Rawatan Tradisional Batu Karang

Seawal jam 4:45 pagi saya dikejutkan dengan alunan suara Maher Zain dari penggera telefon bimbitku.. pagi ini saya harus ke sesuatu destinasi.. tidak boleh tangguh lagi, selepas mandi dan bersiap, saya segera memandu mengambil abang Long yang sudi menemani saya. Laluan di atas lebuhraya menghala ke utara agak sedikit lengang.

Kami berhenti di hentian R&R Pagoh untuk bersolat dan bersarapan. Sebungkus nasi lemak dan secawan milo o menjadi santapan.. dan selepas itu kami terus menuju ke destinasi. Kami keluar di Tol Air Keruh dan terus menuju ke lebuhraya Batu Berendam, berbekalkan panduan sms yang diberikan, agak senang untuk mencari destinasi kami.

Kami tiba lebih kurang jam 7:50 pagi dan terdapat beberapa kenderaan sudah mula berada di situ, saya didekati oleh seorang kakak dan memberi kupon parking RM2 untuk meletakkan kenderaan di situ. Kami bertanyakan arah rumah yang ingin dituju dan ditunjukkan arah itu, sambil berjalan kaki ke dalam, kami terlihat beberapa orang sedang menjual bekas air, ada yang besar dan ada yang kecil.. lebih kurang 4 tempat yang menjual bekas air tersebut.



Tiba di sebuah rumah, kelihatan agak ramai juga orang yang sedang menunggu, lantas saya memberi salam dan bertanyakan di mana tempat hendak mengambil nombor, lantas saya beratur di depan pintu, ada 2 orang yg juga menunggu untuk mengambil nombor, dan beberapa orang yang sedang menunggu giliran.

Waktu itu, saya terpandang nombor gilirang yang terpampang di dinding kelihatan nombor 18, bermakna sudah ada 18 orang "pesakit" yang sudah dirawati dari jam 6 pagi tadi. Bila pesakit lain keluar, saya dan mereka yang menunggu nombor masuk kedalam untuk mengambil nombor giliran, kelihatan seorang lelaki separuh usia memberikan nombor giliran.. saya mendapat nombor 47..

Terus aku menunggu di tempat duduk yang disediakan, semakin lama semakin ramai orang datang berbagai ragam, ada yang bertongkat, ada yang dipimpin dan ada yang muda belaka cergas sihat tubuh badan. Di situ kelihatan seorang yang sedang menjual bekas air dan sedang rancak berbual dengan salah seorang yang juga sedang menunggu.. dari perbualan mereka dan perbualan bersama saya juga, saya tertarik dengan beberapa fakta;

1) orang yang pertama mendapat giliran no 1 tiba pada jam 3 pagi, dan ada kalanya mereka tidur di ruang tamu yang disediakan
2) terdapat pesakit yang datang dari negara Arab juga
3) pesakit akan diberikan 1 nombor, tetapi boleh membawa masuk 2 orang pesakit
4) jika hari Sabtu dan Ahad, nombor giliran akan mencecah sehingga 200
5) 4 petang adalah waktu rawatan ditutup, tetapi jika ada pesakit yang telah mengambil nombor giliran.. akan dirawat juga
6) kebanyakkan yang datang adalah untuk penyakit Batu Karang, tetapi rawatan penyakit lain boleh dilakukan

Dari apa yang saya lihat, bukan hanya bangsa Melayu sahaja datang untuk dirawat, malah Cina dan India juga ada datang untuk mendapatkan rawatan.





Sewaktu menunggu, saya juga berkesempatan berbual dengan seorang Ustaz yang mendapat no giliran yang ke 80, dia memberitahu saya supaya menjaga pemakanan dan juga banyak minum air, dan ini kali ke dua dia datang untuk mendapatkan rawatan. Sehingga jam 10:45 pagi, baru lah no giliran saya tiba, saya masuk dengan ditemani oleh abang Long saya, perawat menyuruh saya duduk di atas kerusi dan bertanyakan apa masalah saya, bila saya menceritakan tentang Batu Karang, lantas dia bertanyakan nama saya dan ibu saya dan menyuruh saya berdiri dan meminta saya menyelak baju saya, dengan mengambil krim putih dia menyapukan kirim tersebut di bahagian bawah perut saya.. sambil bertanyakan kepada saya dari mana asal saya.

