Selamat Pengantin Baru buat Dr. Siti Sarah Mohd Shukor
Posted On Saturday, March 12, 2011 at at 11:02 PM by KasawariSedang saya asyik melayari wall di Facebook, tiba-tiba muncul gambar di atas dari Acaii yang berada di Temerloh selaku jurugambar rasmi untuk majlis pernikahan dan majlis perkahwinan Dr Sarah Shukor. Alhamdulillah.. Dr Sarah telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hatinya iaitu En Ahmad Thaariq. Terharu sungguh bila melihat gambar yang dikongsi oleh Acaii ini.. riang ceria masing-masing ya..
Sebagai sahabat dan teman blogger yang mengenalii Dr Sarah (KS) satu ketika dahulu (sila klik di sini untuk entri yang pernah saya buat untuk Dr Sarah), saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Dr Sarah dan juga En Thaariq, semoga ikatan ini dirahmati Allah s.w.t dan berkekalan serta berbahagia hingga ke syurga.
Saya terima kad jemputan majlis perkahwinan ini, namun mohon maaf tidak dapat hadir kerana isteri saya sedang berkursus selama 3 hari. Insya Allah.. satu hari nanti, kita semua akan bertemu sekeluarga..
photo: Kredit untuk Acaii

