Port baru Sheiro
Posted On Tuesday, January 25, 2011 at at 11:12 PM by KasawariLama betul saya tidak memamaparkan kisah tentang kucing kesayangan kami si Sheiro di Blog Kasawari, sejak akhir-akhir ini Sheiro telah punyai satu tempat untuk melepak dan tidur, ikutkan benda ni dibeli untuk menyimpan beberapa benda supaya tidak bersepah, tetapi sekarang ini Sheiro berminat untuk melepak di dalam "sangkar" nya.. mungkin dia terasa lebih selamat duduk di dalamnya..
Apa-apa lah Sheiro, janji tak kacau orang dan buat sepah.. Meow.. Sheiro dah mamam?
Sana sini bercakap tentang Blogger
Posted On Monday, January 24, 2011 at at 11:49 PM by KasawariPertama kali nak ucapkan terima kasih ler kepada seseorang yang mengambil gambar Kasawari ini secara candid satu ketika dahulu.. hehe.. dan gambar ni pun takder kena mengena dengan tajuk entri kali ini.. cuma sekadar merasakan bahawa sejak dua menjak kebelakangan ini.. Ramai yang bercakap tentang Blogger.. apatah lagi diwar-warkan seorang Blogger mampu memperolehi pendapatan yang lumayan.. !
Untuk menjadi seorang blogger yang terbaik, pada Kasawari la.. peruntukan MASA itu penting, apatah lagi jika kita ada tanggungjawap dengan kerja seharian, keluarga dan juga kewajipan yang perlu dilakukan. Begitu juga dengan ETIKA sebagai seorang Blogger.. tak perlu diperjelaskan secar terperinci di sini, malah diri Kasawari sendiri pun pernah tersasar dari konsep dan pendirian kita kenapa kita punyai Blog..
Apa-apa pun, bagus juga jika kita punyai blog sendiri.. apatah lagi jika entri yang dibuat banyak berkenaan tentang pengalaman seharian kita dan akan dibaca pada masa akan datang, malah Kasawari sendiri juga suka membaca entri-entri lama sewaktu zaman hari-hari update blog.. seronok kan..
Kadang-kala untuk membuat sesuatu entri, kita sendiri tak ada idea untuk menulis, bagi Kasawari lebih berminat meletakkan gambar di setiap entri yang hendak dibuat, dari gambar semuanya boleh tertulis dengan lancarnya..
Selamat berblogging ..
Terima Kasih Che Mat Gebu...
Posted On Thursday, January 20, 2011 at at 12:03 PM by KasawariSaya dah lama perasan yang "Blogger" telah menambah ciri-ciri statistik dalam setting blog kita.. di mana kita dapat tahu beberapa angka-angka yang penting dari mana, apa dan berapa fakta penting tentang blog kita sendiri. kalau dilihat ciri ini ditambah pada May 2010. Namun demikian Blog Kasawari memang dari dulu menggunakan widget statistik di mana saya menggunakan ShinyStat yang ada di sebelah kiri side bar blog Kasawari..
tiffinbiru.blogspot adalah Referring URL dan Referring Sites yang menyumbang ke arah lawatan ke blog Kasawari.. walaupun Blog Kasawari tak ler berapa popular, namun pada tarikh hari ni dan waktu ini 12:09:56 20/01/11 GMT+0800 Blog Kasawari menerima Total page views sebanyak 106,179 dan Total visits sebanyak 78,351.
Terima kasih Che Mat Gebu, kerana blog anda telah banyak merefer ke blog Kasawari.
Pokok Ayam Emas
Posted On at at 10:58 AM by KasawariSewaktu percutian di Cameron Highlands tempoh hari, saya berkesempatan untuk membeli Pokok Ayam Emas dari masyarakat orang asli di situ, pokok ini juga dikenali sebagai Pakis Monyet atau Pakis Emas. Di sepanjang laluan turun dari Tanah Rata ke Tapah, terutamanya di pertengahan jalan, ramai keluarga orang asli menjual pokok ini. Sewaktu pertama kali saya ke sini pada tahun 1999, saya berteka-teki apakah yang dijual oleh orang asli, seakan-akan sabut kelapa, namun saya tidak berkesempatan untuk membeli ketika itu.
