Skateboarding Is Not A Crime






Biarlah gambar berbicara...
Aku adalah aku.. janji aku tak kacau orang..
betul tak Amat?
Haha



Entri untuk Aiman..


Gambar ini diambil sewaktu kami berkunjung ke rumah Che Mat Gebu tempoh hari.. bila saya tengok gambar ni, tak terasa saya punya anak bujang yang dah besar.. Muhammad Aiman (abang) , besar dah anak ayah ni.. makin hensem pulak tu macam ayahnya.. kehkeh. Tahun ni abang akan menduduki peperiksaan UPSR.. jadi kena lah rajin-rajin ulangkaji dan belajar tau.. Ayah tahu abang boleh buat yang terbaik ya.. cuti sekolah seminggu ni pun abang ada kelas tambahan di sekolah, takper la.. nanti dah habis UPSR atau ada cuti panjang sikit, boleh kita jalan-jalan jauh sikit sambil bawak buku.. hehe..

Abang masih ingat tak lagi.. sewaktu kita sama-sama menonton MotoGP di Sepang tahun 2007, waktu itu ayah suruh abang buat latihan sewaktu menunggu perlumbaan bermula.. rajin kan abang.. ? Amacam.. tahun ni nak tengok F1 tak.. sambil buat latihan kat Sepang.. hehe.. lama dah kan kita tak tengok F1 sama-sama, last sekali tahun 2007 jugak kan..




Thank You 1Tube... Byeeee!!!

Akhirnya Sembang-sembang Ben Ashaari bersama Mat Gebu telah berjaya diuploadkan di 1tube.my.. anda boleh lah ke link di sini untuk mengetahu beberapa persoalan yang telah dikemukakan oleh Ben kepada Mat.. patut ler berpeluh-peluh Mat Gebu menjawapnya..

Apa-apa pun yang menarik perhatiaan ialah ending klip ni di mana kami beramai-ramai berkata.. Thank You 1Tube... Byeeee!!!.. haha.. seronok!



Sejenak bersama Bloggers di Sedenak sampai Senak

Lama betul tak menghadiri bloggers gathering, yelah sekarang ni sibuk dengan tanggungjawap sendiri, dapat tahu tentang majlis ni pun waktu Sis Lin buat entri tentang vlog di sini.. kemudian sehari sebelum majlis ni.. Che Mat Gebu ada sms jemput untuk datang.. untuk tidak menghampakan ajakan beliau.. saya PASTI datang.. sebab hidangan Mat Gebu mesti sedap-sedap.. rugi wo tak datang.. hehe..

Ok la ni kira entri terlewat.. geng-geng lain semua semalam dah buat entri ni.. panas-panas tu.. Lepas jer amik Aiman dari kelas tambahan, saya menunggu Lin di Tesco Kulai, kebetulan masing-masing tiba serentak lantas terus ke rumah Mat Gebu ni.. ini kali ke berapa belas kali la saya ke rumahnya.. haha.. Sampai jer depan rumah tengok banyak kereta dah parking.. perghhh macam orang kenduri kawin pulak.. Saya tak terus masuk tapi sembang-sembang dengan abang sulong Mat Gebu yang sentiasa tidak lokek dengan cerita-cerita yang menarik. Rumah sebelah tu sedang dalam pembinaan.. dok sembang berbagai la.. Kemudian SueJousha keluar panggil aku masuk.. wah.. macam dia tuan rumah pulak.. mesti dia nak tapow takut aku tak merasa makan kek-kek Mat Gebu yang sedap-sedap.. hehe

Pastu, baru la saya masuk, kat depan rumah ada la 2-3 orang yang saya tak kenal pun.. tapi masing-masing dengan DSLR .. perghh ni mesti blogger tegar-tegar ni.. masuk jer ada la sekumpulan wanita-wanita duk di tepi macam rombongan nak meminang.. haha.. sorang pun saya tak kenal.. hehe.. saya amik port tepi pintu.. masing-masing semua mati kutu jer.. malu-malu kot.. pastu dok borak dengan sorang Cikgu yang peramah.. nama pun Cikgu kan mesti la peramah..

Kemudian saya ke dapor, nampak si Sue tengah makan kot masa tu.. (tak ingat).. pastu kenal dengan isteri Ben Ashaari... ermm saya ingat si Ben ni bujang lagi kot.. terus terang saya katakan, sehari sebelum majlis ni, baru saya masuk blog Ben Ashaari yang femes ni.. ermm.. memamg femes pun dia ni.. segan pulak nak jumpa dia.. Peramah dan punyai visi dan misi dalam arena blogging ni.. hebat!

Ok la.. mari kita layan gambar-gambar yang sempat saya rakam dari kamera kecik saya, ramai yang bawak DSLR yang canggih-canggih.. hehe


Oleh sebab beberapa blogger perlu pulang awal, kami diarah untuk melakukan video clip dari 1Tube beramai-ramai , take one.. masing-masing semua slow dan gelak-gelak.. pastu dah take two dan three baru ler menjadi.. memang kelakar.. tak sabar nak tunggu hasilnya..


Dapat bergambar dengan Ben Ashaari.. saya sokong cadangan dan juga perancangan yang akan dibuat pada masa akan datang.. kalau dah menjadi.. jangan lupa kongsikan bersama.. hehe.. Sebelah kanan saya tuler Cikgu Azreff dari Sg Sayong.. peramah dan senyum selalu.. hehe


Anak-anak .. macam biasa.. kalau dah jumpa.. memang dengan PSP jer la.. Si Ammar ni tak sihat.. batuk-batuk jer dari semalam.. cian anak ayah ni..


