||







Cendol Selera Selalu di Pekan Rabu Johor

Minggu lepas, saya berkesempatan untuk pergi makan tengahari di Pekan Rabu di Tampoi Johor.. ermm perlu ingat.. di Johor pun ada Pekan Rabu.. tapi tak seGAH di Kedah... hehe... kawan sekerja menyarankan pekena "Cendol Selera Selalu" .. .. ermmm amat menyelerakan.. lemak2 rasanya..



Inilah kedainya.. cuma saya rasa Pekan Rabu ni agak tenggelam sedikit.. nasib baik pejabat imigresen ada di sini.. jadi orang awam ada lah jugak datang ke mari untuk urusan passport dan juga kakitangan yang ada di situ.. harap-harap dapat ler publisiti lagi untuk mereka ke sini.. jika diikutkan memang agak "sukar" ke sini bagi mereka yang berkenderaan kerana perlu membuat pusingan U di lebuhraya Pasir Gudang jika datang dari arah Utara..