Sumber-sumber dari pencariaan google, banyak mengatakan bulu Pakis Emas ini mujarab untuk memberhentikan pendarahan akibat luka, malah dalam kalangan masyarakat Orang Asli, mereka sering menyimpannya dalam bentuk yang sudah dikeringkan sebagai langkah berjaga-jaga apabila terluka.
Menjaga pokok ayam emas ini tidak lah terlalu payah, pesan makcik orang asli yang menjual itu , jangan siram air terlalu banyak dan terkena pada bulu emas kerana ianya akan busuk, dan tidak boleh didedahan secara terus kepada pancaran matahari yang terik. Saya membeli 2 pokok darinya, satu yang kecil dan satu yang sederhana besar dan berupa bentuk seperti seekor ayam.
Rawatan Tradisional Batu Karang
Posted On Tuesday, January 04, 2011 at at 8:16 PM by KasawariSeawal jam 4:45 pagi saya dikejutkan dengan alunan suara Maher Zain dari penggera telefon bimbitku.. pagi ini saya harus ke sesuatu destinasi.. tidak boleh tangguh lagi, selepas mandi dan bersiap, saya segera memandu mengambil abang Long yang sudi menemani saya. Laluan di atas lebuhraya menghala ke utara agak sedikit lengang.
Kami berhenti di hentian R&R Pagoh untuk bersolat dan bersarapan. Sebungkus nasi lemak dan secawan milo o menjadi santapan.. dan selepas itu kami terus menuju ke destinasi. Kami keluar di Tol Air Keruh dan terus menuju ke lebuhraya Batu Berendam, berbekalkan panduan sms yang diberikan, agak senang untuk mencari destinasi kami.
Kami tiba lebih kurang jam 7:50 pagi dan terdapat beberapa kenderaan sudah mula berada di situ, saya didekati oleh seorang kakak dan memberi kupon parking RM2 untuk meletakkan kenderaan di situ. Kami bertanyakan arah rumah yang ingin dituju dan ditunjukkan arah itu, sambil berjalan kaki ke dalam, kami terlihat beberapa orang sedang menjual bekas air, ada yang besar dan ada yang kecil.. lebih kurang 4 tempat yang menjual bekas air tersebut.


Tiba di sebuah rumah, kelihatan agak ramai juga orang yang sedang menunggu, lantas saya memberi salam dan bertanyakan di mana tempat hendak mengambil nombor, lantas saya beratur di depan pintu, ada 2 orang yg juga menunggu untuk mengambil nombor, dan beberapa orang yang sedang menunggu giliran.
Waktu itu, saya terpandang nombor gilirang yang terpampang di dinding kelihatan nombor 18, bermakna sudah ada 18 orang "pesakit" yang sudah dirawati dari jam 6 pagi tadi. Bila pesakit lain keluar, saya dan mereka yang menunggu nombor masuk kedalam untuk mengambil nombor giliran, kelihatan seorang lelaki separuh usia memberikan nombor giliran.. saya mendapat nombor 47..
Terus aku menunggu di tempat duduk yang disediakan, semakin lama semakin ramai orang datang berbagai ragam, ada yang bertongkat, ada yang dipimpin dan ada yang muda belaka cergas sihat tubuh badan. Di situ kelihatan seorang yang sedang menjual bekas air dan sedang rancak berbual dengan salah seorang yang juga sedang menunggu.. dari perbualan mereka dan perbualan bersama saya juga, saya tertarik dengan beberapa fakta;
1) orang yang pertama mendapat giliran no 1 tiba pada jam 3 pagi, dan ada kalanya mereka tidur di ruang tamu yang disediakan
2) terdapat pesakit yang datang dari negara Arab juga
3) pesakit akan diberikan 1 nombor, tetapi boleh membawa masuk 2 orang pesakit
4) jika hari Sabtu dan Ahad, nombor giliran akan mencecah sehingga 200
5) 4 petang adalah waktu rawatan ditutup, tetapi jika ada pesakit yang telah mengambil nombor giliran.. akan dirawat juga
6) kebanyakkan yang datang adalah untuk penyakit Batu Karang, tetapi rawatan penyakit lain boleh dilakukan
Dari apa yang saya lihat, bukan hanya bangsa Melayu sahaja datang untuk dirawat, malah Cina dan India juga ada datang untuk mendapatkan rawatan.
