Pengalaman Pertama Ditahan di Hospital
Posted On Saturday, January 01, 2011 at at 2:02 PM by KasawariSeawal pagi saya sudah bersiap untuk pergi ke Sekolah Agama bagi pendaftaran sekolah anak-anak... beratur panjang untuk pembelian buku dan selesai segala urusan untuk pendaftaran saya terus ke tempat kerja. Kerja seperti biasa dan tidak ada tanda-tanda kesakitan, selepas Jumaat kembali ke tempat kerja, selepas turun dari kereta .. saya terasa sakit di bahagian pinggang.. mulanya saya fikirkan hanya sakit biasa tanpa mengendahkannya..
Sekitar jam 4 petang, sewaktu ke kantin, sakit pinggang saya mula terasa kuat dan tidak tahan dengan rasa pedih, saya ke klinik dalaman di tempat kerja.. In-House Nurse di situ memberitahu mungkin saya kencing kotor atau adabatu karang di buah pinggang.. dan mengarahkan saya untuk ke klinik berdekatan, dibantu oleh rakan2 sekerja kami ke Poliklinik di Taman U dan saya mendapat suntikan i tahan sakit, dan doktor memberitahu supaya segera ke hospital.
Selepas mendapat injektion, bisa dan pedih itu "hilang" tiba-tiba .. dan saya kembali ke tempat kerja utk berkemas pulang.. tiba di rumah masih ok lagi.. dan ingin merancang ke hospital selapas waktu Maghrib,, namun begitu.. sewaktu saya mandi, tiba2 sakit itu datang kembali.. lantas saya menyuruh isteri saya bersiap ke hospital.
Mulanya saya yang memandu.. tetapi tidak tahan dgn rasa sakit, saya berhenti di Petronas, isteri saya memandu pula.. Alhamdulillah kami selamat sampai di Hospital Pakar Johor bahagian kecemasan & kemalangan, walaupun dalam perjalanan saya menahan sakit yang amat sangat.
Terus di wad kecemasan, doktor melakukan pemeriksaan permulaan dan saya diberikan lagi injection.. namun kesakitan itu masih tidak hilang sehingga beralih ke bahagian depan.. sekitar 15 minit barulah sakit itu redha..
Saya diberitahu supaya ditahan di wad.. selepas proses dokumentasi selesai, saya di sorong menaiki kerusi roda terus ke wad tingkat 6, inilah pertama kali saya menaiki kerusi roda.. Alhamdulillah sakit tadi sudah hilang dan tidak tahu bila akan kembali lagi..
Sis Lin sekeluarga datang melawat dan membawa beberapa keperluan seperti ubat gigi dan juga berus gigi, milo, teh cawan dan sudu..malah turut membawa makanan kerna kami belum makan lagi.. Waktu itu tepat jam 12:00 malam kami semua menyambut tahun baru 2011 di Wad 632, dan nurse di situ memberitahu supaya saya tidak makan dan minum kerana esoknya saya perlu melakukan pemeriksaan X-Ray dan CT Scan..
Kesokkan harinya, saya diminta untuk tidak membuang air kecil dan dibawa ke Bilik X-Ray, setelah di X-Ray saya disuruh minum air supaya pundi kencing saya penuh, hampir 4 cawan saya minum air dan selepas setengah jam saya di CT Scan, rasa macam canggih sangat alat CT Scan tu.. masih teringat "suara" menyuruh "tarik nafas, tahan nafas dan bernafas macam biasa.. "
Setelah di CT scan saya kembali ke wad, mujurlah isteri menemani saya dan juga kemudahan untuk mengakses ke laman FB , jadi tidak la bosan menunggu.. setelah berapa jam, Doktor Roslan Arshad datang berjumpa dan menunjukkan hasil keputusan CT Scan.. didapati ada batu karang bersaiz kecil di bahagian pundi kencing dan Doktor memberitahu buah pinggang saya sudah membengkak.. ini akibat sakit yang ditahan oleh ubat penahan sakit semalam.
Doktor menyarankan saya mengambil ubat untuk memecahkan batu karang dan pada 8 Jan 2011 saya akan membuat pemeriksaan lanjut.. jika keadaan tidak berubah..perlu di buat tembakan laser..




Inilah pengalaman pertama saya mengalami sakit yang amat sangat sehingga air mata mengalir keluar menahan kesakitan.. inilah ujian di akhir tahun 2010 dan permulaan 2011, malah saya sudah berkali-kali membaca beberapa artikel tentang batu karang (kidney stone) dalam pencarian Google.. paling penting perlu banyak minum air.. dan jaga pemakan juga.. mungkin keturunan juga memainkan peranan utama kerana keluarga saya juga punyai sejarah penyakit batu karang .
Terima kasih kepada adik-beradik dan rakan-rakan yang mengambil berat serta memberikan semangat dan nasihat yang berguna..
(Entri ini dibuat di Wad 632A Hospital Pakar Johor , KPJ)

sadis cite ko ni man, semoga cepat sembuh...