Pokok Ayam Emas
Posted On Thursday, January 20, 2011 at at 10:58 AM by KasawariSewaktu percutian di Cameron Highlands tempoh hari, saya berkesempatan untuk membeli Pokok Ayam Emas dari masyarakat orang asli di situ, pokok ini juga dikenali sebagai Pakis Monyet atau Pakis Emas. Di sepanjang laluan turun dari Tanah Rata ke Tapah, terutamanya di pertengahan jalan, ramai keluarga orang asli menjual pokok ini. Sewaktu pertama kali saya ke sini pada tahun 1999, saya berteka-teki apakah yang dijual oleh orang asli, seakan-akan sabut kelapa, namun saya tidak berkesempatan untuk membeli ketika itu.
Sumber-sumber dari pencariaan google, banyak mengatakan bulu Pakis Emas ini mujarab untuk memberhentikan pendarahan akibat luka, malah dalam kalangan masyarakat Orang Asli, mereka sering menyimpannya dalam bentuk yang sudah dikeringkan sebagai langkah berjaga-jaga apabila terluka.
Menjaga pokok ayam emas ini tidak lah terlalu payah, pesan makcik orang asli yang menjual itu , jangan siram air terlalu banyak dan terkena pada bulu emas kerana ianya akan busuk, dan tidak boleh didedahan secara terus kepada pancaran matahari yang terik. Saya membeli 2 pokok darinya, satu yang kecil dan satu yang sederhana besar dan berupa bentuk seperti seekor ayam.