Sewaktu menunggu, saya juga berkesempatan berbual dengan seorang Ustaz yang mendapat no giliran yang ke 80, dia memberitahu saya supaya menjaga pemakanan dan juga banyak minum air, dan ini kali ke dua dia datang untuk mendapatkan rawatan. Sehingga jam 10:45 pagi, baru lah no giliran saya tiba, saya masuk dengan ditemani oleh abang Long saya, perawat menyuruh saya duduk di atas kerusi dan bertanyakan apa masalah saya, bila saya menceritakan tentang Batu Karang, lantas dia bertanyakan nama saya dan ibu saya dan menyuruh saya berdiri dan meminta saya menyelak baju saya, dengan mengambil krim putih dia menyapukan kirim tersebut di bahagian bawah perut saya.. sambil bertanyakan kepada saya dari mana asal saya.
Tidak sampai beberapa saat, saya merasakan sesuatu rasa dalaman ditempat yang disapu krim angin tersebut, tiba-tiba muncul seketul batu keluar dari kulit perut saya dan dipegang olehnya, kejadian ini disaksikan oleh abang Long saya yang masih hairan dengan apa yang dilihatnya. Batu Karang yang dikeluarkan itu dimasukkan ke dalam plastik dan diberikan kepada saya. Perawat memberitahu saya supaya jangan sesekali makan KACANG, segala apa jenis kacang terutama kacang tanah, beberapa kali dia memesan jangan makan kacang.
Saya dirawat tidak sampai 5 minit dan diberikan sebotol minyak (size botol minyak Attar) untuk disapu, perawat tidak meminta bayaran cuma pesakit bolehlah memberi seberapa yang ikhlas di dalam tabung yang disediakan.
Sebelum balik, saya menunggu untuk mengambil air yang diberikan, deretan bekas air diletakkan di atas tembok siap dengan nama yang tertulis di bekas air tersebut supaya tidak ada kekeliruan.
Saya memandu pulang ke Kulai dan singgah di Telok Mas untuk makan tengahari, dalam kereta kami masih bercerita mengenai cara batu karang itu keluar.. Itu lah kelebihan yang dikurniakan untuk perawat dengan caranya mengeluarkan batu tersebut. Tiada sakit dan tiada pembedahan. Allah Maha Besar..!

Inilah Batu Karang yang dikeluarkan, dan size ini lah ditunjukkan oleh Doktor sewaktu saya menjalani pemeriksaan X-Ray dan CT Scan..
Sekadar berkongsi pengalaman dan ingin membantu mereka yang ingin mencuba mendapatkan rawatan, bolehlah ke alamat di bawah;
Pusat Perubatan Tradisional Jamil
Batu 7 1/2,
Kg Gangsa, Durian Tunggal
Melaka
Hari Rawatan: Selasa, Rabu, Sabtu dan Ahad sahaja
Waktu Rawatan: 6:00 pagi (selepas Subuh) - 4:00 petang (sehingga no giliran yang terakhir)
Waktu No Giliran diambil: 5:30 pagi
Anda juga boleh melakukan pencarian di Google "Batu Karang Kg Gangsa", terdapat beberapa forum dan juga blog entri yang berkongsi pengalaman mereka ke sana.
Segala penyakit itu datang dengan kehendak Allah, dengan izin Allah jua, penyakit itu dapat disembuhkan. Kita merancang.. kita berusaha.. hanya Allah sahaja yang menentukan.
P/S: Terima kasih kepada seorang sahabat lama ku yang sudi berkongsi pengalaman dan memberi pandu arah.. terima kasih banyak2 saudara.
Pengalaman Pertama Ditahan di Hospital
Posted On Saturday, January 01, 2011 at at 2:02 PM by KasawariSeawal pagi saya sudah bersiap untuk pergi ke Sekolah Agama bagi pendaftaran sekolah anak-anak... beratur panjang untuk pembelian buku dan selesai segala urusan untuk pendaftaran saya terus ke tempat kerja. Kerja seperti biasa dan tidak ada tanda-tanda kesakitan, selepas Jumaat kembali ke tempat kerja, selepas turun dari kereta .. saya terasa sakit di bahagian pinggang.. mulanya saya fikirkan hanya sakit biasa tanpa mengendahkannya..
