Pohon di Singapura
Posted On Saturday, December 18, 2010 at at 8:27 PM by KasawariBaru-baru ini kami sekeluarga ke Singapura untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu-sepupu ku di sana, majlis tersebut diadakan di Bedok, manakala salah seorang pasangan pengantinnya di Pasir Ris, kami semua berkesempatan untuk menghantar pengantin di Pasir Ris..
Sedang kami leka memerhatikan suasana, saya tertarik dengan pepohon rendang ditepi tembok-tembok batu flat HDB, seperti pohon asam jawa.. entah la.. apa nama pohon ni.. ?
AL-FATIHAH
Posted On Wednesday, December 08, 2010 at at 6:52 PM by KasawariSewaktu Kasawari sedang bermesyuarat di tempat kerja, Kasawari menerima panggilan telefon dari Sis Lin memberitahu tentang berita sedih iaitu abang ke-3 kepada Che Mat Gebu telah kembali menemui Allah, dan dalam masa yang sama Che CT dan Ret juga mengirim sms tentang berita sedih ini. Lantas Kasawari dan Linda serta Sis Lin bergegas ke Sedenak untuk melawat jenazah, kami tiba hampir jam 12:00 tengahari, dan jenazah telah selamat disembahyangkan di masjid dan telah dibawa ke tanah perkuburan yang berdekatan.
Tiba di kawasan perkuburan jenazah telah dimasukkan ke liang lahad, suasana sedih menyelebungi keadaan di situ dengan isteri dan anak-anak arwah juga ada, Kasawari juga tidak dapat menahan sedih kerana mengenali arwah yang berniaga di pasar malam di sini, 2 minggu lepas baru Kasawari ke pasar malam, bertanyakan pekerjanya tidak kelihatan arwah ketika itu, diberitahu arwah meniaga di pasar malam di tempat lain ketika itu. Arwah memang seorang yang peramah dan ada satu ketika Kasawari ditegur oleh arwah kerana waktu itu Kasawari terpakai baju terbalik ketika ke pasar malam.
Setiap yang hidup pasti akan mati, semoga arwah ditempatkan di sisi golongan para anbia dan syuhada dan dicucuri rahmat. Buat isteri arwah dan anak-anak, semoga tabah menghadapi dugaan ini, tidak lupa juga takziah buat Abak, Mak Yah dan juga Che Mat Gebu serta keluarganya..
Al-Fatihah untuk arwah Hamdan bin Ibrahim..

