30062010



Ya Allah…
Sekiranya isteriku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya isteriku ini adalah isteri yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya isteri ku ini adalah bidadari untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya isteri ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya isteri ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya isteri ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya isteri ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya isteri ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai suami
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku suami yang disenangi isteri
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi Suami Mithali
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi suami yang dirahmati
Suami yang dikasihi
Suami yang Mithali
Suami yang sentiasa disayangi
Amin, Ya Rabbi Allamin…….




France tetap di hati...


Walaupun France sudah tersingkir dari persaingan Piala Dunia, namun saya tetap menyokong France untuk kejohanan akan datang... saya bukan lalang.. tapi saya orang!




Sambutan Hari Ayah

Sambutan hari ayah untuk kami secara ala kadar jer.. kami menonton Toy Story 3 versi 3D di Today’s Mall Ulu Tiram, pawagam 3D pertama di Johor, Ammar dan Aiman memang excited untuk menonton versi 3D ni buat kali pertama.. kalau ikutkan saya pernah menonton 3D malah versi 4D sewaktu melawat di Universal Studio Japan suatu ketika dahulu.


Saya telah menempah tiket sehari sebelum hari tayangan, oleh itu sewaktu kami sampai 1 jam awal, tidak ler ramai orang beratur, dan tempat duduk agak strategik di tengah-tengah untuk mendapat kesan 3D dan audio yang bersesuaian..



Masa 1 jam awal, tak tahu nak kemana2 sebab mall ni baru dibuka.. takder tempat makan yang menarik untuk kami lawati.. lantas kami melepak la di cyber café bersebelahan panggung.. dan masing2 pun buka la facebook.. huhuuhu..








Hampir jam 2:15, dah mula ramai orang.. hanya 2 kaunter untuk membeli pop corn dibuka… oleh itu kami masuk panggung tanpa pop corn gara-gara dah excited.. sebelum masuk diberi 3D glasses untuk dipakai.. wah mula la Ammar dan Aiman bergaya.. kelakar la..

Agak selesa tempat duduk di situ.. Cuma luasnya agak kecil berbanding di TGV Tebrau City.. sebelum wayang bermula.. ada la tunjuk klip 3D.. memang menarik sekali.. Ammar dan Aiman tekun menonton.. dan Linda pula kusyuk melihat.. huhu…




Toy Story 3 bermula.. perghhhh.. tak perlu saya bercerita tentang jalan ceritanya.. memang terbaik dan sangat berbaloi-baloi… ini lah filem animasi yang terbaik dari segalanya.. betul betul markah saya beri 10 / 10 … walaupun di penghujung cerita agak sedih.. dan Linda pun mengalirkan air mata.. huhuu…memang sedih..




Selepas tamat cerita.. kami segera keluar dari situ untuk makan tengahari.. mulanya plan nak ke Mc D… namun saya melencong ke Setia Tropika untuk ke Restoran Beryani Gam di situ, namun hampa restoran tersebut tutup dan kemudian Aiman mencadangkan sepaya makan di Restoran ZZ Sup Tulang di situ.. ermm sedap dan enak… pandai Aiman..

Inilah sambutan ala kadar kami sempena hari Ayah.. memang puas hati dan rasanya kami mahu menonton filem Toy Story 3 versi biasa pula.. hehe.. terima kasih Linda, terima kasih Abang dan Adik.. sayang kamu semua...








Selamat Hari Lahir RETNA..


Selamat hari lahir untuk Ret (AKO), semoga panjang umur, dimurahkan rezki, sihat sentiasa dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.. serta .. cepat2 kawin.. hehe..

Ret yang ku kenali seorang yang baik hati huhu.. walaupun ada kalanya gurau sendanya terover-over.. hehe... Pertama kali bersua dengannya sewaktu aku dan anak-anak (ketika itu Linda masih di atas kerusi roda) bersama-sama turut serta dalam Msjbox Family Day 2008, first time tu jumpa geng2 kuat Msjbox.. cepat beramas mesra..

Ret ni jenis tak kisah.. dan juga rajin mencuci kolam ikannya.. waktu di PD, Ret sempat juga menjaga si Ammar tidur dalam khemah, ketika itu aku dan Aiman menonton bola sepak di warung terdekat.. dan tak silap.. dia skodeng si Ammar tidur.. haha..

Gambar di atas ni aku cilok dari Picasa Jun.. hehe.. ni waktu hari ke-2 kami ke Pantai Telok Kemang.. dia gi suruh mamat kat sana lukis gambo dia.. haha...

Apa2 pun Selamat Hari Lahir Ret dari kami berempat, Kasawari.. Linda... Ammar dan Aiman juga.. aku masih simpan lagi pemberian hadiah ko yang rahsia tu.. ingat tak waktu ko datang rumah kami pertama kali tu ... haha.. ko amik gambo kat tepi ferrari aku tu.. pastu ko mms.. terjah la konon haha....

p/s: berikut kaitan dengan ret.. hehe
1) mamat tabla
2) abang polis
3) GERSANG
4) Korea
5) Duit Ringgit
6) BLOG
7) Gen2
8) Sentul
9) Pelangi
10) Makan




Demam BOLA Fifa World Cup 2010



Sana sini kita akan bercerita tentang bola.. mereka yang tidak amik tahu pasal bola pun akan mebolakan diri.. malam tadi saya ke Pandan City.. kelihatan skrin besar diletakkan di ruang makan di situ, ramai yang menonton perlawanan Argentina dan Nigeria, bila Argentina menyerang dan hampir gol.. ramai yang menjerit GOOOLLL! dan bila Nigeria juga menyerang dan hampir gol .. mereka juga menjerit GOOOOLLLL!


Ini Amat.. dia minat Bola.. hari-hari dia nak main Bola.. niat di hati nak tengok France vs Uruguay.. tapi dia sudah tertidur..


Ini anak En CM dan Pn CT.. dia juga minat bola.. dan saya dapat tahu dia minat pasukan Brazil.. atau ayahnya yang telah membrazilkan dia...


Ini Amat lagi.. peminat setia England.. entah bila dia jadi peminat England.. tak tahulah.. yang pasti dia akan tidur jua..



Yang ini pula Yana.. saya tak tahu dia ini peminat bola atau sekadar ikutan.. kalau nak kata dia berjaga malam untuk menonton bola.. tidak juga.. tapi dia masih sempat tidur di kerusi empuk Che Mat Gebu kita... pasti bukan kerana mengantok berjaga malam menonton Bola.. pasti dia tertidur kerana kekenyangan.....





Bergaduh di Danga Bay..



Satu hari.. sedang aku berjalan-jalan di Pantai Danga.. seorang yang berpakai serba lengkap taik kuan do.. cuba mencabar ku untuk beradu.. aku pantang dicabar..

Budak taik kuan do: Yo brader.. nak gaduh ker?

Aku: Woi lu.. kurang asam jawa betul.. lu pehal!!!

Terus kami beradu selama hampir 3 jam.. sengal badan aku gaduh dengan budak yang tak jadi sunat ni.. haha

P/s: perghh aku banyak tinggal blog ni.. banyak entri yang tertinggal.. pastinya aku tetap seorang blogger..



Intifada

Intifada berasal (bahasa Arab: انتفاضة ‎ intifāḍah, "melepaskan diri") ialah satu istilah Arab yang bererti penentangan atau pemberontakan.