ Putrajaya dan sebagai ahli Malaysian Backpackers Club (MBC), inilah peluang untuk menyertai program 3 hari 2 malam yang mencabar ini, saya sempat membuat pencarian di Google tentang cerita kepala keretapi di dalam hutan simpan Kuala Kubu, banyak cerita-cerita yang dipaparkan di blog dan ruangan forum, salah satunya cuba klik di sini_____________________________________________________________________________________
Pihak Tourism Malaysia : Selangor/ Putrajaya akan menganjurkan satu program berbentuk eko-kembara iaitu “Ops Loco”
Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta yang terdiri daripada media, agen-agen pelancongan, agensi kerajaan, badan berkanun, persatuan serta pihak industri yang berkaitan mengenai Kuala Kubu Bharu dan kawasan sekitar sebagai produk pelancongan yang berpotensi untuk diketengahkan.
Melalui program ini, para peserta dapat meneroka dan merasai pengalaman berkhemah di dalam hutan disamping dapat memberi pendedahan dari segi pelancongan, pendidikan dan latihan kepada peserta.
************************************************************
Tentative Program :
HARI PERTAMA~JUMAAT (07/05/2010)
7.30 PG : Pendaftaran di Pejabat TM Selangor/ Putrajaya
9.00 PG : Bertolak dari Pejabat TM Selangor/ Putrajaya
10.30 PG : Dijangka tiba di Kuala Kubu Bharu (KKB)
11.00 PG : Majlis Perasmian
12.30 T/HARI: Makan Tengahari
# Solat Jumaat di Masjid Ar-Rahimah KKB
2.30 PTG : Berkumpul di Kompleks Sukan KKB
#Bertolak ke Hutan Simpan Kuala Kubu
#Singgah di Info Centre Empangan Sg. Selangor
4.00 PTG- : Dijangka tiba di Tapak Kem Sinar Dawi
4.30 PTG : MODUL 1 (SAMPUL)
#Persiapan Diri dan Memasang Khemah
#Solat Magrib
#Makan Malam
#Solat Isyak
9.00 MLM : MODUL 2 ICE BREAKING (WAVE)
MODUL 3 NAVIGATOR
MODUL 4 BELON
10.30 MLM : Minum Malam
MODUL 5 GOKILA
PENGISIAN TITIK MOOD BAROMETER
11.00 MLM : Tidur
________________________________________________________
HARI KEDUA~SABTU (08/05/2010)
6.00 PG : Solat Subuh
#Sarapan Pagi
#Selamat Berjuang Mengangkat Martabat Pelancongan Malaysia
8.00 PG : MODUL 6 – KEMBARA ALAM
#Bertolak dari Base Camp- Kem Sinar Dawi ke Santuari Ikan Sg. Chiling
10.00 PG : Berhenti Rehat
MODUL 7 - PROSA ALAM
10.30 PG : Meneruskan Kembara
11.30 PG : Tiba di Tapak Perkelahan Air Terjun 3 Tingkat
: Aktiviti Bebas
: Makan Tengahari
2.00 PTG : Perjalanan Pulang ke Base Camp Kem Sinar Dawi
MODUL 8 - ABSTRAK
MODUL 9 - FLYING FOX & HIGH LAND TRANSFER
MODUL 10 - TRUST FALL PLATFOR
7.30 MLM : Solat Magrib
8.30 MLM : Solat Isyak
#Makan Malam
#BBQ
MODUL 11- PERSEMBAHAN INDIVIDU KUMPULAN
12.00 MLM : Tidur
______________________________________________________
HARI KETIGA AHAD (09/05/2010)
6.00 PG : Solat Subuh
MODUL 12 - HARI BAR
MODUL 13 - LARIAN UTUSAN HATI
Sarapan Pagi
8.30 PG : MODUL 14 - EKO PELANCONGAN
#Kembara Laman Darurat
10.30 PG : Rehat di Kubu Komunis
MODUL 15 - PERSEDIAAN MENTAL, FIZIKAL
#Kupasan Modul
1.30 PTG : Persiapan Diri
: Jejak Jerat Jinak Jamuan
2.00 PTG : Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kepada Kumpulan Terbaik
4.00 PTG : SAYONARA……..
Selamat Berjuang Mengangkat Martabat Pelancongan Malaysia
* Penyertaan adalah terhad kepada 5 org peserta sahaja.
* Jika berminat, sila emailkan kepada kami at Malaysianbackpackers@yahoo.com untuk tindakan selanjutnya.
Butiran lanjut sila klik di sini