Tidak sampai beberapa saat, saya merasakan sesuatu rasa dalaman ditempat yang disapu krim angin tersebut, tiba-tiba muncul seketul batu keluar dari kulit perut saya dan dipegang olehnya, kejadian ini disaksikan oleh abang Long saya yang masih hairan dengan apa yang dilihatnya. Batu Karang yang dikeluarkan itu dimasukkan ke dalam plastik dan diberikan kepada saya. Perawat memberitahu saya supaya jangan sesekali makan KACANG, segala apa jenis kacang terutama kacang tanah, beberapa kali dia memesan jangan makan kacang.

Saya dirawat tidak sampai 5 minit dan diberikan sebotol minyak (size botol minyak Attar) untuk disapu, perawat tidak meminta bayaran cuma pesakit bolehlah memberi seberapa yang ikhlas di dalam tabung yang disediakan.

Sebelum balik, saya menunggu untuk mengambil air yang diberikan, deretan bekas air diletakkan di atas tembok siap dengan nama yang tertulis di bekas air tersebut supaya tidak ada kekeliruan.



Saya memandu pulang ke Kulai dan singgah di Telok Mas untuk makan tengahari, dalam kereta kami masih bercerita mengenai cara batu karang itu keluar.. Itu lah kelebihan yang dikurniakan untuk perawat dengan caranya mengeluarkan batu tersebut. Tiada sakit dan tiada pembedahan. Allah Maha Besar..!

Inilah Batu Karang yang dikeluarkan, dan size ini lah ditunjukkan oleh Doktor sewaktu saya menjalani pemeriksaan X-Ray dan CT Scan..

Sekadar berkongsi pengalaman dan ingin membantu mereka yang ingin mencuba mendapatkan rawatan, bolehlah ke alamat di bawah;

Pusat Perubatan Tradisional Jamil
Batu 7 1/2,
Kg Gangsa, Durian Tunggal
Melaka

Hari Rawatan: Selasa, Rabu, Sabtu dan Ahad sahaja
Waktu Rawatan: 6:00 pagi (selepas Subuh) - 4:00 petang (sehingga no giliran yang terakhir)
Waktu No Giliran diambil: 5:30 pagi

Anda juga boleh melakukan pencarian di Google "Batu Karang Kg Gangsa", terdapat beberapa forum dan juga blog entri yang berkongsi pengalaman mereka ke sana.

Segala penyakit itu datang dengan kehendak Allah, dengan izin Allah jua, penyakit itu dapat disembuhkan. Kita merancang.. kita berusaha.. hanya Allah sahaja yang menentukan.

P/S: Terima kasih kepada seorang sahabat lama ku yang sudi berkongsi pengalaman dan memberi pandu arah.. terima kasih banyak2 saudara.



Posted in |

5 comments:

  1. Sis-Lin Says:

    Memang kuasa tiuhan tiada bandingannya..alhamdulilah syukur...ingat!! jgn mkn kekeacang oke..mudah2han sabtu ni scan dh xde lagi itu batu..:)

    rasanya nanti nak bwk mak lin pegi berubat kaki lutut dia la..:)

  2. armouris Says:

    lagi info tentang batu karang di SIHAT SELALU - Punca Batu Karang Terbentuk

  3. Anonymous Says:

    salamm...sy pun baru bawak nenek sy gi buang batu karang...sy sendiri tengok depan mata sy sndiri..tul la perawat tu akan tnya nama ibu psakit...then pastu tu tgk tmpt yg sakit then tetiba ada satu batu kuar dlam tgn die...sy sendiri terkejut..n batu karang nenek sy tu seketul je..tp besar sgt..alhamdulillah...sumenyer kuasa tuhan..yg mengurniakan kelebihan pada perawat tu...ALLAH HU AKBAR>

    -izzahratna-

  4. Anonymous Says:

    sy juga pergi berubat di sana..batu dikelurkan...tapi seminggu lepas tu, jumpa doktor kata batu tu masih ado.??????

  5. MizaShoppe Says:

    ada contact no x?
    ermm..mak sy pon ada batu karang tp xbole operation..risiko bsar..buah pnggan xnormal...bntuk horseshoe...