Mee Udang Sungai Rambah (Gerai Manja)

Kerinduan dengan lokasi yang bernama Sungai Rambah masih lagi terasa, kali ini saya ingin berkongsi dengan kesedapan yang tak terhingga Mee Bandung Udang, terus terang saya katakan, inilah pertama kali saya merasa kesedapan hingga menjilat jari keenakan Mee Bandung Udang yang sebenar. Buat masa ini saya sudah merasa Mee Bandung Muar berdekatan dengan Jambatan Muar, itu memang sedap tapi tidak punyai udang, dan yang kedua saya rasa Mee Bandung di Aked Mara Kulai juga tidak kurang hebatnya. Tapi kali ini, ditambah udang, dengan rempah yang sempurna.. wah!!! saya rasa seperti di pentas dunia ketika menikmatinya.. Perghhhh!!


Cuba anda lihat kedudukan udang, limau kasturi, daun-daun, sayur-sayur, kuah dan juga mee.. Ini yang dikatakan.. Ada Mee Di Sebalik Udang. (Harga RM8:50)


Bersebelahan dengan Jambatan Sungai Rambah.. kalau nak order boleh call JPS Careline tu.. hehe


Nama Kedai Makan ni Gerai Manja.. siap no phone lagi tu, hari Jumaat je tutup.. dan menu harga pun tak berapa mahal..


Yang ini pula.. Mee Bandung Udang (biasa).. harga RM5:50, saya tambah lagi lepas pekena yang special kat atas tu..


Ini hasilnya untuk 2 pinggan Mee Bandung Udang special dan biasa.. udang special.. kategori yang seakan udang galah.. kulit keras.. dan udang biasa tu kategori udang laut kot..




Posted in |

9 comments:

  1. Sis-Lin Says:

    Nanti boleh ajak saya ke sana tak??? huhuhuhu

  2. Kasawari Says:

    Sis Lin.. boleh...takder hal.. naik BMW eh..hahaha

  3. Sis-Lin Says:

    Pasal nak tggu naik BMW tu le kang ada kempunan menunggu..huhuhu

    skrg mood dia 'Italy' je..psttt esok lusa sebelum ke sana, dia nak beli kamera tu, Nikon3100 je..muahahaaaaaaa syyhhhhhhh

  4. Nur-nba Says:

    Salam Saudara Kasawari,
    Terima kasih kerana sudi linkkan blog saya.

    Apuk terkena jangkitan penyakit. Redha dengan pemergiannya. Moga Apuk tenang di sana.

  5. amin Says:

    mantap bro...

  6. Kasawari Says:

    Nur-nba,
    Semoga Apok tenang di sana.


    Amin,
    Memang mantap der..

  7. Hasmizal Says:

    mai rasa mee udang kuala sepetang pulak...

  8. Kasawari Says:

    Pakcik:

    Kat Porleh ke?

  9. Hasmizal Says:

    mee udang kuala sepetang kat perak.. kalau kat penang, mee udang sungai dua atau kat kuala juru.. kat perlis.. laksa saja ler..