Selamat Hari Lahir buat isteri tersayang...


Selamat hari lahir buat Linda..

"Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.


Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.


Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.


Ya Al Hakiim...berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.


Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.


Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill"

Amin Ya Rabbul Alamin.




Peristiwa terlampau di rakaat ke 6 Tarawikh..


Siaran Ulangan (entri asal pada 21/9/2008)


Suatu ketika dahulu
, saya dan Aiman bersolat tarawikh di surau berdekatan rumah.. selalunya kami akan bersolat 8 rakaat Tarawikh dan 3 rakaat Witir. Menjadi kebiasaannya, saya akan memilih saf yang belakang sekali untuk saya dan Aiman bersolat bersebelahan, kerana Aiman masih lagi kanak-kanak, walaupun di luar ada saf disediakan untuk kanak-kanak, tetapi saya lebih gemar melihat Aiman bersolat di dalam surau di saf yang belakang, kerana kawasan di luar tu sudah menjadi taman permainan kanak-kanak.

Adalah dalam sebaris saf akhir tu orang-orang dewasa dan Aiman sahaja kanak-kanak di barisan saf tersebut. Masuk rakaat yang ke 6, sedang Imam rukuk dan hendak bangun Iktidal.. dan tiba-tiba kedengaran bunyi "bom melepas", nasib baik ler tiada bau cuma bunyi jer kedengaran.. siapalah yang kentut ni.. bisik hati saya, dan kekusyukan sudah hilang ke mana. Pasti lepas salam.. siapa yang bangun amik wudhuk.. dialah yang kentut!

Sehingga tahiyat akhir dan salam, serta bangun untuk rakaat ke 7, tiada seorang pun yang bangun keluar untuk mengambil wudhuk.. dan masing-masing ikut untuk takbir rakaat ke 7, malah saya berpandangan dengan Aiman.. sambil membisik padanya "Abang kentut ker?" , cepat Aiman menjawap.. "Takder lah ayah!".. Mesti ada salah seorang jemaah ni dah batal wudhuk tapi meneruskan untuk bersolat kerana tidak mahu mengaku dia lah yang kentut.. ermmm..

Habis tarawikh.. terus saya ajak Aiman pulang, Aiman tanya pada saya " Ayah.. tak solat witir ker?".. saya menjawap.. " Kita witir kat rumah jer lah abang".. Aiman agak pelik.. selalu saya akan witir di surau.

Dalam kereta pulang dari surau ke rumah.. Aiman bertanya pada saya "Ayah siapa yang kentut tadi.. ? kenapa dia tak amik wudhuk semula?" ... Saya pantas menjawap.. "Ayah ler yang kentut!"

p/s: "don't try this at" surau/masjid





12/08/2010: Selamat Hari Lahir Muhammad Ammar


Selamat Hari Lahir yang ke 7 tahun untuk Ammar..
Semoga dipanjangkan usia,
Dimurahkan rezki,
Sihat sentiasa,
Belajar rajin-rajin,
Dan menjadi anak yang soleh..

Amin...




Selamat Berpuasa...



Untuk kawan-kawan yang belum hafal niat puasa ni.. boleh ler dengar clip Raihan di atas.. jangan pulak menyanyi sahur-sahur ni..

Selamat berpuasa untuk rakan-rakan semua..

Marhaban ya Ramadhan,
bulan dimana nafas kita menjadi tasbih,
tidur kita menjadi ibadah,
amal kita diterima dan do'a kita di ijabah,

Sebelum cahaya syurga padam,
Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu tobat tertutup,
Sebelum Ramadhan datang,
saya mohon maaf zahir dan batin....

Taqqobalahu Minna Waminkum,
Taqoballahu Ya Karim,

Marhaban Ya Ramadhan
Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan