Nelayan Sg Rambah, Pontian Johor
Posted On Tuesday, January 10, 2012 at at 10:41 AM by KasawariSatu kenangan yang tidak dilupakan sewaktu saya sekeluarga berkunjung di Sg Rambah, Pontian Johor. Laluan dari Kulaijaya ke Pekan Nanas ketika itu agak licin kerana hujan turun, melalui jalan Gunung Pulai ke Pekan Nanas agak menarik dengan kiri dan kanan ladang kelapa sawit dan juga beberapa kuari batu.
Selepas Pekan Nanas, ada persimpangan ke Tenggayun tanpa kita melalui Bandar Pontian, lebih kurang 2-3 kilometer dari keluar semula ke jalan Kukup, kita akan terlihat sebuah jambatan kecil tertulis Sg Rambah. Selepas jambatan itu, terus belok ke kanan, dan akan sampai ke Taman Rekreasi Sg Rambah.
Agak tenang di sini dengan bayuan angin Selat Melaka. Kelihatan seorang Atuk yang sedang membetulkan enjin motorbotnya sambil menyedut rokok kretek Gudang Garam yang berbau cengkih.
Sementara itu, nelayan pulang petang, menolak bot sewaktu air surut menghala ke Kuala Sg Rambah.
Suasana yang tenang lagi damai, lautan bertemu sungai.
Air sungai digayung dan di curah ke tepian bot untuk membersihkan lopak pantai

Ini peta ke Sg Rambah. (Lokasi: Huruf A)
p/s: aduhai skemanya.. dah lama tak menulis blog perjalanan, ini entri pertama tahun 2012, moga-moga tahun ini banyak entri perjalanan dikongsikan.

Assalamualaikum dan Salam perkenalan...
*Seronoknya kalau duduk kat kg nelayan...saya suka tgk gambar2 di kg nelayan...rasa tenteram dihati dengan hempusan bayu....
Wa'alaikum salam dan salam perkenalan juga..
tu la.. kalau duduk tepi laut mesti seronok.. mcm Ombak rindu.. hehe