Perghh bergaya betul mak-mak budak ni bergambar dengan Ben.. hehe.. Sis Lin toksah cerita la.. memang kami dah macam keluarga .. yang sebelah kiri tu tak silap la Ayu kot.. pangkat Kakak kot.. hehe. Ayu ni rupanya ada kedai makan kat Sg Sayong belakang Mobil tu.. memang dulu-dulu selalu gak singgah makan kat situ.. ni kalau dah kenal ler ar singgah selalu.. hehe..

Haha.. kelakar pulak tengok gambar ni .. ikutkan ada beberapa entri sebelum ini yang memaparkan wajah Mat Gebu ni, tapi atas permintaannya.. saya mendoraemonkan wajahnya.. jangan marah Mat.. haha.. sebelah saya pulak Mak Yah yang disayangi.. seronok beb jumpa Mak Yah.. dok berbual dan berborak.. seronok sangat-sangat.. kalau ada Linda lagi ar gamat dibuatnya.. macam-macam cerita dikongsikan bersama.. cuma agak terkilan tak dapat jumpa dengan Abak (Ayah Mat Gebu).. maybe dah terlalu ramai sangat kot orang.. Abak bawak diri.. hehe


Ok yang ni pulak rakaman Vlog Ben Ashaari bersama Mat Gebu utk 1Tube.My .. satu projek yang pasti mebuahkan hasil.. kalau tengok si Mat ni dah macam siri apa tu program dulu kat Ntv7 "Who wants to be Milionarie".. berpeluh-peluh Mat Gebu.. sib baik dia angkut kipas dari dalam letak luar.. hehe..

Update: Sila Klik Di Sini hasil dari Segmen Sembang-sembang Ben Ashaari bersama Mat Gebu


Orait ni pulak jejaka-jejaka yang terhangat.. haha.. yang tengah dan tegap tu memang hangat ler.. saya tompang sekaki la.. tak ingat saper lagi.. yang saya ingat ada sorang dari Media Prima.. Ady Budika.. ermm.. jangan lupa bagi tiket masuk Final Juara Lagu eh tahun depan.. hehe..


Ok yang ni pulak.. blogger dari UTM.. semua manis-manis dan pemalu..nasib baik balik tak naik bas berhenti-henti.. hehe.. yang paling glamer Sunnah .. ermm unik namanya tu.. pastu tak silap Sara, Nad, dan Syahsaz . Cuba gak berborak dengan mereka.. tapi sepatah ditanya.. sepatah diaorg jawap.. memang pemalu.. Jangan takut, Kasawari dah kawin hehe.. anak-anak pun dah Darjah 6 dan Darjah 2, cuba kali ni datang tak bawak isteri Kasawari (Linda) yang sedang berkursus jauh dimata tapi dekat dihati. hehe


Kalau nak tau.. dah berbelas-belas kali gi rumah Mat Gebu.. ni kali pertama saya bergambar berdua dengan Mat.. hehe.. boleh lar Mat kan.. jadi Doreamon jab.. hehe..


Bila dah nak balik tu.. Abang Sulong Mat Gebu start ler enjin kereta antik ni. memang antik pun.. saya cuba gak nak start guna alat pemutar tu.. haha.. sib baik tak terbang..! haha..

Ok ler.. apa-apa pun gathering kali ni memang best, walaupun ada blogger yang pertama kali saya jumpa.. semoga kita sama-sama teruskan usaha murni kita dalam merapatkan hubungan silaturrahim sesama kita..




Selamat Pengantin Baru buat Dr. Siti Sarah Mohd Shukor


Sedang saya asyik melayari wall di Facebook, tiba-tiba muncul gambar di atas dari Acaii yang berada di Temerloh selaku jurugambar rasmi untuk majlis pernikahan dan majlis perkahwinan Dr Sarah Shukor. Alhamdulillah.. Dr Sarah telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hatinya iaitu En Ahmad Thaariq. Terharu sungguh bila melihat gambar yang dikongsi oleh Acaii ini.. riang ceria masing-masing ya..

Sebagai sahabat dan teman blogger yang mengenalii Dr Sarah (KS) satu ketika dahulu (sila klik di sini untuk entri yang pernah saya buat untuk Dr Sarah), saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Dr Sarah dan juga En Thaariq, semoga ikatan ini dirahmati Allah s.w.t dan berkekalan serta berbahagia hingga ke syurga.

Saya terima kad jemputan majlis perkahwinan ini, namun mohon maaf tidak dapat hadir kerana isteri saya sedang berkursus selama 3 hari. Insya Allah.. satu hari nanti, kita semua akan bertemu sekeluarga..

photo: Kredit untuk Acaii



Keputusan Kelayakan Olimpik Pakistan vs Malaysia


Ramai peminat yang kecewa kerana perlawanan siaran langsung dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.. dan kebanyakkan live streaming di internet takder.. so akhirnya peminat-peminat bola sepak tanahair memilih untuk meng"like" page FootbalPakistan di atas.. sebelum ini .. page ni hanya berapa ratus sahaja yang "like" .. namun demikian meningkat secara mendadak hingga ke 5,500 like dalam berapa minit sahaja.. dan setelah tamat perlawanan.. masing-masing "unlike" page itu semula..

Apa-apa pun keputusannya ialah

Pakistan 0 - Malaysia 0

Oleh yang demikian, secara agregat.. Malaysia 2 - Pakistan 0, dan Malaysia akan meneruskan ke pusingan seterusnya..

Teruskan menyokong pasukan Harimau Malaya kita.. AUMMM!!