17 Disember 2011 - FENOMENA
Posted On Monday, December 19, 2011 at at 10:58 AM by Kasawari
17 Disember 2011, itulah tarikh yang pasti menjadi sejarah ke"rock"kan ku, satu FENOMENA yang benar-benar pasti tidak akan ku lupai apabila dapat menghadirkan diri untuk konsert FENOMENA SEARCH 30 tahun di Pusat Konvensyen dan Pameran MINES, Sri Kembangan. Jika diikutkan usia akhir 30an ku, aku dibesarkan dengan lagu-lagu Search. Seusia umurku 13 tahun, masih ku ingat, sewaktu itu majlis akhir tahun sekolah di tingkatan 1 tahun (1985) , seorang rakan ku menunjukkan kaset SEARCH "Cinta Buatan Malaysia", waktu itu zaman breakdance.. dan juga timbul semula lagu2 60an.. mana aku tau Search itu apa..?? aku tolak untuk mendengar lagu SEARCH Isi dan Kulit, walaupun dipaksa oleh rakanku.. perghhh waktu itu memang tak terdedah dengan lagu Search. Namun setelah dipaksa untuk mendengar lagu dari kaset itu, aku seakan melekat dengan irama rock.. tingkatan 1.. usia masih muda remaja gitu.
Tepat jam 1:30 tengahari 17 Disember 2011, aku bersendirian memandu dari Kulaijaya ke KL, keadaan lebuhraya sangat sesak pada hari Sabtu itu, malah aku exit Sedenak kerana ada kemalangan jalanraya, dan masuk kembali Simpang Renggam. Berhenti seketika di Air Keroh untuk men"redbull"kan diri.. kerna aku tau, aku perlukan tenaga untuk beraksi di malam nanti. Berdasarkan 2 pengalaman menyaksikan konsert Double Trouble di JB dan di Sunway Beach pada tahun lepas, tenaga amat-amat diperlukan.
Sampai di Tol Sg Besi, keadaan lalu lintas sesak menuju ke Mines, pelik.. dalam kereta tak nampak pun mereka2 ini macam nak tengok konsert. Selepas je dapat parking, aku terus menambahkan tenaga untuk makan malam awal, pastinya tak sempat nak makan kalau konsert dah bermula. Waktu masuk ke dalam hall.. aku rasa macam nak masuk konsert Michael Jackson.. segalanya nampak grand! Security begitu professional dengan cara yang professional.. berbanding dua konsert DT yang pernah aku tonton sebelum ini. Malah diberikan t-shirt dan juga barangan penaja. Pemeriksaan masuk diasingkan wanita dan lelaki kerana ada pemeriksaan badan.. wau!! Sangat professional. Malah ada gadis-gadis dari penaja di kiri kanan melambai-lambai sewaktu kita memasuki hall. terasa macam pelumba Formula One pulak... haha
Selangkah masuk jer ke dalam Hall.. udara aircond yang sejuk dapat dirasa, susun atur booth penaja di tepi dan belakang serta lampu2 yang di pasang memang menarik. Banyak slide disediakan di kiri kanan serta di depan dan belakang. Aku anggarkan waktu itu lebih 15 ribu yang ada dalam hall
Bila konsert seakan hendak bermula, pengacara majlis meminta mereka yang duduk dapat berdiri untuk beri laluan kepada yang masih lagi diluar untuk masuk. Wau!! ramainya orang.. Jika diperhatikan orang ramai yang hadir banyak yang otai-otai bawak bersama keluarga.. ini juga satu kelainan, di mana bagi mereka yang tidak pernah ke konsert rock! Mereka ini semua membesar dengan lagu2 Search! Ini bukan konsert rock ala2 fun fair.. pihak penganjur benar2 menguatamakan segala kualiti.
Tak perlu lagi aku nak menceritakan apabila konsert telah bermula jam 9 malam.. sound system memang terbaik.. ini konsert terbaik yang pernah ku hadiri.. Di sekeliling ku, mamat-mamat seusia atau melebihi umurku. .masing-masing senada berkaraoke beramai-ramai.. satu bro tu meberitahu aku, dia belajar main kitar waktu lagu Kejora.. aku betul2 teruja.. "Sinaran Mata Mu Bak Kejora di tengah malam.." perghhhh!! Paling mengujakan aku sangat-sangat, apabila intro Seriga Segalanya dimainkan.. wahhhh!! 2 konsert DT sebelum ini.. Search tak perform pun lagu ini.. aku melompat2 bagai serigala.. haha.. "tak perlu.. sembunyi dari ku, ku tahu dari mana asalmu.. kau luka tapi tiada siapa membela... lari kau.. lari dari.. sang serigala..!!" perghhhhh!!! Terbaikkkkkk! Search memang terbaik!!!!
Dan ketika lagu Pelesit Kota, kami yang baru sahaja kenal.. membuat bulatan sambil memegang bahu.. dan menyanyi beramai-ramai sambil melompat-lompat.. "Debu-debu melayang.. keras menyambar malam.. di celah-celah kota..." Wahhhh!!! sangat-sangat best.. bayangkan.. kami tidak kenal pun selama ini, tapi dengan konsert ini kami dapat merapatkan silatulrahim sesama kita..
Waktu berjalan begitu pantas.. banyak lagu-lagu untuk otai-otai, Amy perform.. aku agak menunggu lagu Pembakar Perasaan.. tapi tak juga diperform.. agak hampa juga la sikit.. apa pun memang sangat world class pihak penganjur dan juga Seach pada malam itu.. sangat2 terbaik!!!
Malam itu, aku pandu pulang ke Johor dalam keadaan yang cukup puas hati, walaupun penat dan lenguh kaki ini, tapi memang berbaloi-baloi.. Harap selepas ini Search atau Wings buat konsert sebegini.. tempat yang sama.. keadaan yang sama.. walaupun tiket RM100 pun pasti ramai yang turun..
p/s: Kredit gambar http://www.facebook.com/SEARCH30