Sekitar jam 4 petang, sewaktu ke kantin, sakit pinggang saya mula terasa kuat dan tidak tahan dengan rasa pedih, saya ke klinik dalaman di tempat kerja.. In-House Nurse di situ memberitahu mungkin saya kencing kotor atau adabatu karang di buah pinggang.. dan mengarahkan saya untuk ke klinik berdekatan, dibantu oleh rakan2 sekerja kami ke Poliklinik di Taman U dan saya mendapat suntikan i tahan sakit, dan doktor memberitahu supaya segera ke hospital.
Selepas mendapat injektion, bisa dan pedih itu "hilang" tiba-tiba .. dan saya kembali ke tempat kerja utk berkemas pulang.. tiba di rumah masih ok lagi.. dan ingin merancang ke hospital selapas waktu Maghrib,, namun begitu.. sewaktu saya mandi, tiba2 sakit itu datang kembali.. lantas saya menyuruh isteri saya bersiap ke hospital.
Mulanya saya yang memandu.. tetapi tidak tahan dgn rasa sakit, saya berhenti di Petronas, isteri saya memandu pula.. Alhamdulillah kami selamat sampai di Hospital Pakar Johor bahagian kecemasan & kemalangan, walaupun dalam perjalanan saya menahan sakit yang amat sangat.
Terus di wad kecemasan, doktor melakukan pemeriksaan permulaan dan saya diberikan lagi injection.. namun kesakitan itu masih tidak hilang sehingga beralih ke bahagian depan.. sekitar 15 minit barulah sakit itu redha..
Saya diberitahu supaya ditahan di wad.. selepas proses dokumentasi selesai, saya di sorong menaiki kerusi roda terus ke wad tingkat 6, inilah pertama kali saya menaiki kerusi roda.. Alhamdulillah sakit tadi sudah hilang dan tidak tahu bila akan kembali lagi..
Sis Lin sekeluarga datang melawat dan membawa beberapa keperluan seperti ubat gigi dan juga berus gigi, milo, teh cawan dan sudu..malah turut membawa makanan kerna kami belum makan lagi.. Waktu itu tepat jam 12:00 malam kami semua menyambut tahun baru 2011 di Wad 632, dan nurse di situ memberitahu supaya saya tidak makan dan minum kerana esoknya saya perlu melakukan pemeriksaan X-Ray dan CT Scan..
Kesokkan harinya, saya diminta untuk tidak membuang air kecil dan dibawa ke Bilik X-Ray, setelah di X-Ray saya disuruh minum air supaya pundi kencing saya penuh, hampir 4 cawan saya minum air dan selepas setengah jam saya di CT Scan, rasa macam canggih sangat alat CT Scan tu.. masih teringat "suara" menyuruh "tarik nafas, tahan nafas dan bernafas macam biasa.. "
Setelah di CT scan saya kembali ke wad, mujurlah isteri menemani saya dan juga kemudahan untuk mengakses ke laman FB , jadi tidak la bosan menunggu.. setelah berapa jam, Doktor Roslan Arshad datang berjumpa dan menunjukkan hasil keputusan CT Scan.. didapati ada batu karang bersaiz kecil di bahagian pundi kencing dan Doktor memberitahu buah pinggang saya sudah membengkak.. ini akibat sakit yang ditahan oleh ubat penahan sakit semalam.
Doktor menyarankan saya mengambil ubat untuk memecahkan batu karang dan pada 8 Jan 2011 saya akan membuat pemeriksaan lanjut.. jika keadaan tidak berubah..perlu di buat tembakan laser..




Inilah pengalaman pertama saya mengalami sakit yang amat sangat sehingga air mata mengalir keluar menahan kesakitan.. inilah ujian di akhir tahun 2010 dan permulaan 2011, malah saya sudah berkali-kali membaca beberapa artikel tentang batu karang (kidney stone) dalam pencarian Google.. paling penting perlu banyak minum air.. dan jaga pemakan juga.. mungkin keturunan juga memainkan peranan utama kerana keluarga saya juga punyai sejarah penyakit batu karang .
Terima kasih kepada adik-beradik dan rakan-rakan yang mengambil berat serta memberikan semangat dan nasihat yang berguna..
(Entri ini dibuat di Wad 632A Hospital Pakar Johor , KPJ)






